Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #77 - THE BRAINSTORMER #22 - THE QUESTIONS RAISED BY ANGKATAN 60an - Siri 2

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #77 - THE BRAINSTORMER #22 - THE QUESTIONS RAISED BY ANGKATAN 60an - Siri 2

BERSAMBUNG DARI POST #76 - SIRI JAWAPAN

PERSOALAN dari post #7 - Kekuatan Manusia Pada Nafas

Seperti huraian A-60 yang memberikan pandangan bahawa apa yang saya ungkapkan sebagai "kekuatan manusia terletak pada nafas" kurang di persetujui oleh beliau di mana beliau telah mengemukakan beberapa contoh dari kisahkisah para Nabi-Nabi serta orang-orang tertentu yang berkebolehan hidup di dalam air (rujuk surat pada post #76)

Sebenarnya begini, apa yang di katakan sebagai "Kekuatan Manusia Pada Nafas" adalah dari struktur pembinaan jasad manusia itu sendiri (rujuk post #61) di mana di sebalik pernafasan itu jasad memerlukan udara yang membawa oksigen bagi kegunaan di dalam pentadbiran dalam tubuh, sesiapa juga yang di kenali sebagai Mahluk Manusia adalah tertakluk di dalam struktur tersebut tanpa sebarang alasan.

Oleh kerana struktur tersebut maka mahluk manusia hanya sesuai untuk hidup di atas muka Bumi yang tidak berair dan tidak di cipta untuk hidup di dalam dua (2) alam seperti katak, buaya dan mahluk-mahluk dua alam yang wujud, kerana sebab itu juga pakar-pakar renang dan ahli selam talah mereka-cipta alat yang di sebut sebagai Tangki-Oksigen (oxygens tank) bagi di gunakan oleh manusia untuk menyelam di dalam air atau lautan bagi jangkamasa yang lama, kerana tanpa bekalan oksigen yang mencukupi semasa di dalam air maka sistem pernafasan manusia akan di ambil alih oleh air dan jika itu berlaku maka manusia itu akan mati kelemasan.

Buktinya, lebih dari 5 Billion manusia yang hidup di atas muka Bumi ini, tidak ada satu pun yang mampu hidup di dalam air atau di angkasa-raya tanpa bekalan oksigen dan itu telah di tetapkan oleh ALLAH SWT...

Berbalik kepada kisah para Nabi-Nabi seperti yang di kemukakan oleh A-60, kita harus melihatnya dari sudut KETUHANAN, di mana ISMAK ALLAH ada menyebut dan menerangkan bahawa ALLAH SWT itu banyak Sifat-Sifat dan Kebolehennya maka apabila menyebut kisah Nabi Besar Muhammad SAW sewaktu di terbangkan oleh BURAJ ke Langit untuk ke SIRATULMUNTAHAR akan menggambarkan satu pertengtangan dengan struktur pembinaan manusia yang memerlukan oksigen!..di sini kita harus melihatnya pula dari keupayaan ALLAH SWT yang boleh menjadikan sesuatu yang MUSTAHIL kepada yang TIDAK MUSTAHIL..

Contohnya, sewaktu Nabi Muhammad SAW di terbangkan ke Langit yang menembusi serta melepasi angkasa-raya yang tiada ruang oksigen, sebagai TUHAN yang Maha Berkuasa terhadap sesuatu, boleh kah ALLAH SWT mengadakan oksigen untuk Nabi KesayanganNya di dalam perjalanan itu?...jawapannya sudah tentu boleh!, kerana ALLAH itu MAHA PENCIPTA dan boleh melakukan sesuatu di luar keupayaan manusia, jadi kisah Nabi Muhammad SAW yang ke SIRRATULMUNTAHAR tanpa bekalan oksigen kerana beliau seorang manusia bukan lagi perkara yang mustahil dari sudut ILMU KETUHANAN dan begitu juga dengan kisah Nabi ALLAH Ibrahim yang di bakar hidup-hidup tetapi tidak hangus atau lemas di dalam api yang besar, ini adalah kerana ALLAH itu MAHA PENCIPTA dan MAHA BERKUASA yang telah Menyejukkan api tersebut dan memerintahkan kepada api agar memelihara Nabi Ibrahim..(ada sirahnya)

Dari peristiwa Nabi Ibrahim itu, kita dapat fahami bahawa di dalam api tidak akan ada oksigen tetapi dengan perintah ALLAH SWT yang mengarahkan api agar memelihara Nabi Ibrahim, maka api itu menjadi sejuk dan proses ini menyebabkan oksigen berada/terbit di dalam api tersebut dan membuat Nabi Ibrahim boleh bernafas serta tidak hangus...ini di sebut sebagai kuasa ALLAH yang boleh merubah sesuatu keadaan kepada keadaan yang lain.

Kisah Nabi Yunus yang tidak lemas di dalam lautan serta berada di dalam perut ikan juga bersamaan dengan kisah-kisah Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim AS kerana di dalam proses untuk menyelamatkan Nabi Yunus AS daripada mati lemas sebagai seorang manusia, maka ALLAH SWT memerintahkan ikan tersebut agar menelan Nabi Yunus supaya beliau dapat bernafas di dalam perut ikan tersebut dengan kuasa ALLAH yang boleh melakukan sesuatu seperti yang di kehendakinya...keistimewaan ini di berikan kepada para Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul ALLAH bukan kerana Nabi-Nabi tersebut berkebolehan untuk hidup tanpa oksigen TETAPI kerana ALLAH SWT menciptakan oksigen untuk berada di samping mereka di dalam waktu-waktu yang di perlukan, di mana ALLAH SWT bukan sahaja boleh mengadakan oksigen di dalam tempat yang tidak sepatutnya ada oksigen tetapi ALLAH SWT juga boleh membuat oksigen hilang di dalam tempat yang beroksigen!...itulah yang di katakan ALLAH itu MAHA BERKUASA terhadap sesuatu.

Berbalik kepada orang-orang yang bukan bertaraf Nabi atau Rasul yang berkebolehan berjalan atau menyelam di dalam air selama berjam-jam dan ada yang tidak basah sedikit pun, juga bukan sesuatu yang mustahil tetapi mereka ini juga bukan tergolong dari manusia yang di cipta sebagai dua alam kerana tidak ada manusia ciptaan ALLAH yang sebegitu...Jadi apa yang berlaku kepada orang-orang yang di sebutkan oleh A-60 adalah kerana ILMU PENGETAHUAN seseorang yang BerOleh KEUPAYAAN untuk berada di dalam air tetapi maseh mendapat bekalan oksigen, di mana di dalam dunia ini sememangnya wujud atau ada Ilmu yang sedemikian, ada yang mengatakan ianya sebagai ILMU SEJENGKAL iaitu jika jika mengamalkan ilmu tersebut, jika kita berada di dalam air maka air tersebut akan berada sejengkal dari tubuh kita bagi membolehkan oksigen berada di sekeliling kita...Ilmu ini sangat popular di zaman dahulu kala kerana orang-orang yang terdahulu kebanyakannya hidup di pinggir-pingir sungai dan laut dan banyak mencari rezeki di dalam lautan atau pun sungai, kerana zaman tersebut tidak wujud lagi "tangki oksigen" maka dengan mengamalkan ilmu "Sejengkal" tersebut dapat membantu mereka untuk mengerjakan kerja-kerja menyelam bagi mendapatkan sumber rezeki.


Saya sendiri pernah melihat orang-orang dari satu kepulauan yang mengamalkan Ilmu Sejengkal ini bagi kerja-kerja memasang bubu dan menangkap hasil lautan dan apabila di periksa keadaan mereka di dalam air sememangnya di kawasan paras kepala mereka tidak di liputi oleh sedikit air pun dan kerana itulah mereka boleh berada di dalam air seberapa lama yang mereka mahu, ada juga yang di seluruh anggota badan mereka tidak di dekati oleh air tetapi jenis ini mereka tidak boleh berenang di dalam air tetapi hanya berjalan seperti di daratan kerana tidak dapat mencecah air...juga di dalam kategori Ilmu Sejengkal...

Jadi maksud yang terang mengenai perkara ini ialah orang-orang ini hanya mempergunakan ilmu pengetahuan untuk bagaimana mendapatkan bekalan udara/oksigen sewaktu di dalam air dan bukan dengan alasan mereka itu boleh bernafas di dalam air tanpa mengalami modifikasi terhadap sistem pernafasan mereka bagi membolehkan air di tukar kepada udara sperti ikan...dan kebolehan ini bukan di klasifikasikan sebagai suatu KERAMAH/KERAMAT tetapi ianya adalah sebagai satu Keilmuan yang biasa sahaja seperti keilmuan yang lain...kerana ianya lebih kepada ilmu pengetahuan untuk mendapatkan bekalan oksigen di dalam air, jika anda mahu jadi seperti itu anda kenalah belajar "Ilmu Sejengkal" tersebut!.....

Pokok kepada persoalan di atas adalah di kaitkan dengan KEKUASAAN ALLAH SWT sebagai TUHAN YANG MENJADIKAN SEGALA MAHLUK di mana melalui KekuasaanNya terhadap mahluk ciptaanNya adalah tidak terbatas serta di luar jangkauan pemikiran manusia dan manusia akan menganggapnya sebagai sesuatu yang mustahil serta luarbiasa jika tidak mampu untuk memahami siapa itu TUHAN dan siapa itu ALLAH....

Anda kajilah fakta tersebut dan bersambung di post yang lain dengan siri jawapan untuk persoalan selanjutnya dari A-60.

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Tuesday February 19, 2008 - 04:10pm (PST)


No comments: