Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #76 - THE BRAINSTORMER #21

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #76 - THE BRAINSTORMER #21

THE QUESTIONS RAISED BY ANGKATAN 60an - PERSOALAN YANG DI TIMBULKAN OLEH ANGKATAN 60an DAN APA HURAIAN PROFESSOR BSS MENGENAINYA....

Pertama sekali saya mengucapkan setinggi-tinggi rasa terima kaseh kepada ANGKATAN 60an (akan di gelar sebagai A-60) yang memberikan sokongan serta melanjutkan lagi persoalan-persoalan untuk di rungkai bagi kebaikan semua generasi ahli-ahli RBSS, semoga dengan tersiarnya perkara ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca dari semua golongan...dan saya siarkan sepenuhnya surat tulisan Angkatan 60an untuk di baca dan di kaji oleh semua beserta dengan rungkaian daripada saya sendiri....Surat A-60 adalah seperti berikut:-

Assalamu’alaikum wr. wbh.

Bismillahirrahmanirrahim.

Yang dihormati saudara Professor ,

Dengan izin dan anugerah Allah swt, saya diminta oleh anak anak buah untuk membaca laman web saudara mengenai RBSS.

Saya menyanjung tinggi akan usaha saudara professor untuk mengungkap akan RBSS untuk semua generasi yang ada dalam perguruan ini terutama kepada generasi muda. InsyaAllah mudah2an sesiapa yang membaca dan meneliti RBSS ini dapat menilai dan saya mendoa’kan supaya ia tidak tergelincir dari landasan yang ada mahupun terkeluar dari saf yang sedia ada.

Disini saya ingin memberi sedikit pandangan mudah2han ianya dapat diterima oleh saudara professor atau sekiranya tidak simpanlah saja apa yang saya katakana.

Sebelum membuka kata kata, saya ingin menghulur tangan memohon maaf dari hujung rambut hingga kehujung jari kaki sekiranya apa yang nak saya sampaikan, tapi tidak sampai untuk penerimaan saudara.


Saya hanya ingin menyentuh beberapa Post # sahaja supaya dapat difikirkan dan dimenfaatkan bersama. Mengenai Post#7 (Sejarah 2) Saya mohon saudara professor berhati-hati mengeluarkan kata kata diperenggan 6, iaitu mengenai pernafasan…. (Sekuat kuat manusia atau sekebal kebal manusia jika dibenam didalam air ia akan mati kelemasan, itulah kelemahan yang diciptakan untuk golongan manusia)

Kata kata saudara ini akan menyinggung perasaan orang lain samaada orang itu beramal dengan BSS atau pun bukan. Jadi dimanakah keistimewaan manusia yang dicipta oleh Allah swt yang telah dijadikan ia semulia-mulia makhluk? Apakah saudara professor telah terlupa bahawa manusia dicipta oleh Allah swt dari 4 anasir…? Lupakah saudara akan sejarah….? Bahawa Nabi Muhammad saw naik kelangit (Mikraj) tanpa oxygen??? (angin), Nabi Ibrahim as dicampakkan kedalam api tetapi tidak hangus??? Nabi Yunus as dicampakan kedalam lautan tetapi tidak lemas??? Dan bagaimana pula dengan manusia biasa yang bukan betaraf nabi atau rasul tetapi mengamalkan pakaian nabi-nabi juga dianugerahkan oleh Allah swt akan kelebihan kelebihan itu?

Contohnya arwah Datuk saya boleh menyelam dalam air berjam jam..!!? Arwah Guru Datuk saya juga boleh berjalan didalam laut (Dasar laut) dan apabila naik tidak basah…!!? Arwah bapa saya sendiri (yang mengamal BSS) kenderaannya jatuh kedalam sungai bersama-sama dengan bosnya berbangsa inggeris, tetapi setitik air pun tidak membasahi pakaian bapa saya (kering), tetapi bosnya yang berbangsa inggeris itu kuyup lencun walaupun dapat menyelamatkan diri.

Jadi apakah kita telah terlupa akan Adam (manusia) dicipta dari zat bagi sifat 4 Anasir itu (Tanah, Air, Api, Angin) makhluk termulia ciptaan Allah swt dengan kelebihan kelebihan tersirat? Dari sinilah terciptanya Adam as (awal manusia) yang mempunyai banyak rahsia disebalik rahsia……

Post# 13 (Disebalik 3 Warna) Mengenai Tiga (3) cahaya, adakah cukup dengan 3 cahaya dan 3 warna sahaja? Adakah itu sahaja yang diperolehi oleh ahli ahli BSS? Sedangkan Ismak Allah swt telah ada; seperti Pelangi mempunyai 7 warna…?? Allah telah jadikan 7 Petala Langit dan 7 Petala Bumi, yang bermakna ada 7 jua. Syurga ada 7 Neraka juga ada 7, Setiap waktu juga mempunyai warna tersendiri…dicampur dengan perubahan cahaya (warna) pada waktu Subuh keSyuruk dan Maghrib ke Isak menjadikan ia 5 campur 2 jadi tujuh warna kesemuanya…!! Adakah ini telah dikaji atau pernahkah kita lalui…??? Sebab rahsia cahaya itu juga mempunyai rahsia disebaliknya.

Dan didalam Post# yang lain (saya tak ingat Post# ke berapa) saudara professor ada mengatakan bahawa BSS sentiasa Switch-on melainkan ketika Makan & minum, Tidur dan bercakap. Disini saya kurang setuju dengan penjelasan saudara, bahawa sa-nya bagi saya BSS tiada erti Switch-off, sekiranya BSS mempunyai waktu atau ruang untuk switch-off maka lemahlah BSS ini. Ia akan memberi ruang untuk sekelian makhluk yang berniat tak baik (jahat/zalim) akan telus kepada kita. Contohnya sekira kita switch-off diwaktu makan & minum sudah tentu orang boleh santau kita, jikalau kita switch-off dikala tidur, sudah tentu ruang untuk orang mensyihir kita akan telus, sekiranya kita switch-off semasa berkata-kata, nescaya ruang untuk orang mengunci dan menggunakan apa juga kaedah ilmu hitam kita akan kena. Jadi selagi bernafas kita adalah sentiasa swtch-on melainkan MATI sahaja baru dikatakan switch-off. Sebab nafas yang Allah swt beri itu mempunyai rahsia disebalik rahsia. BSS menggunakan nafas….adakah setiap ahli BSS mengetahui apakah rahsia nafas yang kita gunakan…??? Apakah nafas itu mempunyai kuasa….??? Inilah dikatakan RAHSIA DISEBALIK RAHSIA.


Cuba kita renungkan dengan ilmu kita dan dengan ‘akal kita. Sebagaimana Ismak Allah swt bahawa Nabi Muhammad saw naik kelangit hingga ke Sirratulmuntahar, tanpa membekalkan oxygen (diluar gravity bumi tiada udara), Nabi Ibrahim as dicampakakan kedalam api yang marak (didalam api tiada udara), Nabi Yunus as boleh hidup didalam lautan tanpa oxygen (didalam air tiada udara) Jadi manusia yang tidak bernafas adalah MATI. Adakah Nabi Nabi tersebut Mati? Sebab Rahsia nafas (Kuasa/Qudrat) telah dianugerahkan Allah swt kepada mereka. Inilah Rahsia yeng perlu dicari dan diketahui. Apabila kuasa nafas itu diketahui barulah ia MATI SEBELUM MATI.

Didalam Post# yang lain (juga saya tak ingat Post# keberapa) saudara professor ada menyatakan bahawa amalan BSS tiada kaitan dengan mengerjakan Solat. Ini juga bercanggah dengan pendapat saya. Sesungguhnya barangsiapa yang mengucap dua kalimah syahadah dan membaca Bissmillah… ia wajib mengerjakan rukun rukun yang ditetapkan oleh Allah swt, membuat ‘Amal Makruf, meniggalkan yang mungkar (ditegah). Jadi bagi ahli-ahli BSS yang tidak mengerjakan Rukun Islam…lebih baik tinggalkanlah BSS banyak lagi ilmu-ilmu lain boleh dipelajari. Selagi kita mengaku Allah itu ESA, Muhammad itu pesuruhNYA Islam Ugama kita maka wajiblah kita menegakkan akan Hukumnya.

Maaf sekali lagi saya pinta kepada saudara professor kerana pandangan saya ini mungkin tidak sependapat atau sehaluan. Walaubagaimana pun apa yang silap dari kata kata saya ini adalah dari saya sendiri, dan kata kata yang baik itu datangnya dari Allah swt.

Sekian wassalam.

Angkatan 60an

Itulah sedutan sepenuhnya surat dari Angkatan 60an.....Surat ini saya postkan sepenuhnya bukan untuk menyinggung perasaan penulis atau sesiapa juga, tetapi lebih menjurus kepada proses pembelajaran mengenai Rahsia Budi Suci Sejati dari sudutnya yang tersendiri...dan apakah yang dapat di pelajari dari isi kandungan surat A-60 tersebut?...dan bagaimanakah kita dapat menilai sesuatu dari tulisan tersebut dengan pemikiran yang positif serta dapat membina kefahaman yang lebih baik dan lebih jelas melalui persoalan yang di kemukakan...

Rungkaian jawapan kepada surat A-60 ini berkemungkinan akan menjadi beberapa siri jawapan dan jika itu berlaku akan saya tandakan dengan "Siri 1, 2, 3" dan seterusnya...Sebelum saya memberikan rungkaian mengenai persoalan yang di kemukan di dalam surat A-60, saya ingin menjelaskan bahawa persoalan-persoalan seperti itulah yang banyak di timbulkan di dalam era 70an, 80an dan sehingga awal 90an...dan mengapa itu berlaku?, anda teruskan membaca segmen-segmen seterusnya...

Adalah juga di peringatkan bahawa sebarang jawapan yang berbentuk rungkaian dari saya mengenai isi kandungan surat A-60 adalah dari perspective (sudut pandangan) yang lain agar ia benar-benar mencerminkan refleksi jawapan yang dapat mencerna minda kita yang bersesuaian dengan tujuan Blog RBSS ini di wujudkan sebagai "The Alternative & Additional Informations Provider" dan sebagai "The Brainstomer", di mana ASAS Blog RBSS ini adalah sebagai PENCETUS MINDA dan BUKAN sebagai ENCYCLOPEADIA RBSS!

Di mana ramai yang tersalah anggapan bahawa Blog Rahsia Budi Suci Sejati ini tidak mencerminkan penghuraian mengenai sesuatu perkara kerana tidak cukup lengkap butir-butirnya yang di kemukakan sehingga mempamerkan kelemahan di dalam mengenengahkan fakta oleh segolongan pembaca...tanggapan ini berlaku kerana pembaca tidak memahami kontek dan fungsi Blog RBSS ini di tulis serta sikap tergesa-gesa memberikan komen-komen tanpa mengikuti sepenuhnya penulisan melalui setiap post-post yang di siarkan..

Ini adalah kerana post ini di tulis secara "Broad View - Macro View" dan bukan dengan cara "Specifics - Details" seperti yang di perlukan di dalam penulisan sesuatu Encyclopeadia atau Kitab-Kitab Ilmu..Saya dapat memahami, dapat melihat dan dapat merasakan apa yang di maksudkan oleh A-60, di mana sebenarnya perkara-perkara yang di sentuh telah saya rungkai di dalam post-post yang terkemudian..dan kebarangkaliannya beliau (A-60) hanya memberikan komen melalui post-post yang terpilih sahaja.

Walaubagaimana pun apa yang di kemukakan oleh A-60 sebagai sesuatu yang positif jika di nilai dari segi Niat atau Tujuannya mengemukakan persoalan ataupun teguran dan saya tidak melihatnya dari sudut yang negatif kerana SETIAP PERSOALAN AKAN ADA PENGHURAIANNYA - Nothing is Impossible!...

Saya juga berpendapat bahawa Niat dan Tujuan A-60 adalah juga baik sebagai seorang ahli lama yang telah mengharungi keilmuan RBSS sebelum kita dapat mempelajarinya dan beliau berhujah dari sudut pengetahuan dan pengalaman yang beliau miliki, dan saya secara peribadi memberi penghormatan kepada penulis A-60 kerana merasa terpanggil untuk memberikan hujah-hujah beliau, di mana beliau telah mempamerkan keutuhannya di dalam mengamalkan RBSS sehingga ke hari ini.

Kepada pembaca, seperti biasa saya akan menghuraikan perkara-perkara yang di sentuh oleh A-60 dari kontek atau dari sudut yang berbeza melalui ILMU KETUHANAN dan bukan dari sudut Hukum di dalam ISLAM atau bukan dari sudut pandangan sesuatu Aliran yang di sebut sebagai Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat, dan bukan juga dari sudut kefahaman sesuatu Mahzab.

Ini adalah kerana Kefahaman sebenar Rahsia Budi Suci Sejati bukan berada di dalam takluk sesuatu Aliran Kefahaman atau Mahzab ataupun kefahaman Syariat, Tarekat, Hakikat, Makrifat tetapi KeIlmuan Rahsia Budi Suci Sejati itu berada jauh lebih tinggi daripada itu dan amat sukar di fahami jika pemikiran kita maseh tertakluk di dalam sesuatu Aliran Kefahaman yang saya sebutkan, kerana keIlmuan RBSS terbentuk di dalam KeIlmuan KETUHANAN di mana segala jenis keilmuan KETUHANAN bukan di bawah takluk sesuatu kefahaman yang di miliki oleh Mahluk Manusia!..

Dan kerana itu, apa juga bentuk huraian melalui Blog Rahsia Budi Suci Sejati ini akan membawa anda kepada pengertian yang lebih dalam lebih luas dan dari sudut bukan dari akal pemikiran mahluk manusia tetapi sebaik mungkin dari sudut keilmuan yang ALLAH SWT miliki...oleh kerana itu KEBERKAHAN dan HIDAYAH dari ALLAH SWT sangat-sangat di perlukan di dalam soal ini.

Rungkaian yang akan di kemukakan juga bukan bertujuan untuk mempamerkan keegoan diri sendiri atau bukan dengan niat untuk memperendahkan diri orang lain atau bukan dengan niat untuk menimbulkan sebarang pertelagahan atau sebarang kontroversi tetapi ianya lebih menjurus kepada PEMBELAJARAN kepada umum khususnya kepada ahli-ahli RBSS yang maseh hidup di masa ini serta demi kebaikan kepada bakal-bakal ahli RBSS di masa-masa yang akan mendatang...

Oleh yang demikian, anda ikutilah siri jawapan di dalam post selanjutnya.
Wassallam!
Professor BSS (
professor_bss@yahoo.com)

Tuesday February 19, 2008 - 02:38pm (PST)

No comments: