Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #75 - THE BRAINSTORMER # 20

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #75 - THE BRAINSTORMER # 20

THE QUESTIONS OF PROMISES - ATAU PERMASAALAHAN PERJANJIAN?

Soalan ini di kemukakan oleh seorang lagi penanya yang menggelarkan dirinya sebagai Dr Post Mortem (hai macam-macam nickname sekarang!) yang ingin saya menjelasakan tiga (3) soalan seperti berikut:- (sedutan dari soalan

1) Adakah RBSS menjanjikan Hari Akhirat yang serupa seperti yang di janjikan oleh ISLAM?

2) Adakah dengan berRBSS ISLAM itu tidak di perlukan lagi?

3) Jika kedua-duanya maseh di perlukan, di manakah letaknya RBSS dan ISLAM di dalam diri kita?

Persoalan yang di kemukan oleh Dr Post Mortem ini sangat mencabar!, tetapi berikut adalah jawapan daripada saya menurut perspective Professor BSS dan di harap bagi yang membacanya agar membuka minda dengan seluas-luasnya untuk memahami dari erti kata yang sebenar.

JAWAPAN

Di dalam INTIPATI Rahsia Budi Suci Sejati TIDAK ADA satu pun perjanjian yang menukil secara jelas yang menjanjikan Hari Akhirat yang mutlak kepada sebarang ahli yang mengamalkannya...TIDAK ADA! seperti yang di janjikan di dalam ISLAM..

Akan tetapi, di dalam pengajaran Rahsia Budi Suci Sejati itu MENERAPKAN SEGALA NILAI-NILAI KE-ISLAMAN, KE-IMANAN dan KE-EHSANAN terhadap diri si pengamal menurut PENCIPTAAN DIRI MANUSIA itu olehALLAH SWT, dengan maksud jika seseorang pengamal RBSS mengikut perjalanan RBSS dari segi keahlakannya maka tidak mustahil mereka akan mencapai SYURGA kerana mereka di hindarkan dari melakukan sesuatu perkara yang mungkar kerana di lindungi oleh CAHAYA dari ALLAH SWT itu...Itu adalah ASASnya...

Dan selalunya orang yang mengamalkan RBSS adalah terdiri dari Penganut AGAMA ISLAM serta melakukan suruhan-suruhan yang di ajarkan oleh ISLAM, jadi dengan secara tidak langsung mereka ini telah melakukan dua perkara yang baik secara serentak!, justru itu kebarangkalian mereka untuk duduk di dalam SYURGA di atas segala AMALAN dan IBADAH yang baik adalah cerah.


Jadi di sini tidak ada persoalan yang mengatakan ISLAM itu tidak di perlukan di dalam diri pengamal RBSS kerana ISLAM itu berbentuk PANDUAN kepada AHLAK yang baik, manakala RBSS melalui CAHAYANya itu bertindak sebagai PENGAWAL KESELAMATAN dari segala ANCAMAN IBLIS/SYAITAN untuk melakukan sesuatu yang MUNGKAR...oleh yang demikian kedua-duanya sangat berhubung-kait di antara satu dengan yang lain.

Berkenaan kedudukan di manakah duduknya RBSS dan ISLAM di dalam diri seseorang manusia itu juga bukan sesuatu yang sukar untuk di kenal pasti atau di fahami, kerana DUDUKnya RBSS adalah pada ROH manusia dan ISLAM itu DUDUKnya di KELAKUAN manusia...

Itu sangat jelas dan banyak di jelaskan melalui AL-QURAN, HADITH dan KITAB-KITAB KEAGAMAAN ISLAM serta di perkatakan secara meluas oleh para ULAMA ISLAM di merata dunia ini menurut bidang keilmuan mereka..

Apa yang ingin saya tegaskan di sini berkaitan dengan soalan-soalan di atas, kita sebagai seorang manusia yang di jadikan oleh ALLAH SWT tidak harus lupa pada hakikat kejadian diri sendiri walaupun di mana kita berada, apa tugas yang kita jawat, apa tanggung-jawap kita, siapa diri kita di dalam masyarakat kerana yang mencerminkan samaada kita itu benar-benar Ber-BUDI dan Ber-IMAN adalah TINGKAH LAKU kita sendiri.

Tidak gunalah kita berRBSS jika tingkah-laku kita tidak mencerminkan martabat ke-ehsanan yang sebenar di mana sifat-sifat tamak haloba, kikir, busuk hati/dengki, khianat, takbur, tiak, sombong dan yang sebagainya itu maseh lagi menjadi kelakuan seharian kita sendiri, di mana segala ciri-ciri yang mirip kepada kesyaitanan kita tidak mahu hapuskan, apatah lagi kita juga sebagai seorang yang memegang Agama ISLAM!...

Ramai yang mengaku mereka berRBSS dan ISLAM, tetapi kedua-duanya tenggelam di dalam kekalutan perasaan sebagai seorang manusia yang mengejar kepada sesuatu hal yang mementingkan hal-hal keduniaan seperti Wang Ringgit!, di mana di dalam proses mengejar wang ringgit mereka lalai atau terlupa bahawa mereka itu adalah KHALIFAH ALLAH di atas muka BUMI ini yang seharusnya MEMBARAKAHKAN dunia ini dengan segala macam kesyahduan KETUHANAN yang di berikan oleh ALLAH SWT, di mana sikap ingin tolong menolong sesama sendiri tidak wujud secara ikhlas pada hari ini, semuanya berunsurkan imbuhan kewangan!...jika mahu itu mesti ada wang jika mahu yang ini juga mesti ada wang, ingin mengetahui apa itu RBSS pun mesti di bayar dengan wang samaada dari bentuk imbuhan atau yuran atau hadiah kepada orang-orang yang tertentu...

Di sini, penyampaian keilmuan seperti itu sudah tidak ada KEBERKAHANnya lagi dari sudut KETUHANAN yang memiliki KEILMUAN tersebut, jadi bagaimanakah sesuatu keilmuan itu dapat di manfaatkan dengan sempurna?...Ada yang terpaksa memperhambakan diri dengan terpaksa melakukan perkara-perkara yang tidak ada di dalam intipati pelajaran RBSS kerana inginkan tumpuan guru-guru, ini juga salah dari sudut RBSS itu di wujudkan kerana sifat yang bermuka-muka dari penuntut secara tidak ikhlas dan sifat mengambil kesempatan dari orang yang sangat memerlukan sesuatu keilmuan di ambil oleh pengajar-pengajar...tetapi akhirnya kedua-dua golongan tersebut tidak sampai kemana patah lagi untuk mencapai Martabat KEMAKRIFATANNya.....


Di dalam Post-Post yang lalu telah banyak saya memperkatakan hal-hal sedemikian, tetapi persoalannya adakah itu semua cukup untuk menyedarkan golongan-golongan sedemikian?...belum lagi kerana mereka tidak mahu membaca segala tulisan di dalam Blog RBSS ini dengan memberikan pelbagai alasan...dan menggalakkan orang lain agar jangan membaca atau mengikuti Blog ini supaya segala perbuatan yang salah dan tidak mengikut lunas-lunas keilmuan RBSS serta ISLAM ini dapat di teruskan...(maaf kepada yang tersinggung)

Jika anda baca dan mengikuti segala bentuk penulisan melalui Blog Rahsia Budi Suci Sejati ini, anda akan dapati ianya telah di tulis dengan meletakkan RBSS berada di segala PUNCAK ILMU, itu bukan perkara yang di sengajakan oleh saya tetapi itulah HAKIKAT sebenarnya berkenaan dengan KeIlmuan RBSS ini...tetapi jika anda menilaikannya rendah maka rendahlah kedudukannya di mata anda sahaja...

Banyak "cakap-cakap" yang mengatakan RBSS ini ILMU HAQ tetapi bagaimana anda memartabatkannya di dalam diri anda sendiri, itu adalah tugas yang sangat istimewa sebagai seorang mahluk yang bernama manusia...jika hanya pandai berucap tetapi tidak menerima hakikat yang sebenarnya juga adalah sia-sia berpenat lelah untuk mempelajarinya, adalah lebih baik untuk mempelajari bidang-bidang keilmuan yang lain daripada menambah dan membuat dosa-dosa dari kenaifan diri sendiri.

Ramai yang meminta agar saya mengagresifkan penulisan mengenai RBSS ini agar ianya lebih membuka mata dan telinga orang-orang yang sedang terlalai mengenainya...tetapi saya berfikir "Buat Apa?" kerana apa yang mereka lakukan itu adalah pilihan mereka sendiri, tugas saya dan tujuan Blog RBSS ini di wujudkan bukan untuk mereka tetapi untuk orang-orang yang DAHAGAKAN Ilmu Pengetahuan mengenai RBSS ini dan yang benar-benar ikhlas untuk meniti ke jalan yang di redhai oleh ALLAH SWT...di mana fungsinya sebagai Additional & Alternative Informations Provider berdiri teguh sebagai The Brainstormer atau Pencetus Minda!.

Anda kajilah sendiri...

Wassallam!

Professor BSS (professor-Bss@yahoo.com)

Terima kaseh kepada ahli-ahli yang bertemu dengan saya sewaktu bercuti di Malaysia, penat lelah anda datang dari jauh semata-mata ingin bertemu sangat-sangat saya hargai dan segala maklum balas serta nasehat-nasehat yang di berikan akan di jadikan pedoman bagi menghasilkan penulisan Blog RBSS ini ke arah yang lebih baik lagi....Terima Kaseh sekali lagi!....

Tuesday February 12, 2008 - 10:49pm (PST)


No comments: