Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #78 - THE BRAINSTOMER #23

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #78 - THE BRAINSTOMER #23

SIRI JAWAPAN - PERSOALAN 3 WARNA RBSS

Sebenarnya apa yang saya rungkai di dalam Post #13 Di sebalik 3 Warna adalah semata-mata merungkai 3 perkara warna yang menjadi TUNJANG WARNA kesimbolikkan yang di gunakan oleh RBSS dan bukan menghuraikan apakah warna-warna yang di miliki oleh ALLAH SWT.

Melalui 3 warna asas tersebut di rungkai maksud sebenar apakah tujuan yang tersirat di dalam pengertiannya, sememangnya A-60 benar bahawa warna-warna seharusnya ada 7 jika di dasarkan kepada sesuatu kejadian seperti Syurga-Neraka, Langit-Bumi dan kejadian manusia..

Tetapi apa yang saya sebutkan adalah menjurus kepada kefahaman bagi seseorang ahli RBSS bagi pembentukkan ahlak sebagai seorang yang memiliki RBSS seperti yang di tuntut oleh 3 warna tersebut, jadi penghuraian 3 warna sebenarnya tidak ada kena mengena dengan penghuraian mengenai lapisan CAHAYA dan jika ingin mendapatkan maklumat mengenai CAHAYA, ianya ada di muatkan di dalam pelbagai post dan banyak di sentuh mengenainya...

Berbalik kepada persoalan yang di kemukakan oleh A-60 berkenaan dengan "adakah setakat itu sahaja yang di perolehi oleh ahli RBSS?", sudah tentu tidak jika di lihat dari kontek pencahayaan yang sebenar kerana jika kita rungkai susur galur mengenai CAHAYA yang ALLAH SWT miliki, ianya bukan setakat 7 warna Cahaya sahaja malah ianya lebih daripada 7...

Contohnya, Cahaya yang mengelilingi ARASH di SIRATULMUNTAHAR itu di perbuat daripada 44 jenis CAHAYA dan di mana ada di antara cahaya-cahaya tersebut tidak pernah di tunjukkan kepada manusia mahupun mahluk yang lainnya, hanya para Malaikat yang di tugaskan sahaja yang dapat melihat kepada Cahaya-Cahaya tersebut.

Manakala jenis Cahaya yang di ketahui oleh manusia seperti PELANGI itu adalah dari Lapisan Cahaya-Cahaya yang TERKEMUDIAN atau di bahagaian LUARAN LAPISAN CAHAYA yang mengelilingi ARASH ALLAH di mana ALLAH sahaja yang memiliki yang terbaik dari segala ciptaanNya sendiri.

Itu juga sebabnya, apa juga yang di miliki oleh ALLAH SWT adalah di luar jangkauan pemikiran akal fikiran manusia melakinkan ianya di anugerahkan kefahaman dan keilmuannya ke orang-orang yang di kehendaki olehNya (seperti di sebut di dalam Surah An-Nur Ayat 35)


Dan untuk memperkatan CAHAYA-CAHAYA ciptaan ALLAH SWT ini juga akan tertakluk kepada keterbatasan Akal Fikiran seseorang manusia tanpa mendapat ILHAMnya (bagi manusia biasa) dari ALLAH jua...tetapi sebagai seorang mahluk manusia kita juga di beri sedikit pengetahuan mengenai Cahaya-Cahaya itu yang bersangkutan dengan kejadian diri manusia sahaja dan selebihnya adalah urusan ALLAH SWT.

Pada setiap post yang di siarkan melalui setiap segmen/artikel ada saya selitkan beberapa gambar-gambar yang cukup simbolik mengenai Lapisan-Lapisan pada Bumi dan diri manusia sebagai salah satu cara untuk memmi kedudukan sesuatu lapisan, tetapi ianya bukan bertujuan untuk di percayai 100% hanya bertujuan agar kita dapat mengetahui bagaimana kedudukan sesuatu lapisan itu melingkari Bumi atau pada tubuh manusia...kerana gambar-gambar tersebut adalah imaginasi manusia dari pemahaman yang mereka perolehi...tetapi yang sebaik-baik penglihatan adalah dari mata hati kita sendiri...

Hitam juga adalah dalam kategori Cahaya!......

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Tuesday February 19, 2008 - 04:54pm (PST)


No comments: