Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #73

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #73

KOMENTAR PROFESSOR #4 - MENJAWAP SOALAN PUTING BELIUNG

SOALAN-SOALAN YANG DI KEMUKAKAN.

1. Bagaimana pendapat Prof mengenai perkembangan RBSS pada ketika ini, adakah berada di landasan yang betul?

2. Bagaimana penerimaan ahli-ahli baharu terhadap RBSS?

3. Adakah RBSS di miliki oleh orang-orang tertentu sahaja?

4. Bagi ahli-ahli yang maseh aktif tetapi tidak bergiat di dalam persatuan, apa pandangan prof mengenainya?

5. Pendapat Prof mengenai Guru-Guru yang ada pada ketika ini?

Terima kaseh kepada saudara Puting Beliung kerana mengemukakan soalan-soalan tersebut, walaupun ada di antara soalan tersebut telah saya kemukakan di awal penulisan blog ini dan kerana permasaalahan tersebutlah ia telah menjadi pendorong Blog RBSS ini di wujudkan....

Walaubagaimana pun, saya akan cuba memberikan pendapat-pendapat dan pandangan menurut dari perspective diri saya sendiri selaku ahli RBSS yang neutral atau tidak berpihak...

JAWAPAN: Dari soalan no.1

· Dari apa yang dapat saya lihat dan menerusi banyak maklum balas dari sesama ahli juga pandangan orang-orang luar, kesemuanya menunjukkan perkembangan yang sihat iaitu perkembangannya sentiasa maju ke hadapan dengan lebih ramai lagi orang-orang yang mempelajarinya dari masa kesemasa.

· Jika di tanya adakah mereka (ahli-ahli) berada di landasan yang betul, saya suka berkata "YA", tetapi ada banyak perkara perlu di perhalusi di dalam memberikan pendidikan yang lebih sempurna lagi kepada mereka, kerana kadar informasi yang di berikan kepada mereka belum di tahap mencukupi dan tidak teratur, ini menyebabkan ramai yang keliru dan terkeliru mengenai apa itu RBSS mengikut kontek sebenarnya..ini jelas di lihat di dalam kefahaman mereka mengenai RBSS serta tindak-tanduk mereka ketika menggunakan RBSS yang kurang mencerminkan keperibadian RBSS yang sebenar.


JAWAPAN: Dari soalan no.2

· Penerimaan ahli-ahli baharu terhadap RBSS amat baik dan menggalakkan kerana ramai di antara mereka dari golongan orang-orang yang terpelajar dan berpendidikan tinggi, malah ramai juga yang memiliki asas-asas keagamaan yang cukup luas dan kuat.

· Akan tetapi, jika golongan ini tidak di didik dengan cara yang sempurna menurut Prinsip-Prinsip yang ASAS di dalam RBSS, mereka akan mudah di pengaruhi oleh falsafah-falsafah moden dari golongan filsafat (filosofi) yang berfikiran bebas tanpa landasan keilmuan Ketuhanan dan keislaman...dan ini akan mengakibatkan tahap keyakinan mereka akan mudah di lunturkan sekiranya bertembung dengan sesuatu yang berada di luar jangkauan pemikiran mereka sendiri...

· Golongan ini juga lebih berani untuk mencuba sesuatu bagi memastikan apa yang mereka pelajari itu betul dan dapat mengeluarkan/memberikan bukti-bukti yang kukuh bagi menyempurnakan tahap keyakinan mereka dari sudut hukum-hukum akal fikiran secara rasional kerana terdedah dengan pengaruh-pengaruh amalan-amalan lain yang bertaburan di sana sini dengan menunjukkan kehebatan keilmuan mereka kepada orang ramai...

JAWAPAN: Dari soalan no.3

· Rahsia Budi Suci Sejati secara ASASnya adalah HAQ kepada setiap mahluk manusia tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama yang di kurniakan oleh ALLAH SWT dan setiap mahluk manusia berhak mengetahui dan memilikinya jika telah tiba masanya untuk mereka itu tahu apakah RahsiaNya itu...

· Jika terdapat mana-mana persatuan atau perguruan RBSS yang mengatakan RBSS ini adalah HAQ dan Warisan mereka, itu boleh di terima dari sudut pengembangannya kepada orang ramai dan bukan dari sudut HAQ yang di kurinakan oleh ALLAH SWT, sebagai Pewaris yang mengembangkan keilmuan RBSS di rantau ini, maka mereka tertakluk untuk memberikan khidmat dan pengajaran yang terbaik kepada setiap manusia yang mempelajarinya daripada mereka.

· Dan adakah RBSS ini milik orang-orang tertentu sahaja, juga tidak benar kerana ia di kurniakan kepada setiap mahluk manusia, akan tetapi bilakah mereka dapat mengetahui serta memilikinya adalah di dalam kehendak ALLAH SWT.

JAWAPAN: Dari soalan no.4

· Dari pendapat saya, jika ada ahli-ahli yang tidak menganggotai mana-mana persatuan tetapi maseh lagi berpegang teguh terhadap apa yang di ajarkan melalui amalan RBSS ini dan bergerak secara peribadi...itu tidak menjadi satu kesalahan.

· Pokoknya, mereka bergerak bebas setelah mendapat didikan yang asas serta sempurna tahap kefahaman mereka terhadap RBSS...ini sesuatu yang baik dan tidak perlu di larang atau di pertikaikan, kecuali jika mereka meninggalkan persatuan tanpa menamatkan mata-mata pelajaran yang ASAS di dalam RBSS...ini yang perlu di ambil perhatian kerana melalui orang-orang sebeginilah kerosakkan kepercayaan serta nama baik RBSS akan tercemar...

· Di peringkat ini, seperti di dalam seruan saya di dalam banyak posts...pihak Guru-Guru melalui persatuan-persatuan mereka harus mengkaji semula segala peraturan-peraturan yang ada bagi memastikan setiap ahli yang baharu belajar dapat menamatkan pembelajaran mereka hingga tamat perkara yang paling ASAS melalui sistem pembelajaran yang tersusun dan berkesinambungan...agar tidak timbul kebosanan ketika ingin menghadirkan diri untuk mengikuti kelas-kelas mata pelajaran RBSS, di mana pada masa-masa dahulu dan sekarang maseh lagi terdengar rungutan dari ahli-ahli yang mengatakan kebosanan kerana mata pelajaran tidak tersusun dan tidak ada susunan keilmuan untuk di ajarkan....

JAWAPAN: Dari soalan no.5

· Pendapat peribadi saya terhadap Guru-Guru RBSS yang ada sekarang, mereka tetap sama seperti dahulu dan hanya mereka semakin berusia sesuai dengan peredaran zaman, kerana pertambahan usia berkemungkinan keilmuan mereka semakin bertambah dan semakin matang...

· Corak pengajaran mereka juga tidak banyak berbeza dari zaman dahulu dan jika ada perubahan pun adalah dari segi aktiviti-aktiviti yang di ketengahkan seperti kegiatan-kegiatan riadah dan perlancungan untuk para ahli...

· Cara-Cara mereka menurunkan keilmuan RBSS juga tetap teguh dan tidak berubah seperti yang di amanahkan kepada mereka termasuk dengan nilai atau wang hadiah untuk mengambil amalan ini...yang di tambah adalah bercorak hadiah untuk guru yang terpaksa bergerak dari satu negeri ke satu negeri yang lain, di mana di situ akan meilbatkan kos-kos pengangkutan, tempat tinggal serta makan minum...di mana ini tidak bercanggah dengan tuntutan asal RBSS.

· Bagi pihak guru yang menetapkan wang hadiah yang tinggi (ada), itu adalah dari budi bicara mereka secara individu dengan tujuan atau matlamat mereka sendiri bagi melahirkan keahlian yang lebih menghargai kepada apa yang mereka laburkan untuk mendapatkan sesuatu jenis ilmu...

· Tetapi saya maseh mengharapkan agar mereka (guru-guru) ini akan lebih bersifat terbuka fikiran terhadap sistem pembelajaran di zaman ini yang banyak menggunakan kecanggihan IT dan komputer dan dapat menggunakan kepakaran ahli-ahli yang ada di dalam bidang tersebut untuk memperkukuhkan sistem penyebaran maklumat mengenai RBSS ini (sila tujuk kepada post #59)

· Dan saya juga berharap agar mereka akan dapat bersatu kembali bagi mewujudkan satu Pusat Pengajaran RBSS seperti dalam bentuk Akademi secara bersama dan dapat menghasilkan graduan-graduan RBSS yang berkelas dunia..

· Saya juga mengharapkan agar mereka dapat mengumpul kembali kesemua ahli-ahli RBSS dari semua zaman untuk di jadikan anggota persatuan RBSS secara seumur hidup dan di lakar satu bentuk keahlian yang munasabah untuk mereka-mereka ini yang tidak terlalu mengongkong aktiviti-aktiviti kehidupan mereka sekarang, bukan sebagai ahli-ahli baharu....

Selainnya telah terdapat di dalam komen-komen yang artikel-artikel di post-post yang lalu...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Sunday February 10, 2008 - 07:31pm (PST)


No comments: