Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #74 - THE BRAINSTORMER # 19

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #74 - THE BRAINSTORMER # 19

THE SECRET OF BATHING CEREMONY - RAHSIA DI SEBALIK UPACARA MANDI DI DALAM PENGAMBILAN PERINGKAT-PREINGKAT RBSS

Saya tertarik dengan seorang penghantar email (yg bukan ahli RBSS) yang ingin mengetahui mengapakah di dalam pengambilan peringkat-peringkat RBSS ini ada amalan MANDI BUNGA?, sedangkan (kata beliau lagi) di dalam hukum SYARAK melarang orang ISLAM melakukan perkara tersebut kerana perlakuan sedemikian adalah bertentangan dengan HUKUM ISLAM!...(terima kaseh kepada yang bertanya)

Sebelum saya menjawap kepada permasaalahan MANDI BUNGA yang di kemukakan, saya suka menjelaskan Takrifan di dalam HUKUM SYARAK ISLAM mengenai sesuatu perbuatan yang menyimpang dari AQIDAH KETUHANAN...

Di dalam ISLAM, sesuatu perbuatan atau perlakuan yang samaada secara lahiriah dan bathiniah di lakukan dengan NIAT meminta/memohon kepada suatu kuasa yang lain selain daripada ALLAH SWT adalah SYIRIK di dalam HUKUM SYARAK dan jika perlakuan /perbuatan tersebut di lakukan dengan kesadaran maka ianya menjurus kepada HUKUM MURTAD iaitu perbuatan yang MENYEKUTUKAN ALLAH SWT dengan kuasa-kuasa yang lain seperti kepada Iblis/Syaitan, Jin-Jin, Wali-Wali, Keramat-Keramat, Tok-Tok Guru, Malaikat-Malaikat, benda-benda seperti kayu-kayu, batu-batu, keris-keris, azimat dan sebagainya...

Ini termasuk sesuatu perbuatan yang menampilkan sesuatu kelakuan dengan memakai sesuatu "barangan" pada tubuh seperti tangkal-tangkal azimat, cincin-cincin berazimat, wafak-wafak bertulis, ayat-ayat bertulis pada kulit binatang/kain dan yang sepertinya dengan NIAT untuk mendapatkan "Perlindungan" melalui kuasa yang ada pada "barangan tersebut" dan perlakuan ini di takrifkan sebagai "Menyekutukan ALLAH SWT"...dan Hukumnya bukan SYIRIK tetapi MURTAD...

Berbalik kepada persoalan, di mana di dalam setiap peringkat pengambilan RBSS akan ada upacara MANDI, daripada Peringkat Pertama hingga ke Peringkat Penutup...dan di dalam upacara MANDI tersebut akan di sertakan dengan BUNGA-BUNGAAN...

Penjelasan ini bukan bertujuan untuk menegakkan "Benang yang basah" atau ingin berselindung dari Kekufuran atau bertujuan untuk menentang HUKUM SYARAK di dalam ISLAM, tetapi penjelasan yang akan di rungkaikan ini adalah berdasarkan kepada ATAS NIAT APA Upacara MANDI menggunakan BUNGA-BUNGAAN itu di lakukan...

Seperti yang pernah saya jelaskan di peringkat awal, nama Rahsia Budi Suci Sejati itu sendiri adalah KESIMBOLIKAN daripada RAHSIA ALLAH yang di kurniakan kepada Mahluk Manusia, dan Upacara MANDI di setiap Peringkat itu sebenarnya BUKAN bermaksud atau membawa pengertian sebagai MANDI BUNGA seperti yang di lakukan oleh para Bomoh/Dukun/Pawang atau sesuatu jenis Perguruan Persilatan atau Ilmu-Ilmu Kebathinan TETAPI Upacara MANDI yang di amalkan di dalam Peringkat RBSS adalah Satu Upacara MANDI untuk membersihkan diri dari kekotoran yang BUKAN bermaksud MANDI BUNGA...

BUNGA-BUNGAAN yang di gunakan BUKAN suatu KEMESTIAN MUTLAK tetapi ia bertujuan untuk mengambil WANGI-WANGIAN yang wujud di dalam Bunga-Bungaan tersebut sahaja dan bukan dengan alasan-alasan atau tujuan-tujuan yang lain seperti untuk menimpangkan Aqidah KeImanan seseorang.

Manakala perbuatan menggunakan BUNGA-BUNGAAN ketika mandi menurut sejarahnya telah di amalkan oleh Para Nabi-Nabi yang terdahulu KERANA mereka Nabi-Nabi yang terdahulu di berikan Ilmu Pengetahuan yang mendalam terhadap TUMBUH-TUMBUHAN yang mengandungi banyak Khaifiat terhadap diri manusia...Dimana pada zaman ini telah ramai saintis-saintis moden yang telah mencipta atau telah mengadaptasikan perubatan dengan menggunakan unsur-unsur Bunga-Bungaan untuk merawat dan menyihatkan tubuh badan, dan ianya seperti yang di majukan oleh pakar-pakar sains seperti jenama Colour Vibrations Therapy dan Floral Energy Therapy...

Di mana para saintis sekarang telah berjaya menemui Rahsia-Rahsia yang berunsurkan Kesihatan dan Nilai-Nilai Perubatan yang wujud di dalam Bunga-Bungaan, dan tidak bersalahanlah perlakuan Para Nabi-Nabi yang terdahulu menggunakan Bunga-Bungaan untuk upacara Mandi yang di anjurkan kepada umat-umat mereka...

Bunga-Bungaan ini pula sebenarnya telah berdiri satu keilmuannya yang tersendiri yang boleh di manfaatkan oleh Mahluk Manusia sebagai suatu sumber rawatan bagi menyihatkan tubuh badan dan bukan dengan niat untuk Menyekutukan ALLAH SWT.

Kaum ULAMA dari golongan FIQAH menggariskan MANDI BUNGA yang berhubung-kait dengan pengambilan sesuatu AMALAN ILMU KEBATHINAN yang secara DASARnya MENYEKUTUKAN ALLAH dari SUDUT PENYEMBAHAN UNTUK MEMINTA SESUATU KUASA YANG SELAIN DARI ALLAH, lalu perlakuan Mandi Bunga yang di amalkan oleh golongan ini sebagai SYIRIK, yang pada asalnya BUKAN ditakrifkan kepada perlakuan MANDI BUNGA tetapi kerana TUJUAN AMALAN tersebut yang telah Menyimpang dari AQIDAH ISLAM (maaf saya bukan Ahli Hukum) dan oleh kerana yang mengadakan upacara Mandi Bunga tersebut golongan yang tersimpang Aqidah keISLAMAN mereka, maka kesemua yang mereka lakukan di takrifkan sebagai SYIRIK...

Jadi kita sebagai orang yang BerAgama ISLAM yang telah di kurniakan pelbagai Pengetahuan segala KeIlmuan ALLAH SWT harus pandai dan harus tahu untuk menilai sesuatu perbuatan itu dengan maksud yang menggambarkan Keadaan atau Niat ianya di lakukan, di mana di dalam kontek MANDI di dalam Peringkat RBSS bukan dengan Niat MANDI BUNGA tetapi Mandi dengan menggunakan Bunga-Bungaan untuk mengambil kebaikan-kebaikan kesihatan yang di terbitkan oleh Bunga!...

Jika kita kembali kepada zaman Firaun misalnya, di dalam zaman tersebut di terajui oleh Nabi MUSA AS dan perakuan Mandi dengan di campurkan dengan bunga-bungaan adalah sesuatu yang di galakkan untuk menjaga kesihatan tubuh kerana ia telah terbukti dari zaman-zaman sebelum mereka lagi, di mana ILHAM untuk menggunakan Bunga-Bungaan ketika mandi telah di berikan kepada Nabi-Nabi yang sebelumnya oleh ALLAH SWT...

Berbalik kepada Takrifan kaum ULAMA FIQAH yang mentakrifkan amalan MANDI BUNGA sebagai SYIRIK atau bertentangan dengan AQIDAH ISLAM harus di lihat dari sudut yang positif kerana apa jika di lakukan ianya boleh mendatangkan HUKUM SYIRIK?, sayugia di ingatkan bahawa segala Peraturan dan Hukum di dalam ISLAM bukan di wujudkan oleh ALLAH SWT untuk menyusahkan atau bercorak pendendaan kepada mahluk manusia, jika ALLAH SWT mencipta BUNGA-BUNGAAN yang keluar dari TUMBUH-TUMBUHAN utnuk di jadikan sebagai Bahan atau Ubat kepada Mahluk Manusia, mengapa pula ALLAH SWT ingin mentakrifkannya sebagai SYIRIK jika di lakukan dengan NIAT dan PERLAKUAN yang BETUL???.....

Perkara Bunga adalah bersamaan dengan Hukum menggunakan DADAH, di mana DADAH jika di gunakan bukan dengan CARA dan NIAT yang tidak betul maka akan jatuh Hukum HARAM, tetapi jika ianya di gunakan dengan CARA dan NIAT yang betul demi menjaga kesihatan manusia maka Hukumnya pula adalah HARUS dan WAJIB pula dilakukan!...

Jadi jika berbalik kepada Upacara Mandi di dalam Peringkat-Peringkat RBSS, kita harus melihatnya dari sudut kesihatan kerana sewaktu amalan mandi itu di perkenalkan kepada para ahlinya bukan dengan NIAT atau TUJUAN sesuatu PENYIMPANGAN AQIDAH tetapi MENGAMBIL SEMPENA DARI PERBUATAN NABI-NABI YANG TERDAHULU bagi menyertakan unsur-unsur kesihatan ketika mandi dengan di campurkan dengan Bunga-Bungaan...

Menurut kajian yang saya jalankan sendiri mengenai setiap Upacara Mandi di dalam semua peringkat RBSS, saya dapati tiada unsur-unsur yang membolehkan diri seseorang itu boleh di takrifkan sebagai melakukan perbuatan yang SYIRIK ketika menggunakan Bunga-Bungaan kerana ASAS TUJUAN dan NIATnya adalah berdasarkan PEMBERSIHAN DIRI dari unsur-unsur kekotoran agar dapat menerima segala KEILMUAN yang di berikan atau yang di kurniakan oleh ALLAH SWT...tidak lebih dari itu!...

Tetapi dari pendapat peribadi saya, kefahaman mengenai ISLAM yang wujud di dalam diri seseorang MUSLIM itu akan menentukan TAKRIFAN HUKUM YANG BAGAIMANA utnuk di jatuhkan kepada seuatu jenis PERBUATAN seorang ISLAM, jika mereka melihat sesuatu PERLAKUAN/PERBUATAN dari satu sudut tanpa menyelidiki keseluruhan NIAT dan CARA maka sesuatu HUKUM SYIRIK atau MURTAD akan mudah di jatuhkan, perkara sebeginilah yang berlaku keatas Nabi MUSA AS apabila di perintahkan oleh ALLAH SWT untuk menuntut ilmu dan mengikuti Nabi KHDIR AS dan menurut kisah yang berlaku banyak perselisihan pendapat berlaku di antara kedua-dua Nabi Allah itu kerana apa yang di lakukan oleh Nabi Khidir di lihat bersalahan dengan Hukum oleh pandangan Nabi Musa sedangkan kedua-duanya adalah Para Nabi-Nabi ALLAH SWT yang di amanahkan untuk mengajar Umat Manusia kepada keilmuan ALLAH SWT dan kesejahteraan umat manusia...
Di mana segala peraturan-peraturan yang telah di wujudkan untuk Umat zaman Nabi Adam sehingga ke zaman Umat Nabi Besar Muhammad SAW telah ALLAH sempurnakan melalui AL-QURAN dan kesemua cabang-cabang ILMU ALLAH di muat-turun ke dalamnya...satu pun tidak berubah semenjak ianya di ciptakan di zaman Azali lagi sehinggalah ke Hari Kiamat kelak!...

Oleh yang demikian anda fikir-fikirkan perkara itu...
Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Tuesday February 12, 2008 - 12:27am (PST)


No comments: