Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #72 - THE BRAINSTORMER #18

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #72 - THE BRAINSTORMER #18

THE SECRET OF OWN TREATMENT - RAHSIA MENGUBATI DIRI SENDIRI

Perkara mengubati diri sendiri dengan mempergunakan RBSS yang di miliki ini adalah di atas permintaan ramai agar ianya dapat di ketengahkan, supaya akan ramai yang belum mengetahui mengenainya dapat mempelajari sesuatu daripadanya....

Walaupun perkara ini sangat subjective dan akan bergantung terhadap penguasaan dan tahap keyakinan diri seseorang ahli RBSS, tetapi saya berikan beberapa panduan yang umum bagaimana ianya boleh di lakukan oleh sesiapa sahaja ahli serta ianya boleh di ubah suai mengikut keperluan diri masing-masing...

Di dalam post yang lalu, saya pernah menyentuh perkara ini tetapi hanya setakat sekali lalu sahaja bagi mencetuskan minda, akan tetapi berkemungkinan maklumat yang di berikan kurang terperinci maka persoalan ini di kemukakan semula...

Berbalik kepada Penyakit yang ada di dalam diri seseorang ahli RBSS itu ada pelbagai jenis, daripada penyakit yang menyerang organ dalaman (internal organs) sehinggalah kepada penyakit yang menyerang tulang-tulang, kulit, kesihatan mental dan yang berkenaan dengannya...

Jika yang meilbatkan organ-organ dalaman adalah seperti penyakit yang berkaitan dengan jantung, paru-paru, limpa, hati, hempedu, buah pinggang, perut, usus besar/kecil, pundi air kencing, otak dan yang berkaitan dengannya, akan menyerang seseorang ahli secara sedikit demi sedikit sehingga kadang-kalanya ke tahap kronik, atau penyakit tersebut di hidapi sebelum mempelajari RBSS...

Perubatan moden adalah salah satu cara yang terbaik untuk merawat penyakit-penyakit tersebut kerana di dalam perubatan moden pada hari ini telah di bangunkan bidang pengubatannya dengan teknologi terkini sehingga amat mudah untuk seseorang Doktor Perubatan Moden untuk mengesan dan membuatkan rawatan....


Akan tetapi bukan semua jenis penyakit dapat di selesaikan oleh Doktor-Doktor Perubatan Moden (rujuk kepada post #38) tanpa di bantu dengan perubatan secara alternative atau terus menggunakan RBSS, itulah kelebihan dan kekurangan sesuatu jenis perubatan samaada yang dari jenis moden mahupun yang tradisional, masing-masing memiliki kebolehan yang tersendiri....

Seperti yang telah di terangkan di dalam post #38, anda perlu yakin dan jujur terhadap diri sendiri terlebih dahulu, jika benar terasa pernah melakukan sesuatu kesalahan terhadap orang lain atau Tuhan, maka anda haruslah terlebih dahulu insaf serta bertaubat keHadrat ALLAH SWT agar di berikan keampunan dan jika telah berbuat kesalahan dengan orang lain di nasehatkan agar memohon maaf daripada mereka di atas kesilapan yang anda lakukan...

Setelah kedua-duanya di lakukan (mengikut budi bicara sendiri) maka langkah seterusnya adalah untuk melakukan rawatan terhadap diri sendiri...bagaimanakah ianya boleh di lakukan?.....

Pertama

Melalui pengetahuan diri sendiri mengenai penyakit jenis apa yang di hidapi dengan pengesahan dari pihak doktor, maka anda boleh berusaha "mencabut" penyakit-penyakit yang ada di dalam tubuh melalui penggunaan Jurusan-Jurusan yang ada (pertimbangkan sendiri jurusan apa yang harus digunakan), dan harus di lakukan berulang kali sehingga terasa lega atau sembuh

Kedua

Ketika Berjurus dan apabila telah Membuka Latihan sebelum menghentakkan kaki 3 kali, anda niatkan dengan doa kepada ALLAH SWT agar "dengan berkat aku berjurus ini sembuhkanlah penyakit yang ada di dalam diri ku ini" (boleh di sesuaikan ayatnya) lalu menghentak kaki 3 kali dan terus membuat latihan berjurus sehingga tamat...kaedah ini harus di lakukan berkali-kali sehingga penyakit yang di hidapi itu sembuh sepenuhnya, dan ini bermaksud bahawa kita sendiri yang berusaha bagi proses penyembuhan tersebut melalui Berjurus...

Ketiga

Kita juga di galakkan untuk memakan ubat-ubatan yang di berikan oleh pihak doktor agar proses penyembuhan itu dapat berlaku dengan cepat dan tidak tergendala...tetapi jangan sampai untuk mendapatkan khidmat bomoh/pawang/dukun atau tukang-tukang ubat dari keilmuan yang boleh di pertikaikan amalan mereka!...

Di dalam post #58 dan post #63 telah di rungkai serba sedikit mengenai pengubatan melalui RBSS dan gedung-gedung ubat di dalam tubuh manusia, melalui cara ini juga anda mampu mengubati penyakit yang anda hidapi tersebut!....tetapi itu juga akan bergantung kepada tahap ilmu pengetahuan anda di dalam bidang tersebut....

Keseluruhannya juga akan bergantung di tahap mana KEYAKINAN anda terhadap kebolehan yang anda miliki melalui RBSS, jika tahap Keyakinannya rendah maka peratusan kejayaannya juga rendah berbanding dengan tahap keyakinan yang tinggi....


Seperti yang saya pernah sebut di dalam post #63, jika anda mampu melakukannya anda boleh "menggerakkan sistem perubatan yang ada di dalam tubuh sendiri" untuk melakukan perubatan dengan mengeluarkan "antidote" yang di perlukan oleh tubuh, tetapi cara ini memerlukan pemfokusan yang amat tajam dan pengetahuan yang luas terhadap komponen-komponen di dalam diri seseorang manusia, jika kurang pengetahuan tersebut maka akan gagallah juga usaha tersebut!...

Melalui rekod-rekod yang lalu, ramai ahli-ahli RBSS dapat melakukan perkara-perkara seperti yang di jelaskan untuk melakukan proses penyembuhan terhadap diri sendiri, dan peratusan kejayaannya adalah sangat memberangsangkan...ianya juga lebih kepada kesan psikologi samaada mahu melakukannya ataupun tidak!...

Seperti yang saya sebut di permulaan, semuanya ini akan bergantung kepada tahap keyakinan diri sendiri samaada benar-benar yakin terhadap apa yang di lakukan ataupun tidak, dan kesembuhannya akan bergantung di situ...itu sebabnya apabila satu cara menyembuhkan penyakit yang sama di ajar kepada 10 ahli, setiap 10 ahli tersebut akan melalui kadar penyembuhan yang berbeza-beza di antara satu dengan yang lain....

Walaubagaimana juga pun anda maseh boleh mencuba kaedah-kaedah tersebut tanpa perlu merasa rugi apa-apa, kata orang "tak cuba tak tahu!".......

Akan tetapi, ahli-ahli RBSS yang sangat tekun dan cergas melakukan amalan berjurus akan sukar di hinggapi penyakit-penyakit sehingga ke peringkat kronik kerana di dalam latihan berjurus itu telah wujud satu sistem penolakkan kepada sebarang penyakit yang membahayakan diri seseorang ahli kecuali jika sesorang ahli itu sangat kurang berjurus!...

Kepada yang mewarisi penyakit sebelum mengamalkan RBSS, dengan melakukan latihan berjurus secara kerap akan dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan secara semula jadi kerana lazimnya penyakit yang di hidapi lebih cenderung kepada gangguan mahluk-mahluk halus sebagai titik permulaan penyakit...berbeza dengan seseorang ahli yang telah lama mengamalkan RBSS, penyakit mereka datang kerana kecuaian diri sendiri samaada dari segi pertahanan diri yang lemah, mahupun kesilapan-kesilapan yang tidak harus di lakukan oleh mereka sebagai pengamal RBSS itu sendiri....

Rumusannya, sebagai seorang ahli RBSS kita maseh boleh merawat penyakit yang di hidapi melalui apa yang kita miliki ini iaitu Rahsia Budi Suci Sejati....bagai yang telah berusaha tetapi maseh juga gagal untuk sembuh, jangan di persalahkan RBSS kerana ada cara-cara yang tidak bersesuaian di lakukan di dalam proses penyembuhan tersebut...

Di dalam hal ini, tahap kesabaran yang tinggi amat di perlukan selain dari Keyakinan dan kaedah-kaedah rawatan...jika kurang sifat sabar dan sentiasa mengharapkan keajaiban berlaku dalam sekelip mata, maka usaha tersebut akan gagal juga akhirnya....

Anda fikir dahulu sebelum melakukannya!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Sunday February 10, 2008 - 12:32am (PST)

No comments: