Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #70 - THE BRAINSTORMER #16

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #70 - THE BRAINSTORMER #16

RESEARCHING ABOUT RBSS - ATAU MENGKAJI MENGENAI RBSS, BAGAIMANAKAH CARANYA?.

Perkataan Kaji, Mengkaji dan Pengkajian adalah perkataan yang paling banyak di katakan oleh kebanyakan ahli-ahli RBSS tetapi maseh ramai yang keliru mengenai perkara tersebut sehingga apa yang mereka kaji itu tidak mencerminkan keperluan yang sebenarnya di dalam memahamkan Rahsia Budi Suci Sejati...maknanya ialah KELIRU!...

Apa kata kita pelajari dahulu perkataan KAJI, MENGKAJI dan PENGKAJIAN supaya dari situ kita akan lebih faham maksudnya dan akan mempermudahkan kita membuat Kajian mengenai KeIlmuan RBSS ini...

Perkataan KAJI, MENGKAJI dan PENGKAJIAN...

Adalah berasal dari perkataan asas itu KAJI sahaja, KAJI ini bererti kita melakukan sesuatu Penyelidikan terhadap sesuatu perkara untuk mengetahui apakah Sejarah Silamnya, Sejarah Perkembangannya, Sejarah Sekarang, Sejarah Masa Hadapan dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya...Di mana Kaji bermakna Penyelidikan, Mengkaji adalah menunjukan Perbuatan orang yang membuat Kajian dan Pengkajian bermaksud hasil kerja dari Penyelidikan tersebut...

Jika berbalik kepada masaalah bagaimana untuk mengkaji RBSS, apa yang perlu kita senaraikan perkara-perkara yang harus di ambil tahu adalah seperti berikut:-

a) SEJARAH ASAL-USUL

1. Bagaimana RBSS itu boleh wujud

2. Dari mana ianya wujud

3. Siapa yang mewujudkan

4. Kepada siapa ianya wujud

5. Ke arah mana kewujudannya berakhir

b) SEJARAH PENGEMBANGAN

1. Dari mana ianya bermula

2. Di mana ianya di kembangkan

3. Siapa yang mengembangkan

4. Siapa yang menyambung pengembangannya

5. Bagaimana ianya di kembangkan

6. Di mana ianya boleh di temui sekarang

c) INTIPATI KEILMUAN

1. Apa Prinsipnya

2. Apa Tujuannya

3. Apa Pantang Larangnya

d) SELOK BELOK PENGGUNAAN

1. Bagaimana cara-cara menggunakannya

2. Siapa boleh mengggunakannya

3. Bila boleh menggunakannya

4. Apa yang ia boleh buat

5. Apa yang ia tidak boleh buat

6. Apa kekuatannya

7. Apa kelemahannya

8. Apa lawannya

9. Apa kawannya

10. Apa buruk dan baik mengamalkannya

e) KAITAN-KAITAN DENGAN KEILMUAN LAIN

1. Apa kaitannya dengan ISLAM

2. Apa kaitannya dengan Amalan Tambahan

3. Apa kaitannya dengan Keilmuan Lain-Lain

4. Apa kaitannya dengan Alam Ghaib

5. Apa kaitannya dengan Mahluk Ghaib

f) PENGKHUSUSAN

1. Cari maksud-maksud yang tersembunyi di dalam ajarannya

2. Cari maksud-maksud yang terang di dalam ajarannya

3. Cari maksud-maksud yang berkaitan dengan amalannya

4. Cari cara-cara penggunaan asas Jurusannya

5. Cari cara-cara yang tersembunyi mengenai penggunaan Jurusannya

6. Cari perkara-perkara yang tersembunyi dari dalam intipati keilmuannya dan melalui keilmuan yang lain tetapi berkait rapat dengannya


Dan ada banyak lagi cara-cara dan perkara-perkara yang boleh di jadikan KAJIAN bagi mendapatkan Rahsia-Rahsia di dalamnya...bukan setakat apa yang saya sebutkan sahaja....

Di ingatkan di sini bahawa dengan mempelajari urutan keilmuannya melalui Rangkaian ILMU TAUHID, HAKIKAT dan TASAWUF itu bukan untuk meningkatkan MARTABAT kita di dalam RBSS tetapi itu lebih kepada menimba ilmu pengetahuan mengenai susur-galur keilmuan RBSS ini bagi membangkitkan keyakinan dan rasa yakin terhadap amalan ini sahaja...

Yang boleh mempertingkatkan MARTABAT ke tahap yang tertinggi atau MAKRIFAHnya ialah cabang keilmuan yang mengajar kita bagaimana untuk MENGADAPTASI dan MENGAPLIKASIkan KeIlmuan RBSS di dalam kehidupan seharian kita sebagai seorangMahluk Manusia yang BerRBSS!...

Dengan mempelajari cara-cara mempertingkatkan KEFAHAMAN di dalam PENGGUNAAN SEGALA KEMAMPUAN YANG ADA DI DALAM RBSS akan membuat KEPERIBADIAN kita di PERTINGKAT dan akan menjadi SELARAS terhadap kemahuan atau tujuan sebenar RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini....serta KETEKUNAN melakukan segala ASAS di dalam PRINSIP-PRINSIPnya, bukan hanya sekadar tahu, faham dan arif mengenai susur-galur asal-usulnya sahaja kerana dengan mengetahuinya secara terperinci tanpa mengerjakan amalan-amalan yang wajibnya tidak akan membuahkan hasil yang di harapkan seperti "BerIman tanpa Amal!"....

Kerana dari zaman dahulu lagi telah wujud ahli-ahli yang sedemikian yang hanya arif bercerita mengenai kefahaman asal-usul RBSS tetapi tidak mengamalkan seperti yang di kehendaki oleh RBSS dan akhirnya mereka juga kecundang sebelum bertempur...dan tidak menunjukkan keperibadian sebagai seorang yang BerRBSS dalam arti kata yang sebenar!...(maaf kepada yang tersinggung)

Cuba ambil perhatian terhadap ungkapan "ALLAH itu ada di mana-mana", apakah maksudnya itu???....

Maksudnya ialah supaya kita dapat mempelajari dan memahami apa yang ada di sekeliling kita samaada "yang berada di atas, yang berada di bawah, yang berada di kanan, yang berada di kiri kita"...inilah ungkapan RAHSIA bagi segala Keilmuan yang telah wujud serta tertulis pada sebuah BATU yang di temui di ROME dan di tafsirkan telah berusia lebih dari 5000 tahun!, dan dari ungkapan itu telah wujud sebuah Buku yang sangat Popular pada ketika ini iaitu THE SECRET, di mana ia menerangkan bagaimana kita harus menimba sesuatu jenis ilmu dengan fikiran dan azam dari sudut yang positif!...di mana ungkapan pada Batu tersebut tidak di ketahui siapa penulisnya dan bila ianya di tulis tetapi ungkapan itu telah menjadi bahan rujukan bagi bijak-bijak pandai dari zaman dahulu sehingga sekarang untuk menimba ilmu...seperti juga buku yang berjudul "The Art Of War" yang di adaptasikan melalui pengalaman peperangan oleh seorang General/Panglima Askar Cina, dan di gunakan oleh Management Gurus untuk menerbitkan keilmuan di dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran!...sehingga di guna-pakai secara meluas di dalam pengurusan modern dunia perniagaan zaman ini....di mana saya juga pemegang PhD di dalam jurusan tersebut.

Jadi kita perlu lakarkan apakah priority kita untuk membuat kajian, dan kepada siapa kita harus merujuk bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang kita perlukan, di ingatkan bahawa tidak semestinya melalui Guru-Guru yang ada sahaja untuk mendapatkan maklumat, ada banyak sumber-sumber lain yang boleh kita jadikan sebagai bahan rujukan...seperti yang pernah saya katakan di dalam post yang awal, "jika ingin membeli roti jangan pergi ke kedai emas!"...(nanti roti tak dapat kena tempelak sebagai orang gila pulak!)

Kita juga tidak perlu takut atau khuatir jika bersaorangan atau telah tidak dapat aktif di dalam kelas atau persatuan kerana jika kita punya kemahuan yang kuat untuk mengkaji dan membuat kajian, di mana juga kita berada kita boleh melakukannya kerana ALLAH SWT sentiasa bersama-sama kita!...kepadaNya kita membuat rujukan dan daripadaNya juga kita akan mendapat limpah HidayahNya...Insyaallah!...tetapi yang asas harus dan sentiasa di buat dan di amalkan selalu....

Fikir-fikirkan....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Sunday February 3, 2008 - 01:17am (PST)


No comments: