Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #69 - THE BTRAINSTORMER #15

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #69 - THE BTRAINSTORMER #15

RBSS IN THE HUMAN WORLD - ATAU RBSS DI DALAM DUNIA MANUSIA

Dunia Manusia adalah penuh dengan pelbagai-bagai jenis keilmuan di dalamnya, dan manusia-manusia yang hidup di muka Bumi ini akan mewakili setiap jenis ilmu yang ada dan akan bekerja untuk kepentingan di antara satu sama yang lain walaupun hidup di dalam benua-benua yang berasingan.

Tetapi asas kehidupan mereka di dalam kesemua benua itu tetap sama seperti perlu makan, minum, tidur, beriadah, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara...dan mereka akan menganuti agama-agama yang mereka fahami dan senangi...

Walaupun berlainan bangsa, keturunan dan bahasa...ada dua (2) perkara asas akan tetap sama iaitu ketika mengangis dan ketawa...itulah di katakan manusia itu semuanya sama!....

Di Nusantara di mana bangsa manusia di dominasikan oleh Bangsa Melayu dari pelbagai rumpun seperti keturunan Jawa, Bugis, Batak, Bawean, Minang, Acheh, Iban, Bajau dan banyak lagi yang hidup di seluruh Nusantara ini termasuk di Negara Malaysia....Tetapi sebelum tahun 1200 perkataan Bangsa Melayu belum wujud pada ketika itu, yang ada adalah kaum-kaum asli yang menduduki kepulauan Semenanjung Tanah Ujung (Nama asal bagi Malaya) dan perkataan bangsa melayu itu wujud selepas peperangan PADRI di SUMATERA antara kerajaan Majapahit dengan Kerajaan Minangkabau, di mana orang-orang Mandailing (suku Batak) yang menduduki sebahagian di Tanah Sumatera berpaling tadah membantu tentera-tentera Majapahit di dalam peperangan tersebut, apabila Majapahit tidak dapat mengalahkan kerajaan Sumatera, maka orang-orang Mandailing tersebut melarikan diri ke Tanah Semenanjung atau Tanah Ujung...dan pelarian-pelarian tersebut di gelar oleh orang-orang Jawa sebagai "MALAYU" atau "Orang Yang Melarikan Diri" dan dari gelaran tersebutlah maka perkataan MELAYU itu wujud sehingga ke hari ini...(ini sejarah!)

Apabila menyebut Orang Melayu maka kita tidak dapat lari dari persepsi yang mengatakan mereka itu banyak ilmu dan itu termasuk dari jenis Ilmu Hitam kepada Ilmu Putih, tidak dapat di nafikan bahawa pengaruh HINDU yang melanda Kepulauan Nusantara telah menanam keyakinan dan kepercayaan mereka kepada ilmu-ilmu tersebut yang pada awal dan asasnya menyeru kepada DEWATA atau DEWA-DEWA di mana di dalam istilah HINDU Dewata itu bermaksud TUHAN mereka...sehingga ke hari ini juga pun perkataan Dewata juga di istilahkan untuk merujuk kepada TUHAN yang bernama ALLAH SWT....

Ilmu-Ilmu yang di praktikkan di zaman Hindu menular dengan luas sehingga setiap orang akan cuba mempelajarinya dengan niat untuk mempertahankan diri dari ancaman musuh, di mana ajaran Hindu itu sendiri mengajak penganutnya supaya berupaya mempertahankan diri dari sebarang mara bahaya...dari situ timbullah pelbagai-bagai jenis keilmuan samaada untu berbuat jahat atau dengan tujuan yang baik...

Dan apabila Ajaran Agama ISLAM menular di Nusantara maka kebanyakan keilmuan yang berterasan keHinduan itu hapus, tetapi maseh ada juga yang telah di ISLAMkan keilmuannya dan wujud sehingga ke hari ini...ilmu-ilmu jenis inilah yang di sebut sebagai Ilmu Kebathinan yang ada unsur-unsur ISLAM tetapi maseh terselit unsur-unsur pemujaan sebagaimana asalnya ketika di zaman keHinduan...

Ini maseh kita dapat lihat di dalam permainan Kuda Kepang, Barongan, Silat-Silat Kebatinan dan Ilmu-Ilmu Kebathinan di mana di antara asas keilmuannya terdiri dari Ayat-Ayat atau Mentera-Mentera yang menggunakan bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Jawa, Sanskrit, melayu dan arab yang mana maksud di dalam bahasa-bahasa tersebut tidak menjurus kepada ALLAH SWT tetapi kepada yang lain seperti nama-nama keramat, ahli-ahli sihir, orang-orang tertentu walaupun adakalanya di mulakan dengan Kalimah Bismillah!...inilah yang di sebut sebagai pencantuman keilmuan dari Hindu kepada ISLAM....kononnya untuk mendapatkan barakah dari orang-orang yang di sebutkan itu di dalam memanjatkan doa kepada ALLAH SWT....tetapi perlakuan itu telah menyimpang dari kehendak Hukum Syarak!...

Pada hari ini juga pun maseh terdapat ahli-ahli RBSS yang cenderung kepada kegiatan dunia Persilatan yang terpengaruh dengan amalan-amalan sedemikian termasuk menghargai sesuatu barangan yang di anggap berkeramat seperti Keris-Keris lama, Batu-Batu Azimat, Tangkal atau Wafak, Pedinding, Kebal, Kain/Baju Selendang Sakti, Upacara-Upacara mengambil kesaktian (kebathinan) menurut sesuatu Ilmu Persilatan Kebathinan yang mereka sertai....tanpa merasa ragu-ragu terhadap apa yang mereka miliki iaitu RBSS!...

Dan apa yang mereka tuntut di dalam keilmuan tersebut semuanya menjadi kerana tahap keyakinan mereka sangat kuat kepada keilmuan tersebut...dan ada yang dapat meningkat ke peringkat Guru!...walhal mereka juga ahli RBSS...

Ada juga yang saya lihat ahli RBSS yang teribat di dalam bidang perubatan yang menggunakan sesuatu barangan tertentu seperti parang, pisau, keris, batu-batu akek dan sejenisnya dan bagi mereka itu semua adalah untuk meyakinkan orang ramai terhadap perubatan mereka...dan apabila di tanya mengapa tidak menggunakan RBSS di dalam perubatan mereka, mereka menjawap itu "bss tu secret weapon yang ini saja-saja aje"...tanpa memikiri akibat di sebalik perbuatan itu!...

Ada juga ahli RBSS yang sangat kuat keyakinan pada RBSS tetapi tidak pernah berjurus atau mengisi pokok badan dan hanya mengamalkan amalan-amalan tambahan yang mereka pelajari dan apabila ditanya kenapa mereka berbuat begitu, alasan mereka adalah "BSS tu rahsia dalam, jadi pakai yang luar-luar dulu kalau tak jalan baru pakai BSS", dan ada yang kata "amalan (luar) ni lagi power dari BSS untuk buat kerja ni" atau ada yang kata "amalan-amalan luar ni boleh menguatkan BSS" dan ada macam-macam alasan yang di kemukakan, tetapi dasarnya mereka tidak mengamalkan RBSS dengan betul mengikut prinsipnya...

Begitu juga yang terjadi kepada Usahawan-Usahawan atau Profesional/Karyawan dari golongan RBSS, ada yang sanggup menggunakan khidmat bomoh/dukun/pawang untuk melariskan perniagaan mereka dan tidak mahu menggunakan RBSS yang mereka ada dengan alasan yang tidak munasabah dan ada juga yang menganggap cara menggunakan RBSS tidak begitu berkesan jika di bandingkan dengan khidmat bomoh/dukun/pawang serta sanggup mengeluarkan upah beribu-ribu ringgit bagi melaksanakannya...

Itulah sebahagian senario kehidupan yang mencerminkan RBSS di dalam dunia hari ini, di mana asasnya mereka kurang memahami apa itu RBSS dalam arti kata sebenar-benarnya sehingga mudah terpengaruh dengan sesuatu yang lain...

Anda fikirkan perkara-perkara itu.....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Friday February 1, 2008 - 06:09pm (PST)


No comments: