Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #68 - THE BRAINSTORMER #14

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #68 - THE BRAINSTORMER #14

SEJARAH MAHZAB - BAGAIMANA IANYA TERLAHIR DAN MENJADI SUATU ALIRAN KEFAHAMAN KEPADA UMAT ISLAM.

Setelah kita mengakui bahawa telah menuruti sesuatu pegangan kepercayaan terhadap sesuatu Mahzab, adakah kita mengetahui bagaimana sesuatu mahzab itu wujud selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW dan telah menjadi aliran-aliran kefahaman yang di pegang oleh Umat ISLAM pada hari ini?.....(Mahzab = Aliran Kefahaman)

Sejarah Perkembangan mahzab-mahzab adalah seperti berikut:-

Perkembangan Agama yang bersngkutan dengan keilmuan TAUHID selepas era Nabi Muhammad SAW dan juga selepas era sahabat-sahabat Nabi, muncul lah seorang tokoh Ulama Besar yang bernama Hassan Al-Basri yang mendirikan pusat pengajian ISLAM di Basrah dan menjadi tumpuan untuk menuntut keilmuan ISLAM.

Lama kelamaan segala ajaran mengenai keISLAMAN oleh beliau telah menjadi satu aliran kefahaman oleh umat ISLAM pada ketika itu dan di sebagai Mahzab SALAF dan menjadi Mahzab pertama di dalam dunia ISLAM...oleh kerana kehebatan Hassan Al-Basri maka ramailah orang-orang dari agama lain memeluk ISLAM dan belajar dengan beliau di samping membawa kefahaman yang sediaada pada diri masing-masing...

Oleh kerana yang memeluk ISLAM itu datangnya dari pelbagai kefahaman, maka di dalam perkembangan ISLAM itu sendiri wujud perbalahan mengenai isu IKHTIAR dan isu Orang yang berdosa besar tetapi tidak bertaubat...di sini salah seorang murid Hassan Al-Basri yang bernama Wasil bin Atha telah berbeza pendapat dengan gurunya lalu membuka perguruannya tersendiri dan memfokuskan pengajarannya kepada hal-hal pokok keagamaan ISLAM seperti keilmuan Usuluddin.

Ketika di dalam pengajaran Wasil Bin Atha, perbalahan pendapat telah bercambah dari dua isu pokok di dalam ajaran Hassan Al-Basri kepada lebih banyak isu-isu seperti masaalah Aqidah, kekuasaan Akal Fikiran, Hukum-Hukum Agama, Keburukan/Kebaikan Ibadat sehingga kepada isu-isu Kenegaraan (Khilafat)

Perbalahan itu timbul kerana ramai yang merujuk sesuatu perkara keagamaan melalui Buku-Buku YUNANI di mana kebanyakan buku-buku tersebut di tulis oleh golongan orang-orang Filsafat (filosofi) yang berteraskan KERASIONALAN SESUATU PERKARA menurut Hukum Akal dan ini menyebabkan banyak percanggahan mengenai keagamaan...Oleh kerana gologan Filsafat telah mendominasikan agama, lama kelamaan golongan ini di gelar sebagai aliran atau Mahzab Mu-Tazilah, dan kefahaman ini di sokong oleh Kerajaan ABBASIYAH pada ketika itu, tetapi aliran ini tetap di tentang oleh Mahzab SALAF.

Ketika di zaman ABBASIYAH yang mendominasikan fahaman atau Mahzab Mu-Tazilah di landa oleh pengaruh-pengaruh orang-orang yang tidak beragama di dalam kerajaannya lalu menerbitkan pelbagai-bagai kepercayaan yang menyimpang dari ajaran AL-QURAN dan SUNNAH, dan di dalam proses itu maka timbullah pula kepercayaan atau Mahzab yang di kenali sebagai Mahzab Qadariah iaitu kepercayaan yang berteraskan SERBA IKHTIAR...yang membawa maksud bahawa manusia itu bebas dan berkuasa menentukan segala macam perbuatannya...

Di dalam masa yang sama sewaktu Mahzab QADARIAH , wujud pula aliran kefahaman yang menentang fahaman Qadariah ini dengan berpegang bahawa manusia itu hidup kerana "SERBA TAKDIR" dan di kenali sebagai Mahzab JABARIAH, di mana aliran ini berpendapat bahawa TUHANlah yang menentukan segala perbuatan manusia...

Di antara Mahzab Salaf dan Mu-Tazillah mereka terus menerus bertentangan kefahaman mengenai AL-QURAN, di mana Mahzab Salaf berpendapat AL-QURAN itu berbentuk "Mahluk Baharu" dan Mahzab Mu-Tazilah menganggap AL-QURAN itu pula adalah "Azali atau Qadim" dan pertentangan itu berterusan hingga berabad-abad sehingga terwujudnya aliran-aliran kefahaman yang dikenali sebagaiMahzab-Mahzab HANAFI, MALIKI,SHAFIE dan HAMBALI yang mendominasikan keilmuan ILMU FIQAH.

Ulama-Ulama FIQAH ini pula bertentangan pendapat dengan golongan yang berfahaman USULUDDIN di mana keilmuan ini telah berdiri sendiri sebagai ILMU TAUHID atau ILMU KALAM.

Di dalam kekalutan menegakkan kefahaman-kefahaman dari Mahzab-Mahzab yang sediaada itu maka muncullah seorang yang bernama ABU HASSAN AL-ASYARY pada asalnya dari Mahzab Mu-Tazilah dengan memperkenalkan satu lagi aliran kefahaman yang baharu, yang di kenali sebagai Mahzab AHLULSUNNAH WAL JAMAAH, di mana beliau berjaya menyatukan kefahaman golongan Fisafat dengan kepercayaan Agama menjadi satu, dan beliau jugalah yang mempelopori ILMU KALAM atau ILMU TAUHID dan yang menyusun keilmuan SIFAT 20 sehingga dapat di gunakan sehingga ke hari ini.

Akan tetapi Mahzab SALAF dan HAMBALI menentang fahaman yang di bawa oleh Abu Hassan Al-Asyary dan menganggapnya sebagai KAFIR kerana pertentangan pendapat menganai isu-isu pokok, di mana di dalam proses-proses penentangan itu telah timbul pelbagai golongan atau aliran-aliran kefahaman yang lain.

Dalam pada itu muncul pula seorang tokoh yang bernama IMAN AL-GHAZALI yang membuat tentangan terhadap fahaman Ahlulsunnah Wal Jamaah pimpinan Abu Hassan Al-Asyary, kerana Imam Al-Ghazali berpendapat Imam Al-Asyary melalui ILMU KALAMnya telah menerbitkan perbalahan mengenai keilmuan Tauhid di dalamnya dan beliau menggelarkan orang yang suka bertengkar mengenai Ilmu Kalam sebagai ULAMA dan Tukang-Tukan Cerita mengunakan kata-kata yang berirama sebagai ALIM

Tetapi di akhir perbalahan tersebut, kesemua Imam-Imam yang tersohor tersebut kembali ke RAHIMA-HUMULLAH iaitu kembali mententeramkan hati dan hidup sebagai seorang SUFI yang SUHUD terhadap ALLAH SWT....

Apa yang boleh kita fahami dari sejarah kewujudan MAHZAB-MAHZAB tersebut???.......

Jika di lihat dari urutan sejarah pembangunan sesuatu Mahzab tersebut, yang menjadi penyebab sesuatu pecahan pendapat terhadap Ilmu-Ilmu KeAgamaan di dalam ISLAM adalah pendapat-pendapat dari Golongan FILSAFAT atau FILOSOFI yang asalnya dari orang-orang YUNANI yang tidak beragama, di mana buah fikiran mereka telah di singkir Elemen KETUHANAN dan hanya semata-mata berdasarkan pendapat dari AKAL FIKIRAN mengikut KERASIONALAN sesuatu perkara atau kejadian, jadi mereka itu berfikir dengan tidak ada kepercayaan langsung tentang kewujudan TUHAN.

Di situ dapat kita lihat bahawa pemikiran golongan FILASAFAT ini sebenarnya telah di racuni oleh anasir-anasir Iblis/Syaitan bagi membuahkan pendapat agar bertentangan dengan kehendak ISLAM yang di turunkan oleh ALLAH SWT...itu sebabnya tanpa pengetahuan keagamaan ISLAMyang mendalam, sesuatu pendapat itu akan terpengaruh dengan hasutan Iblis/Syaitan dan perkara itu boleh berlaku di mana-mana dan terhadap sesiapa juga dan berleluasa sehingga ke hari ini, di mana pendapat-pendapat modern dari Golongan Interlectual atau Mubaligh-Mubaligh Modern menggunakan Philosophy Theories di dalam hujah-hujah keagamaan mereka atau ketika mengenengahkan sesuatu komentar adalah lebih banyak menggunakan dalil-dalil Akal Fikiran serta mencampur-adukkan Agama dan Filsafat, dan perbuatan ini sebenarnya telah kembali kepada kefahaman Mahzab Mu-Tazilah di zaman Abbasiyyah...

Golongan Filsafat ini juga yang banyak menimbulkan KEMUSYRIKAN terhadap orang-orang ISLAM sehingga ke hari ini dan golongan ini juga di kenali sebagai MUTAKALLIMIN iaitu golongan yang mengenal TUHAN melalui penyelidikan Akal Fikiran semata-mata...

Dan golongan seperti inilah yang pada hari ini wujud di mana-mana kumpulan, pertubuhan, persatuan, kerajaan dan sesuatu perguruan yang mengajar sesuatu Ilmu KeTuhanan seperti Rahsia Budi Suci Sejati ini, di mana kebanyakan dari mereka sebenarnya kurang berpengathuan mengenai ISLAM tetapi cuba memperkatakan mengenai ISLAM melalui dalil-dalil dari Akal Fikiran mereka sahaja dan hasilnya adalah mewujudkan sesuatu kebenaran yang menyimpang dari kehendak TUHAN menurut Agama ISLAMNya.

Daripada ajaran itu akan terpahatlah suatu kepercayaan terhadap sesiapa yang mempelajarinya sehingga mereka ini pula menurunkan keilmuan berdasarkan kepercayaan tersebut turun menurun, dan akhirnya kepercayaan tersebut menjadi satu pegangan yang berdiri sendiri....jika ada sesiapa yang menentang fahaman itu maka mereka akan di istilahkan sebagai terkeluar dari ajaran, sesat, sasau dan pelbagai-bagai gelaran lagi, walhal kepercayaan yang mereka pegang itu adalah yang kurang tepat menurut kehendak ISLAM itu sendiri.

Itulah sebabnya Nabi Muhammad SAW pernah berpesan bahawa "Sesiapa yang mengikut Sunnah ku maka akan selamatlah mereka di dunia dan akhirat", cuba anda kaji-selidik perkataan "SUNNAH KU" ...apa yang di maksudkan oleh Nabi???.....

SUNNAH bermaksud KELAKUAN atau apa yang di lakukan, dan jika kita kembali kepada penciptaan Lembaga Manusia yang bernama ADAM, akan dapat kita lihat bahawa yang "Melakukan sesuatu KELAKUAN itu adalah MUHAMMAD" dan itu bermaksud kepada ROH, dan yang bernama AHMAD, dan AHMAD pula yang menggerakkan JASAD yang bernama ADAM....Apa yang boleh kita faham di situ???....

Jadi di sini SUNNAH yang di maksudkan oleh Nabi Muhammad SAW adalah ASAL-USUL KEJADIAN LEMBAGA MANUSIA yang di cipta oleh ALLAH SWT sebegitu rupa semata-mata untuk MEWARISI RAHSIA-RAHSIANYA untuk menjadi KHALIFAH di muka BUMI ini....

Oleh yang demikian, maksud SUNNAH itu bukan sahaja yang menggambarkan apa yang di lakukan oleh Nabi sewaktu beliau maseh lagi hidup TETAPI beliau mengajak kita supaya kembali kepada KEJADIAN ASAL MANUSIA ITU DI CIPTA dan ATAS TUJUAN APA MANUSIA ITU DI CIPTA dan APAKAH TUGAS DAN TANGUNGJAWAPNYA DI CIPTA...

Jika kita kembali kepada Kejadian Asal Manusia itu di cipta, Atas Tujuan Apa Manusia Itu Di Cipta dan Apakah Tugas dan Tanggungjawapnya Di Cipta, maka kita akan dapati bahawa kita akan kembali kepada ASAS yang 50 iaitu sebelum Sholat 5 Waktu di turunkan, dan ASAS 50 tersebutlah yang di katakan "Akan Selamat lah Mereka Di Dunia dan Akhirat" dan perkataan ini duduk di dalam "Aku Mengisi Pokok Badan Ku Agar Selamat Diri Daripada Segala Bahaya"....di mana ayat ini pula membawa maksud agar diri kita di selamatkan dari melakukan sesuatu perkara yang boleh menjurus kita ke dalam Api Neraka...dan ini pula membawa maksud agar diri kita di lindungi daripada segala Hasutan Iblis/Syaitan di dalam segala perbuatan kita...Dapatkah memahami semua ini???........Tak faham?..

Maksud yang lebih jelas ialah, kita harus kembali kepada Asal kejadian Manusia dan mengamalkan Rahsia ALLAH tersebut dengan sebaik-baiknya sehingga dapat menembusi segala Rahsia-Rahsia yang wujud di dalamnya agar kita dapat mencapai kepada Martabat Makrifah dan duduk di dalam golongan orang-orang yang terpilih serta akan mendiami Syurga di Hari Akhirat kelak...

Jika kita kembali kepada ASAL itu bermakna kita akan memiliki CAHAYANya yang berada di dalam ROH kita yang di namakan CAHAYA BUDI, dan CAHAYA BUDI ini akan menghindarkan kita dari segala PENGARUH IBLIS/SYAITAN yang bertugas untuk menyesatkan kita dari AQIDAH ISLAM melalui NAFSU-NAFSU yang berada di dalam JASAD MANUSIA...

Oleh kerana itulah INTIPATI di dalam Pembelajaran RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini MENJURUS kepada ISLAM dan KETUHANAN dari awal ianya di ciptakan sehinggalah ke Hari Akhirat....sebagaimana permulaannya bermula dengan Kalimah LAA ILLAHAILLALLAH di akhiri juga dengan Kalimah LAA ILLAHAILLALLAH....Itulah KeRahsianNya....

Anda buatlah kaji selidik mengenai perkara itu dan fikir-fikirkanlah....
Wassallam!
Professor BSS (
professor_bss@yahoo.com)
Friday February 1, 2008 - 04:13pm (PST)

No comments: