Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #71- THE BRAINSTORMER #17

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #71- THE BRAINSTORMER #17

THE SECRET OF DOING - RAHSIA MELAKUKAN SESUATU DI DALAM RBSS

Ramai yang kurang memberikan perhatian kepada isu yang ingin saya rungkai pada kali ini, berkemungkinan ramai yang tidak tahu atau tidak di beritahu atau sengaja tidak mahu mengambil tahu atau perkara ini bukan di dalam bidang pengetahuan....

Apakah perkara itu???...............

Ia adalah mengamalkan RBSS bermula semasa muda, semasa dewasa dan semasa tua!!!....dimana kebanyakan ahli bermula mempelajari RBSS di dalam lingungan usia di bawah 25 tahun, golongan kedua di bawah 35 tahun, golongan ketiga di bawah 45 tahun dan golongan keempat keatas 45 tahun....

Kelebihan para ahli yang belajar sewaktu usia di bawah 25 tahun akan dapat merasakan beberapa peringkat perubahan yang berkaitan dengan ketumbesaran fizikal yang bersesuaian dengan penambahan usia, di mana tahap-tahap kecergasan adalah perkara yang menyumbang kepada pengamalan amalan RBSS ini...

Maksudnya.....

Anda harus faham sebagai seorang mahluk manusia, kita adalah hidup di dalam satu putaran kehidupan di mana kita akan melalui masa-masa tua, dan masa-masa tua itu pula akan membataskan segala kekuatan fizikal kita untuk melakukan sesuatu yang banyak menggunakan kudrat empat kerat...

Kerana perkara tersebut, jika kita memulakan pembelajaran RBSS di bawah usia 25 tahun maka masa-masa 15 tahun berikutnya adalah masa yang paling sesuai untuk menggiatkan segala proses-proses amalan BERJURUS secara konsisten atau tetap, kerana apabila usia menjangkau 40 tahun tahap kecergasan fizikal anda akan berkurangan jika di bandingkan dengan pada usia 25 tahun...

Tetapi jika pada lingkungan usia di bawah 40 tahun anda mempersia-siakan amalan berjurus secara tidak konsisten atau tetap, maka jika anda sampai kepada usia 40an tahun baharu mahu menggiatkan amalan Berjurus maka perbuatan itu akan menjejas kesihatan diri anda sendiri, kerana bukan semua mahluk manusia sangat cergas seperti ahli sukan pada usia 40an tahun!...

Ada juga golongan yang bermula dari usia yang muda (25 tahun ke bawah) yang sentiasa mengamalkan amalan berjurus secara tetap dan konsisten, apabila mereka mencecah usia 40an atau 50an tahun kecergasan mereka ketika mengamalkan amalan berjurus maseh kekal cergas seperti dahulu lagi kerana kesinambungan amalan berjurus tanpa ada "break" atau jurang yang panjang, sama dengan amalan berjogging!

Di mana di sebalik proses Berjurus anda akan juga dapat meningkatkan tahap stamina pernafasan, tahap kecergasan fizikal dan tahap kesihatan mental anda agar sentiasa berada di tahap yang sama dan berkekalan...

Ini bukan bermakna orang-orang yang memulai amalan RBSS ini selepas usia 40an tahun akan mempunyai masaalah yang besar terhadap amalan berjurus, hanya di peringkat permulaannya sahaja mereka akan merasakan kesukaran kerana secara fizikal dan mental mereka tidak pernah melakukannya semasa usia mereka itu muda, dan apabila pada usia yang lanjut di mulai dengan amalan berjurus maka tubuh badan mereka terpaksa bekerja keras untuk menyesuaikan dengan latihan tersebut....

Seperkara lagi adalah, melakukan amalan berjurus sewaktu maseh muda dan dalam keadaan yang sihat akan mengimbangi keadaan sewaktu kita tidak sihat kerana sakit atau di makan usia, kerana "Power Station" telah di bekalkan dengan "Tenaga" yang secukupnya sewaktu keadaan kita sedang sakit di mana amalan berjurus tidak dapat di lakukan atau di masa-masa usia yang lanjut di mana tahap kesergasan telah menurun...

Akan tetapi...di dalam kontek RBSS amalan berjurus harus di lakukan sehingga bila-bila masa, dari usia muda sehingga ke usia tua dan jika kita tidak mampu berjurus seperti biasa, maka jika kita mampu berdiri, kita harus berjurus berdiri, jika tidak boleh berdiri kita harus berjurus ketika duduk dan jika tidak mampu duduk maka kita harus berjurus ketika berbaring...Ya sama seperti Hukum melakukan Sholat!....

Dan ini tertakluk kepada semua mahluk manusia dalam keadaan fizikal yang bagaimana juga pun asalkan BERAKAL (sama juga di dalam takrifan ISLAM mesti berakal) kerana orang yang tidak berakal (seperti gila) tidak akan dapat memahami apa yang sedang mereka lakukan dan apakah tujuan mereka melakukannya....dan itu jugalah sebab utamanya di dalam memulakan amalan Berjurus dan Mengisi Pokok Badan kita memulakan dengan Kalimah SYAHADAH!...

Perkara ini saya rungkai kerana ramai yang tidak mengetahuinya, dan ada juga yang merasa ragu atau tertanya-tanya jika telah melakukan banyak Berjurus sehingga Power Station itu penuh dengan Tenaga dan melimpah-ruah, apa gunanya kepada kita sebagai ahli RBSS?....sedangkan yang kita dapat gunakan hanya sedikit?.....

Untuk memahami perkara itu anda perlu kembali kepada Asasnya di mana letaknya Cahaya tersebut di dalam tubuh manusia...Ya..ia terletak dan meliputi ROH kita dan kemanakah Roh kita itu pergi selepas mati?....Ya...ke Akhirat!...maka jawapannya ialah segala lebihan Tenaga yang telah kita bina dan cipta itu akan dapat di bawa melalui ke Alam Barzakh (Alam Kubur) dan ke Hari Perhitungan (Hari Kebangkitan selepas Kiamat) dan terus ke Hari Akhirat iaitu Zaman yang berkekalan!...


Jadi apa yang di lakukan pada hari ini di dalam dunia ini melalui amalan Berjurus bukan semata-mata untuk di gunakan semasa berada di dalam dunia ini sahaja malah ia menjangkau lebih daripada itu...TETAPI ianya tidak boleh di takrifkan sebagai PAHALA dari Amal Ibadah kita melalui tuntutan ISLAM, kerana PAHALA lebih berbentuk IMBUHAN kepada segala SURUHAN ALLAH SWT yang akan menentukan SYURGANya dan DOSA adlah IMBUHAN kepada segala LARANGAN ALLAH SWT yang akan menentukan NERAKANya...TETAPI TENAGA BUDI itu adalah lebih berbentuk kepada PENGCAHAYAAN ROH yang akan menentukan kedudukan seseorang itu di sisi ALLAH SWT....

Di mana secara Azalinya jika sesuatu ROH di penuhi dengan CAHAYA tersebut, peluang untuk mereka melakukan sesuatu yang menimba DOSA-DOSA adalah tersangat TIPIS malah akan di tebali dengan PAHALA-PAHALA di atas segala perbuatan yang baik-baik seperti yang di tuntut oleh ALLAH SWT..di situlah terletaknya MAKAM BUDI MAKAM SUCI MAKAM SEJATI!.....(ini istilah segolongan orang yang menggunakan takrifan MAKAM - tetapi yang sebenarnya MAKAM itu bermaksud MARTABAT)

Itu sebabnya di dalam banyak post saya menitik-beratkan perihal mengadaptasikan RBSS di dalam kehidupan seharian kita kerana langkah tersebut akan mengekalkan diri kita di dalam kekukuhan lantai AQIDAH yang membina KEIMANAN terhadap ALLAH SWT, di mana unsur-unsur kesyaitanan akan terhakis sedikit demi sedikit dari dalam kehidupan dan akan membangkitkan nilai-nilai keISLAMAN di dalam diri secara semula jadi tanpa sesuatu paksaan, di mana pintu hati kita akan dapat menerima segala Nur atau Hidayah KeTuhanan dan merasap ke dalam perbuatan diri kita sebagai mahluk manusia yang di katakan Ehsan!...dimana Ehsan adalah kesinambungan daripada Iman dan ISLAM!....

Itu juga sebabnya ALLAH SWT menjadikan sesuatu itu bukan untuk membebankan mahluk-mahlukNya terutamanya mahluk manusia, kerana setiap penciptaan ALLAH SWT adalah untuk mempermudahkan mahlukNya agar dapat kembali kepada TUHANNya dan hidup di dalam Hari Yang Berkekalan bersama-samaNya di Akhirat kelak....yang menyusahkan diri sendiri adalah golongan manusia itu sendiri, yang memusuhi sesama sendiri adalah manusia itu juga sendiri, yang menciptakan kesusahan pada diri manusia adalah golongan manusia sendiri...jadi kita jangan terpengaruh atau di pengaruhi oleh itu semua..."kembali kepada diri" adalah jalan yang sebaik-baiknya...

Itu juga sebabnya di dalam post yang lalu saya merungkai perihal ISLAM dan MAHZAB agar anda dapat mengemaskinikan pendirian diri sendiri di landasan yang bagaimana anda berpegang kepercayaan pada waktu ini, kerana jika tidak dikemaskinikan sekarang maka berkemungkinan anda tidak dapat memperbetulkannya lagi di masa-masa hadapan...harus di ingat bahawa iblis/syaitan sentiasa mengubah strategy bagaimana untuk terus-menerus menyesatkan diri kita di dalam kepercayaan yang kita percayai!....maksudnya kita akan di sesatkan di dalam IMAN....

Ada banyak contoh-contoh di mana orang-orang ISLAM dan yang berRBSS di sesatkan oleh iblis melalui kepercayaan yang mereka pegang dan yang mereka yakini...sebabnya???....PengCahayaan di dalam ROH mereka tidak berfungsi untuk melindungi dari hasutan dan godaan iblis/syaitan!.....

Di mana KeISLAMAN yang mereka pamerkan bukan berdasarkan apa yang di kehendaki oleh ALLAH SWT dan yang di ajar melalui Para RASULNya, di mana KEINDAHAN di dalam ISLAM telah di cemari oleh keganasan, keangkuhan, kesombongan dan penindasan sesama sendiri tanpa memperduli mahluk-mahluk yang lainnya ataupun sesama mahluk manusia itu sendiri...

Cuba lihat bagaimana agama-agama yang lain melakukan kebaikan-kebaikan dan kebajikan-kebajikan sesama umat manusia tanpa mengira pegangan agama mereka, di mana ada diantara kebaikan dan kebajikan yang mereka pamerkan adalah lebih baik dan lebih wajar daripada orang-orang ISLAM itu sendiri, sedangkan ALLAH SWT telah menetapkan dengan jelas bagaimana kebaikan-kebaikan serta kebajikan-kebajikan yang harus di lakukan melalui ketetapan SYARAKNya tetapi telah di politikkan dan di ubah-suai oleh orang-orang ISLAM itu sendiri mengikut keselesaan dan kefahaman diri, kaum, masyarakat dan kerajaan mereka sendiri....itulah yang di katakan "Sesat di dalam KeImanan".....Sedangkan Rukun Iman kita di galakkan untuk mempercayai Para Rasul dan Nabi-Nabi ALLAH SWT yang di takrikan kepada 25 orang, dan melalui 25 orang Rasul dan Nabi-nabi tersebut telah di pamerkan pelbagai-bagai corak pengajaran keilmuan, keahlakan, kemukjizatan dan norma-norma kehidupan untuk umat manusia tanpa mengira warna, bangsa atau agama....

Tetapi orang-orang ISLAM maseh lagi bertelagah sesama sendiri berkenaan perkara yang pokok iaitu perihal Hukum Syarak di dalam keIlmuan ILMU FIQAHNya, di mana di dalam hal ini lebih condong kepada HAK-HAK sesuatu golongan ataupun kaum manusia...sehingga sanggup memerangi sesama ISLAM kerana mempertahankan HAK mereka menurut kefahaman yang mereka yakini....sehingga seteru-seteru ISLAM mempergunakan kelemahan orang-orang ISLAM ini bagi di manfaatkan untuk kaum-kaum mereka seperti dari sudut ekonomi dan kewangan....yang secara jelasnya 1.7 billion umat ISLAM di dalam dunia hari ini bergantung kepada seteru-seteru ISLAM dari segi ekonomi dan kewangan samaada mereka itu suka ataupun tidak dan tidak terkecuali diri kita sendiri!.....

Dan sebagai General Knowledge, tahukah anda bahawa di dalam dunia ini ada enam (6) pakar ekonomi dan kewangan yang memonopoli lebih dari 75% simpanan EMAS dunia dan golongan inilah yang mendominasikan segala sistem kewangan perbankan dunia dan kerajaan-kerajaan dunia, mereka bukan USA, bukan BRITISH dan bukan RUSSIA tetapi lima (5) dari enam (6) itu adalah berbangsa YAHUDI!, di mana sistem perbankan ISLAM berada di tangga bawah ke 100 tahap mereka....termasuk bursa-bursa saham dan sistem perbankan negara-negara dunia...menakjubkan bukan!...tetapi itulah hakikat sebenarnya...

Jadi maksud yang jelas, adalah satu perkara yang sangat bodoh bagi umat ISLAM yang maseh bertelagah sesama sendiri berkenaan hal-hal yang sangat remeh dan tidak menguntungkan diri sendiri, di mana kebodohan itu memakan diri mereka sendiri walhal mereka melaung-laungkan cogan kata KeISLAMAN "God Is Great" dan "No Other god except ALLAH", tetapi mereka sendiri menyimpang dari landasan yang ALLAH SWT telah tetapkan.....termasuk kepada apa yang berlaku di tanah air kita sendiri!....

Itu semua terjadi kerana tidak ada kekuatan Cahaya Budi yang dapat menerangi ROH-ROH mereka sehingga mereka itu mudah di perdayakan oleh iblis yang sememangnya seteru nombor satu bagi manusia...kita tidak payah pandang jauh-jauh sangat, cuba pandang di kalangan ahli-ahli RBSS itu sendiri, adakah keseragamannya di sana???.......jawapannya tidak ada dan belum wujud lagi!....serta memerlukan banyak masa lagi untuk di peringatkan mengenai apakah Rahsia Budi Suci Sejati itu dari kontek yang sebenar-benarnya..kenapa ini berlaku???....

Kerana selama ini tidak ada yang berani bersuara atau ketengah untuk membaiki dan memperbetulkan keadaan di mana kefahaman mengenai RBSS itu sendiri maseh belum di perkukuhkan walaupun secara dasarnya RBSS itu sememangnya sudah kukuh dan telah wujud Kemakrifatannya yang tersendiri.....

Anda fikirlah secara mendalam!...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

No comments: