Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI -Post #64 - THE BRAINSTORMER #11 - IN WHICH CATEGORY RBSS STAND

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI -Post #64 - THE BRAINSTORMER #11
- IN WHICH CATEGORY RBSS STAND

DI DALAM ILMU SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT,
DI MANAKAH RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ITU BERADA?

Ke empat-empat (4) jenis ILMU tersebut adalah berdiri dengan sendiri kekuatan keilmuan di dalamnya dan mengupas keilmuan ALLAH SWT menurut dari mana keilmuan itu berada, walaupun takrifan keilmuan dari ke empat-empatnya berbeza hukum fiziknya tetapi ianya amat berkaitan di antara satu sama yang lain...

Di mana jika kita berSyariat tanpa berTarekat/berHakikat/berMakrifat atau sebaliknya, amalan dan ilmu pengetahuan kita tidak akan sampai ke mana-mana dan boleh terjerumus ke lembah yang sesat lagi menyesatkan, oleh kerana itu ramai guru-guru atau mursyid dari golongan tersebut akan terlebih dahulu memeriksa ilmu pengetahuan seseorang mengenai empat ilmu tersebut sebelum mereka mula mengajar demi menjamin apa yang di ajarkan dapat di terima dengan baik serta sempurna..

Ke empat-empat Syariat/Tarekat/Hakikat/Makrifat boleh di takrifkan sebagai memandu sebuah kenderaan, jika kita ingin menggerakkan sebuah kenderaan seperti kereta, kita harus memulakan dengan Gear #1 sebagi daya penggerak sebuah kenderaan dan apabila dapat di gerakkan maka kita harus menukar kepada Gear yang lebih tinggi seperti Gear #2, #3 dan #4 dan seterusnya, ini untuk menjamin pergerakkan kenderaan tersebut lancar serta mengikut peraturan dan kehendak pencipta teknikalnya...

Andai kata, kita hanya menggunakan Gear #1 sepanjang perjalanan maka kelicinan kenderaan untuk bergerak lancar tersekat-sekat kerana kemampuan Gear#1 itu amat terbatas dan rendah dan tugasnya asasnya juga hanya berfungsi untuk menggerakkan kenderaan yang sedang duduk diam atau tidak bergerak, dan jika kita ingin menggerakkan kenderaan yang tidak bergerak dengan menggunakan Gear#4 maka kemampuan Gear#4 untuk menggerakkannya juga terbatas kerana tidak ada kekuatan untuk menarik atau menolak berat kenderaan tersebut....

Ini samalah senarionya jika kita mempelajari keilmuan Syariat/Tarekat/Hakikat/Makrifat, kita harus bermula dari Syariat ke Tarekat ke Hakikat dan ke Makrifat, kita tidak boleh bermula dari terus Makrifat kerana cara ini akan mendatangkan kemudaratan kepada Aqidah KeISLAMAN kita sendiri dan kita tidak mungkin faham intipati di dalamnya kerana tidak mempelajari asas-asas ILMU-ILMU KETUHANAN di peringkat Syariat/Tarekat/Hakikat...

Ramai di kalangan Umat ISLAM yang tidak memandang berat mengenai sistem pembelajaran seperti ini, mereka cepat terpengaruh dengan ajakan teman-teman agar mengikut mereka mempelajari dari guru-guru yang terlibat tanpa "mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu" dan akhirnya diri kita sendiri menjadi sesat di dalam ilmu dan yang mengajar tidak pula sesat....kerana, kita akan cenderung membuat "andaian sendiri" terhadap apa yang kita dengar tanpa keilmuan yang cukup untuk membuat takrifan!...itulah yang berlaku di mana-mana juga pada zaman ini, ada banyak nama-nama besar di dalam mengembangkan fahaman-fahaman ISLAM mereka tanpa menitik beratkan kesan-kesan sampingan terhadap keahlian mereka sehingga ahli-ahli mereka begitu taksub kepada pertubuhan dan pemimpin-pemimpin mereka...

Jika di kaji-selidik dan di buat penelitian yang rapi, pertubuhan-pertubuhan yang di katakan mengembangkan sesuatu fahaman ISLAM ini selalunya menjurus kepada kepentingan menjana ekonomi pertubuhan yang berpihak kepada pemimpin yang bergelar Tok-Tok Guru dan bukan kepada pembangunan Aqidah KeISLAMAN dan kesejateraan ekonomi pengikut dan keluarga mereka...belum lagi saya terlihat orang-rang kebanyakan yang mengangotai pertubuhan seperti ini menjadi senang atau kaya raya tetapi menjadi sebaliknya, mereka hidup seumpama hamba sahaya yang terpaksa bekerja berhempas pulas demi pertubuhan dan pemimpin yang di katakan menegakkan ISLAM itu...di manakah rasionalnya perkara ini????..........itulah yang di katakan mempelajari sesuatu jenis ilmu tanpa ilmu!......

Berbalik kepada persoalan di manakah RAHSIA BUDI SUCI ITU BERADA di dalam empat cabang ilmu ISLAM tersebut???.....

Ya memang benar, RBSS itu berada di dalam keIlmuan MAKRIFAT tetapi bagaimana ianya boleh duduk di bahagian tersebut?, apakah fakta-faktanya yang boleh di jadikan rujukan? dan bagaimana kita boleh meyakininya?................

Ringkasnya begini (tapi tak ringkas jugak!)

ILMU SYARIAT itu adalah suatu pelajaran yang mengajar kita sebagai Umat ISLAM untuk mengetahui segala Peraturan-Peraturan, Atur Cara dan Peradapan di antara Mahluk Manusia dengan ALLAH SWT yang terdapat di dalam AL-QURAN, dan mengetahui penghuraiannya melalui ucapan RASULLULLAH yang di katakan HADITH serta mengikuti perlakuan RASULLULLAH yang di katakan SUNNAH, di peringkat ini di ajar asas-asas ilmu tersebut sehingga menimbulkan suatu Kepercayaan kepada ALLAH SWT yang di katakan IMAN.

ILMU TAREKAT itu pula adalah ajaran lanjutan dari Ilmu SYARIAT bagi mendekatkan diri kepada ALLAH SWT melalui jalan menyucikan hati sanubari supaya terpahat ikatan di antara diri dengan Pencipta, di mana jalan TAREKAT ini bersumberkan perlakuan dari RASULLULLAH itu sendiri.

ILMU HAKIKAT pula adalah suatu ilmu yang mengajar bagaimana untuk mengenali/menyelami diri sendiri bagi mengenali/menyelami Yang Maha Pencipta untuk menuju KEMAKRIFATANNYA...

ILMU MAKRIFAT ini adalah suatu jalan untuk bagaimana untuk mencungkil rahsia-rahsia Alam maya dan ilmu-ilmu Ketuhanan samaada Alam Saghir atau Alam Kabir, di mana segala keilmuan melalui Ilmu Makrifat ini akan di kurniakan oleh ALLAH SWT kepada orang-orang yang benar-benar mengikuti jalanNya dan akan di buka pintu-pintu RahsiaNya untuk di ketahui bukan dengan Akal Fikiran tetapi melalui Kurnia dan HidayahNya secara Ilhamiah atau Ilmu Syahadah kepada manusia yang bukan bertaraf Nabi-Nabi seperti kita ini...

Melalui sudut yang lain, RBSS yang terletak di dalam ILMU MAKRIFAT ini adalah di dalam kategori Zikir HU, di mana Zikir HU ini di takrifkan sebagai Zikir Zat..cuba lihat urutan kategori berikut:-

1. Syariat = Dalam kandungan zikir LAAILAHAILLALAH - kategori Zikir Apaal

2. Tarekat = Dalam kandungan zikir ALLAH - kategori Zikir Asma

3. Hakikat = Dalam kandungan zikir ALLAH HU - kategori Zikir Sifat

4. Makrifat = Dalam kandungan zikir HU - kategori Zikir Zat

Jadi ILMU MAKRIFAT itu membawa maksud atau pengertian bahawa KEPERCAYAAN atau KEIMANAN seseorang itu telah sampai kepada kemuncak segala Kepercayaan terhadap TUHAN sehingga apa sahaja yang mereka lihat mereka akan merasakan kehadiran ALLAH SWT di dalamnya sebagaimana;

Firman ALLAH SWT di dalam Surah AL-BAQARAH Ayat 156 (yang bermakna)

" Sesungguhnya milik ALLAH itu dari MASHRIK dan MAGHRIB, di mana sahaja kamu mengadap di situlah kamu akan melihat wajah ALLAH"

Jika di lihat peradapan di dalam BERJURUS yang terdapat di dalam PRINSIP #2 RBSS, anda akan dapati BERJURUS di ikuti dengan gerakan 13 Sendi Besar JASAD yang melakukan 50 jenis pergerakkan Jurus di dalam Zikir Hakikat iaitu Zikir ALLAH HU dan Zikir Zat iaitu Zikir HU di mana segala proses turun-naik atau keluar masuk PERNAFASAN itu di takrifkan seperti di dalam Empat JAWAHIR;

· NAFAS: Yang keluar-masuk daripada tubuh manusia

· AMPAS: Yang keluar-masuk daripada tubuh manusia

· TANAPAS: Yang keadaan keluar ke dalam tubuh manusia

· NUPUS: Yang ke dalam sahaja tidak keluar samaada ke kiri ke kanan ke atas ke bawah atau ke depan ke belakang...(seperti bayi yang bernafas di dalam kandungan ibu)

Dan Zikir Nafas itu terbahagi kepada Lima (5) Bahagian (Takrif Para Tassawuf)

(Maaf tidak ada Tulisan Arabnya - harap maklum!)

1. Zikir Keluar = Allah Allah

2. Zikir Masuk = Hu Hu

3. Zikir Masuk-Keluar = Hu Allah

4. Zikir Keluar-Masuk = Allah Hu

5. Zikir Rahsia Nafas = A, AA, II, UU

Pengertian keseluruhannya di sini, di dalam Rahsia Budi Suci Sejati, selain JURUSAN berasal-usulkan 50 gerak Sembahyang, memiliki Rahsia ALLAH dan memiliki Cahaya Budi, perbendaharaan JASMANIAH secara BATHINIAHnya adalah di dalam keadaan senantiasa mengingati kepada ALLAH SWT melalui kelima-lima (5) cara berzikir tersebut bukan sahaja di dalam Latihan Berjurus tetapi di dalam setiap masa asalkan "ikatan Roh dan jasad" itu senantiasa berfungsi atau "switch on" (ahli RBSS sahaja yang faham kod ini).

Ini bermakna kedudukan KeIlmuan Rahsia Budi Suci Sejati itu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi sedikit daripada kedudukan ILMU MAKRIFAT di dalam PERLAKSANAAN PERNAFASANNYA, di mana melalui jalan Ilmu Tassawuf seseorang itu harus mengikuti segala Peradapan-Peradapan BerZikir dengan sesempurnanya mengikut peraturan yang di tetapkan di dalam SYARIAT, tetapi di dalam KeIlmuan Rahsia Budi Suci Sejati ia tidak tertakluk di situ secara asas kerana ia melalui sudut ROH yang di katakan RAHSIA ALLAH di mana KESUCIANNYA tidak tercemar atau di cemari oleh sesuatu....Hanya ALLAH sahaja Yang Maha Mengetahui....

TETAPI....Walaupun kedudukan RBSS itu sangat tinggi Martabat dan Kedudukannya dari segi ILMU ALLAH, maseh ramai lagi Pengamal-Pengamal RBSS yang tidak mengendahkan fakta-fakta tersebut dan maseh lagi dengan kelakuan-kelakuan yang bertentangan dengan Tujuan dan Martabat RBSS dengan ALASAN RBSS itu tidak ada pantang larang atau halangan...seperti maseh tergamak lagi membuat maksiat-maksiat lahir dan bathin, berjudi, meminum arak, berzina, menipu, merompak, menyamun, memakan harta benda atau hak orang lain/kerajaan, menindas/membuli, mengkhianati/menzalimi sesama manusia, memakan riba dan sumber-sumber yang tidak halal...di mana mereka sebenarnya "TAHU APA ITU RBSS" tetapi terasa sayang untuk meninggalkan perbuatan-perbuatan tersebut kerana mereka tidak berusaha membuang "Istana Iblis" di hati mereka sendiri.....bukan kerana Iblis tidak mahu keluar tetapi mereka (empunya diri) yang suka "Istana Iblis" itu duduk di jantung hati mereka (rujuk post #37), di mana sifat ini boleh di takrifkan sebagai "Menzalimi diri sendiri" yang terkongkong oleh HAWA NAFSU......

Itu sebabnya sebagaimana yang saya sebutkan di dalam post yang awal, untuk menyelami dam merasai kemurnian dan kesucian Rahsia Budi Suci Sejati bukan mudah bukan senang dan bukan dalam masa yang singkat, bukan setakat 1, 2, 3, , 4 , 5 atau 10 tahun malah ia akan lebih dari masa-masa tersebut dan akan banyak bergantung kepada tahap pengamalan latihan berjurus yang di lakukan, semakin kerap kita lakukan latihan berjurus maka akan semakin cepatlah proses penyucian diri itu berlaku dan semakin cepat pula segala KeRahsiaan ALLAH SWT akan terbuka untuk kita, bukan sebagai "part-timer RBSS", jurus bila jumpa masaalah dan tidak berjurus kalau tidak ada masaalah!...sedangkan HAKIKAT sebenarnya sekali di isi kita adalah "full-timer RBSS" hingga ke Hari Akhirat!....

Ada yang lagi teruk, Guru di buat musuh, Guru di jadikan seteru dan Guru di pandang rendah dan remeh....murid jenis apakah ini???.....itu juga sebabnya saya mengusulkan agar di lakar satu Tata-Cara atau Peradapan untuk berhadapan dengan Guru-Guru sediaada seperti gelaran apakah yang memanggil mereka (guru) Encik kah, Abang kah, Pakcik kah, Tuan kah, Tuan Guru kah sewaktu di dalam kelas-kelas pembelajaran RBSS serta peradapan menghadapi mereka, di mana saya lihat pada masa ini peradapan atau sopan santun terhadap guru-guru telah longgar atau tidak beradap!, ini bukan usul untuk taksub kepada guru tetapi usul bagaimana untuk menghormati seorang guru!....(Professor BSS tetap dan maseh menghormati Guru-Guru yang sediaada - Guru-Guru di PBSSM/PPJBSSKL atau PBSS atau yang 3M)

Jadi anda fikir-fikir apa yang tersurat dan yang tersirat!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Sunday January 27, 2008 - 04:09pm (PST)

No comments: