Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI -Post #65 - THE BRAINSTORMER #12 THE GHOST CATCHING

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI -Post #65 - THE BRAINSTORMER #12
THE GHOST CATCHING

TANGKAP HANTU! - DARI KONTEK RAHSIA BUDI SUCI SEJATI

Perkataan TANGKAP HANTU atau TANGKAP JIN adalah salah satu pekerjaan yang di gemari oleh ramai ahli-ahli RBSS, tidak kira dari zaman mana mereka itu wujud, dari zaman dahulu hinggalah ke zaman ini...

Persoalannya ialah mengapa mereka ini suka sangat menangkap hantu?, tidak ada pekerjaan lain ke?................

Bak kata orang "Tak orang tak kita"....saya secara peribadi juga pun suka menangkap hantu atau jin sewaktu mula-mula belajar RBSS dahulu kerana ingin meneroka kehebatan yang wujud di dalam RBSS, maklumlah sebelum mempelajari RBSS mana boleh tangkap hantu, lari bila jumpa hantu adalah!.....jadi bila dah pandai sedikit, mulalah belajar-belajar tangkap hantu dari senior-senior zaman dulu...seronok memang seronok dan banyak dapat di pelajari sewaktu proses menangkap itu...

Dan dari zaman dahulu lagi, ramai ahli-ahli RBSS yang dengan secara sukarelanya menjadi Penangkap Hantu atau Tukang-Tukang Ubat kepada penyakit-penyakit yang berunsurkan rasukan, sehingga di zaman ini juga pun maseh ramai lagi yang melibatkan diri di dalam aktiviti ini...

Saya ingin merungkaikan sesuatu di sini mengenai "kerja tangkap hantu" ini, di mana ramai yang tidak tahu atau belum begitu faham kehidupan mahluk-mahluk halus seperti jin yang di katakan sebagai hantu ini...rungkaian ini bukan bermaksud pekerjaan menangkap hantu ini tidak baik atau tidak harus di lakukan tetapi anda harus memberikan perhatian yang serius kepada fakta-fakta yang akan di rungkai....

Pertama saya akan rujuk Hantu sebagai Jin kerana itu definasi yang paling tepat dan paling sesuai untuk mahluk tersebut.

Seperti di dalam Post-Post yang lalu yang khusus memperkatakan mahluk jin/syaitan dan iblis, apa yang kita dapat fahami ialah kaum jin ini adalah lebih ramai dari bilangan mahluk manusia di mana nisbahnya ialah 9:1 (sembilan jin bagi setiap manusia), dan mereka ada pelbagai rupa bentuk, tugas, agama serta menetap di daratan, di lautan dan di angkasa-raya...itu sudah kita ketahui...

Tetapi apa yang perlu di ketahui lagi?....yang perlu di ketahui ialah perkara semasa menangkap jin ini...apakah perkara itu?...

Perkara Pertama, di dalam mana-mana proses menangkap jin sewaktu melakukan perubatan terhadap pesakit atau di mana sahaja, anda sebagai seorang ahli RBSS harus tahu dan pasti jin yang mana satu yang harus di tangkap?, kerana populasi jin itu ramai dan berselerakan di mana-mana sahaja di dalam ruang yang ada...jika anda tidak mengenal pasti yang mana satu yang membuat angkara dan hanya "buta-buta" menangkap sebarang jin, ini bermakna anda telah berbuat "dosa" dengan cara yang tidak sengaja, dan dosa tetap dosa yang tetap ada pembalasannya samaada di dunia, di liang lahad atau di hari perhitungan...itu satu hal

Kedua, oleh kerana kaum jin itu beranak-pinak dan bersaudara mara, maka jika tersalah tangkap maka akan mengakibatkan pembalasan dendam akan berlaku dari kaum jin terhadap diri dan keluarga kita dan cara mereka membalas dendam juga tidak kelihatan melalui mata kasar dan kita juga tidak dapat mengesannya dengan begitu mudah.

Ketiga, sewaktu proses menangkap jin itu sedang di lakukan kita sebenarnya di perhatikan oleh:-

1. Taiko-Taiko Jin (Penghulu-Kapten)

2. Para Wali-Wali

3. Para Malaikat

4. Iblis/Syaitan

5. Allah SWT

Di mana Taiko-Taiko Jin akan menilai perlakuan kita itu samaada akan bertindak balas terhadap apa yang kita lakukan terhadap kaumnya menurut pertimbangan yang kita sendir takrifkan terhadap jin yang akan kita tangkap itu...maksudnya apakah jenis tindakkan dan hukuman terhadap mereka yang tertangkap.

Para Wali-Wali pula akan sentiasa memerhatikan dan sering mendoakan kita agar jangan melakukan sebarang kesilapan kerana "kekurangan" segelintir kita yang tidak memiliki Panca-Indera atau Kasyaf Mata-Hati, di mana setiap satu kesilapan akan menerbitkan satu (1) Dosa...Para Wali-Wali ini sangat khuatir kita mengumpul banyak dosa-dosa.

Para Malaikat pula akan bekerja mengikut peranan masing-masing, ada yang bersedia mencatit pahala, yang mencatit dosa, yang bersedia membawa doa, yang bersedia menurunkan ilham dan sebagainya mengikut fungsi masing-masing...

Dan Iblis pula akan memberi peratian yang khusus dan sering memberikan arahan kepada pegawai-pegawainya agar kita juga sering melakukan kesilapan-kesilapan sewaktu kerja-kerja menangkap itu di jalankan, dengan harapan biar kita banyak mengumpulkan dosa...

Manakala ALLAH SWT pula akan melihat segala apa yang anda lakukan dari sudut KETUHANANNYA.

Senario sebenar menangkap jin ini seperti anda seorang anggota polis yang berada di dalam ribuan manusia dan ingin menangkap manusia yang bersalah, manusia yang mana satukah yang harus di tangkap di dalam ribuan itu?, jadi kita harus tahu siapa sasaran kita, kita harus kenal-pasti apakah kesalahan yang mereka lakukan dan siapa mereka? (tok-tok polis mesti arif mengenai hal ini). Kalau kita hanya menangkap sebarangan bermakna kita tidak membuat "Home Work" yang betul, tafsiran kita tidak betul dan kita di katakan melakukan kesalahan besar, di mana kita juga berhadapan dengan mahluk ciptaan ALLAH SWT yang ada juga hak kehidupannya bersama-sama kita di muka Bumi ini.

Ada yang kata "aah aku dah shield tempat ini - tak ada yang boleh keluar masuk", tetapi bagaimana bentuk "Shield" yang anda ciptakan itu?, dan bagaimana anda membuatnya?...Cuba perhatikan kembali, bahawa setiap ruang akan ada mahluk di dalamnya, jika anda mencipta sebuah "Shield" yang berbentuk kotak persegi empat, dari mana anda membuka kotak shield tersebut?, ia terus tercipta?, contohnya kotak shield berukuran 20' x 20' secara otomatik?, jika begitu, maka mahluk-mahluk yang menduduki ruang tersebut akan terperangkap di dalamnya sekali (semua jenis mahluk yang ada di situ pada ketika itu) dan jika begitu bermakna belum tentu anda memerangkap jin yang benar-benar bersalah!...

Atau anda membuat "Shield secara manual"?, buat satu dinding ke satu dinding?...lagi membuat jin itu ketawa terbahak-bahak kerana pergerakan jin berpuluh-puluh kali lebih pantas dari pergerakkan kita!, sebelum anda siapkan satu dinding shield, mereka sudah berdiri di luar shield tersebut...dan lagi satu kaum jin ini amat tahu samaada anda berMata Kasyaf ataupun tidak, jika tidak, mereka akan "bermain-main dengan anda" tetapi jika anda berMata Kasyaf mereka amat takut kerana telah dapat di lihat oleh manusia, sedangkan ALLAH SWT telah kurniakan keistimewaan kepada kaum jin agar tidak boleh di lihat oleh manusia...

Jadi di sinilah kerumitannya untuk memperjelaskan kedudukan sebenar tindak-tanduk kita menggunakan RBSS sewaktu kerja-kerja menangkap jin ini, banyak perkara yang perlu kita tahu dan yang perlu kita selidiki sebelum kita terjun melakukannya...saya merungkai perkara ini melalui pengalaman diri sendiri, di mana bidang ini telah banyak mengajar saya perihal mahluk jin/syaitan ini dan bagaimana tindak tanduk mereka melayani kerenah kita pula...apa yang boleh saya akui di sini ialah kita banyak berbuat kerja-kerja bodoh kerana kebodohan diri kita sendiri!....selagi Panca-Indera kita maseh buta, maseh kabur atau maseh samar-samar...yang sangat di perlukan ialah penglihatan Panca-Indera yang jelas dan terang bagi melihat keadaan sebenar.

Jadi jika anda telah sampai ke tahap itu (Kasyaf Mata) anda akan akui sendiri bagaimana bodohnya tindak-tanduk kita sewaktu maseh lagi buta itu, itu akan membuatkan anda ketawa seorang diri nanti!....

Seperkara lagi ialah jika jin yang ingin di tangkap itu telah meresapi tubuh manusia, rupa bentuk mereka bukan lagi di dalam keadaan asal mereka, mereka telah berubah kepada bentuk yang lain samaada kepada bentuk cecair, bentuk asap, bentuk haba atau bentuk kuman/atom atau bentuk gumpalan darah/daging di dalam tubuh manusia, yang belum berubah ialah semasa belum memasuki tubuh manusia...

Di sini anda perlu bijak pula untuk menangkap dan mengeluarkan mereka, cuba perhatikan sifat-sifat cecair, asap, haba, kuman/atom atau darah/daging...kesemua di dalam rupa bentuk ini boleh terpisah-pisah dan boleh bercantum semula tanpa mati...jadi jika yang di tangkap itu tidak menyeluruh maka ini bermakna jin itu maseh hidup di mana sebahagiannya tertangkap dan sebahagian lagi hidup bebas dan mereka berupaya bercantum semula jika berpeluang dan ini bergantung kepada bagaimana anda tangkap dan bagaimana anda hapuskan...

Begitu juga halnya dengan upacara-upacara "membuka gelanggang" yang membuat "shield" dari gangguan mahluk halus, memagar rumah kediaman dan apa juga rupa bentuk "Shield" yang anda lakukan, mesti ada cara-cara yang betul penciptaannya...ini saya rungkai dari 100% menggunakan RBSS sahaja, saya tidak menyentuh perihal lain-lain amalan!, kerana lain amalan lain caranya...Tetapi jika dari sudut RBSS anda mengerti yang lain tidak menjadi masaalah lagi kerana FOUNDATIONnya (Tapak Asasnya) adalah RBSS!...

Begitu juga halnya dengan hasil tangkapan (bukan ikan ye- itu nelayan!), bagaimana anda menghapuskan jin yang di tangkap itu?...di masukkan dalam botol?, di buang ke laut?, di benam ke Bumi?...bagaimana?....

Ada satu kaedah yang paling popular yang di lakukan oleh para ahli RBSS atau kebanyakan orang-orang ilmu kebathinan, suka memasukkan jin ke dalam botol!.....TAHU kah anda bahawa mahluk jin itu boleh menembusi apa juga rintangan yang berbentuk pepejal seperti batu, kayu, besi, kaca, intan, berlian dan sebagainya, jika anda memasukkan ke dalam botol dan hanya "Shield" bahagian muncung botol, dengan mudah mereka itu lari menembusi kaca botol tersebut kecuali anda "shield" keseluruhan botol tersebut, tetapi ramai yang hanya "Shield" di bahagian muncung botol!... dan apakah rasionalnya "memenjarakan jin dalam botol"???...perbuatan itu betul atau salah di dalam ISLAM?....dan apakah penjara sebenar yang harus di hantar kaum jin ini???, dan di mana dan bagaimanakah caranya???.....

Menurut apa yang dapat saya lihat dan apa yang saya fahami (melalui kejadiannya), setiap mahluk jin yang di dapati bersalah dan patut di hukum mestilah di benamkan terus ke dalam perut BUMI yang keTujuh, di mana perut Bumi yang ketujuh ini di takrifkan sebagai Neraka oleh Ulama-Ulama ISLAM dan juga menurut Sains Geography dan Sains ISLAM, jadi jika jin yang bersalah tersebut di benam terus ke dalam Nereka di mana dari situlah asal usul kejadian mereka sendiri, maka akan kuranglah dosa-dosa kita kerana "dari ALLAH mereka datang dan kepada ALLAH jugalah mereka kembali"....

Kedua, jika kita tidak benamkan ke dalam Neraka, jin tersebut akan dapat melepaskan diri dan akan membuat kerja-kerja pembalasan dendam kepada diri kita sewaktu Tenaga Budi kita lemah atau sewaktu kita di serang sakit teruk atau akan mengganggu segala urusan kita termasuk mengganggu anak cucu cicit kita sendiri...kerana salah satu sifat kaum jin ini adalah PENDENDAM!...

Walaubagaimana juga pun, usaha yang murni ingin membantu orang-orang yang di timpa kesusahan seperti di ganggu oleh mahluk jin/syaitan sememangnya harus di lakukan terutamanya para ahli RBSS tetapi mestilah dengan ilmu yang betul yang bertepatan cara-cara dan kaedahnya menurut keilmuan RBSS itu sendiri....ramai juga ahli RBSS atau bukan ahli yang menggunakan Ayat-Ayat AL-QURAN bagi menangkap dan memenjarakan jin ini tetapi bagi saya itu kurang bertepatan dengan kejadian mahluk tersebut dari sudut sebenar-benarnya...apa yang saya lihat menggunakan cara di dalam RBSS adalah yang paling sesuai atau yang aling afdal terhadap mahluk jin kerana RBSS bukan ILMU MANUSIA!....

Anda fikirkan semuanya itu...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Sunday January 27, 2008 - 06:54pm (PST)

No comments: