Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #63 - THE BRAINSTORMER #10 - THE MEDICAL WAREHOUSE

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #63 - THE BRAINSTORMER #10
- THE MEDICAL WAREHOUSE

GEDUNG-GEDUNG UBAT YANG BERADA DI DALAM KELENJAR PADA SETIAP SENDI MANUSIA - APAKAH IA SEBENARNYA?

Subjek ini adalah sambungan dari Post #62 tetapi menjurus kepada Gedung-Gedung Ubat yang berada di dalam KELENJAR pada setiap sendi manusia....jadi persoalannya ialah apakah ia sebenarnya itu?...

Di dalam ILMU HAKIKAT ada menyebut bahawa RUKUN SEMBAHYANG itu ada 13 PERKARA kerana mengambil sempena Hakikat SENDI BESAR MANUSIA yang membolehkan manusia bergerak dan membuat kerja dan sebagainya itu ada 13 SENDI:-

1. Sendi TENGKOK

2. Sendi BAHU KANAN

3. Sendi LENGAN KANAN

4. Sendi TANGAN KANAN

5. Sendi BAHU KIRI

6. Sendi LENGAN KIRI

7. Sendi TANGAN KIRI

8. Sendi PAHA KANAN

9. Sendi PAHA KIRI

10. Sendi LUTUT KANAN

11. Sendi KAKI KANAN

12. Sendi LUTUT KIRI

13. Sendi KAKI KIRI

Pada setiap SENDI-SENDI BESAR ini akan wujud pula SENDI-SENDI KECIL seperti pada tangan yang akan ada Sendi Bahu/Siku/Pergelangan Tangan/Persambungan Jari-Jari dan begitulah seterusnya pada setiap Persambungan Tubuh manusia.

Di dalam Sains ISLAM, di takrifkan bahawa dengan melakukan pekerjaan Sholat yang sebanyak 17 RAKAAT dalam sehari semalam, akan menyebabkan tubuh badan akan menjadi sehat walafiat kerana di dalam setiap perbuatan Sholat ada unsur-unsur "Perubatan" yang di terbitkan oleh Gedung-Gedung Ubat yang di sebut sebagai KELENJAR...OLEH SEBAB itu juga dengan banyak mengerjakan Sholat seseorang itu akan memperbaiki kesihatan tubuhnya secara tidak langsung...itu dalam Sains ISLAM.

Dalam Sains Kemanusian (Human Biology) juga telah membuktikan perkara tersebut benar (mengenai fungsi kelenjar sahaja) dan telah terbit pelbagai KeIlmuannya yang tersendiri melalui kaedah-kaedah Natural Healing seperti Acupunture, Acupunture Without Needles, Acupressure, Reflexology, Japanese Shiatsu & Amma, French Do-In, Chinese T'ui/ Tien-An/Chih-An/An-Mo, Swedish Massage dan Podiatric Medicine and Physical Therapeutics, juga Urutan Nusantara, di mana KeIlmuan jenis ini telah wujud di muka Bumi melebihi 5000 tahun yang lalu....(pernah di sentuh di post yang lalu)

Tetapi konsep mereka adalah 100% jasmaniah dan tidak menyentuh perihal Roh manusia seperti yang terdapat di dalam Sains ISLAM....dan jika bercakap mengenai Sains ISLAM ia akan menyebut atau meghuraikan bahawa "Bom Jangka" itu wujud melalui "Istana Iblis" yang berada di "Penghujung/Bawah Jantung manusia", dan melalui proses pembersihan darah yang turun naik di dalam Jantung manusialah sistem PerNafasan Manusia itu pula wujud, dan sistem pernafasan ini pulalah yang di takrifkan oleh golongan Hakikat dan Makrifat sebagai NAFAS, NUPUS, TANAPAS dan AMPAS atau yang di katakan EMPAT JAWAHIR. (adalah maklum kepada murid-murid Hakikat/Makrifat)

Itu sebabnya, jika kita tahu menggunakan kelebihan yang wujud di dalam RBSS, maka akan mudahlah bagi kita "mengaktifkan gedung-gedung ubat" tersebut lalu ia akan mengalirkan "Antidote"nya kepada setiap penyakit yang di deritai oleh tubuh...di tambah lagi dengan kekuatan Tenaga Budi yang di wujudkan oleh kita, maka bertambah berkesanlah perubatan tersebut!.....

Sayugia di ingatkan bahawa walaupun perubatan dari kaedah ini adalah semula-jadi atau natural healing tetapi kita harus dan tetap menyelidiki unsur-unsur lain yang menyebabkan sesuatu penyakit itu terbit di dalam tubuh manusia...jika tidak, perubatan cara tersebut akan menemui kegagalan juga.....

Jadi, maksud sebenarnya ialah TIDAK ADA JALAN PINTAS BAGI MEMPELAJARI SESUATU KEILMUAN!......

Oleh kerana orang-orang yang telah mempelajari Rahsia Budi Suci Sejati itu memiliki suatu Gedung Ilmu yang sangat luas dan universal, maka adalah sesuatu yang wajib bagi orang-orang sebegini untuk mencedok ilmu-ilmu dari dalam gedung itu lalu di manfaatkan kepada diri sendiri, keluarga dan umat manusia sejagat...

Bukan menganggap bahawa RBSS ini sebagai suatu ilmu pelindung dari gangguan jin/syaitan atau ilmu kuat atau ilmu penghindar zalim dan khianat sahaja....malah ianya boleh berfungsi lebih daripada apa yang dapat di fikirkan oleh Akal Fikiran manusia dan hanya dua (2) perkataan yang khusus untuk itu...samaada MAHU ataupun TIDAK bagi mempelajarinya...

Jangan di hairankan jika melalui Blog RBSS ini seorang yang menggelarkan dirinya sebagai Professor BSS, yang mengungkap dan merungkai sesuatu jenis ilmu melalui perspective Rahsia Budi Suci Sejati tetapi tidak terdapat atau di ajar oleh golongan Guru-Guru RBSS itu sendiri....kerana KeIlmuan di dalam RBSS adalah cukup besar dan cukup luas bidang-bidang keilmuannya, bukan sekadar yang di ajarkan di dalam kelas sahaja....yang di ajarkan di dalam kelas adalah ASAS-ASAS KEILMUAN RBSS yang akan di jadikan sebagai FOUNDATION atau TAPAK kepada penerimaan ILMU-ILMU yang lebih besar lagi!....

Dan tidak semestinya Professor BSS itu sahaja yang banyak mengetahui mengenai rahsia-rahsia di dalam Rahsia Budi Suci Sejati, malah ada ribuan dan jutaan manusia lain yang lebih Arif mengenai keilmuan tersebut, Professor BSS hanya mengisi kekosongan sebagai Pemangkin atau Booster kepada yang mahu menuntut keilmuan RBSS ini ke tahap yang lebih mendalam lagi, kerana itu jugalah segmen dari Post #54 hingga ke Post #63 di namakan THE BRAINSTORMER agar segala persoalan yang di sentuh dapat di fikir kewajarannya dan di ambil perhatian dan di jadikan ilmu pengetahuan!..

Kepada yang telah tahu atau yang Arif mengenai isu-isu yang di bangkitkan, bolehlah menjadi bahan rujukan kepada ahli-ahli yang kurang tahu atau kurang arif mengenainya dan sekurang-kurangnya Ilmu ini akan sering di perkatakan dan tidak lupus dari ingatan masing-masing...dan mempermudahkan tugas Guru-Guru yang sediaada daripada terpaksa bersyarah mengenai perkara yang sama sahaja berulang-kali kerana ramai yang tidak memberikan perhatian ketika Guru-Guru memberikan syarahan (Never Pay Any Attention!)

Anda perlu membuka minda dan gunakan Akal untuk berfikir!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Saturday January 26, 2008 - 11:06pm (PST)


No comments: