Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #59 - THE BRAINSTORMER #6

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #59 - THE BRAINSTORMER #6

APA SARANAN PROFESSOR BSS MENGENAI PEMBELAJARAN RBSS SECARA SISTEMATIK?

Soalan tersebut menjurus kepada saranan agar pembelajaran amalan/ajaran/ilmu Rahsia Budi Suci Sejati ini di kemas kini dan di sesuaikan mengikut kemajuan zaman dan daya berfikir manuisa pada hari ini yang telah berubah kerana kepesatan teknologi dunia...oleh kerana ada yang menyarankan kepada saya agar mengutarakan konsep mengikut perpective yang saya ada.

Baik.....Pertama di dalam post-post yang lalu saya ada menyentuh agar sistem pembelajaran RBSS dapat di standardisekan melalui satu sistem penyaluran maklumat RBSS yang di Korikulumkan mengikut susunan dan di ajar secara berpeingkat-peringkat.

Kedua, penubuhan Akademi Rahsia Budi Suci Sejati yang di sesuaikan dengan sistem korikulum pelajaran yang tersusun

Ketiga, penggabungan kesemua ketiga-tiga (3) persatuan RBSS yang ada di bawah satu bumbung, di bawah pentadbiran bersama serta berkongsi mengembeling sumber-sumber tenaga pengajar yang ada bagi memantapkan sistem penyaluran maklumat intipati RBSS kepada umum.

Maksud yang lebih jelas...

Kesemua INTIPATI PELAJARAN RBSS di susun dan di pecahkan kepada beberapa kategori MATA PELAJARAN

1. Pelajaran Sejarah kewujudan RBSS dari mula ia di kembangkan sehingga ke hari ini, di jelaskan nama-nama pelopor dan guru-guru yang pernah terlibat menurunkan RBSS mengikut zaman tanpa prejudis (pilih kaseh)

2. Pelajaran Sejarah Asal Usul Manusia dari kejadian Nabi Adam sehingga ke Manusia hari ini yang merangkum hal-hal ISLAM, Mahluk-Mahluk ciptan ALLAH SWT yang lain dan hubung-kait Asal-Usul RBSS dengan sejarah asal-usul manusia.

3. Pelajaran ASAS INTIPATI RBSS yang merangkum Prinsip-Prinsip RBSS, Tujuan RBSS, Pantang larang RBSS, Warna-Warna RBSS dan yang berkaitan dengannya.

4. ILMU-ILMU KETUHANAN yang bersangkutan dengan ALAM GHAIB seperti Iblis/Syaitan, Jin, Wali-Wali, Malaikat mengikut perspective RBSS

5. ILMU PERUBATAN di dalam RBSS mengikut 100% perspective RBSS

6. ILMU-ILMU AMALAN TAMBAHAN yang lain, yang di bolehkan untuk di pelajari semasa menuntut RBSS

7. ILMU-ILMU PENGGUNAAN RBSS secara Theory dan Practical yang menerangkan cara-cara untuk mengaplikasikannya di sebalik mengadaptasikannya.

8. Di ajar juga perbandingan di antara ILMU-ILMU yang wujud atau ada di dalam dunia ini sebagai rujukan kepada penuntut bagi memantapkan keilmuan mereka.

9. Boleh juga di terapkan Pengajian AL-QURAN yang menjurus kepada mempelajari atau mengetahui RAHSIA-RAHSIA ALLAH mengenai sesuatu yang berlaku atau yang di ciptakkan olehNya.

10. Di wujudkan pengajaran di dalam Bahasa-bahasa Utama Dunia bagi mempermudahkan pembelajaran para penuntut Antarabangsa, tetapi boleh di mulakan dengan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai permulaan.

11. Di ajarkan ADAP-ADAP dan TATA SUSILA BERGURU ketika dalam pengajian kerana belum ada di tetapkan secara formal pada hari ini.

12. Di peringkat PERSATUAN, peranan atau fungsinya di tumpukan hanya kepada menjaga KEAHLIAN sahaja dan tidak terlibat di dalam SISTEM PENGAJARAN, di mana SISTEM PENGAJARAN di ambil alih oleh pihak AKADEMI di bawah PENTADBIRAN AKADEMI.

13. Pihak JEMAAH GURU-GURU yang ada sekarang di gelar atau kesemuanya memegang gelaran MAHAGURU dan sebagai Tuan-Tuan Yang Terutama AKADEMI RBSS dan menumpukan kepada hal-hal Penurunan ILMU serta melakar korikulum mata pelajaran RBSS dan Amalan Tambahan yang lain, di mana mereka akan mempunyai satu Majlis Penasihat yang di kenali sebagai MAJLIS PENASIHAT JEMAAH-JEMAAH MAHAGURU RBSS di peringkat Pusat/Nasional yang akan menasihati pihak Jemaah Mahaguru kepada hal-hal pentadbiran akademi dan persatuan.

14. Di dalam hal keahlian RBSS, tidak harus ada pilih kaseh dan semua ahli yang telah menamatkan Kursus Pelajaran RBSS harus di iktiraf sebagai AHLI SEUMUR HIDUP RBSS di bawah pentadbiran Persatuan, maksudnya yang telah menamatkan pelajaran dari Akademi RBSS...semasa maseh di Akademi mereka hanya di kenali sebagai Penuntut RBSS.

15. Untuk jangkamasa menuntut dan menamatkan kursus RBSS harus di pecah-pecahkan kepada beberapa tingkatan seperti (contoh):- A) Peringkat Sijil - mungkin dalam masa 6 bulan dari Isian Pertama hingga Penutup. B) Peringkat Diploma - mungkin lagi 6 bulan -hingga 1 tahun C) Peringkat Diploma (Lanjutan) - juga mungkin 6 bulan - 1 tahun dan D) Peringkat Ijazah - juga 6 bulan - 1 tahun... E) Peringkat Kedoktoran Falsafah (PhD) 1-2 tahun dan di tahap ini baharu di ijazahkan untuk di jadikan Wakil Guru...Nota: Penggunaan persijilan berbentuk/taraf Sijil/Diploma/Ijazah dan Phd hanya layak di keluarkan oleh sesebuah Institusi yang berbentuk AKADEMI dan boleh di hubungkait sesuatu jenis pembelajarannya dengan mana-mana Universiti ISLAM bagi mengiktitiraf taraf Phd (kedoktoran) yang di keluarkan seperti yang di lakukan oleh banyak pengamal-pengamal sekolah perubatan Alternatif.

16. Yuran Kursus harus di selaras dengan segala kemudahan yang di sediakan, dan selalunya sebuah AKADEMI akan beropreasi di dalam sebuah bangunan yang cukup segala kelengkapan dan kemudahan belajar..Jika hanya satu Akademi dapat di tubuhkan dahulu, maka asrama-asrama harus di sediakan bagi menampung kediaman penuntut yang datang dari jauh...pihak pentadbir Akademi haru melakar perkara ini.

17. Yuran bagi KEAHLIAN SEUMUR HIDUP juga harus pada kadar yang rendah dan di bayar hanya sekali, dan mereka boleh pada bila-bila masa datang ke Akademi bagi melihat serta bergaul dengan Penuntut-Penuntut baharu serta di bolehkan untuk berjumpa dengan Jemaah Mahaguru jika ada keperluan...dengan cara ini keahlian RBSS tidak akan hilang begitu sahaja.

18. Pihak Persatuan pula harus melakar acara-acara Perjumpaan bagi keseluruhan ahli RBSS secara tahunan, dwi tahunan atau sebagainya bagi mengeratkan siratul rahim di kalangan ahli, jangan adakan unsur-unsur paksaan di dalam penglibatan ahli-ahli seumur hidup terhadap apa juga yang di anjurkan oleh pihak persatuan kerana langkah ini boleh memburukkan keadaan..

19. Perlantikan orang-orang yang bekerja di dalam Pentadbiran AKADEMI dan PERSATUAN harus di utamakan mengikut Kualifikasi Pelajaran (Qualifications) mereka dari bidang sekular kerana ini menitik-beratkan soal-soal pentadbiran yang memerlukan kepakaran dan keahlian di dalam bidang ilmu tersebut..

20. Dan PENSYARAH-PENSYARAH di dalam Akademi di lantik dari mereka-mereka yang lulus di Peringkat Diploma (lanjutan), Peringkat Ijazah serta Peringkat Phd bagi menjamin mutu penyaluran maklumat Intipati pelajaran RBSS terjamin dab berkesan.

Jelasnya di sini, kita suka taupun tidak terpaksa mengikut model-model pendabiran dan pengurusan bangsa barat/eropah di dalam membangunkan AKADEMI RBSS ini, ini bukan sesuatu yang baharu kerana pihak Univerisiti AL-AZHAR juga pun mengikut kaedah ini...apatah lagi Universiti Islam Antarabangsa!....

Anda fikir-fikirkan perkara itu.....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Wednesday January 23, 2008 - 07:09pm (PST)


No comments: