Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #60 - THE BTRAINSTORMER #7

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #60 - THE BTRAINSTORMER #7

ISLAM - SCIENCE - RBSS

Perkara ISLAM - SCIENCE - RBSS saya pilih khusus kerana ada banyak cabang-cabang keilmuan yang berhubung kait mengenainya, di mana ada di antara kita (tidak kira siapa) mengabaikan salah satu daripada hal tersebut.

ISLAM - Seperti yang di ketahui adalah Agama yang terakhir dan Agama yang di perakui oleh ALLAH SWT untuk semua Umat Manusia di muka Bumi ini selepas Agama Nasrani (Kristien), di mana di dalam pengajaran ISLAM yang di turunkan melalui AL-QURAN mengandungi banyak perkara-perkara yang melibat pelbagai bidang ILMU PENGETAHUAN dan KEAGAMAAN termasuk bidang Sciences dan RBSS.

SCIENCES - Adalah satu bidang ILMU (cara-cara) yang boleh menghuraikan sesuatu asal-usul kejadian dari sudut menyediakan bukti-bukti scientifik, dan daripada situ akan dapat di fahami sesuatu itu di buat dari apa, boleh di buat apa, mengapa ianya di buat dan apa-apa juga yang berkenaan dengan sesuatu untuk di manfaatkan di dalam kehidupan manusia...tetapi bidang science ini ada keterbatasanya seperti tidak dapat menyelidiki asal-usul Roh Mahluk-Mahluk termasuk manusia dari kaedah scientifik, bermakna Science tidak dapat menghuraikan berkenaan ISLAM dan RBSS. (sebenarnya bidang science bermula dari ILMU USULUDDIN)

RBSS - Pula lebih kepada KERAHSIAAN ALLAH SWT yang di wujudkan di dalam KEJADIAN MANUSIA SAHAJA di mana ianya tidak dapat di huraikan dari segi/kaedah science tetapi science hanya dapat membuktikan kewujudannya sahaja melalui pembuktian kewujudan Internal Energy Forces dan Cahaya yang meliputi tubuh manusia, dan di dalam ISLAM ianya banyak di sebut dan di huraikan seperti perkara-perkara yang lain.

Tetapi, dari perspective yang lain apakah yang boleh kita kaitkan keiga-tiga (3) perkara itu sebagai satu (1) cabang ILMU yang tersendiri pula???..........

Pertama

Kita bermula dengan ISLAM, sebagai seorang ISLAM kita adalah tertakluk di dalam semua RUKUNnya seperti yang ada di dalam RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN...dan dengan KALIMAH SYAHADAH kita melakukan apa yang di suruh dan menghindar apa yang terlarang, itulah yang di katakan sebagai seorang ISLAM, tidak ada lebih dan tidak ada yang kurang tetapi yang membezakan di antara ISLAM seseorang dengan yang lain adalah Martabat Amal Ibadahnya kepada TUHAN YANG MAHA AGUNG...


Kedua

Setelah kita ISLAM, kita berRBSS pula dan melalui RBSS kita tertakluk dengan segala PRINSIP-PRINSIP yang ada Lima (5) itu....Melalui Prinsip RBSS kita di tekankan PERANAN ISLAM di dalam kehidupan sebagai seorang ISLAM yang BerRBSS, dan ini telah meningkatkan kita setingkat lebih baik dari ISLAM yang tidak BerRBSS kerana kelebihan ILMU PENGETAHUAN mengenai CAHAYANya itu...Jika di kira melalui Martabat bermakna ianya sangat tinggi kedudukannya di sisi ALLAH SWT (telah di kupas di dalam post yang lalu).

Ketiga

Setelah kita ISLAM dan kita telah pula BerRBSS, maka kita harus pula mengsciencekan ISLAM dan RBSS ini kepada satu (1) KEFAHAMAN dan KEYAKINAN tidak boleh dua (2) kerana jika kita tidak gabungkan KEFAHAMAN dan KEYAKINAN itu menjadi satu, maka segala tindak tanduk kita bertanduk! (maaf-jadi macam syaitan!)...Ini adalah kerana di dalam RBSS tidak ada pantang larang yang di syaratkan di dalam HUKUM SYARAK, maka jika tidak di gabungkan segala perbuatan dan tingkah laku kita akan bercanggah dengan ISLAM dari RUKUN ISLAM dan bukan dari RUKUN IMAN...kerana RBSS itu tetap berlandaskan ISLAM dari kontek KESELURUHAN KEILMUANNYA dan bukan dari SUDUT KEMANUSIAN.

Jika telah berupaya menyatukan KEFAHAMAN dan KEYAKINAN ISLAM dengan KEFAHAMAN dan KEYAKINAN RBSS menjadi SATU KEFAHAMAN yang bermakna tidak ada PERCANGGAHAN di antara kedua-duanya dari sudut PERBUATAN maka SENI SCIENCE sebagai satu cabang ILMU akan berdiri di dalam kefahaman itu...

Maksudnya, melalui kedua-duanya akan membolehkan kita memahami segala KEJADIAN dan segala PERATURAN dan PENTADBIRAN ALLAH SWT di kesemua ALAM-ALAM dengan MUDAH...Mudah itu bermakna kita menjadi ARIF dengan Kehendak ALLAH SWT untuk menjadikan sesuatu perkara menurut FITRAHNya....

Jika di terjemahkan maksud tersebut ke lain perkataan itu mambawa maksud bahawa kita akan menjadi seorang ISLAM yang BerRBSS yang serba boleh atau Universal!....kita tahu tentang manusia, tahu tentang Tuhan, tahu tentang Malaikat, tahu tentang Iblis/Jin/Syaitan, tahu tentang Haiwan, tahu tentang Alam dan sebagainya iaitu menjadi seorang Mahuk Manusia Yang BerIlmu....

Di peringkat inilah di katakan kita itu MERDEKA di dalam Matlamat RBSS yang duduknya pula di Peringkat PENUTUP!....

TETAPI ramai di kalangan ahli-ahli RBSS yang tetap membezakan yang menjarakkan dan yang mengasingkan kedua-dua ISLAM dan RBSS di dalam kehidupan mereka, jadi ini adalah satu kepincangan di dalam proses untuk menyatukan KEFAHAMAN dan KEYAKINAN di antara keduanya itu...

Contohnya, dalam satu masa mereka bermahzab-mahzab di dalam mengamalkan ISLAM dan di dalam masa yang lain pula mereka meninggalkan mahzab mereka kerana menjalankan tuntutan RBSS (Nota: Mahzab adalah sesuatu kepercayaan mengenai perbezaan dan penghuraian Hukum Syarak di dalam ISLAM), jika mereka boleh melupakan atau mengenepikan salah satu KEFAHAMAN dan KEYAKINAN, bermakna KEFAHAMAN dan KEYAKINAN itu tidak KUKUH tidak INDAH seperti yang termaktub di dalam RUKUN IMAN dan PRINSIP RBSS....perlakuan seperti itu lebih menjurus kepada ISLAM JELMA-JELMAAN atau RBSS JELMA-JELMAAN juga...dalam kategori belum YAKIN sepenuhnya lagi...

Saya bukan Anti-Mahzab, tetapi anda perhatikan orang-orang yang mengerjakan UMRAH dan HAJI di MEKAH, sewaktu mereka melakukan Ibadah UMRAH dan HAJI di manakah mereka letakkan kepercayaan Mahzab-Mahzab mereka?....dan ribuan Umat Manusia bergerak melakukan nya mengikut RUKUN UMRAH dan RUKUN HAJI seperti yang di kehendaki oleh ALLAH SWT jika ingin mengerjakannya...dan selepas ibadah Umrah dan Haji tersebut mereka tidak katakan "Aku dah Umrah/Haji Mahzab itu atau mahzab ini"...maksudnya jika ke MEKAH kita perlu ikut kepada Rukun dan Hukum yang ada bukan kepada sesuatu Kepercayaan.

Manakala RBSS pula tidak meletakkan apa-apa HUKUM di dalamnya dan hanya tertakluk kepada kepercayaan yang bagaimana seseorang ahli itu berpaling mempercayai sesuatu Hukum melalui Mahzab-Mahzab yang ada, jika A maka A-lah hukumnya, jika ia pilih C maka C pulalah menjadi hukum pegangannya...

Walaubagaimana juga pun, jika seseorang itu dapat sampai ke tahap PENYATUAN KEFAHAMAN dan KEYAKINAN ISLAM dan RBSS menjadi SATU....mereka akan dapat melihat sendiri di dalam banyak-banyak Mahzab, Mahzab yang manakah yang di redhai oleh ALLAH SWT dan yang di gembirakan oleh RASULLULLAH...(saya taknak pandai-pandai di sini - anda selami sendiri dan dapatkan jawapannya sendiri) dan KEPERIBADIAN yang bagaimana kita berpegang......

Anda fikrikan semuanya itu..............

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Wednesday January 23, 2008 - 10:04pm (PST)


No comments: