Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI -Post #58 - THE BRAINSTORMER #5

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI -Post #58 - THE BRAINSTORMER #5

THE ART OF RBSS SICKNESS TREATMENT - ATAU SENI PENGUBATAN PENYAKIT DI DALAM RAHSIA BUDI SUCI SEJATI..

PENGUBATAN PENYAKIT di dalam RBSS adalah juga merupakan satu SENI seperti SENI MEMPERTAHANKAN DIRI, di mana SENI ini menjurus kepada methode atau cara-cara menggunakan apa yang ada di dalam RBSS itu sendiri.

Di dalam hal PENYAKIT yang di alami oleh manusia itu ada pelbagai dan terbahagi kepada dua (2) jenis atau komponen, yang pertama Penyakit yang menghinggapi Tubuh Badan dan kedua yang melanda dalam Roh.

Kedua-dua komponen yang di hinggapi penyakit ini di dalam proses pembaik-pulihannya mempunyai methode atau cara yang berbeza dan memerlukan kepakaran yang amat dalam di dalam kefahaman Jurusan-Jurusan yang terdapat di dalam RBSS.

Kita telah ketahui bahawa di dalam RBSS ada terkandung 50 JURUSAN dan apa yang tidak di ketahui oleh umum ialah di dalam 50 Jurusan itu ada 114 Kategori pecahan perubatan dan ada 6635 (ada kata 6666) kategori cara-cara atau methode perubatan...angka tersebut adalah berdasarkan kepada Surah-Surah dalam AL-QURAN dan AYAT-AYATnya...

Jika anda meneliti AL-QURAN, anda akan dapati bahawa setiap AYAT dan SURAH ada kesan-kesan atau Daya Perubatan Menyembuhkan sesuatu jenis penyakit kepada diri manusia, dan begitu juga halnya dengan 50 Jurusan RBSS tersebut...ini adalah kerana hubung-kait di antara Ayat-Ayat AL-QURAN dengan 50 Jurusan RBSS berada di dalam satu kategori tetapi berbeza kebendaharaannya...jadi jika tidak mampu memecahkan code - kod makna-makna 50 Jurusan untuk perubatan, anda pelajari apa yang termaktub di dalam Ayat-Ayat AL-QURAN dan kemudian "convertkan" pengertiannya ke dalam Jurusan....Harus di ketahui bahawa di dalam ASAS Jurusan yang 10 itu, Asasnya sangat mudah untuk di fahami seperti perlakuan yang di perlukan untuk bertindak kepada sasaran Lembaga manusia yang tidak menyerupai sesiapa itu...

Sebagai contoh, jika seseorang itu mengalami penyakit di bahagian perut (pelbagai jenis), anda perlu perhatikan di dalam Jurusan apa yang kena mengena dengan perut, buat satu senarai berkaitan dengan penyakit dari atau di sebabkan perut dengan jurusan-jurusan yang menggunakan sasaran makrifatnya perut...dari situ anda padankan dengan Ayat-Ayat dari AL-QURAN yang di gunakan sebagai Ayat Penyembuhan, buat perbandingan dari Surah dan Ayat dengan Jurusan yang terlibat...dari situ anda akan dapat memecahkan kod-kod rahsia perubatan RBSS mengenai penyakit...susah?...memang susah tetapi jika rajin membuat kajian seperti ini, anda akan mendapat sesuatu yang ahli lain tidak tahu atau tidak boleh buat di dalam SENI PENGUBATAN PENYAKIT MELALUI RBSS!...

Dan Penyakit yang melanda diri manusia juga ada dua (2) sumbernya, pertama datangnya dari ALLAH SWT dan kedua yang di bawa oleh Iblis/Syaitan...dan kedua-dua jenis ini nampak sama tetapi memerlukan perbezaan methode atau cara-cara mengubatnya...di mana yang datangnya dari ALLAH SWT kita memerlukan keizinanNya bagi proses penyembuhan dan yang datangnya dari Iblis/Syaitan kita perlu melakukan proses pembersihan mahluk sebelum melakukan proses pengubatan...jika tidak di lakukan maka penyakit tidak akan sembuh...

Di dalam hal penyakit yang di turunkan oleh ALLAH SWT juga kita perlu menjalankan proses pembuangan, tetapi bukan pembuangan mahluk halus...ia merupakan proses pembuangan "Kuman-Kuman - Viruses" yang berada di dalam tubuh, maknanya sama juga seperti "cabut dan buang" dan bagi mahluk halus "cabut-buang/bunuh"...

Tempat-tempat serangan penyakit samaada yang di turunkan melalui sesuatu jenis kuman oleh ALLAH SWT atau yang di bawa oleh Iblis/Syaitan, tempat-tempat berikut menjadi sasaran penting:-

1. Dalam Sistem Perut

2. Dalam Sistem Otak

3. Dalam Sistem Pernafasan

Sistem Perut

Sistem Perut jika makanan di jangkiti oleh kuman akan mendtangkan pelbagai penyakit kepada tubuh badan manusia seperti cirit-birit, gastrik, muntah-muntah, pendarahan buang air kecil dan besar, penyakit hati (kuning), limpa, hempedu, buah pinggang, kulit, tenaga lahiriah dan lain-lain...dengan kuman menyerang sistem perut ini akan melumpuhkan sebahagian besar operasi pada tubuh badan manusia.

Sistem Otak

Jika kuman menyerang sistem Otak maka kebolehan untuk berfikir secara wajar dan waras terjejas teruk dan mengganggu sistem pertahanan yang lain di dalam tubuh kerana Pusat Kawalan tubuh tidak beropreasi dengan baik

Sistem Pernafasan

Melalui Sistem Pernafasan ini kuman-kuman boleh menyerang yang akan melumpuhkan sistem parau-paru dan akan menyebabkan kita meghidapi penyakit deman selsema, melaluinya juga sistem-sistem yang lain akan terjejas teruk.


Itulah tiga cara utama untuk merosakkan Sistem Pertahanan Penyakit pada tubuh manusia samaada yang di datangkan oleh ALLAH SWT atau yang di bawa oleh Iblis/Syaitan...

Oleh yang demikian, sebagai ahli RBSS kita harus juga belajar memahami segala sistem-sistem dalam tubuh manusia bagi memudahkan kita mengenal pasti jenis penyakit bagaimana yang menyerang seseorang manusia itu, dan selebihnya gunakan kebijaksanaan sendiri untuk mencari cara-cara pengubatannya....

Harus di ingat di sini bahawa bukan semua penyakit cepat di sembuhakn melalui proses pengubatan menggunakan RBSS, ada yang menggunakan ubat-ubatan Science Modern lebih cepat dan efektif, jadi kita perlu berhati-hati untuk melakukan sesuatu mengikut keadaan sesuatu jenis penyakit...jangan pakai hentam sahaja....

Begitu juga halnya dengan penyakit yang menggunakan kaedah perubatan Science modern, ada kalanya tidak efektif dan memerlukan perubatan cara RBSS untuk mengubatinya dengan berkesan...dan ada kalanya kita perlu menggabungkan kedua-dua kaedah itu sekali gus...gunakan kebijaksanaan anda sendiri dan jangan sampai kita memperbodoh-bodohkan pesakit dengan kebodohan diri kita sendiri....

Jadi fikir-fikirkanlah.....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Wednesday January 23, 2008 - 05:42pm (PST)


No comments: