RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #57 - THE BRAINSTORMER #4
BER-RBSS DENGAN ALAM-ALAM GHAIB
Perkara ini terpaksa saya rungkaikan untuk menjadi garis-pandu kepada sesiapa sahaja yang mula atau yang baharu mempelajari keilmuan Rahsia Budi Suci Sejati...
Persoalan ini di timbulkan oleh ramai orang-orang umum dan juga para ahli RBSS yang ingin tahu samaada dengan mempelajari RBSS atau yang sudah mula mengamalkan RBSS akan terdedah penglihatan kepada Alam-Alam Ghaib dan Mahluk-Mahluk Halus?...
Baik...jika di teliti segala huraian yang terdapat di dalam post-post Blog RBSS ini, apa yang boleh di fahami mengenai amalan RBSS ini ialah:
1. Ia bertujuan "Menghindarkan kita dari segala perbuatan zalim dan khianat"
2. Tenaganya berasal-usul dari Cahaya yang berada di dalam Roh dan meliputi tubuh kita.
3. Ia di ciptakan bukan oleh manusia tetapi oleh ALLAH SWT
4. Ia membuat kita berkebolehan melakukan sesuatu perkara di atas paras kebiasan manusia biasa.
5. Ia boleh membuatkan segala panca indera (mata-hati) kita menjadi aktif.
6. Dan ada pelbagai-bagai lagi keistimewaan yang terdapat di dalamnya.
Jadi...mengenai soalan samaada kita sebagai seorang yang mengamali Rahsia Budi Suci Sejati ini sememang akan terdedah dengan Alam-Alam Ghaib serta berkemampuan untuk "Melihat" mahluk-mahluk halus!...TETAPI BUKAN SEMUA YANG BOLEH!.....kerana ianya sangat bergantung kepada "kebersihan dan keikhlasan" hati seseorang.
Kebanyakan yang menimbulkan kekhuathiran ini adalah daripada kaum wanita dan kanak-kanak kerana secara lumrahnya kekuatan semangat mereka adalah sederhana kuat...juga kerana kesan psikologi dari penjagaan yang rapi dari pihak keluarga yang secara lumrahnya akan memberikan penjagaan dan perhatian sehingga mereka terbiasa atau terdidik dengan jenis penjagaan sebegitu...dan kesan jangkamasa panjangnya ialah mereka akan mudah menjadi takut kepada sesuatu yang tidak pernah mereka keyahui atau alami, juga daripada sikap sesetengah ibubapa yang selalu "menakut-nakutkan" mereka sewaktu maseh kecil dengan cerita-cerita mengenai hantu dengan harapan mereka tidak melakukan sesuatu yang tidak di ingini...
Apa yang boleh di ketahui di sini, jika anda mahu dan baharu mula mempelajari RBSS ke dalam kehidupan anda, sikap takut untuk terlihat atau melihat mahluk-mahluk halus adalah berbentuk sementara sahaja, kerana anda maseh belum lagi memiliki Cahaya tersebut atau maseh belum memantapkan lagi segala kekuatan Cahaya tersebut di dalam diri anda...dengan memulakan dan menggiatkan latihan berjurus yang bertujuan membina tenaga Cahaya RBSS itu, lama kelamaan segala perasaan takut kepada Alam-Alam atau mahluk-Mahluk Ghaib akan hilang kerana kekuatan Cahaya tersebut telah membina segala keyakinan diri serta semangat diri anda..
Dan melalui proses-proses pembelajaran mengenai RBSS juga akan membuat kepercayaan yang menakutkan terhadap hantu-syaitan akan hilang kerana anda telah mendapat kedudukan fakta mahluk tersebut yang sebenar....tetapi selalunya, setelah memulai latihan berjurus perasaan takut kepada mahluk halus akan terus hilang, ini di sebabkan anda akan terasa suatu kekuatan yang baharu timbul di dalam diri....
Benarkah kita sebagai seorang ahli RBSS boleh mengetahui/menghubungi atau memasuki Alam-Alam yang Ghaib???..........
Jawapannya ialah BOLEH dan TIDAK BOLEH....(jangan pelik!)
BOLEH hanya mampu di lakukan oleh segelintir ali-ahli RBSS yang rajin belajar dan menimba ilmu pengetahuan mengenai Alam-Alam Ghaib dengan bersunguh-sungguh...dan TIDAK BOLEH jika seseorang ahli RBSS yang tidak tahu menahu langsung mengenai Alam-Alam tersebut...
Tetapi ada juga ahli RBSS yang tidak tahu apa-apa serta orang-orang yang biasa boleh melihat mahluk-mahluk halus, bagaimana boleh jadi begitu???........
Seperti yang pernah saya hraikan di dalam post yang lalu, setiap manusia secara umumnya akan memiliki sesuatu keistimewaan yang tertentu sewaktu mereka itu hidup walaupun tidak memiliki atau mempelajari sesuatu jenis ilmu atau RBSS, keistimewaan seperti boleh melihat mahluk-mahluk halus ini di klasifikasikan sebagai keistimewaan yang di kurniakan oleh ALLAH SWT, di mana keistimewaan seperti ini ada yang berkekalan dan ada juga yang berbentuk sementara sahaja.
Jika BOLEH, bagaimana kita mampu menghubungi atau memasuki sesuatu Alam Ghaib sedangkan kita maseh lagi mempunyai tubuh kasar???.......
Apa yang sebenarnya yang berlaku ialah, kita secara fizikal TIDAK PERGI KE ALAM -ALAM GHAIB TERSEBUT TETAPI DENGAN KEKASYAFAN MATA HATI maka kita boleh melihat DI DALAM SESUATU ALAM GHAIB seperti benar-benar berada di dalamnya.
Perkara ini banyak di bincangkan oleh pelbagai cerdik-pandai mengenai kemampuan mahluk manusia menembusi Alam Ghaib, dan banyak sudut-sudut pendapat/pandangan/pengalaman mengenainya tetapi kurang yang memberikan fakta sebenar samaada kita benar-benar boleh atau mampu memasukinya ataupun sebaliknya...kerana ianya sangat subjective!
Akan tetapi, para ilmuan dari golongan ILMU TASSAWUF membenarkan atau mengiyakan fakta bahawa seseorang manusia itu mampu melihat dan memasuki Alam-Alam Ghaib dengan berdasarkan martabat seseorang manusia itu di sisi TUHANnya...yang bermaksud BOLEH tetapi akan mengikut martabat....
Dalam kontek keilmuan Rahsia Budi Suci Sejati, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil kerana keistimewaan RBSS itu sendiri yang membolehkan kita sebagai seorang manusia mampu melakukannya...
Sebagai contoh...jika mata hati kita telah KASYAF atau boleh melihat sesuatu yang Ghaib, maka dengan mudah kita boleh memasuki ke sesuatu Alam pilihan dan dapat melihat keadaan sekeliling alam tersebut tanpa perlu meniggalkan tubuh badan atau di mana tempat kita berdiri...juga tertakluk kepada tahap dan martabat keRBSSan kita sendiri (bukan semua boleh)..
Harus di ketahui bahawa di tempat kita berdiri ini (di mana juga ada sekarang), ada banyak lagi Alam di dalamnya TANPA MENGGANGGU ATAU MENJEJAS Alam yang lain, dan Alam-Alam tersebut ialah:-
1. Alam Roh (Azali)
2. Alam Roh (Barzakh)
3. Alam Wali-Wali (yang Fana)
4. Alam Manusia (Dunia sekarang)
5. Alam Maya (keseluruhan cekerawala)
6. Alam Jin/Syaitan
7. Alam Malaikat
8. Alam Akhirat
9. Alam Azali (pusat pemerintahan ALLAH)
10. Dan banyak lagi alam-alam yang tersembunyi (luar pengetahuan manusia)
Maksudnya di sini, kesemua alam-alam tersebut ALLAH SWT ciptakan di dalam SATU TEMPAT tetapi TIDAK MENGGANGGU di antara satu alam dengan satu alam yang lain serta Mahluk-Mahluk di dalamnya TIDAK PULA TERLANGGAR DI ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN....Kurang jelas?...
Baik...cuba fikirkan,
ALLAH SWT berjanji akan mendekatkan pintu-pintu Syurga atau Neraka kepada kubur-kubur orang-orang yang berbuat baik dan yang berbuat jahat dengan kadar SEJENGKAL (6"-7") DARI PINTU-PINTU kubur mereka...jika kubur di antara mereka bersebelahan macamana?...
Kedua, Bumi ini di diami oleh mahluk Jin, Iblis dan Manusia...tetapi jin tidak memakan makanan manusia dan manusia tidak memakan makanan jin dan begitu juga dengan iblis...kalau jin makan makanan manusia maka semua manusia akan mati kebuluran kerana nisbah populasi jin adalah 9 kali ganda ramainya dari manusia...jadi manusia dan jin wujud di dalam satu tempat tetapi tidak berkongsi sesuatu keperluan.
Ketiga, begitu juga dengan mahluk-mahluk ciptaan ALLAH SWT yang lain, yang sama-sama wujud di sisi kita tetapi tidak terlihat dan tidak terganggu segala urusan masing-masing....Begitulah kehebatan dan kekuasaan ALLAH SWT di dalam mencipta...
Berbalik kepada kita "masuk dan melihat" ke Alam Ghaib tertentu, yang membawa maksud kita dengan KeIstimewaan RBSS ini meninggalkan pandangan (penglihatan) dari Alam Manusia dan menukar pandangan ke Alam Ghaib lain dalam sekelip mata tanpa meninggalkan tempat kita berdiri ini, sebenarnya kita tidak boleh hidup dan tinggal atau bercampur gaul dengan sesuatu mahluk ghaib tersebut, yang boleh ialah hanya MELIHAT dan BUKAN HIDUP DI DALAM ALAM ITU...kerana..,
Hanya mahluk manusia dan haiwan sahaja yang hidup dengan menggunakan UDARA (oxygens) dan mahluk-mahluk ghaib yang lain tidak hidup menggunakan Udara Oxygens, sedangkan mahluk jin menggunakan Kabondioksida (carbon dioxides), malaikat tidak menggunakan samaada udara oxygens atau carbon dioxides, begitu juga dengan roh-roh yang lain...
Jadi kefahaman mengenai Alam-Alam Ghaib ini harus di pelajari dengan betul agar keyakinan kita yang berdasarkan Rukun Iman tidak terjejas dan keyakinan kita melalui RBSS juga tidak tergugat...
Seperti yang banyak berlaku di dalam sesi-sesi perubatan yang di lakukan oleh para ahli-ahli RBSS di mana kelemahan seseorang ahli RBSS yang tidak dapat "menyelami alam ghaib" dengan baik dan betul mengakibatkan proses rawatan dan proses pembuangan mahluk halus dari tubuh pesakit terlalu panjang dan memakan masa yang lama...(dalam proses mencabut - di antara 5 saat hingga 3 minit - bergantung kepada siapa ahli itu)
Jadi anda fikir-fikirkan sendiri.....
Wassallam!
Wednesday January 23, 2008 - 04:22pm (PST)
No comments:
Post a Comment