Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #56 - THE BRAINSTORMER #3

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #56 - THE BRAINSTORMER #3

MENGAPA MESTI MENGKAJI RBSS?

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI adalah suatu ILMU yang berdiri sendiri dan jika mengikut sifatnya yang berdiri sendiri, ini bermakna gedung maklumat keilmuannya pasti wujud dan bersedia untuk di timba apa juga jenis bidang-bidang keilmuan yang wujud di dalamnya...

Akan tetapi satu persoalan telah timbul, di manakah letaknya gedung maklumat keilmuan RBSS tersebut?, di mana seseorang yang mempelajari keilmuan Rahsia Budi Suci Sejati akan dapat merujuk untuk mendapatkan sesuatu jawapan terhadap sebarang kemuskilan yang di timbulkan?...

Jika Agama ISLAM mempunyai gedung maklumatnya yang tersendiri seperti di dalam AL-QURAN dan AL-HADITH serta melalui Kitab-Kitab pengupasan keilmuannya yang di kenali sebagai ILMU TAUHID (Usuluddin), ILMU FIQAH dan ILMU TASSAWUF dan ribuan lagi Kitab-Kitab yang memperkatakan KeIlmuan ISLAM terdapat di mana-mana juga...

Pada hari ini jika seseorang yang ingin mempelajari Agama ISLAM atau mengenai ISLAM, mereka boleh merujuk dan mendapatkan segala maklumat-maklumat yang di kehendaki dengan begitu mudah kerana orang-orang yang terdahulu telah bersusah payah mengeluarkan segala maklumat mengenai sesuatu cabang ilmu serta di susun mengikut jenis-jenis keilmuannya untuk kegunaan orang-orang yang hidup di hari-hari yang mendatang...orang-orang yang terdahulu itu telah lebih dahulu berhempas-pulas membuat pelbagai kajian untuk mengeluarkan sesuatu jenis ilmu pengetahuan daripada AL-QURAN dan bantuan AL-HADITH...dan hasilnya telah dapat kita saksikan pada hari ini di mana apa juga yang ingin kita ketahui akan dengan mudah di perolehi tanpa perlu bersusah payah membuat pengkajian sendiri, kita hanya perlu mempelajarinya sahaja...

Ini berbeza dengan apa yang berlaku di dalam perkembangan Rahsia Budi Suci Sejati di mana tidak ada satu pun jenis Kitab-Kitab yang dapat di hasilkan oleh orang-orang yang terdahulu, yang pernah terlibat dengan pelbagai pengkajian untuk mengeluarkan segala jenis keilmuan yang wujud di dalamnya...jika ada pun ianya di dalam simpanan individu dan terbatas untuk di rujuk-pakai oleh keindividuan dan bukan untuk rujukan secara umum...

Oleh kerana tidak ada suatu Kitab yang khusus di tulis mengenai bidang-bidang keilmuan RBSS ini, maka pada setiap hari kita akan mendengar ramai ahli-ahli RBSS terpaksa membuat pengkajian mengenai RBSS melalui usaha diri mereka sendiri, walhal apa yang perlu mereka ketahui itu bukanlah sesuatu yang rumit atau sangat merumitkan maklumatnya..

Di dalam post yang lalu, saya pernah menyentuh permasaalahan ini di mana ketidak-wujudan sesuatu tulisan yang merakamkan bentuk-bentuk cabang keilmuan mengenai Rahsia Budi Suci Sejati untuk di jadikan sebagai suatu buku rujukan oleh ahli-ahli RBSS pada hari ini dan yang akan datang, akan mengakibatkan kesinambungan keilmuan RBSS ini terputus atau hilang di telan zaman...

Setelah isu tersebut di gemburkan kepincangan dan keperluannya, maka banyak maklum balas yang di utarakan mengenai kerasionalan pembukuan maklumat mengenai RBSS ini di mana ramai yang menentang dan ramai juga yang menyokong usul tersebut...yang mana menentang mengenengahkan hujah bahawa ini adalah Amalan Rahsia dan tidak sepatutnya di rakam dan di bukukan sumber-sumber keilmuannya seperti yang berlaku menurut tradisinya oleh guru-guru yang terdahulu, manakala yang menyokong berhujah bahawa telah sampai masanya untuk kita berbuat sesuatu demi menjamin mutu segala maklumat keilmuan RBSS itu di rakamkan dan di jadikan sebagai Kitab Rasmi bagi mempelajari keilmuan ini....

Untuk kita mencari dan memahami kerasionalan pembukuan maklumat keilmuan RBSS, saya suka mengajak anda semua untuk merenung perkara yang akan saya rungkai ini, dan fikirkanlah adakah usul tersebut wajar atau tidak wajar di lakukan oleh orang-orang yang hidup pada hari ini...Cuba anda fikir perkara berikut...

Dalam setiap zaman akan sentiasa ada ahli-ahli yang membuat pengkajian mengenai perkara-perkara seperti berikut:-

1. Mencari Asal-Usul sejarah perkembangan RBSS yang termasuk bagaimana ianya bermula, siapa yang mengembangkan, di mana ia mula di kembangkan dan siapa guru-guru yang terdahulu yang mengajar sehingga ke hari ini.

2. Mencari Asal-Usul RBSS yang merangkum maklumat-maklumat mengenai titik mula kewujudan 50 Jurusan, mengenai Cahaya-Cahaya dan kedudukan di dalamnya, sumber-sumber sahih daripada Al-Quran serta Ayat-Ayat yang menyebut perkara-perkata mengenainya.

3. Mencari maklumat-maklumat kegunaan segala Tindakkan Jurusan daripada segala sudut yang di perbolehkan

4. Mencari maklumat-maklumat mengenai hubung-kait keilmuan RBSS dengan Alam-Alam Ghaib serta segala Mahluk-Mahluk yang Ghaib

5. Mencari maklumat mengenai Tujuan dan Matlamat RBSS serta kesan-kesan yang positive terhadap diri pengamalnya.

6. Mencari maklumat mengenai pantang larang di dalamnya

7. Mencari maklumat mengenai istilah di sebalik semua upacara yang terdapat di dalam Peringkat Pengambilan

8. Mencari maklumat mengenai segala yang terkandung di dalam Prinsip-Prinsipnya

9. Dan ada pelbagai-bagai bentuk pengkajian yang menjurus kepada pencarian sesuatu ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan amalan ini.

Walaupun di pihak guru-guru ada menurunkan secara tidak formal maklumat-maklumat penting mengenai RBSS, tetapi jika di ukur jumlah maklumat yang dapat di salurkan oleh guru-guru adalah terbatas serta tertakluk kepada sesuatu jenis ilmu pengetahuan sahaja, sedangkan cabang keilmuan di dalam RBSS ini ada pelbagai dan tidak terkira jumlahnya..

Masaalah yang paling genting ialah di dalam mempelajari soal JURUSAN, di mana buat masa ini tidak ada satu bentuk Buku atau Kitab yang dapat menjelaskan dengan tepat mengenai segala gerak laku untuk melakukan latihan berjurus, di mana pada masa ini dan dari masa-masa yang lalu ianya di ajar mengikut tunjuk ajar dari Pengajar-Pengajar Jurusan, dan tidak dapat di nafikan ianya pula tertakluk kepada kebolehan sesorang pengajar untuk menyampaikannya sebaik yang mungkin, di sinilah wujudnya sesuatu perbezaan di dalam gerak-laku sesuatu Jurusan dari seorang pengajar dengan pengajar yang lain...Begitu juga permasaalahan dengan penerangan mengenai asal-usul Jurusan, akan tidak ada keseragaman maklumat mengenainya...

Ini semua adalah kerana "Polisi" (policy) yang di guna-pakai untuk tidak di benarkan sesuatu maklumat mengenai RBSS di tulis dan di rakam ke dalam bentuk buku, dan setiap murid atau tenaga pengajar terpaksa menghafal atau menyimpan segala maklumat tersebut di dalam daya ingatan mereka sahaja...

Sedangkan di dalam bidang sains (science) ada fakta yang menyebut bahawa daya ingatan seseorang manusia itu hanya akan aktif mengingati sesuatu yang baharu di pelajari untuk tempoh selama 14 hari sahaja dan selepas tempoh 14 hari, otak akan mula mengalih maklumat tersbut untuk di simpan di bahagian yang lain bagi memberi peluang maklumat yang terkini mengambil alih tempat yang di gunakan sebelumnya, dalam lain perkataan..selepas 14 hari daya ingatan kita terhadap apa yang kita tahu pada hari ini akan sedikit demi sedikit pudar dan mula terlupa atau di lupakan...oleh sebab itu akan banyak jenis-jenis keilmuan yang di temui akan hilang di dalam diri seseorang jika tidak ada tulisan mengenai sesuatu ilmu tersebut di bukukan...itu juga bermakna dalam setiap zaman akan ada golongan yang terpaksa membuat lagi kajian-kajian yang sama dan yang pernah di lakukan oleh orang-orang yang terdahulu, kerana apa?...kerana tidak ada buku rujukan...

Sebagai contoh, sepanjang 30 tahun ini telah banyak saya mendengar pelbagai versi mengenai sejarah perkembangan RBSS mahupun yang mengenai intipati pelajaran RBSS dari pelbagai orang...ini menunjukkan ketidakseragaman penyaluran maklumat di dalam perkembangan amalan ini, apatah lagi perkara-perkara yang menyentuh mengenai penggunaan Tindakkan Jurusan RBSS...ada banyak versi yang bercanggah di antara satu dengan yang lain...Persoalannya yang mana satu bolih di percayai dan yang mana satu bolih di guna-pakai?.... bagi yang rajin mengkaji dan memiliki banyak sumber maklumat berkemungkinan tidak menimbulkan masaalah keyakinan, bagaimana pula jadinya kepada ahli-ahli yang sangat baharu yang belum mengetahui dengan jelas akan sesuatu?...dapatkah mereka menilai betul tidaknya dan apakah kesan jangka panjang terhadap apa yang mereka yakini itu?....

Dari apa yang di kemukakan terus kepada saya sekarang ini pun menggambarkan ketidakseragaman maklumat yang di terima dari semua peringkat negeri dan negara seseorang ahli itu mempelajari RBSS dan kesemuanya menyentuh masaalah pokok iaitu intipati ajaran RBSS yang asas...mengapa terjadi begitu?, kadang-kala yang menyoal atau yang bertanya itu saya dapati dari persatuan yang sama tetapi datangnya dari berlainan negeri!...

Saya akui kebanyakan maklumat mengenai RBSS sukar di kaji selidik dan di rakamkan pada masa ini kerana kekurangan orang-orang yang sanggup terlibat untuk mengumpulkan segala data-data maklumat serta orang-orang yang berkebolehan untuk melakukannya...tetapi adakah cara lain yang dapat membantu ahli-ahli yang dahagakan ilmu pengetahuan RBSS ini daripada terpaksa mengkaji sendiri?, sedangkan ada ramai yang tidak tahu atau tidak mengerti apa yang perlu mereka kaji bagi mendapatkan sesuatu sumber ilmu pengetahuan...

Di sinilah letaknya kerasionalan usul bahawa telah sampai masanya sekarang untuk merakamkan segala jenis maklumat-maklumat mengenai Rahsia Budi Suci Sejati untuk di jadikan sebagai Encyclopaedia RBSS bagi rujukan semua yang mempelajarinya, di mana ianya akan terus menerus di tambah jilid-jilid keilmuannya dari tahun ke tahun mengikut kadar yang dapat di kumpulkan dan yang dapat di temui melalui pengkajian-pengkajian khusus yang berbentuk baharu oleh orang-orang yang terkini...usaha ini haruslah berteruskan dari masa kesemasa tanpa henti...

Kerana itu jugalah sebabnya saya mengusulkan di wujudkan Akademi Rahsia Budi Suci Sejati yang bertaraf Antarabangsa, di mana fungsi Akademi RBSS tersebut bukan sahaja sebagai tempat untuk mengajar dan mengembangkan keilmuan RBSS tetapi di jadikan juga sebagai Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Maklumat Keilmuan RBSS (R&D) bagi membuat kajian-kajian terperinci mengenai RBSS di samping projek pengalihan bahasa ke dalam Bahasa-Bahasa Utama Dunia seperti Bahasa Inggeris, Arab, Perancis, Russia, German, Mandarin, Jepun, India, Pakistan dan sebagainya kerana di dalam dunia ini sekarang terdapat lebih kurang 1.7 Billion Umat ISLAM di merata dunia yang menggunakan pelbagai bahasa-bahasa tersebut.

Mungkin guru-guru yang sediaada belum berminat untuk mengembangkan RBSS ke peringkat antarabangsa tetapi usaha-usaha harus di lakukan dari sekarang (Perguruan Budi Suci Sejati - pimpinan Hj Masdon telah mengorak langkah ke Afrika Selatan) kerana kini kita boleh mendapatkan bantuan-bantuan mengenai bahasa serantau seperti Universiti Islam Antarabangsa yang terdiri dari pelbagai keturunan dan bangsa manusia...itu sebabya seruan itu di luahkan kerana masa dan zaman telah berubah, manusia silih berganti dan maklumat keilmuan RBSS tenggelam timbul, oleh itu badan yang paling sesuai untuk memperbaiki keadan sekarang adalah dalam bentuk Akademi....tetapi kita harus terima hakikatnya juga bahawa perpaduan di antara Jemaah Guru yang sediaada harus di satukan semula ke dalam sebuah kumpulan, dengan demikian kesemua keahlian akan dapat di gabungkan di bawah satu bumbung, di bawah satu cara bimbingan dan di bawah satu kumpulan Jemaah Guru-Guru....

Kita orang yang berRBSS tidak boleh kata susah tidak boleh kata tak boleh kerana apa yang kita sebut apa yang kita niat selalunya menjadi!...jadi mesti kata boleh baru semua boleh jadi!....Sekarang, macamana nak sambut ulang tahun ke 50 Rahsia Budi Suci Sejati?...nak buat sendiri sendiri ke?....

Tapi yang penting...anda semua fikir-fikirkanlah!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

No comments: