Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #55 - THE BRAINSTORMER #2

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #55 - THE BRAINSTORMER #2

JIKA ANDA SEORANG AHLI RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - ADAKAH APA YANG ANDA PELAJARI YANG DI MILIKI DAN YANG DI AMALI INI BERTEPATAN DENGAN LANDASAN YANG SEBENAR?

Jika di dalam Post #54 saya tujukan soalan kepada yang bukan ahli tetapi melalui Post #55 ini saya tujukan soalan di atas kepada diri anda sebagai ahli-ahli Rahsia Budi Suci Sejati, tidak kiranlah siapa diri anda, apa status anda dan berapa lama anda sudah mempelajarinya....

Ini adalah kerana ramai ahli mengatakan mereka sangat YAKIN kepada apa yang mereka ketahui ini...tetapi berapa benarkah hakikat tersebut?............

Cuba anda kaji-selidik, sebelum berkesempatan membaca Blog RBSS ini bagaimanakah status anda sebagai ahli RBSS?, berapa kalikah anda berjurus dalam sebulan?, berapa kalikah anda mengisi pokok badan dalam seminggu? dan berapa kalikah anda berfikir mengenai RBSS dalam sehari?.....dan bagaimanakah anda menggunakan RBSS di dalam kehidupan seharian anda pada masa-masa yang lalu?....

Cari jawapan dari soalan-soalan tersebut dengan hati yang tenang dan ikhlas seikhlas-ikhlasnya, jika banyak yang buruk tidak mengapa kerana anda maseh punya masa untuk memperbaikinya pada masa-masa yang akan menjelang tetapi jika tidak ada sesuatu yang buruk dapat di fikirkan maka itu bermakna pertanda yang kurang baik menyelubungi kehidupan anda, yang di maksudkan pertanda yang kurang baik adalah sifat tidak mangakui ada sesuatu kelemahan dan kesilapan pada diri...jika ini ada bermakna anda telah cuba menipu diri anda sendiri, anda sebenarnya di selubungi oleh sifat RIAK kepada diri sendiri dan TAKBUR kepada diri sendiri....

Ini merupakan satu penyakit yang harus di ubati dengan segera, jika tidak di ubati maka kehidupan anda pada masa-masa yang akan mendatang akan di selubungi dengan perkara-perkara yang mungkar dan banyak melakukan kesilapan-kesilapan kerana tidak ada rasa bersalah dan merasakan semua yang di lakukan itu betul....


Pertama

Ingin saya rungkaikan di sini bahawa jika ada sifat tidak ada yang salah dan semuanya betul, itu bermakna IBLIS/SYAITAN telah berjaya mengabui atau menutup segala kesalahan yang anda lakukan dan menaburkan perasaan semua betul dan benar dan dengan cara itu anda akan terus menerus membuat perkara-perkara yang salah yang akan membawa kepada pengutipan mata-mata (point) DOSA dan berbuat banyak DOSA bermakna pengakhirannya di dalam NERAKA.

Kedua

Kita perlu ada sifat rasa bersalah apabila berbuat sesuatu dengan menggunakan segala kekuatan dan keistimewaan RBSS, kerana rasa bersalah itulah yang sering menjadi pertunjuk kepada diri kita agar menjauhi melakukan sesuatu perkara yang tidak di redhai oleh ALLAH SWT dan RASULNya...

Selagi ada rasa bersalah (sikap merasa betul tak apa yang akau buat ini) maka itu adalah ciri-ciri orang yang berilmu tinggi seperti amalan RBSS ini, kerana kita maseh menggunakan perhitungan di antara yang benar dan yang salah, yang patut dan yang tidak patut di lakukan...sifat itu bukan bermakna kita kurang yakin terhadap apa yang kita miliki tetapi merupakan suatu "detector" kepada hal-hal yang tidak betul....

Ketiga

Jika telah di ketahui apakah jenis-jenis kelemahan dan kesilapan yang di lakukan pada masa-masa yang lalu maka kita harus berfikir bagaimanakah untuk membuat pembetulan serta pembaik-pulihan terhadap segala kelemahan dan kesilapan tersebut, hanya kita sendiri yang benar-benar tahu apa sebenarnya yang kita lakukan samada yang salah atau yang betul....

Itu sebabnya di dalam Post Komentar Professor #2, saya ada menyelitkan satu ungkapan yang berbunyi "Semakin tinggi kita memanjat pokok maka semakin lemah dahan yang kita paut"...sebenarnya ungkapan tersebut mencerminkan dan memberitahu kita bahawa semakin tinggi dan dalam ilmu pengtetahuan kita, maka semakin goyah kedudukan kita pada ketika itu...kerana ini berkaitan dengan unsur-unsur IBLIS/SYAITAN, jika kita berpengetahuan lebih tinggi dari orang lain maka kita akan lebih cenderung untuk mengajak orang lain untuk berbuat banyak kebaikan, dan sikap ini akan menyusahkan tugas-tugas IBLIS/SYAITAN yang mengajak manusia membuat perkara-perkara kejahatan!....

Jadi di dalam lain perkataan, jika anda tergolong di dalam golongan orang-orang yang berpengetahuan tinggi seumpama RBSS, maka IBLIS/SYAITAN akan menghimpunkan bala tenteranya yang terbaik untuk menghalang tugas-tugas anda samaada secara terus kepada anda (direct attack) atau pun menghalang orang-orang dari mempelajari sesuatu dari anda dengan menimbulkan pelbagai onah dan kerusakan (indirect attack)...maksudnya anda tidak akan terlepas dari ancaman IBLIS/SYAITAN ini dan akan berlaku secara berterusan...

Keempat

Jika anda ada sifat "memilih orang" untuk mempelajari atau mengajar keilmuan RBSS, maka anda juga tergolong di dalam yang berada di landasan yang bertentangan dengan RBSS kerana di dalam RBSS apa yang perlu kita pandang adalah keilmuannya bukan berdasarkan orangnya, tetapi jika orangnya benar-benar terbukti tidak memiliki keilmuan yang sebenarnya dan hanya mereka-reka cerita bahawa mereka mengajar yang benar, eloklah orang-orang sebegini di hindarkan sahaja dengan cara yang terhormat....jangan di ikuti mereka dari jenis golongan ini, jika di ikuti juga maka kita akan terus menrus di sesatkan dari kebenaran..

Itu sebabnya di dalam pengajian menuntut keilmuan RBSS ini, kita harus sentiasa bergaul dengan semua lapisan keahlian yang wujud di muka Bumi ini jika termampu, bukan setakat bercampur gaul di dalam keahlian persatuan sahaja....kerana setiap ahli RBSS akan memiliki keistimewaan yang tersendiri yang berbeza dengan yang lain, jadi semakin ramai kita bergaul maka semakin banyak yang akan kita ketahui nanti...

Itulah keistimewaan yang di miliki oleh seseorang guru, kerana mempunyai ramai anak murid dan melalui murid seseorang guru akan banyak mempelajari apa yang tidak mereka temui dan di jadikan ilmu pengetahuan untuk diri mereka...dan tidak di nafikan di sini bahawa melalui maklum balas dari para pembaca Blog RBSS ini juga ada banyak yang saya dapat pelajari mengenai pelbagai subjek yang di kemukakan, dan itu juga di dalam proses penimbaan ilmu!...seperti saya menulis apa yang saya tahu dan anda bertanya apa yang anda tidak tahu di mana kadangkalanya penulisan mengenai apa yang saya tahu itu tidak bersamaan dengan apa yang anda tidak tahu, jadi di situlah timbulnya suatu pembelajaran diantara kedua belah pihak...

Kelima

Jangan ada sikap cemburu kepada pencapaian seseorang ahli lain, jangan pertikaikan apa yang mereka dapat kerana apa yang mereka dapati adalah bertepatan dengan apa yang mereka usahakan sendiri samaada yang buruk atau yang baik..

Harus di ingat bahawa setiap ahli akan ada keistimewaan dirinya sendiri yang di kurniakan oleh ALLAH SWT, jadi apa yang perlu kita cemburukan?....Jawatan dalam Persatuan?....itu adalah hak mereka dan kepercayaan orang-orang yang melantik mereka untuk kerja-kerja di dalam persatuan dan bukan berkenaan penimbaan keilmuan secara peribadi di dalam RBSS!...dan belum tentu orang-orang yang menjawat sesuatu jawatan yang tinggi atau kuasa di dalam persatuan itu memiliki keilmuan yang tinggi pemahaman yang tinggi dan keistimewaan yang luarbiasa....belum tentu!...jadi jangan cemburukan mereka dan jangan hiraukan jika mereka menyalah-gunakan kuasa kerana di dalam kontek RBSS, orang-orang yang menyalah-gunakan kuasa untuk menindas, jawatan mereka tidak akan kekal lama kerana ALLAH SWT akan mengeluarkan mereka dari tempatnya..(banyak yang telah saya saksikan sendiri)....

Kesimpulannya, sebagai seorang ahli RBSS anda perlu kembali kepada IKHLAS, TEKUN dan SABAR...itulah landasan sebagai seorang PENGAMAL RAHSIA BUDI SUCI SEJATI...jika kita kurang salah satu daripada yang tiga itu maka pincanglah proses pembelajaran RBSS kita tersebut dan jauhlah kita dari Matlamat dan Martabat sebenar RBSS ini.....

Fikir-fikirkanlah......

Wassallam!
Professor BSS (
professor_bss@yahoo.com)
Monday January 21, 2008 - 04:50pm (PST)

No comments: