Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #54 - THE BRAINSTORMER #1

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #54 - THE BRAINSTORMER #1

JIKA ANDA BUKAN SEORANG PENGAMAL RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - MENGAPA ANDA HARUS PERCAYA DAN HARUS MEMPELAJARINYA?

Berkemungkinan besar anda telah pun membaca post-post mengenai Rahsia Budi Suci Sejati yang termuat di dalam 53 Artikels yang di siarkan tetapi maseh lagi belum dapat memahami apakah yang sedang di perkatakan melalui Blog RBSS ini...

Kesungguhan anda mengikuti dan membaca kesemua Artikels itu mencerminkan bahawa anda tergolong di dalam golongan orang-orang yang sedang mengkaji sesuatu keilmuan untuk di pelajari atau untuk di guna pakai di dalam kehidupan seharian anda..Akan tetapi, walau pun telah membacanya berulang-kali anda maseh lagi ragu-ragu bahawa keilmuan Rahsia Budi Suci Sejati ini adalah suatu keilmuan yang terbaik untuk diri anda atau merasakan kurang senang dengan pelbagai kerenah yang sedang melanda di dalam perkembangan keilmuan ini...

Saya akan cuba membantu anda untuk membuat keputusan samaada untuk mempelajarinya secara serius...

Pertama

Tanya soalan ini kepada diri anda sendiri:-

1. Berapa usia anda sekarang?

2. Dan berapa lama lagi anda boleh hidup? (purata di antara 60 - 70 tahun)

3. Sudah cukup kah Amal Ibadah yang di amalkan sepanjang hidup anda?

4. Semasa hidup, sudah kah anda mengetahui Rahsia yang tersembunyi di dalam Roh anda itu?

5. Jika tidak tahu, mengapa tidak anda cari dan pelajarinya?

6. Jika sudah tahu, adakah anda sudah mempelajarinya?

7. Jika takut atau khuatir mempelajarinya, apakah jenis ketakutan dan kekhuatiran anda itu?

Cuba jawap soalan-soalan tersebut secara jujur dan ikhlas kepada diri sendiri, tulis dan kumpulkan kesemua jawapan dari soalan-soalan tersebut dan buat sedikit analisa terhadap jawapan-jawapan itu...


Jika jawapan dari soalan no.1 dan 2 hanya meninggalkan separuh dari jangkaan hidup, itu bermakna hidup anda telah mencapai di pertengahan jalan kearah satu putaran penuh kehidupan di dalam dunia ini, juga membawa maksud baki kehidupan itu adalah singkat kerana baki 35 tahun (dari maksima 70 tahun) hanya akan berada di tahap kecergasan untuk masa 20 tahun lagi dan itu bermakna usia anda menjejaki ke usia 55 tahun...dan baki 15 tahun tahap kecergasan sebagai manusia telah berkurangan dan menurun...

Itu bagi yang berusia 35 tahun pada masa sekarang, apa kata jika usia anda sekarang telah mencapai usia 45 tahun atau 50 tahun atau 55 tahun?, berapa tahun lagi tahap kecergasan anda yang maseh kekal?.....tetapi jika usia anda sekarang di antara 15 hingga 35 tahun, bermakna masa anda maseh panjang (jika ikut maksima 70 tahun!) dan mempunyai banyak masa untuk meraih dan menimba ilmu...

Kemudian untuk soalan no.3, ini sangat sensitive!...anda pertimbangkannya sendiri dan buat perkiraan baki usia dan jumlah tahun anda beramal ibadah....cukup ke tidak?...

Untuk soalan no.4, 5, 6....jika jawapannya tidak tahu dan sudah tahu dan tidak mempelajarinya, maka itu bermakna anda harus mempelajarinya kerana masa untuk anda mengetahui Rahsia ini telah sampai...anda membaca Blog RBSS ini pun kerana "terpanggil" untuk mengetahuinya, pertama kali kerana suka-suka tetapi lama kelamaan minat anda itu sedikit demi sedikit telah timbul di sebabkan oleh fakta-fakta yang di ketengahkan...ini juga membawa maksud bahawa anda di cintai oleh ALLAH SWT dan di dorong untuk mempelajari RAHSIANYA itu...

Untuk soalan no.7...jika jawapannya anda takut atau khuatir...itu jawapan yang sangat munasabah!...kerana setiap manusia ada perasaan berhati-hati, itu juga bermakna tahap KeYakinan anda terhadap ALLAH SWT ada tunjangnya, ada asasnya dan anda tergolong di dalam orang-orang yang di pelihara oleh ALLAH SWT...dan kerana tahap KeYakinan anda terhadap ALLAH SWT lah yang menyebabkan anda terdorong untuk mengikuti kesemua Artikel mengenai keilmuan Rahsia Budi Suci Sejati atas KeRahmatanNya....ALLAH sangat sayangkan anda dan ALLAH mahu tunjukkan bahawa ada KeRahsianNya yang maseh anda belum miliki lagi, dan ALLAH SWT mahukan anda "kembali kepadaNya" dengan "membawa" sekali RahsiaNya itu...

Kenapa hujah saya begitu?........

Ini adalah berdasarkan dari SURAH AN-NUR Ayat yang ke 35 (seperti yang sebutkan di post yang lalu) bahawa anda tergolong di dalam "orang-orang yang di kehendakiNya" bagi mengetahui akan RahsiaNya dan mengetahui CahayaNya itu...

Hingga ke tahap ini anda mungkin sadar bahawa apa yang di perkatakan melalui Blog RBSS ini bukanlah suatu cerita yang berdasarkan keilmuan yang di cipta oleh sebarang mahluk manusia tetapi suatu keilmuan yang di cipta oleh ALLAH SWT untuk setiap mahluk manusia tanpa mengira bangsa, darjat dan agama..

Jika kita sebagai manusia berkata yang "aku tidak mahukannya" pun, ia tetap berada di dalam Tubuh kita di dalam Roh kita, dan akan bersama-sama Roh kita dari mula berada di dalam kandungan perut inbu sehinggalah ke Hari Akhirat iaitu di dalam kehidupan yang KEKAL....

Perbezaan bagi seseorang mahluk manusia yang mengetahui akan RahsiaNya itu semasa maseh hidup dengan mengetahui RahsiaNya itu setelah mati ada banyak perbezaannya....kerana bagi yang mengetahui RahsiaNya itu setelah menemui kematian, kepulangan Roh ke Hadrat ILLAHI tidak akan di raikan oleh ALLAH SWT kerana di sifatkan sebagai seorang manusia yang GAGAL untuk mengetahui RahsiaNya semasa ianya maseh hidup, di mana ALLAH SWT sendiri menetapkan bahawa pencarian mengenai RahsiaNya itu haruslah di lakukan semasa kita maseh hidup sepertimana di dalam perjanjian di antara Roh kita dengan ALLAH SWT semasa membuat pilihan ke dalam kandungan siapa kita harus di masukkan (telah di sebut di dalam post yang lalu)...berdasarkan hakikat perjanjian tersebutlah kegagalan di sandarkan kepada kita...cuba perhatikan "soalan-soalan kubur", apakah sebenarnya di soal?, dan apakah pengertian tersirat di dalamnya?............Anda akan menemui jawapan-jawapannya di situ...

Kedua

Atau anda mahu mempertikaikan dengan lebih lanjut lagi dengan mengatakan tidak cukupkah dengan Agama ISLAM yang di anuti sekarang?, tidak cukupkah 5 Rukun ISLAM yang di kerjakan? dan tidak cukupkah dengan Rukun IMAN yang enam (6)?.....

Jawapannya mudah!...Ya sememangnya itu cukup dan memadai!.....

TETAPI....itu cukup dan memadai sebagai Penganut Agama ISLAM sahaja, sebagai Penganut Agama ISLAm untuk hidup berkeluarga serta bermasyarakat sesama mahluk manusia di mana ada dua (2) perkara utama yang akan di perhitungkan samaada kita benar-benar menjalani sebagai Penganut Agama ISLAM dengan sebenar-benarnya atau pun tidak dan dua (2) perkara utama itu adalah 1) DOSA dan 2) PAHALA, di mana hak DOSA kepada NERAKA dan hak PAHALA kepada SYURGA...itulah jenis penilaian ALLAH SWT kepada setiap Penganut AGAMA ISLAM.

Manakala perihal untuk mengetahui akan RAHSIANYA itu pula tidak tertakluk di dalam hal DOSA dan PAHALA kerana hal yang berkait dengan Dosa dan Pahala berdasarkan tata-tertip kehidupan sesama mahluk manusia, manakala mengetahui perihal RAHSIANYA itu di antara ROH dan TUHAN yang menjadikannya...itulah perbezaannya...dan itu jugalah sebabnya jika kita berjaya mengetahui RAHSIANYA semasa kita hidup dan mengamalinya sepanjang kita hidup, maka kepulangan kita kepadaNya akan di sambut dengan kemeriahan...

Apakah sebabnya begitu?......

Ini adalah kerana ALLAH SWT membekalkan RAHSIANYA itu di dalam ROH kita sebagai alat atau pelindung dari segala hasutan IBLIS/SYAITAN yang inginkan semua mahluk manusia dari keturunan ADAM memasuki NERAKA bersama-samanya...

Jadi jika kita berjaya mengetahui/memiliki dan mengamali akan RAHSIANYA itu semasa kita hidup, secara tidak langsung kita telah memusnahkan hasrat IBLIS/SYAITAN kerana CAHAYA yang kita miliki itu akan membataskan segala hasutan IBLIS/SYAITAN untuk membuat pekerjaan-pekerjaan yang bertentangan dengan AGAMA ISLAM yang di tetapkan oleh ALLAH SWT...Adakah ini bukan satu kejayaan?.....


Cuba bayangkan jika semua mahluk manusia di dalam di muka Bumi ini mengetahui akan RAHSIANYA itu, apakah perlu penurunan AL-QURAN? dan penepatan AGAMA ISLAM?...

AL-QURAN memang perlu kerana di dalamnya terdapat tata-tertip serta peradapan dan undang-undang kekeluargaan dan kemasyarakatan sesama manusia tetapi AGAMA mungkin tidak perlu...kerana dengan mengetahui RAHSIANYA itu akan tidak ada orang yang ingin melakukan kezaliman terhadap satu sama lain, akan tidak ada orang yang ingin mengikuti hasutan IBLIS/SYAITAN...sebabnya kesemua mahluk manusia yang mengetahui akan RAHSIANYA itu akan tersemai BUDI PEKERTI yang BAIK yang MULIA dan yang SUCI bersih dari sifat-sifat KESYAITANAN....maka dunia ini akan aman damai dan tidak akan ada satu pun peperangan yang membunuh di antara satu sama yang lain....

Soalan kenapa ALLAH SWT tidak memberikan semua mahluk manusia mengetahui RAHSIANYA itu jika dunia ini akan aman damai?.....

Itulah terletaknya KEBIJAKSANAAN ALLAH SWT di dalam mengatur segala kehidupan mahluk-mahluk ciptaanNya, jika di berikan kesemua RAHSIANYA itu kepada semua manusia, maka akan tidak adalah SYURGA dan NERAKA, akan tidak wujudlah DOSA dan PAHALA, dan tidak perlulah adanya JIN dan MANUSIA, MALAIKAT dan IBLIS serta tidak perlulah HARI DUNIA dan HARI AKHIRAT.....

Itu sebabnya di dalam kontek untuk mengetahui akan RAHSIANYA itu ada unsur-unsur pilihan dari ALLAH SWT kerana:-

1. ALLAH SWT memberikan AKAL dan FIKIRAN pada setiap Manusia.

2. ALLAH SWT memberikan segala ILMU PENGETAHUAN pada setiap Manusia.

3. ALLAH SWT memberikan AL-QURAN untuk Manusia

4. ALLAH SWT memberikan CAHAYANYA pada setiap Manusia

5. ALLAH SWT memberikan pilihan untuk umat Manusia

Jadi, sesiapa yang menggunakan AKAL dan FIKIRANnya, yang menggunakan ILMU PENGETAHUANnya, yang menggunakan AL-QURAN, yang menggunakan CAHAYANYA dan yang menggunakan pilihan yang di berikan oleh ALLAH SWT dengan sebetul-betulnya dengan sebenar-benarnya dan dengan sewajar-wajarnya, maka orang-orang inilah kelak yang akan menghuni SYURGA yang PERTAMA, SYURGA yang penuh KERAHMATAN dan penuh KENIKMATAN yang di sediakan oleh ALLAH SWT kepada Mahluk Manusia yang benar-benar mengikuti rekabentuk penciptaanNya......

Anda fikir-fikirkanlah hujah-hujah tersebut, di manakah kebenarannya di manakah rasionalnya sebelum membuat sebarang keputusan....ingat ini bukan berkenaan sesuatu keilmuan yang baharu atau suatu keagamaan yang baharu atau soal ISLAM yang baharu atau soal Mahzab yang baharu....ia adalah perkara yang lama dan perkara yang asal dan perkara yang asas untuk manusia....

Ketiga

Maseh kurang keyakinan terhadap hujah-hujah itu dan kerasionalan mempelajari Rahsia Budi Suci Sejati???.......Apa yang boleh saya sarankan ialah:-

Anda cari dan pelajari jenis-jenis keilmuan yang lain yang wujud di muka Bumi ini, anda buatlah perbandingan dengan keilmuan Rahsia Budi Suci Sejati ini, apakah intipatinya sama?, adakah tujuannya sama?, adakah hakikatnya sama?, adakah pencahayaannya sama?, adakah cara mengamalkannya sama?, adakah asal usulnya sama?, adakah ianya (ilmu yang lain itu) berkekalan pada ROH kita dari mula di ciptakan sehingga ke Hari Akhirat?....anda cari jawapannya dan buatlah sesuatu keputusan mengenainya...

Tugas saya hanya mencetuskan minda anda (brainstorming) sahaja ke arah mencari jawapan-jawapan dan selainnya adalah menjadi hak dan tanggungjawap diri anda sendiri....Bermohonlah kepada ALLAH SWT agar di tunjuki jalan yang benar dan membuat pilihan yang benar juga....Insyaallah anda akan memperolehi sesuatu daripadaNya.....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Monday January 21, 2008 - 03:31pm (PST)


No comments: