Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #53

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #53

KOMENTAR PROFESSOR #2 - RUMUSAN - Post #1 hingga Post #52

Assalamuaikum W.W.....

Kepada semua pembaca Blog RAHSIA BUDI SUCI SEJATI walau di mana anda berada atau siapa pun diri anda, pada kali ini saya ingin merumuskan kesemua 52 jenis artikel yang mewajahi Blog RBSS ini semenjak ia di lancarkan pada 6hb Disember 2007 yang lalu, dan pada hari ini 21hb Januari 2008...Ini bermakna Blog RBSS ini telah tersiar di Media Internet dalam masa 57 hari dengan 53 posts atau artikel, dan telah di lihat dan di baca sebanyak 5133 kali....Bagi diri saya ini adalah suatu perkembangan yang sangat sihat dan memberangsangkan di dalam penembangan keilmuan Rahsia Budi Suci Sejati melalui Media Internet.

Walaupun di awalnya ramai yang membantah kewujudan Blog seumpama ini dengan pelbagai alasan-alasan melalui perpective orang-orang yang memikirkannya, sehingga ada yang melemparkan tanggapan bahawa saya telah membelakangkan guru-guru sediaada serta dengan kurang senang dengan cara saya yang mudah membuka rahsia-rahsia amalan/ajaran/ilmu RBSS ini kedalam Media Internet dan ada lagi tanggapan-tanggapan negative lain di lemparkan kepada saya...sehingga ada yang berkata "selalunya orang yang banyak bercakap akan lebih banyak menunjukkan kelemahan dan kekurangan diri sendiri", dengan maksud bahawa cara saya menghuraikan RBSS melalui media ini akan menunjukkan kelemahan saya sendiri dan boleh mengundang pelbagai sanggahan serta bantahan dari umum...

Ada ramai juga maklum balas yang positive seperti memperolehi sesuatu maklumat mengenai RBSS dari Blog ini yang mereka tidak dapati melalui saluran yang sedia ada, dan ada juga yang telah bersendirian bergerak mengamali RBSS bersedia untuk mempelajari terus dari saya dengan harapan untuk mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan yang mereka kehendaki...ada juga yang di ibaratkan "sudah mati hidup semula" dengan membaca Blog ini kerana di masa-masa yang lalu tidak berkesempatan untuk mengetahuinya secara meluas...pokoknya ada pelbagai pandangan yang di utarakan berkenaan Blog RBSS ini...


Tetapi....walau apa juga pun maklum balas yang di terima, kewujudan Blog RBSS ini tetap berdiri di atas landasannya yang tersendiri iaitu sebagai ALTERNATIVE & ADDITIONAL INFORMATIONS PROVIDER kepada RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dari perspective yang berbeza dari arus sediaada dan berfungsi sebagai BRAINSTORMER kepada semua pembaca tidak mengira siapa diri anda samaada ahli RBSS ataupun pembaca umum agar apa yang di ketengahkan akan dapat di manfaatkan dalam arti kata yang sebenar-benarnya, bukan seperti membaca buku-buku cerita atau novel-novel....

Jika anda lebih teliti mengikuti dan membaca Blog RBSS ini, anda akan dapati ia di muatkan dengan sepuluh (10) tajuk yang berbeza-beza untuk di fikirkan, untuk di kaji-selidik dan untuk di manfaatkan oleh semua golongan manusia (termasuk saya sendiri), dan 10 tajuk-tahuk tersebut menyentuh perihal:-

1. Permasaalahan dalaman yang berlaku di dalam perkembangan RBSS samaada mengenai keutuhan Jemaah Guru-Guru , Persatuan RBSS serta perpaduan ahli-ahli RBSS.

2. Mengenai sejarah perkembangan RBSS di Nusantara.

3. Pemahaman mengenai keilmuan RBSS

4. Penghayatan mengamali RBSS.

5. Masaalah-masaalah umum ahli-ahli RBSS.

6. Pemahaman mengenai Amalan-Amalan Tambahan

7. Ilmu-Ilmu Ketuhanan.

8. Mengenali Alam-Alam Ghaib serta Mahluk-Mahluknya.

9. Perihal masa hadapan RBSS

10. Panduan-Panduan ringkas dari sudut pandangan Professor BSS

Kesemuanya itu ada terhimpun di dalam 52 jenis Artikels, walaupun tidak berapa terperinci dan di terangkan/dihuraikan secara sekali lalu tetapi jika ianya dapat di lakukan kaji-selidik dengan lebih tertip maka ia kan dapat menerbitkan lebih banyak maklumat-maklumat mengenai keilmuan di dalam RBSS ini..

Saya sengajakan ianya di tulis atau di post tidak mengikut susunan kerana jika saya melakukan begitu, pembaca akan cepat merasa bosan dan tidak akan dapat memikirkannya dengan berkesan, ini dari sudut psikologi minda manusia yang tidak boleh di sogokkan dengan satu jenis perkara di dalam satu-satu masa...dan cara atau "writing style" blog ini di tulis juga pun tidak atau kurang melibatkan terma-terma dari Hukum ISLAM dan terma-terma Bahasa Arab di dalam mengungkap sesuatu yang berkaitan dengan ISLAM, kerana jika itu di lakukan bermakna sudut pandangan yang ingin di ketengahkan tidak berfungsi, juga dengan niat bahawa penulisan Blog RBSS ini adalah dari sudut yang bebas dari mana-mana fahaman keagamaan tetapi maseh tertakluk di dalam landasan ILMU KETUHANAN!....perkara ini telah banyak saya sentuh di dalam post-post sebelumnya, supaya pembaca faham akan tujuan yang bermaksud Alternative Informations itu....

Sebelum saya memulakan penyiaran Blog RBSS ini untuk di baca oleh umum, banyak perkara telah saya pertimbangkan seperti apakah reaksi para Guru-Guru RBSS yang sediaada, adakah mereka suka atau tidak suka, reaksi gagasan pecahan persatuan RBSS di seluruh Nusantara, adakah mereka boleh menerima maklumat-maklumat yang di utarakan dan reaksi ahli-ahli RBSS itu sendiri, adakah mereka boleh juga menerimanya dari dalam kontek yang sebenar???, dan saya juga telah memikirkan apakah juga reaksi pembaca-pembaca umum yang bukan dari kalangan ahli-ahli RBSS seperti orang-orang persaorangan, ahli-ahli Agama dan Ilmuan ISLAM, orang-orang Kerajaan dan sebagainya...jika ikutkan hati, saya tidak akan menulis dan menyiarkannya atau membuka Blog RBSS ini kerana banyak yang negative dari yang positive!...ialah bak kata orang "lagi banyak bercakap lagi banyak yang tak betul!"....

Kita harus terima hakikat bahawa"no body is perfect!" tetapi di dalam menjalankan sesuatu tanggungjawap terhadap ramai mahluk manusia, kita perlu ikatkan diri kita ke dalam etika pekerjaan yang kita lakukan, jika ingin memperkatakan siapa yang layak bercakap mengenai RBSS atau ISLAM, bagi saya tidak ada orang yang akan layak..kenapa?..kerana setiap mahluk manusia punya kelemahan-kelemahannya yang tersendiri di samping memiliki NAFSU...jadi jika semua orang tidak layak bercakap...siapa yang boleh?...

Oleh kerana tuntutan kepada sesuatu pembaharuan di dalam pembelajaran RBSS yang harus di tingkatkan mengikut perubahan zaman yang silih berganti serta kemajuan tamadun mahluk manusia pada hari ini, saya berpendapat sesuatu harus di lakukan oleh seseorang atau oleh golongan yang tertentu, jadi dari 15-20 tahun yang lalu saya telah memerhatikan perkembangan keilmuan RBSS ini dari masa kesemasa dengan harapan ingin melihat sesuatu perkembangan yang lebih menarik dan lebih memberangsangkan, tetapi itu tidak berlaku malah bermacam-macam perkara yang timbul sehingga telah menjejas kesinambungan perkembangan keilmuan RBSS secara mendadak, ramai ahli-ahli RBSS yang saya temui samaada di era "dahulu" dan era "sekarang" seperti "kehilangan sesuatu" di dalam pembetukkan RBSS di dalam diri mereka...

Ini bersangkutan dengan masaalah Keyakinan, masaalah Kepercayaan terhadap keilmuan RBSS dari sudut atau kontek RBSS itu sendiri...rumusannya...ramai yang mengabaikan seperti RBSS ini tidak punya "harga atau nilai" langsung pada diri mereka. seperti "kalau suka bawak dan bila tak suka tinggal!"....kajian rambang telah di lakukan terhadap permasalahan ini dan jenis-jenis langkah-langkah pembaik-pulihan juga di temui...jika tidak di gembur sekarang maka ianya kan berterusan untuk 100 atau 1000 tahun lagi....jadi apakah yang saya maksudkan jenis atau langkah pembaik-pulihan itu?......Itulah yang terkandung di dalam BLOG RAHSIA BUDI SUCI SEJATI INI...apa-apa permasaalahan yang di ketengahkan berkaitan dengan keidividuan, persatuan, perpaduan, ilmu-ilmu ketuhanan, mahluk-mahluk Tuhan malah semuanya sekali...harus di ambil perhatian secara serius kerana ini semua bukan satu cerita rekaan yang di wujudkan oleh Professor BSS tetapi samaada suka atau tidak suka, itulah hakikat sebenar yang kita lalui pada hari ini...

Saya juga berpegang kepada pepatah Inggeris yang berkata "You can bring the cow to the river BUT you can't force the cow to drink!"...Maksudnya "kita boleh membawa lembu ke tepi sungai tetapi kita tidak boleh memaksanya untuk minum"...di mana apa yang tersirat di dalam pepatah tersebut membawa maksud bahawa kita boleh menunjukkan kepada orang lain sesuatu jalan yang akan membawa kebaikan-kebaikan jika dapat di lakukan oleh mereka bagi menangani masaalah yang menimpa tetapi kita tidak boleh memaksa mereka menurut 100% dengan apa yang kita sarankan!...Itu benar sekali dan bertepatan...

Akan tetapi perpatah itu berbentuk umum (sejagat), jika kita berpegang kepadanya maka kita akan terus hidup di dalam suasana yang tidak mempunyai sebarang kemajuan...apa yang saya ketengahkan merupakakan PERMASAALAHAN YANG MELIBATKAN KESEJAGATAN MAHLUK MANUSIA YANG BERCAHAYA BUDI DENGAN PENGLIBATAN MAHLUK IBLIS DAN SYAITAN!....Ini adalah satu PERJUANGAN DI ANTARA DUA JENIS MAHLUK YANG DI JADIKAN OLEH ALLAH SWT...yang akan menentukan Mahluk yang mana benar-benar MENURUTI APA YANG DI PERINTAHKAN OLEH TUHANNYA...dan MAHLUK YANG MANA TELAH MENGGUNAKAN KEILMUANNYA DENGAN BETUL DAN BENAR....bukan dengan maksud untuk memperlagakan di antara sesama manusia, sesama ahli dan sesama persatuan atau guru-guru RBSS!...

Sila ambil segala penerangan dan teguran-teguran dari penulisan Blog RBSS ini dari sudut yang sangat positive!, ketepikan segala PERASAAN DAN NAFSU dan cuba berfikir secara RASIONAL ...APAKAH YANG DI RUNGKAI ITU BENAR ATAU PUN TIDAK???...Jika tidak benar maka lupakan sahaja...tetapi jika ianya sesuatu yang benar adakah ianya harus di diamkan sahaja?....jangan mempunyai sifat tunggu dan lihat atau mengunggu siapa yang ingin buat...kalau ada sikap sedemikian maka ianya tidak akan terjadi apa-apa...ibarat mencurah air ke daun keladi!....

Cuba berfikir bahawa setiap individu itu mempunyai peranan di dalam menangani permasaalahan di dalam RBSS ini, jika di fikirkan bernas dan memerlukan tindakkan yang segera, maka setiap individu itu harus ada satu sikap yang ikhlas untuk menjayakannya tanpa berhasrat untuk mendapatkan ganjaran secara materials!....ini bersangkutan dengan ILMU KETUHANAN di mana pada Hari PERHITUNGAN kita akan di tanya mengenainya, apakah peranan kita nanti....jangan pula jawap itu peranan Professor BSS!.....(nanti 500 tahun baru sampai ke bawah sekali!...)

Apa-apa pun anda fikirkanlah...cari dari dalam diri sendiri, jika kita mengakui ianya benar dan hakiki maka itu jugalah keperluan kepada mahluk manusia yang lain...ianya sama!...sesungguhnya setiap mahluk manusia itu di jadikan sama...yang tidak sama adalah HATI....Hati yang di cemar atau yang di cemari dengan bisikan-bisikan syahdu mahluk yang bernama IBLIS...

Cuba dalami maksud perumpamaan berikut: "Semakin tinggi kita memanjat pokok - maka semakin lemah dahan yang kita paut"....

Untuk permulaan itulah dia 52 posts sebagai "Alat Brainstormer" dari perpective "Alternative Informations", dan untuk kesinambungan di masa-masa akan datang, penulisannya akan datang mempunyai sedikit perbezaaan dari bahagian yang pertama ini di mana ada sesuatu yang akan tetap di ulas dan di rungkai...buruk baiknya anda nilaikannya sendiri...

Apa yang pasti di sini, anda telah mula dapat berfikir dari satu landasan yang tidak pernah anda jejaki di masa-masa yang lalu dan akan menuju ke dalam ruang ilmu yang lebih luas di mana akan tidak wujud batas-batas penghujungnya.....kecuali satu sahaja yang kelihatan....apakah itu?....ikutilah Blog Rahsia Budi Suci Sejati pada bahagian kedua itu dengan lebih teliti lagi...dan nasehat saya sekarang, buatlah pembacaan ulang-kaji dari Post #1 hingga Post #53 ini, kerana lagi banyak anda mengulang-baca akan lebih banyak akan terungkai menerusi kata-kata yang tertulis di dalamnya, inilah yang saya amalkan di dalam mencari sesuatu jenis ilmu....mesti banyak membaca!....jangan jemu membaca!....dan selalu ulang-baca!....

Bertemu lagi di bahagian kedua!...

Wassallam!
Professor BSS (
professor_bss@yahoo.com)

Monday January 21, 2008 - 12:07am (PST)


No comments: