Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #52

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #52

ADAB BERJURUS - PERNAHKAH KITA MENGIKUTINYA?

Perihal ADAB BERJURUS ini bukanlah sesuatu kemestian yang harus di patuhi oleh setiap ahli tetapi melalui peradaban-peradaban berjurus inilah yang akan menerbitkan kesempurnaan di dalam proses berjurus bagi TUJUAN CIPTA CAHAYA...

Ramai yang di lihat tidak mengerti peradaban ini melalui tingkah laku yang dipamerkan sewaktu melakukan latihan berjurus, bukan kerana tidak di tunjuk-ajar oleh pihak Guru-Guru tetapi ramai yang tidak menggunakan "common sense"

Cuba kita renungi apakah yang di katakan latihan berjurus?...

Latihan berjurus adalah satu Proses Utama di dalam Ajaran Rahsia Budi Suci Sejati yang mana ianya jatuh di dalam PRINSIP #2 selepas KEYAKINAN...Ini bermakna selepas kita Meyakini apa yang di turunkan kepada kita oleh ALLAH SWT, kita adalah tertakluk untuk MengAmalinya mengikut adab-adab serta peraturan-peraturannya yang tersendiri seperti:-

· Cara-cara membuka dan menutup latihan berjurus

· Cara-cara membuat pernafasan

· Cara-cara melakukan makrifat

· Cara-cara melakukan pergerakan jurusan

Itu perkara-perkara ASAS yang di ketahui oleh umum (para ahli) tetapi apa yang tidak di ketahui oleh umum atau yang tidak di endahkan oleh para ahli?....


Yang tidak di ketahui oleh umum dan yang tidak di endahkan oleh para ahli adalah ketika melakukan latihan berjurus, mereka suka buat:-

1. Sesuka hati berhenti seketika sewaktu berjurus dan melakukan kerja-kerja lain seperti meminum air, mengelap peluh dan berjalan-jalan TANPA MENUTUP PUSAT, maksudnya PUSAT terdedah....sedangkan kita telah "Membuka Isi Pokok Badan", dan apabila telah "membuka" bermakna kita terdedah kepada anasir-anasir yang tidak di ketahui....Ingin meminum air atau mengelap peluh sememangnya tidak salah dan boleh di lakukan asalkan salah satu dari sebelah tangan kita maseh menutup di bahagian pusat.

2. Begitu juga dengan "berjalan-jalan" seketika untuk mengembalikan stamina pernafasan dan tenaga, kelakuan seperti ini juga berbahaya kepada diri kita kerana sewaktu "berjalan-jalan" itu kedua-dua belah kaki kita "terangkat dari Bumi", dan ini juga bolah mendatangkan bahaya kepada diri kerana telah "membuka latihan"

3. Berjurus di belakang atau di depan sesama ahli bukan dengan kaedah seiring di sisi masing-masing, kelakuan ini akan "memakan diri" secara perlahan-lahan kerana terkena "pancaran cahaya" dari kawan-kawan atau dari kita kepada kawan-kawan secara tidak di sengajakan tanpa niat, akan tetapi akan menimbulkan kesan sampingan untuk jangkamasa panjang seperti sakit atau lemah sendi-sendi anggota tubuh..

4. Begitu juga ketika latihan bertindak, di hadapan atau di belakang kita seharusnya tidak ada manusia yang ada di situ bagi mengelakkan kesan-kesan seperti yang saya sebut di atas.

Sebaik-baik disiplin diri ketika melakukan latihan berjurus ialah selepas Membuka latihan, hendaklah di teruskan latihan tersebut TANPA henti dan jika ingin berhenti seketika, PUSAT MESTI SENTIASA DI TUTUP DENGAN TANGAN (salah satu tangan), KEDUA BELAH KAKI JANGAN TERANGKAT DARI BUMI, jika ingin bergerak pun kedua Tapak kaki harus di seret ketika bergerak sama seperti kita berjurus dan LIDAH SENTIASA SWITCH ON....

Persoalannya KENAPA???......

Kerana sewaktu telah Membuka Latihan, segala Kutup Utara dan Kutub Selatan Tubuh Badan kita sedang TERBUKA di dalam PROSES PEMBINAAN CAHAYA yang datangnya dari LANGIT DAN BUMI, jadi jika kita tidak mengikutinya dengan betul, bagaimanakah segala TENAGA yang di CIPTA itu akan KEKAL atau DI KUMPUL kepada diri kita?...Ini dari kontek Proses Melakukan Jurusan dari sudut sebenarnya...bukan cakap-cakap yang kosong...

Jika adab seperti ini kita abaikan maka proses-proses yang sepatutnya berlaku ketika melakukan latihan berjurus tidak berlaku secara menyeluruh (TOTAL) dan kerana sebab-sebab inilah ramai di kalangan ahli-ahli RBSS, walaupun sudah lama mengamalkan RBSS tetapi kesan-kesan positive pada diri mereka tidak berlaku seperti yang di harapkan kerana mengabaikan proses-proses peradaban ketika berjurus.. (semak post #43 kesan berjurus)


Di bidang Sciences pun ada menerangkan bahawa tubuh badan manusia itu adalah sebuah "Magnet" yang mempunyai kuasa "Magnetic Fields - Forces" seperti mana kejadian Bumi itu sendiri...cuba fikir jika "Switch Utama tidak di ONkan" bermakna ia tidak aktif atau "OFF" jadi tidak ada apa-apa yang berlaku ketika itu....begitu juga terhadap keadaan kedua belah kaki, jika terangkat dari Bumi maka "Engergy Field" terputus...

Ada juga yang suka memakai kasut ketika berjurus, dengan alasan tapak kaki sensitive apabila di seretkan ketika berjurus, jika di "lihat" dari "keadaan sebenar", orang yang memakai kasut ketika berjurus kerana sayangkan tapak kaki itu, sebenarnya "tidak mendapat apa-apa" dari proses latihan berjurus kerana "telah mengalas" perhubungan atau "connection" di antara tubuh kita dengan Bumi di mana ALIRAN TENAGA tidak tersalur...jadi kepada sesiapa yang "biasa buat kerja ni" lebih baik hentikan perbuatan tersebut demi kesejahteraan diri sendiri..

Sebaik-baik berjurus adalah dengan melakukan 50 JURUSAN TANPA HENTI atau "SATU NAFAS" dengan sekurang-kurangnya tiga (3) langkah bagi setiap Jurusan...kerana dengan cara ini bermakna tiga (3) perkara utama di jalankan serentak dengan penuh KEYAKINAN..iaitu :- 1) Gerak Jurusan 2) Pernafasan 3) Makrifat

Jika dapat sampai ketahap ini maka segala proses-proses yang tersembunyi di dalam Fadhilat Berjurus berlaku keatas diri kita secara sepenuhnya (100%) dan jika ini berlaku secara berterusan maka martabat kita di dalam RBSS akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga ke martabat yang tertinggi....

Oleh yang demikian, buatlah semakan terhadap cara-cara berjurus anda jika mahukan yang terbaik dari Rahsia Budi Suci Sejati....jangan salahkan RBSS jika apa-apa yang kita buat tidak menjadi, kembali kepada diri sendiri dan cari kelemahan dan kesilapan serta buat pembetulan tetapi ingat!!!!!!...jangan pandang siapa saya tetapi cuba fikirkan apa yang saya rungkaikan...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Friday January 18, 2008 - 08:32pm (PST)


No comments: