Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #51

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #51

MAKRIFAT - PRINSIP KE #4 DI DALAM RBSS

Oleh kerana terlalu ramai yang menghantar email untuk bertanya mengenai MAKRIFAT, maka kali ini saya jadikan tajuk tersebut sebagai salah satu Tajuk Pilihan untuk Post #51 ini. Adapun huraian mengenai MAKRIFAT ini adalah dari sudut kontek asas di dalam Prinsip RBSS.

Maaf kepada yang belum mempelajari Rahsia Budi Suci Sejati kerana Penerangan-Penerangan berikut hanya dapat di fahami oleh ahli-ahli yang telah mempelajarinya sahaja...di mana banyak menggunakan kod (code) sebagai ganti-nama kepada Nama-Nama Jurusan yang sebenar.

Maksud kontek asal ialah yang menghuraikan kaedah-kaedah menyempurnakan MAKRIFAT ketika amalan BERJURUS...di mana ramai yang ingin tahu apakah yang sebenarnya jenis Makrifat harus di gunakan ketika sampai kepada JURUSAN #31 hingga #40...

Adakah ianya mengikut susunan Makrifat dari JURUSAN #1 - #10 atau bagaimana????...............

Sebelum saya menuju kepada menjawap soalan mengenai Makrifat bagi Jurusan #31 - #40, marilah kita kembali kepada Makrifat-Makrifat ASAS yang di gunakan di dalam JURUSAN ASAS dari #1 - #10 terlebih dahulu, kerana jika saya terus sahaja menjawap soalan tersebut maka berkemungkinan maklumat yang penting tidak dapat di sampaikan dan akan membuat lebih banyak kekeliruan di kalangan ahli-ahli RBSS...

Makrifat Jurusan #1 - #10 yang ASAS:- (Lembaga Manusia Yang Tidak Menyerupai Sesiapa)

1. #1 pada Bahagian Perut tepat di bahagian Pusat

2. #2 pada Paras Pinggang ke bawah

3. #3 pada Bahagian Perut (seperti #1)

4. #4 pada Bahagian Dada

5. #5 pada Separuh Bahagian Tubuh Manusia (sebelah)

6. #6 pada Bahagian Kerongkong atau Halkum

7. #7 pada Sebahagian Tubuh/Badan

8. #8 pada Bahagian Tengkuk

9. #9 pada Seluruh Tubuh/Badan

10. #10 pada bahagian Dahi

Kerja-Kerja Pembayangan (Imagination Effects) yang harus di lakukan:- (Jika Mampu)

1. #1 = Rodok/Pecahkan/Lubangkan

2. #2 = Tekan Ke Bawah Sehingga Terduduk

3. #3 = Tarik keluarkan Isi Perut

4. #4 = Tolak Kebelakang Seluruh Tubuh

5. #5 = Potong/Belah Dua Tubuh/Badan

6. #6 = Rodok/Pecahkan Kerongkong/Halkum

7. #7 = Buang Tubuh/Badan KeKiri atau KeKanan

8. #8 = Patahkan Tengkuk

9. #9 = Pusingkan Seluruh Tubuh/Badan

10. #10 = Pecahkan Bahagian Kepala

Di atas adalah Kerja-Kerja Pembayangan atau Imagination Effects yang harus di lakukan terhadap Tubuh Badan Lembaga Manusia yang Tidak Menyerupai Sesiapa itu...dari Jurusan #1 hingga #10.

Manakala dari Jurusan #11 hingga #20 dan dari #21 hingga #30 pula, hanya perlu di tambahkan "Special Effectnya" kepada kesan yang lebih "parah" atau "teruk" bersesuaian dengan peningkatan jenis JURUSAN.

Apabila tiba kepada #31 hingga #40, di dalam kategori ini kesemua Jurusan-Jurusan yang ada TIDAK MENGIKUT SUSUNAN seperti Jurusan dari #1 hingga #10...jadi apa yang harus di lakukan oleh para ahli ialah hanya perlu mengikut MAKRIFAT yang MENGIKUT GERAKAN JURUS.

Jika Jurusan #31 Gerak Jurusnya menyerupai Jurusan #5 maka MAKRIFATnya adalah seperti Jurusan #5 BUKAN IKUT JURUSAN #1....DAN BEGITULAH SETERUSNYA sehingga kepada Jurusan #40.

Di bawah ini sila semak perbandingannya:-

MAKRIFAT untuk JURUSAN-JURUSAN #31 hingga #40 beserta Pernafasan:-

1. #31 Makrifat ikut #5 nafas 1 x

2. #32 Makrifat ikut #17 nafas 1 x

3. #33 Makrifat ikut #1 nafas 1 x

4. #34 Makrifat ikut #6 nafas 1 x

5. #35 Makrifat ikut #2 nafas 1 x

6. #36 Makrifat ikut #4 nafas 1 x

7. #37 Makrifat ikut #8 nafas 1 x

8. #38 Makrifat ikut #3 nafas 1 x

9. #39 Makrifat ikut #19 nafas 2 x

10. #40 Makrifat ikut #10 nafas 1 x

Harap berhati-hati melakukan Jurusan-Jurusan #31 - #40 ini kerana ianya tidak mengikut sususan tetapi dalam keadaan yang tidak teratur seperti Jurusan #1 - #10...Ramai yang terkeliru ketika melakukannya...


Mengenai "Special Effect" boleh di perhebatkan kesan-kesannya pada Jurusan-Jurusan tersebut, lagi "parah" lagi baik dan bagus!.....

Walau apa juga pun, anda perlu membuat latihan-latihan memperbetulkan MAKRIFAT secara perlahan-lahan dan berperingkat, mulakan dengan perlahan dengan memberikan pemfokusan tetapi jangan mengabaikan faktor-faktor kekuatan dan kemantapan pergerakan Jurusan dan Pernafasan, ketiga-tiganya harus seiringan jika mahukan kesan yang terbaik.

Ada juga yang bertanya, bagaimanakah caranya untuk "Menghidupkan dan Menguatkan Makrifat" serta cara-cara melatih diri???.....

Jawapannya susah tetapi senang!...Susahnya kerana kita perlu banyak mengadakan latihan-latihan menguatkan Makrifat di luar aktiviti berjurus seperti memperbanyakkan membuat latihan memandang kearah sesuatu objek, sematkan dan simpan rupa bentuk objek itu di dalam fikiran lalu alih pandangan kearah lain dan keluarkan kembali imej (image) objek tersebut di tempat baharu itu...maksudnya mengalihkan sesuatu imej objek dari satu tempat ke satu tempat yang lain....buat latihan-latihan seperti ini sewaktu kelapangan masa dan tidak kira di mana kerana proses latihan sebegini akan membantu kita menguatkan makrifat ketika berjurus yang sering bertukar lokasi Makrifat dari depan ke belakang dan dari belakang ke depan...

Pokoknya di sini, anda perlu melatih OTAK anda untuk MERAKAM SESUATU IMEJ dan di simpan di dalam MEMORI (Fikiran), jadi latihan "rakaman imej" ini memerlukan latihan-latihan yang kerap bukan sesekali sahaja, jika anda berkejaya sebagai seorang PELUKIS anda pasti memahami dengan mudah apa yang saya huraikan ini, kerana seorang Pelukis memerlukan daya Rakaman/Memori yang sangat tajam bagi tujuan melukis semula apa yang ia pernah lihat...cuba ikut proses itu....

Jadi ketika BerJurus, jika Imej Makrifat telah ada di dalam MEMORI OTAK kearah mana juga pun anda mengalihkan pandangan, Imej atau Makrifat tersebut TIDAK AKAN HILANG dari pandangan, dalam lain perkataan kita "bekerja di dalam mata".....

Yang senangnya pula, setelah anda dapat menguasai ilmu "merakam imej" dan di simpan di dalam "memori otak", semua kerja-kerja makrifat menjadi mudah dan tidak akan ada lagi masaalah-masaalah "Makrifat kabur", "Makrifat lari" atau "tidak dapat menimbulkan" makrifat.

Selainnya anda perlu memohon pertolongan daripada ALLAH SWT pada setiap kali berJurus agar Makrifat anda dapat di perbaiki dari hari kesehari, jika latihan-latihan yang saya sebutkan di atas tidak dapat membantu anda atas sebab-sebab yang tertentu....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

No comments: