Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #50

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #50

SAKA - APA YANG PERLU KITA TAHU?

Di dalam kehidupan setiap bangsa manusia di muka Bumi ini akan terdapat segelintir orang-orang atau keturunan sesebuah keluarga akan mewarisi SAKA dari pihak keluarga yang terdahulu. Di mana masaalah SAKA ini ada berbagai-bagai senario yang boleh kita lihat samaada yang muncul di dalam keadaan yang tenang ataupun dalam sesuatu keadaan yang tidak tenteram.

Biasanya orang-orang yang mewarisi SAKA ini hanya akan di "datangi" oleh Saka-Saka mereka apabila terjadi sesuatu bencana atau malapetaka terhadap ahli keluarga tersebut, dan Saka-saka tersebut akan "datang memberitahu" kepada para ahli keluarga mengenai apa-apa yang harus mereka ketahui seperti (contoh) mengapa mereka sakit, mengapa mereka susah, mengapa mereka hilang sesuatu, mengapa mereka harus buat itu dan buat ini dan berbagai lagi kenyataan-kenyataan yang di luar pengetahuan keluarga terbabit.

SAKA jenis ini boleh di klasifikasikan sebagai "Saka Baik" kerana mereka "datang" dengan cara yang terhormat dan tidak menganggu atau menjejas orang yang di datanginya, dan Saka jenis ini selalunya sangat "kenal" dengan setiap gerak-geri setiap ahli keluarga tersebut. Saka ini juga biasanya telah wujud di dalam beberapa jenerasi keluarga itu dan tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan langsung kepada mereka.

Hanya orang-orang yang "terpilih" untuk "menggerakkan" Saka itu sahaja yang merasa kurang senang atau selesa kerana "kedatangan" Saka itu tidak tentu masa serta akan mengikut perkembangan semasa ahli keluarganya. Dan rata-rata keluarga tersebut akan mempercayai atau meyakini apa-apa yang di sebut oleh para Saka itu.

Berbeza senarionya kepada jenis Saka-Saka yang agak "agressive" sedikit, di mana apabila mereka ini datang kepada seseorang yang "terpilih" itu, cara kedatangannya adalah sangat menyusahkan, sangat menyakitkan dan sangat menyiksakan orang-orang yang terpilih itu, seperti mereka akan jatuh pengsan terlebih dahulu sebelum Saka itu dapat menguasai diri mereka, atau mereka akan "menggelupur" ketika Saka-Saka itu "ingin masuk" ke dalam tubuh mereka atau mereka "merepek-repek" dengan kata-kata yang sukar di fahami terlebih dahulu..

Saka dari jenis ini selalunya tidak di sukai oleh keluarga-keluarga terbabit kerana mendatangkan banyak masaalah untuk menangani orang yang di serap serta memalukan keluarga mereka sendiri kerana di syaki mengamalkan "Ilmu-Ilmu Hitam" atau di syaki melakukan amalan-amalan yang tidak sehat.

Kebanyakan "orang-orang yang terpilih" untuk menjadi "medium" atau "orang tengah" untuk Saka-Saka itu berhubung dengan ahli keluarga adalah terdiri dari kaum wanita dan jumlahnya adalah sedikit yang melibatkan kanak-kanak dan orang lelaki...Kenapa?....

Ini adalah kerana secara lumrahnya kaum wanita memiliki "semangat yang lemah" berbanding dengan kaum lelaki, manakala kanak-kanak pula tidak di minati oleh para Saka kerana usia mereka terlalu muda untuk di jadikan "medium" di sebabkan kan menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan menggunakan kata-kata atau bahasa yang lancar...

Sasaran Saka-Saka tersebut tidak memilih siapakah "orang-orang yang terpilih" itu, samaada seorang yang golongan biasa atau golongan yang Soliha atau yang Solihin, yang berRBSS atau pun tidak berRBSS...mereka tetap datang kepada mereka jika "giliran" telah di tetapkan...

Apakah jenis Saka-Saka yang perlu kita ketahui?....

Golongan SAKA:-

1. Dari Khadam Ayat

2. Dari Kaum Jin ISLAM

3. Dari Kaum Jin Kafir (Syaitan)

PERIHAL KHADAM AYAT

Siapa mereka?.

· Khadam Ayat adalah sejenis Mahluk Allah yang bukan terdiri dari golongan Manusia, jin, Iblis atau Malaikat

· Khadam Ayat adalah Penjaga kepada AYAT-AYAT di dalam AL-QURAN yang selalunya berpakaian Jubah Hijau

· Khadam Ayat akan datang kepada orang-orang yang selalu atau yang banyak membaca Ayat-Ayat Al-Quran yang terpilih seperti (contoh) yang sering mengamalkan Surah YASIN dan yang lain-lain...

Apa pekerjaan mereka?

· Khadam Ayat akan menjaga diri diri Pengamal Ayat

· Menjaga harta bendanya

· Menjaga keluarganya

· Dan boleh di perintahkan untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan niat yang baik seperti tugas-tugas di atas.

· Khadam Ayat juga boleh menyerupai diri Pengamal Ayat apabila si Pengamal Ayat tidak ada di rumah sebagai langkah keselamatan dan menjaga harta bendanya.

· Kadam Ayat juga boleh membantu si Pengamal Ayat di dalam merawat orang yang sakit

Apa yang mereka tidak buat?

· Khadam Ayat tidak boleh meresapi tubuh badan si Pengamal Ayat tidak seperti Mahluk Jin/Syaitan atau Malaikat.

· Khadam Ayat tidak melakukan kerja-kerja dengan niat yang jahat

· Khadam Ayat bukan Mahluk peliharaan manusia tetapi di utus oleh ALLAH SWT kepada seseorang manusia di atas kerajinannya membaca Ayat-Ayat Al-Quran dan memberi tugas kepada Khadam Ayat untuk membantu si Pengamal Ayat untuk melaksanakan sesuatu hajat yang baik.

Apa asal-usul Khadam Ayat ini?....

· Khadam Ayat adalah Mahluk Allah yang bertaraf Wali yang di kenali sebagai "Rijahrulghaib" atau di kenali juga sebagai "Khadam Roh"

· Khadam Ayat ini bukan Jin ISLAM tetapi Mahluk yang bebas dari dosa-dosa yang mana asalnya mereka adalah manusia biasa tetapi menemui proses FANA lalu Ghaib di dalam Cahaya ALLAH dan di angkat menjadi taraf Wali (sila rujuk Post #18 - wali-wali)

Jika SAKA dari jenis KHADAM AYAT ini, ia tidak memudaratkan langsung kepada sesiapa kerana ianya di warisi melalui proses Pengabdian diri terhadap ALLAH SWT dengan cara yang sangat "intensisive" dan "commitment" diri yang sangat tinggi oleh orang-orang yang terdahulu di dalam sesuatu ahli keluarga tersebut, malah sehingga ke hari ini pun tidak ada cerita yang melibatkan Khadam Ayat "merusakkan" sesiapa.

Berbeza pula kepada SAKA yang terdiri daripada Jin ISLAM, di mana Saka dari jenis ini adalah hasil "persahabatan" orang-orang yang terdahulu di dalam keluarga tersebut dengan kaum Jin ISLAM, di mana "suatu perjanjian" telah di buat di antara mereka untuk menjaga ahli-ahli keluarga serta semua keturunan mereka dari apa-apa juga mala petaka dan gangguan...

Saka dari Jin ISLAM ini, selalunya jika ia "meresap" masuk ke dalam diri seseorang akan mempamerkan "tingkah-laku" yang berhemah dan berpekerti tinggi dan juga tidak mmendatangkan kesakitan kepada yang di serap oleh mereka.

Berlainan dengan SAKA yang di perolehi melalui Ilmu-Ilmu yang songsang di mana Saka-Saka ini adalah dari jenis Jin Kafir atau di gelar Syaitan, jika mereka datang meresap masuk dengan cara yang aggresive dan apabila keluar dari tubuh akan meninggalkan penyakit seperti tubuh badan seseorang yang di resap itu menjadi lemah longlai kerana telah "di sedut" zat-zat dari tubuh mereka sebagai sumber makanan.

Saka dari Jin/Syaitan ini juga terjalin dari "perjanjian-perjanjian" di antara pengamal ilmu songsang dengan Jin/Syaitan di dalam proses memperkuatkan keilmuan yang mereka tuntut dan ianya akan juga menjadi warisan turun menurun sehingga keturunan mereka itu hapus atau putus.

Dan kebanyakan dari permintaan untuk membuang SAKA dari orang ramai adalah dari dua (2) jenis yang terakhir iaitu dari jenis SAKA Jin ISLAM dan SAKA Jin Kafir/Syaitan. Selalunya jenerasi-jenerasi yang terkemudian tidak menyukai Saka-Saka kerana telah berpendidikan atau berpelajaran tinggi serta telah dapat merubah kehidupan keluarga-keluarga mereka di dalam zaman yang serba moden dan canggih ini, di mana jika sakit pening ada banyak klinik atau hospital untuk mendapatkan pelbagai jenis rawatan...atau yang sudah "tidak tahan" untuk "melayan" Saka-Saka tersebut kerana usia yang semakin tua dan yang hampir ke penghujungnya.

Bagaimana untuk membuang SAKA dari jenis Jin ISLAM atau Jin Kafir/Syaitan? (dari sudut RBSS)

Sebenarnya tidak ada "proses-proses yang tertentu" yang boleh di standardkan untuk membuang Saka-Saka jenis ini, kerana ianya harus di kaji dan di selidik menurut sesuatu Keturunan Keluarga orang-orang yang terlibat.
Kita harus mengenal pasti apakah jenis-jenis "Amalan Mereka" dan serba sedikit susur-galur keturunan keluarga mereka bagi memastikan bentuk jenis Saka tersebut, atau bagi yang Professional dan Professional Elite di dalam RBSS, dengan kaedah "melihat" (TV Vision) mereka akan mendapat tahu jawapan yang di cari bagi proses pembuangan.

Proses pembuangan Saka juga ada pelbagai cara dan etika...ianya banyak bergantung kepada ilmu pengetahuan seseorang ahli RBSS itu sendiri mengenai mahluk-mahluk Jin serta kekuatan "power RBSS" mereka sendiri.

Yang mahir boleh melakukannya seorang diri dan bagi yang kurang mahir memerlukan kepakaran secara berkumpulan kerana jika di lihat dari sudut kewujudan mahluk Jin ISLAM dan yang Kafir/Syaitan nisbah di antara kedua-dua jenis ini sangat besar jurang perbezaannya.

Nisbahnya seperti berikut:- (sebagai perbandingan)

1. 1 : 1000 Mahluk Manusia x = (01%)

2. 9 : 1000 Mahluk Jin ISLAM x = (09%)

3. 9o : 1000 Mahluk Jin Kafir/Syaitan x = (9%)

4. 900 : 1000 Mahluk Malaikat = (90%)

Oleh yang demikian, ketika proses untuk membuang SAKA ini harus ada "Kepekaan" terhadap apa yang sedang di hadapi kerana jumlah mereka terlalu banyak, hanya dengan Ilmu Pengetahuan dan kebijaksanaan menggunakan ilmu RBSS sahaja yang dapat mengatasi masaalah ini.

Di dalam banyak kes-kes membuang SAKA, Saka yang dari jenis Jin Kafir/Syaitan akan mengakibatkan orang yang mewarisi Saka itu akan meninggal dunia dalam masa kurang dari 40 hari kerana di pisahkan dari Saka-Saka mereka, ini biasanya berlaku terhadap pewaris Saka yang telah berusia ataupun terlalu tua. Biasanya proses membuang Saka menggunakan RBSS menggunakan kaedah "Kesan/Cari, Tangkap/Cabut dan Buang/Bunuh". Manakala proses pembuangan dari golongan ahli Agama atau Ilmuan ISLAM akan lebih bersifat "Menghalau dan Membuang" dan bagi pengamal-pengamal ilmu kebathinan akan lebih condong kepada proses pembuangan melalui proses "Menukar-ganti atau Anchak"...tetapi kesemua tujuan tersebut membawa satu tujuan iaitu membebaskan seseorang daripada belenggu SAKA....
Begitulah serba sedikit perihal SAKA yang boleh di jadikan panduan dan kaji selidik oleh semua pihak, apa yang cuba di ketengahkan di sini ialah bagaiamana untuk mengenal jenis-jenis SAKA dan tindakkan susulan yang boleh di usahakan oleh kita...inilah yang di katakan Ilmu Pengetahuan....

Wassallam!
Professor BSS (
professor_bss@yahoo.com)
Friday January 18, 2008 - 04:13pm (PST)

No comments: