Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #49

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #49

RIAK DAN TAKBUR - BAGAIMANA SIFAT TERSEBUT MEROSAKKAN KEISTIMEWAAN RBSS KITA?

Segmen Riak dan Takbur ini sangat bersangkutan dengan Post #47 iaitu KeIstimewaan yang wujud di dalam Peringkat Istimewa...

Ramai ahli-ahli RBSS tidak peka terhadap perkara ini dan tidak menyedari bahawa sifat tersebut akan "memakan" keistimewaan mereka jika tidak di jaga dengan betul, tetapi apakah ciri-ciri sifat Riak dan Takbur tersebut?, jadi marilah kita sama-sama merenunginya semoga kita akan mendapat mempelajari sesuatu daripada maklumat tersebut...

Ciri-Ciri Sifat Riak dan Takbur.

SIFAT RIAK

· Adalah satu Sifat yang wujud dan di pamerkan melalui sesuatu Pergerakan atau Perbuatan melalui jasad, yang membawa maksud sesuatu perlakuan yang tidak perlu mengungkapkan kata-kata tetapi jelas di pamerkan dengan tingkah laku kita.

· Di dalam mempamerkan tingkah laku tersebut, kita menunjukkan sesuatu Kemegahan, sesuatu Ketinggian Darjat, Ketinggian Kebolehan, Ketinggian Pencapaian yang di tunjukkan kepada orang lain dengan niat atau harapan bahawa diri kita sahaja yang "lebih baik/lebih elok/lebih hebat" dari orang lain, yang ini melalui niat!

· Ada juga sifat RIAK di lakukan tanpa NIAT tetapi menunjukkan tingkah laku yang bersifat Riak kerana kelakuan sebegitu telah di cipta dari awal dan telah menjadi satu "kelakuan harian" mereka tanpa mereka sadari...

· Sifat Riak di dalam kategori ini sangat berbahaya kerana ia telah menjadi "darah daging" kelakuan diri mereka dan amat sukar di hapuskan dengan serta merta.

· Sifat Riak jenis ini di katakan berbahaya hanya pada orang-orang yang memiliki RBSS kerana sifat tersebut bertentangan dengan ajaran dan kehendak RBSS itu sendiri

· Perlakuan RIAK hanya akan "jatuh hukumnya Riak" apabila orang-orang lain yang memandang akan "merasa dan terasa" apa yang di pamerkan oleh kita, dan jika itu berlaku kita di dalam "Hukum Riak"


SIFAT TAKBUR

· Manakala Sifat TAKBUR pula lebih kepada Ungkapan Kata-kata yang bermegah-megah dengan Pencapaian dan Kebolehan diri sendiri, terutamanya apabila merasakan dirinya memiliki Kekuatan RBSS dan sukar di tandingi oleh orang lain.

· Ahli-Ahli yang TAKBUR selalunya memperkecil-kecilkan kebolehan diri orang lain samaada mengenai keilmuan, kebolehan, pencapaian, keistimewaan, pangkat, harta benda dan yang berkaitan, dengan NIAT untuk merendah-rendahkan orang lain termasuk sesama ahli.

· Sifat Takbur ini juga adakalanya sukar di hapuskan jika ianya telah menjadi "darah daging" seseorang dan kepada ahli RBSS, Sifat inilah yang akan menyebabkan mereka menerima padah "tidak di lindungi oleh RBSS" jika ada manusia lain bertindak terhadap mereka, berlainan dengan Riak...kerana tahap RIAK adalah lebih rendah dari tahap TAKBUR...

· Hukum Takbur juga akan jatuh apabila orang-orang yang mendengarnya terasa dan merasa apa yang di ungkapkan oleh kita dengan maksud menghina dan merendah-rendahkan mereka

AKIBAT YANG BURUK

Akibat yang paling buruk yang akan menimpa diri seseorang ahli RBSS itu kerana bersifat RIAK dan TAKBUR ialah:-

1. Diri kita terdedah kepada mara bahaya dari tindak balas orang yang terasa sakit hati seperti di pukul, di serang dengan senjata atau di serang dengan sesuatu "ILMU".

2. Jika di serang pada waktu itu, power RBSS tidak melindungi diri kita sehingga hukumannya tamat, maksud tamat ialah apabila kita "cukup" di belasah...

3. Yang lebih berat dari segala hukuman kerana bersifat RIAK dan TAKBUR ialah KeIstimewaan-KeIstimewaan melalui Panca Indera kita akan sedikit demi sedikit terhapus dan kita tidak dapat menggunakannya lagi, dan amat sukar untuk mendapatkannya kembali, kecuali dengan Taubat Nasuha....

Akan tetapi, jika kita sentiasa "berjaga-jaga" terhadap apa yang kita tutur dan apa yang kita pamerkan dan "sesekali terbuat" perkara tersebut (Riak atau Takbur), ini tidak menghilangkan segala KeIstimewaan yang kita ada, ianya hilang jika kita terus menerus "mengamalkan" kedua-dua sifat itu sahaja...

Sebagai seorang pengamal Rahsia Budi Suci Sejati yang benar-benar ikhlas dan memahami segala tujuan amalan ini, niscaya kita tidak akan sampai kearah Sifat Riak dan Takbur kerana disiplin di dalam Prinsip-Prinsip RBSS itu sendiri telah mengajar kita "apa yang boleh kita buat dan apa yang tidak boleh kita buat"...dan RBSS juga akan "mencanai" keperibadian kita kepada ahlak yang luhur, kepada budi yang tinggi serta kepada sifat yang mulia....

Jika itu tidak berlaku di dalam diri kita sebagai seorang ahli Rahsia Budi Suci Sejati, maka kita mengamalkannya dengan NIAT yang salah, dengan TUJUAN yang tidak betul dan dengan IMPIAN yang songsang!....
Jadi kita harus segera kembali kepada ASAS RBSS, pelajari kembali dari awal sehingga akhir...jika kita tidak melakukannya bermakna kita telah "menempah tiket" untuk bersama-sama Iblis/Syaitan untuk pergi menetap di dalam Neraka!..
Oleh itu, berhati-hatilah di dalam menjalani kehidupan sebagai seorang yang BerRBSS, ianya nampak mudah dan ringkas tetapi penuh cabaran-cabaran yang tersembunyi untuk di katakan sebagai BerBudi BerSuci BerSejati....

Wassallam!
Professor BSS (
professor_bss@yahoo.com)
Thursday January 17, 2008 - 07:52pm (PST)

No comments: