Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #48

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #48

PERINGKAT ISTIMEWA DI DALAM RBSS

Tajuk ini juga adalah Tajuk Pilihan dari para pembaca yang mahukan huraian yang lebih sedikit daripada apa yang pernah saya tulis di dalam Post #12 mengenai PRINSIP RBSS.

Ketika di peringkat pengambilan, Istimewa tidak ada nilai dari segi "Wang Hadiah" kerana di klasifikasikan sebagai "Tidak Ternilai", bukan bermakna ia terlalu murah sehingga tidak mempunyai harga tertentu, tetapi tidak ternilai dari segi Keilmuan yang wujud di dalam peringkat ini, sehingga jika di kumpulkan segala emas/perak/wang ringgit dari seluruh dunia ini, jumlahnya tidak akan dapat menyamai nilai Istimewa tersebut.

Begitulah keistimewaan yang ada pada peringkat Istimewa ini, setiap ahli RBSS akan melalui peringkat ini sebelum kepada peringkat Penutup.

Apakah ciri-ciri KeIstimewaan yang boleh kita fahami berdasar peringkat Istimewa ini?.....

KeIstimewaannya adalah terlalu banyak dan terlalu luas bidang keupayaannya kepada diri seseorang ahli RBSS, tetapi setiap orang ahli akan memiliki keistimewaan yang berlainan di antara satu dengan yang lain, dan akan mengikut kepada taraf ketekunan mereka mengamalkan RBSS.

Segala KeIstimewaan yang wujud di dalam peringkat Istimewa ini pula tidak akan timbul dalam masa yang singkat atau cepat kerana ianya sangat berhubung-kait dengan amalan berjurus...(sila semak Post #39)

Yang pasti adalah seperti berikut:-

· Kebolehan menggunakan kesemua Panca Indera (mata/hidung/mulut/telinga/tangan/kaki/seluruh tubuh) yang berbentuk "Internal" atau "Dalaman" sehingga menerbitkan kebolehan, umpamanya melihat mahluk-mahluk halus, mendengar percakapan orang lain walaupun mereka jauh daripada kita, boleh menghidu sesuatu "bencana" atau ancaman-ancaman binatang buas dan yang seterusnya.


· Istimewa juga berkebolehan untuk melakukan apa juga gerakan/perlakuan yang di lakukan oleh amalan-amalan yang lain seperti Lam Jalala contohnya, apa yang boleh di lakukan di dalam Lam Jalala, dalam Istimewa kita boleh lakukannya tanpa perlu ada Lam...begitu juga dengan ilmu-ilmu yang lainnya.

· Penggunaan Istimewa juga tidak membataskan kepada Tindakkan dari 50 Jurusan RBSS sahaja, ia adalah dalam bentuk bebas dan serba boleh, maksudnya jika kita ingin menggunakan Jurusan #1, kita harus menggerakkan tangan (kocok) mengikut aturannya tetapi di dalam Istimewa kita hanya perlu "Memakrifatkannya" sahaja tanpa perlu pergerakan tangan, hanya menggunakan mata.

· Dalam Istimewa juga kita boleh melakukan sesuatu "gerakan/operasi pembedahan" terhadap diri seseorang, contohnya yang di timpa sesuatu jenis penyakit, dengan Istimewa kita boleh melakukan pembedahan tanpa di lihat oleh sesiapa tetapi pesakit akan dapat merasakan apa yang kita lakukan terhadap diri mereka.

· Dalam Istimewa juga (jika sudah mahir) kita juga boleh "bergerak kemana-mana" dan untuk "melihat sesuatu" yang kita inginkan seperti "satelite cam" tetapi perkara ini tidak di galakkan kerana akan mendatangkan mudarat kepada diri kita jika "selok-belok"nya kita tidak mahir atau ketahui...tetapi pokoknya boleh!....

· Dalam Istimewa juga, segala Perbuatan/Tingkahlaku/Percakapan/gaya dan Penampilan akan memberikan kesan yang mendalam kepada yang melihat atau yang mendengarnya kerana memberikan tarikan dan impak kepada orang lain...itu sebabnya ahli RBSS tidak di galakkan atau menghindarkan diri dari berkata perkataan-perkataan yang lucah/caci-cerca/sumpah-menyumpah kerana ianya boleh "jadi betul" samaada kepada diri sendiri ataupun diri orang lain...jadi cakap benda-benda yang baik-baik aje!..

· Melalui peringkat ini juga kita sudah boleh "meneroka" ke Alam Ghaib bagi "melihat" apa-apa yang ada di dalamnya tetapi ia sekali lagi bergantung kepada tahap diri seseorang ahli juga, ada yang telah berpuluh-puluh tahun mengamal, ciri-ciri kebolehan ini maseh tidak dapat di kuasai juga....tetapi ada yang baharu 1-2 tahun sudah dapat!

Akan tetapi, pada masa peringkat Istimewa ini juga seseorang ahli itu boleh terpesong kemantapan keyakinannya kerana terlalu "leka" dengan apa yang telah mereka boleh buat atau lakukan, pada peringkat ini juga cabaran-cabaran, ujian-ujian serta dugaan terhadap RIAK dan TAKBUR dijalankan, jika kita gagal maka hancurlah segala keistimewaan itu daripada kita tetapi jika kita berjaya maka ianya akan kekal bersama kita buat selama-lamanya...

Itu bermakna segala KeIstimewaan yang kita raih harus menerima ujian terlebih dahulu dan tidak semestinya segala keistimewaan itu sekali gus kekal pada kali pertama memilikinya. Oleh yang demikian kita haruslah berhati-hati di dalam memilikinya, racunnya adalah Riak dan Takbur....

Akan bersambung......

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Wednesday January 16, 2008 - 10:16pm (PST)

No comments: