Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #28

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #28

APA YANG DI KATAKAN RAHSIA ITU RAHSIA!

Selamat bertemu kembali di dalam Post #28 dan juga selamat menyambut tahun baharu 2008, semoga dengan meninggalkan tahun yang berlalu kita akan dapat meniti titian yang seterusnya...

Pada kali ini saya ingin menyentuh perkara yang menyebut perkataan "RAHSIA" atau "SECRET" dari segi jalan bahasanya menjelaskan bahawa "sesuatu perkara yang tidak boleh di ketahui oleh sesiapa", samaada berbentuk rahsia peribadi, rahsia keluarga, rahsia perkahwinan, rahsia sesuatu amalan, rahsia rahsia masyarakat, rahsia syarikat, rahsia perniagaan, rahsia negeri, rahsia negara dan sebagainya...semuanya mengungkapkan perkataan "rahsia" apabila ingin menyembunyikan sesuatu dari orang lain, samaada dengan tujuan yang baik atau sebaliknya...

Menukil kembali kekata seorang penghantar email kepada Blog RBSS ini yang berkata "Tiada Rahsia Dalam ISLAM tetapi Rahsia Tetap Rahsia"

Memang tepat sekali kekata tersebut bahawa Tiada Rahsia Dalam ISLAM, kerana tujuan ALLAH SWT menurunkan ISLAM melalui AL-QURAN adalah untuk di pelajari dan di ketahui segala yang tersurat dan segala yang tersirat di dalamnya, oleh yang demikian apa juga cabang ILMU dalam ISLAM harus di kembangkan dan di ajarkan kepada semua Umat Manusia di muka Bumi ini, kerana ISLAM itu adalah PETUNJUK kepada segala PERATURAN dan PERADAPAN untuk sekelian MAHLUK!

Ini berbeza dengan ILMU KETUHANAN di mana sebahagian besar dari cabang ILMUnya TER-RAHSIA kewujudannya bukan kerana ianya di rahsiakan oleh Yang Maha Pencipta, tetapi kerana kita sendiri (umat manusia) tidak mampu untuk meneroka dan menerobos ke arah ilmu-ilmu tersebut, tetapi dengan pertolongan ALLAH SWT maka sesuatu jenis cabang ilmuNya akan di buka ke-Rahsiaannya menurut kemahuanNya lalu ilmu-ilmu tersebut dapat di manfaatkan oleh sekelian manusia melalui orang-orang yang terpilih...

Di situ kita dapat fahami dengan jelas bahawa, sesuatu jenis ilmu pengetahuan yang ada hanya akan di ketahui oleh segelintir orang dari segolongan manusia sahaja, ALLAH SWT tidak memberikan semua jenis ilmuNya kepada semua orang dari setiap golongan, tetapi dengan cara membahagi jenis-jenis ilmuNya kepada segelintir orang-orang, dan dari situ golongan mereka akan dapat memanfaatkannya. Ini lah sedang berlaku di dalam dunia kita pada hari ini, seperti Teknologi Barat di bina untuk masyarakat Timur dan Teknologi Timur pula di manfaatkan oleh masyarakat Barat dan begitulah seterusnya...

Perkara ini tidak terkecuali dengan RAHSIA BUDI SUCI SEJATI, walaupun kewujudannya BUKANLAH RAHSIA tetapi kebanyakan dari cabang ilmu pengetahuannya menjadi RAHSIA kepada pemiliknya...pernah saya suarakan di dalam post yang lalu bahawa "banyak itu berapa banyak?" untuk mengklafikasikan Rahsia-Rahsia RBSS ini, jadi seperti yang di ketahui oleh umum (ahli RBSS) ianya terlalu banyak sehingga kita sendiri tidak tahu yang mana satu yang benar-benar di katakan RAHSIA!!!.., perkara ini telah menjadi persoalan di dalam pemikiran setiap ahli-ahli RBSS sehingga mereka kebanyakannya mengambil jalan mudah dengan "merahsiakan segalanya" walaupun yang bukan di dalam kategori Rahsia, ada banyak "momokkan" atau "kata-kata larangan" mengenai berkata, bercakap atau bercerita mengenai rahsia-rahsia di dalam RBSS ini sehingga ianya telah menjadi "suatu rahsia yang teramat di rahsiakan", walhal apa yang sangat di rahsiakan itu sebenar-benarnya bukanlah dari jenis rahsia..di mana secara peribadi, saya juga pernah mengalaminya...

Seperti cerita yang di kirimkan kepada saya melalui email oleh "damai-alang" (terima kaseh kepada anda), yang mengatakan di zaman Arwah Bapak Hj Hashim Bin Hj Mohd Shariff, setiap ahli di larang keras menulis apa-apa mengenai RBSS di atas kertas demi menjaga kerahsiaan RBSS ini..begitu rahsianya RBSS di waktu itu...

Tetapi di sini ingin saya rungkaikan sesuatu buat renungan kita bersama, (saya dan anda adalah sesama ahli RBSS - dan maaf kepada yang bukan ahli), TUJUAN sebenar Guru-Guru terdahulu Merahsiakan apa juga fakta-fakta keilmuan RBSS ini dari pengetahuan umum sebenarnya BUKAN BERTUJUAN UNTUK MERAHSIAKAN SEGALA BUTIR-BUTIR TERSEBUT MENJADI RAHSIA tetapi IANYA DI RAHSIAKAN SEBEGITU RUPA AGAR APA JUGA MENGENAI RBSS INI TIDAK DI SALAH TAFSIRKAN, DI SALAH GUNAKAN DAN DI CAMPUR-ADUKKAN DENGAN PENGETAHUAN AGAMA ISLAM yang sama-sama berkembang pada ketika itu...yang boleh menyumbang kepada Konflik Kefahaman ISLAM itu sendiri, dan juga pada waktu tersebut tidak ramai cerdik pandai yang memahami kedua-dua ISLAM dan RBSS bagi menjalankan tugas memberikan penerangan kepada orang ramai, jadi jalan terbaik adalah mengajar dan mempelajari RBSS dengan secara berasingan, terkawal serta terpilih orang-orangnya sahaja...oleh kerana demikian, kaedah tersebut di guna-pakai oleh setiap generasi guru-guru bukan kerana ianya semuanya rahsia tetapi itulah cara yang termudah, yang terselamat dan tidak menimbulkan konflik dengan pengembangan ISLAM, dan setiap guru boleh memfokuskan kepada pembelajaran RBSS ini sahaja tanpa perlu mendalami Agama ISLAM terlebih dahulu.....kerana itu juga bukan menjadi salah satu syarat untuk menjadi guru RBSS...

Cuba anda lihat pada hari ini, dengan kemudahan Media IT dan kecanggihan Internet, apa juga jenis ilmu-ilmu dapat anda baca seperti ilmu mengenai alam, mengenai bintang-bintang, cakrawala, mengenai bumi dan langit, mengenai apa juga mahluk, mengenai manusia dan rahsia-rahsia kejadiannya serta banyak lagi yang di klasifikasikan pada waktu dahulu sebagai rahsia tetapi pada hari ini dapat di ketahui oleh umum hanya dengan melayari internet...dan sebahagian besar mengenai apa yang telah saya rungkaikan melalui Blog RBSS ini juga yang menyentuh mengenai ILMU KETUHANAN dan ISLAM adalah terdapat dengan meluas serta di perkatakan oleh segenap lapisan umat samaada dari golongan ISLAM, KRISTIEN, HINDU, BUDDHA, YAHUDI, golongan ATHEIS, golongan FILSAFAT (filosof), ahli SAINS, ahli FIRASAT dan sebagainya..kebanyakan dari mereka memperkatakan mengenai ILMU KETUHANAN tanpa mengetahui bahawa yang di perkatakan itu adalah ILMU ALLAH SWT! (cuma bezanya huraian saya lebih menjurus kepada Rahsia Budi Suci Sejati)

Mengambil contoh mengenai CAHAYA yang MENYELUBUNGI TUBUH MANUSIA, ianya di perkatakan dan di gambarkan secara luas oleh kesemua golongan di atas dengan menggunakan pelbagai kaedah dan hukum termasuk dari sudut sains biologi, sains fizik dan metematik...jadi rahsia Cahaya itu bukan lagi rahsia agung kerana telah menjadi pengetahuan umum, dari situ pelbagai cabang keilmuan yang lain tumbuh seperti cendawan, umpamanya ilmu Human Aura, Human Innergy, Human Dermathology, Human Magnetic Field, Human Internal Forces, Human Biology, Aromatherapy, Colour Therapy dan sebagainya di mana ASASnya berdasarkan pengetahuan mengenai CAHAYA YANG MENYELUBUNGI TUBUH MANUSIA..

Persoalannya di sini, adakah itu maseh di klasifikasikan sebagai RAHSIA lagi???, jawapannya adalah TIDAK kerana itu telah menjadi pengetahuan umum, jadi di manakah letaknya RAHSIA sebenar Rahsia Budi Suci Sejati???, adakah pada NAFAS???, itu juga terdapat dengan jelas di dalam Ilmu Usuluddin dan Ilmu Tassawuf!..,pada ASAL-USUL MANUSIA???, juga di terangkan dengan jelas di dalam AL-QURAN dan HADITH , jika semuanya bukan rahsia lagi , jadi apa yang di katakan RAHSIA yang terdapat di dalam RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dan apa yang anda semua sebenar-benarnya RAHSIAKAN???......bunyinya pelik dan mengelirukan bukan!!!

Ingin tahu jawapannya???, baca kembali dari post #1 hingga post #27 saya ini dan sebagai ahli Rahsia Budi Suci Sejati, anda cari dan selidiki Apakah yang berkenaan RBSS di dalam Blog RBSS yang setakat ini tidak saya rungkai, yang tidak saya sebut dan yang tidak mahu saya tulis mengenainya di dalam media internet ini...maka itulah rahsia-rahsia teragung Rahsia Budi Suci Sejati yang sebenar-benarnya....apakah itu...anda cari sendiri di dalam Blog ini.....

Sekian buat kali ini....Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

(Info removed by Professor BSS)

Tuesday January 1, 2008 - 02:43am (PST)


No comments: