Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI- Post #27

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI- Post #27

ANCAMAN ATAU DUGAAN

Sepertimana yang saya janjikan akan menghuraikan apakah bentuk "Ancaman atau Dugaan" yang akan kita tempuhi pada zaman ini.

Jika pada zaman dahulu, ancaman atau dugaan sering datang dari ancaman yang berbentuk penderaan fizikal seperti di pukul orang, pergaduhan sesama sendiri, pergaduhan di antara kaum, pergaduhan mengenai kehebatan sesuatu ilmu seseorang, serangan binatang buas ketika ke kebun ke ladang atau pun ke hutan dan sebagainya, bersesuaian dengan zaman tersebut.

Tetapi itu dahulu dan pada zaman ini ancaman-ancaman seperti itu samaada telah berkurangan atau tidak ada langsung di alami oleh para ahli RBSS, jadi bentuk ancaman atau dugaan jenis manakah yang telah di tukar bentuknya oleh ALLAH SWT terhadap kita ahli-ahli RBSS, kemungkinan perkara ini kurang di sadari oleh para ahli RBSS masa kini kerana ia menganggap sebagai "perkara biasa" di dalam hidup masa kini...Jika itu pendapat anda, anda telah tersilap membuat tafsiran.

Sebenarnya ancaman-ancaman atau dugaan-dugaan yang di hadapi adalah sama hebatnya dengan dugaan zaman dahulu, tetapi pada zaman dahulu musuh-musuhnya boleh di lihat dengan mata kasar dan sekarang tidak boleh di lihat...jadi apakah ia itu???...........

Yang pertama adalah dari ancaman KUASA WANG

Ramai di antara kita yang di belenggu oleh masaalah kewangan, samaada tidak ada wang atau tidak kecukupan wang untuk melunaskan keperluan hidup seharian pada zaman ini, celik mata sahaja kita memerlukan wang untuk sarapan pagi, makan tengahari, makan malam, duit tambang, duit minyak motor/kereta, duit sewa rumah, duit ansuran rumahmotor/kereta, duit yuran sekolah/persatuan, duit cukai kenderaan/pintu/pendapatan, duit nak bayar hutang, duit nak bagi sumbangan derma/zakat, duit nak pergi sana-sini, duit nak beli pakaian sendiri/anak-anak, duit untuk nafkah isteri/keluarga, duit untuk bertemu kekasih/ibubapa dan sebagainya yang memerlukan wang..

Kuasa Wang ini telah menjajah ke dalam setiap diri kita agar terus menerus bekerja keras dan membanting tulang untuk mendapatkannya, jika tidak cukup atau tidak dapat akan timbullah masaalah seperti penipuan, pembohongan, pencurian, perompakkan,pergaduhan, pembunuhan, perjudian dan pelacuran demi untuk mendapatkan wang..kita seolah-olah telah di programkan untuk sentiasa mengejar mencari wang dari celik mata sehingga menutup mata (tidor tuu) dan berkemungkinan sebahagian besar otak kita di muatkan dengan masaalah wang...

Ramai orang-orang sekarang yang terlalu "pressured " (tertekan) sehingga terjejas kesihatan "mental" mereka dan ada yang telah mencapai ke tahap hilang akal atau gila...orang-orang sebegini tergolong di dalam orang-orang yang tidak tahan dengan ancaman Kuasa Wang kerana tidak mampu untuk melawannya...Ini bukan masaalah pembangunan negara terhadap modenisasi tetapi ia lebih kepada kesan sampingan dari modenisasi tersebut dan mangsanya adalah kita...

Cuba anda fikir jika anda seorang pekerja kilang atau dari golongan buruh kasar, apa yang anda titik beratkan???...sudah tentu akan berfikir berapa gaji bulan ini yang aku dapat?, cukup ke tidak nak membayar semua keperluan rumah-tangga?, cukup tak duit sehingga ke hari gaji bulan hadapan?...begitulah jenis penghambaab pada zaman ini.

Begitu juga jika anda seorang peniaga atau seorang usahawan, apa yang anda fikirkan?...juga pasal wang, cukupkah sales bulan ini?, berapa buyers yang confirmed order?, berapa nak bayar overhead expenditures?, berapa duit tinggal dalam bank?, cukup ke sampai dapat next payment?...itu pula jenis-jenis masaalah bagi golongan ini...

Jadi apa yang cuba saya huraikan di sini ialah, pada zaman ini KUASA WANG telah menggantikan ancaman-ancaman atau dugaan-dugaan yang berbentuk penderaan fizikal kepada bentuk penderaan mental, jika di dalam penderaan fizikal Iblis memainkan peranan untuk menaikkan sifat-sifat kezaliman terhadap orang-orang yang bergaduh agar mereka berperang sehingga berbunuh-bunuhan tetapi di dalam penderaan mental ini pula Iblis bertindak menggalakkan kita supaya berbelanja lebih dari pendapatan yang ada, semoga kita mencari wang dan mendapatkannya dengan cara yang tidak halal atau berhutang keliling pinggang sehingga tergadai semua harta benda yang tinggal, di mana jika ada isteri/suami, si ister/suami meninggalkan kita, anak/isteri menjadi merana kerana tidak kecukupan keperluan makan minum dan tempat tinggal..

Yang menjadi buruh kasar atau golongan yang berpendapatan rendah akan mula mencari wang dengan mencuri barang-barang atau wang di tempat kerja, si peniaga atau usahawan akan mula menipu wang pelanggan dengan pelbagai helah dan semua itu kerana Kuasa Wang...jangan kita lihat ke luar sana, cukup dengan melihat kepada diri kita sendiri, adakah kita telah di belenggu dengan kuasa wang???

Jadi kita berbalik dan melihat Kuasa Wang ini dari kontek (sudut) RBSS, jika ianya dalam bentuk ancaman penderaan fizikal maka dengan mudah kita dapat mempertahankan diri menggunakan segala kemampuan dari jurusan-jurusan yang ada dan lazimnya kita akan selamat dan terhindar daripada sebarang kezaliman itu, tetapi bagaimana pula dengan ancaman-ancaman dari bentuk penderaan mental seperti kuasa wang, adakah pendekatan menghalangnya juga sama???....Ya jawapannya adalah SAMA!...

Bagaimana?


Kita ada memiliki 50 Jurusan, kita ada Istimewa dan kita ada Penutup!

Dalam berjurus kita minta di hindarkan dari menjadi HAMBA WANG tetapi minta menjadi TUAN KEPADA WANG

Dalam Istimewa kita gunakan Tenaga RBSS "mengesan" mana-mana "hasutan" Iblis/Jin an Syaitan supaya kita berbelanja lebih, kerana iblis/jin/syaitan ini suka berligar-ligar di pasar-pasar, pusat membeli belah, gerai-gerai makanan/pakaian dan tempat-tempat yang ada menjual sesuatu barangan atau perkhidmatan yang menggunakan wang...jika kita "terasa tertarik" terhadap ingin berbelanja terhadap sesuatu itu, kita harus cepat-cepat "lewatkan atau jeblakkan atau colokkan" iblis/jin/syaitan yang berada di situ, jika tepat dan berkesan perasaan "ingin" membeli itu kurang atau tiada, jika maseh ada juga ini bermakna "Nafsu Kita Sendiri" pula yang perlu kita "Tindakkan" sehinggalah kita mengatasinya..

Dalam Penutup pula kita gunakan sewaktu "mengisi pokok badan" untuk menutup semua atau segala pintu masuk hasutan iblis/jin/syaitan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dengan kalimah untuk Penutup yang sedia ada, jika ini dapat di jiwai dan di lakukan pada setiap hari, maka ancaman-ancaman yang berbentuk penderaan mental melalui KUASA WANG yang di jenterai oleh iblis/jin/syaitan tidak berkesan terhadap diri kita, kita akan merasa tenang di dalam menangani masaalah kewangan, kita tidak tergopoh gapah jika kekurangan wang, kehilangan wang, kita akan mudah mendapat jalan keluar dengan cara yang bersih dan halal, dan kita sering mendapat petunjuk-petunjuk dari ALLAH SWT tentang bagaimana untuk mendapatkan wang dengan cara yang di redhainya...dan hidup kita sentiasa di berkahi olehNya...

Sebenarnya sesuatu Niat/Hajat atau NAFSU untuk MARAH bila hendak bergaduh atau untuk BERBELANJA LEBIH dari sepatutnya adalah datangnya dari sumberAPI iaitu salah satu elemen kejadian manusia itu sendiri, oleh kerana ianya berunsurkan API maka API jugalah sahabat baiknya (iblis/jin) dan di situlah iblis/jin mengambil kesempatan untuk bekerja menjahanamkan mahluk manusia...jadi bagi yang telah mengetahui Rahsia Budi Suci Sejati gunakan apa yang ada bagi melindungi diri dari ancaman-ancaman sebegini rupa.

Di dalam post-post yang lalu telah banyak saya memperkatakan bahawa untuk melawan IBLIS/JIN-SYAITAN kita perlu menggunakan KEBIJAKSANAAN yang di kurniakan oleh ALLAH SWT sebagai Mahluk Manusia yang di cipta penuh dengan pelbagai ILMU, kita tidak boleh melawan iblis/jin/syaitan dengan kekuatan tenaga sahaja kerana kita akan kalah kepada mereka, iblis di cipta sebagai mahluk yang bijak, jadi kita harus melawan dengan kebijaksanaan yang kita miliki dari segala Ilmu yang ada kerana iblis tidak begitu berilmu berbanding dengan manusia...

Begitulah serba sedikit mengenai ANCAMAN atau DUGAAN di zaman ini yang harus kita pelajari bagaimana untuk menanganinya, sesuatu ilmu pengetahuan itu tidak datang bulat-bulat kepada kita begitu sahaja, mesti ada sedikit usaha mencari dan mendapatkannya melalui cara BERFIKIR dan MENGKAJI segala ILMU-ILMU KETUHANAN yang ada....

Wassallam!
Professor BSS (
professor_bss@yahoo.com)

Friday December 28, 2007 - 03:15pm (PST)

No comments: