Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #26

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #26

HURAIAN MENGENAI SESUATU "BENDA" DI DALAM PENGAMBILAN PERINGKAT-PERINGKAT RBSS.

Post #26 ini khusus untuk menerangkan MAKNA atau SIMBOLIK sesuatu "Benda atau Alat" yang terdapat di dalam pengambilan sesuatu peringkat RBSS. Ini adalah kerana terdapat soalan-soalan yang sedemikian yang kurang di fahami oleh segelintir ahli-ahli RBSS.

DUIT SATU SEN.

Pada pengambilan Peringkat Pengisian Pertama dan Peringkat Penutup, setiap ahli baharu di kehendaki membayar "Wang Hadiah" sebanyak $21-01, dan wang 1 sen tersebut mestilah dari "TEMBAGA", (duit 1 sen sekarang bukan dari jenis tembaga lagi - boleh berkarat)

Duit 1 sen tembaga itu di gunakan untuk menutup sembilan (9) rongga pada tubuh kita seperti Mata, Hidung, Mulut, Telinga, Pusat, Kemaluan Depan, Kemaluan Belakang, 10 Jari Tangan dan 10 Jari Kaki sebagai "kesimbolikkan" menutup rongga tersebut dari di masuki oleh jin dan syaitan. (rongga tersebut sememangnya tempat-tempat yang jin/syaitan boleh masuk ke dalam tubuh manusia - semak pada post yang lalu)

Setiap ahli baharu di beri nasihat agar menggunakan duit 1 sen tembaga tersebut semasa waktu-waktu kecemasan seperti untuk "mengubat orang", menghindar gangguan jin/syaitan pada bayi dan kanak-kanak dan yang sebagainya...itu cuma panduan kepada ahli-ahli yang belum "MERASOL" sahaja.

SEBABNYA?.

Ahli yang belum Merasol maseh belum boleh menggunakan "TINDAKKAN", dan sewaktu di dalam kecemasan (jika power mereka lemah) mereka juga di lindungi oleh "TENAGA BUDI" yang SAMA-SAMA di isi bersama kita, seumpama komputer duit 1 sen tembaga itu "Back-Up File" kita di dalam Thumb Drive!..atau Spare Battery!


Menggunakan duit 1 sen tembaga merupakan suatu cabang Ilmu yang di gunakan oleh para Nabi-Nabi di zaman dahulu yang menggunakan TEMBAGA di dalam Perubatan untuk menghindarkan atau untuk mengubat sesorang manusia yang di ganggu oleh para jin dan syaitan dan cara tersebut di guna pakai sehingga ke hari ini kerana keberkesananya. Di mana ada jenis perubatan kuno (dari China/Jepun/Korea/Swedish dan juga Nusantara) menggunakan duit tembaga atau kepingan tembaga sebagai alat mengurut tubuh manusia bagi mengeluarkan "angin-angin dan toxic"

Dari segi Scientific, tembaga mempunyai nilai-nilai "inner energy" (tenaga dalaman) ada nilai-nilai perubatan yang boleh di manfaatkan kepada tubuh manusia selain daripada Perak dan Emas, tembaga/perak/emas juga terbukti sebagai "the best electricity conductor" (penyalur arus letrik terbaik)

AKAN TETAPI semua ahli-ahli RBSS di peringatkan bahawa JANGAN TAKSUB pada duit 1 sen tembaga tersebut sehingga KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN anda yang duit 1 sen itu mempunyai KUASA untuk berbuat sesuatu!, di ingatkan sekali lagi bahawa KUASA atau POWER di dalam duit 1 sen itu merupakan Kuasa dan Power RBSS yang sama-sama DI ISI bersama-sama kita, oleh kerana duit 1 sen itu dari tembaga maka Kuasa atau Power RBSS akan melekat di dalamnya buat selama-lamanya (termasuk logam dari jenis Besi/Tembaga/Perak/Emas)

Jadi penggunaan duit 1 sen tembaga adalah sebagai penggunaan sementara sahaja (back-up) dan apabila anda telah mempelajari kesemua Jurusan dan sudah boleh menguasainya, duit 1 sen itu hanya tinggal sebagai Simbolik sahaja..Ada juga ahli-ahli yang Taksub atau Fanatik tidak tahu hujung pangkal, menggunakan duit 1 sen itu sebagai "TANGKAL atau AZIMAT" dan di buatkan rantai dan di pakai di leher, tangan atau kaki..jika tabiat ini di teruskan maka anda telah terpesong dari TUJUAN ASAL RBSS yang tidak Meminta Apa-Apa Pertolongan Selain dari ALLAH SWT.

Memang benar duit 1 sen itu mempunyai nilai-nilai perubatan di tambah lagi ia telah di isi dengan tenaga RBSS tetapi kita harus mengerti apakah Tujuan Sebenar RBSS, pada dasarnya duit 1 sen itu hanya di gunakan untuk menutup rongga-rongga yang terbuka kepada jin dan syaitan sewaktu upacara Mandi, bukan sebagai alat untuk kita hendak jadi Bomoh!. Perkara atau perbuatan menggunakan duit 1 sen sebagai Tangkal atau Azimat juga boleh memesong dan menyerongkan pandangan orang ramai terhadap RBSS, mereka mesti tertanya-tanya kenapa kita menggunakan sesuatu alat bagi melindungi diri atau untuk melindungi orang lain, dari sudut Syarak juga tidak di perbolehkan kerana ianya memesongkan Akidah KeIslaman kita sebagai Umat ISLAM. Jadi lebih baik duit 1 sen itu di simpan sahaja sebagai "Koleksi"...

Seruan saya kepada Tenaga-Tenaga Pengajar yang bertugas sewaktu menerangkan penggunaan duit 1 sen ini kepada para ahli baharu, JANGAN TANAMKAN KEPERCAYAAN KEPADA AHLI BAHARU BAHAWA DUIT 1 SEN ITU BERTINDAK SEBAGAI PELINDUNG ATAU PENJAGA KITA ATAU SEBAGAI ALAT UNTUK MENGUBAT ORANG LAIN...gunakan pendekatan lain bagi menerangkan kegunaannya, di sebabkan penerangan dari andalah ahli-ahli bahru akan tertanam dengan kepercayaan yang salah itu sehingga bila-bila....


Begitu juga halnya dengan benda-benda atau alat yang terdapat di dalam upacara Merasol seperti 1) Pisau 2) Cermin 3) Minyak, kerana benda-benda tersebut merupakan satu simbolik kepada tujuan sebenarnya.

1) PISAU

Sebagai Simbolik bahawa jika Pisau tidak di asah maka ia akan berkarat lalu tumpul...ini untuk menggambarkan bahawa jika kita sebagai ahli RBSS tidak BerJurus atau melakukan aktiviti berjurus secara "regular", maka tenaga atau power kita akan berkurangan atau tumpul..itulah peringatan yang tersembunyi.

2) CERMIN

Juga sebagai Simbolik bahawa ianya akan membalikkan gambar (figure) kepada apa yang di hadapannya, itu membawa maksud kita harus sentiasa cerminkan (atau melihat) diri sendiri bagi melihat apakah kekurangan-kekurangan dan keburukan-keburukan yang maseh wujud di dalam diri kita, lalu berusaha untuk membetulkan dan membersihkannya supaya kita menjadi seorang manusia yang BUDIMAN (BerBudi dan BerIman) menurut kontek RBSS. (sila rujuk kepada post yang menyentuh Warna RBSS)

3) MINYAK (minyak hijau kelapa muda)

Minyak hijau kelapa muda ini juga adalah Simbolik kepada Kelembutan, minyak bersifat lembut dan licin dan minyak dari jenis ini sering di gunakan sebagai alat dandanan untuk wajah dan rambut oleh orang-orang dahulu kala, jadi maksud minyak ini juga menjurus kepada gesaan agar kita sebagai ahli RBSS sentiasa menjaga keterampilan diri lahir dan bathin dan jangan menunjukkan sifat-sifat yang kurang baik terhadap orang lain atau masyarakat sekeliling, di mana ianya berjalan seiring dengan makna CERMIN...

Oleh yang demikian, penggunaan ketiga-tiga (3) alat tersebut menggesa para ahli RBSS agar sentiasa menjaga diri dari sesuatu sifat-sifat yang terkeji dan berusaha terus menerus untuk membersihkan atau menghindarkannya dari dalam diri kita, jika itu dapat di lakukan oleh para ahli RBSS, maka anda akan beroleh suatu sifat yang sangat Suci dan Mulia di mana akan tiada sifat-sifat iri hati, dengki khianat, tamak haloba, gila kuasa, gila pangkat, kedekut harta, kedekut wang ringgit, kedekut ilmu, bersifat syak wasangka yang buruk-buruk terhadap orang lain, sombong, bongkak, megah diri, riak dan takbur... Inilah yang maseh wujud di dalam segelintir ahli-ahli apabila tidak benar-benar menjiwai apakah itu di katakan RAHSIA BUDI SUCI SEJATI.....(tepuk dada tanya selera)

Begitulah serba sedikit huraian yang boleh di pelajari mengenai alat-alat atau benda-benda di dalam pengambilan sesuatu peringkat RBSS, semoga anda mempelajari sesuatu mengenainya.

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

No comments: