Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #25

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #25

ILMU KETUHANAN

Selamat bertemu kembali kepada anda yang mengikuti dengan serius Blog RBSS ini, jadi sebelum kita pergi ke topik-topik yang lebih serius saya ingin kembali kepada kontek ILMU KETUHANAN.

SOALAN:

MENGAPA KITA PERLU TAHU ILMU-ILMU KETUHANAN DI DALAM MEMPELAJARI RAHSIA BUDI SUCI SEJATI?.....

JAWAPAN:

1)

Jika kita mempelajari Rahsia Budi Suci Sejati hanya dengan mempelajari asas-asasnya pokok pelajaran seperti Prinsip, Tujuan, Pantang dan Warna sahaja, kita akan tidak dapat menembusi lebih banyak lagi dinding-dinding rahsia yang tersembunyi di dalamnya, jika kita belajar dengan cara itu, maka kita tidak lebih dari orang-orang kebanyakan atau umum...Tetapi jika kita mempelajarinya dengan secara sistematik dan berterusan sehingga dapat menembusi dinding-dinding yang menghijab rahsia-rahsia TUHAN itu, maka kita akan jadi orang yang lebih berILMU dan berbeza dengan orang-orang kebanyakan (umum)

2)

Ramai ahli-ahli RBSS yang menganggap bahawa segala mata pelajaran mengenai Ilmu-Ilmu Tuhan itu tidak terdapat di dalam intipati pelajaran RBSS, ini adalah suatu pendapat yang salah (saya telah perkatakan di dalam post yang terdahulu), samaada kita suka ataupun tidak, segala ILMU KETUHANAN itu WUJUD di dalam RAHSIA BUDI SUCI SEJATI...SEBABNYA???..RBSS berasal atau bermula dari Kalimah LAILAHAILLALLAH!!!, jadi apakah pengertian Kalimah tersebut?, ia menjurus kepada TUHAN YANG MAHA ESA, TUHAN YANG MAHA AGUNG, TUHAN YANG MAHA BESAR, TUHAN YANG MAHA BIJAKSANA , TUHAN YANG MAHA PENCIPTA, TUHAN YANG MENJADIKAN SEKELIAN ALAM DAN SEGALA MAHLUK-MAHLUKNYA dan banyak lagi seperti itu...

Belajar Ilmu Agama ISLAM ADALAH CUMA SEBAHAGIAN DARI ILMU-ILMU KETUHANAN, di mana ISLAM itu MEMANDU kita kejalan yang diRedhai oleh ALLAH SWT, di mana ISLAM itu berbentuk PANDUAN HIDUP BERMASYARAKAT sesama Mahluk-Mahluk yang di wujudkan dan PANDUAN UNTUK MENYEMBAH TUHAN YANG MAHA ESA.

Sedangkan lain-lain jenis KeIlmuan seperti Ilmu Kedoktoran, ilmu membina bangunan, ilmu membina kenderaan udara, laut dan darat, Ilmu bertani, ilmu menternak binatang, Ilmu menangkap ikan di sungai dan lautan, Ilmu perundangan syariah dan sivil, ilmu kehakiman syariah dan sivil, ilmu ekonomi, ilmu perniagaan, ilmu pengurusan dan pentadbiran, ilmu IT dan kejuruteraan itu tidak di sebut ILMU ISLAM???, tetapi telah ALLAH SWT sebut dan terangkan di dalam AL-QURAN?, dan masyarakat dunia tidak ISLAMkan ilmu-ilmu tersebut!!!, soalnya kenapa???...sebabynya kerana semuanya itu BERADA DI DALAM ILMU KETUHANAN!!!, termasuk dengan RHASIA BUDI SUCI SEJATI....

3)

Mengenai mengapa saya banyak menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan ILMU KETUHANAN di dalam saya menghuraikan Rahsia Budi Suci Sejati ini KERANA itu ADALAH TUNTUTAN DI DALAM RBSS ITU SENDIRI, hanya guru-guru yang terdahulu tidak menitikberatkan perkara itu supaya ianya tidak bercanggah dengan pengembangan Agama ISLAM itu sendiri, tetapi sebagai seorang Mahluk Manusia yang di kurniakan AKAL, maka kita harus faham apakah tuntutan di dalam RBSS seperti mana kita faham apakah tuntutan ISLAM.

Guru-guru juga tidak mahu bercakap mengenai Ilmu-Ilmu Ketuhanan semasa mengajar RBSS juga bersebabkan institusi-institusi yang mengajar ISLAM sudah wujud, sudah terpelihara, sudah mantap dan terdapat di mana-mana..Kita hanya perlu mempelajari hubung-kaitnya di mana itu Ilmu Agama tuntutan ISLAM dengan ILMU KETUHANAN yang kita miliki di dalam RBSS...itu sahaja!...

Oleh kerana penulisan Blog RBSS ini berbentuk "Additional and Alternative Informations Guide" maka saya mengenengahkan persoalan-persoalan yang tidak di sentuh oleh para guru-guru RBSS, dan saya bertindak sebagai "penyuluh dan jembatan" terhadap usaha mencapai matlamat mempelajari RBSS ini ke tahap atau taraf MAKRIFAH!, ini bukan untuk saya seorang sahaja tetapi untuk orang-orang yang ingin mengetahuinya.

4)

Di dalam peradapan "Menuntut dan Mengkaji" , kita mesti perlu tahu apakah syarat-syarat dan peraturannya, pertama di dalam menuntut sesuatu maklumat atau ilmu itu, kita di benarkan mengambil segala maklumat yang ada, di tulis dan di daftar sebagai maklumat untuk di kaji, selepas itu kita perlu kaji-siasat sesuatu maklumat itu menurut jenis maklumat yang di perolehi, kata orang "kalau nak beli roti jangan pergi ke kedai emas!" dan begitulah selanjutnya..Jika terdapat maklumat yang salah atau tidak tepat, kita buat ia sebagai garis pandu untuk mancari maklumat yang lebih tepat di masa hadapan.

Ini tertakluk kepada segala penulisan yang saya tulis, anda sebagai penuntut dan pengkaji tertakluk kepada peradapan di atas, bukan untuk mancari silap saya lalu memperbesarkan isu-isu tersebut, jika saya tersilap mengenai sesuatu, anda wajib memberitahu saya duduk perkara yang sebenar, kerana tidak semua manusia itu akan dapat mengetahui semua perkara di dalam satu masa!, dan setiap manusia itu akan "melihat" sesuatu dari sudut yang berbeza dan menerima "anugerah" yang berlainan dari ALLAH SWT....

Di harapkan penjelasan seumpama ini akan lebih memantapkan lagi cara pembelajaran anda mengenai RBSS ini, dan anda sudah boleh mengerti dan membezakan yang mana satu Agama ISLAM, yang mana satu ILMU KETUHANAN dan yang mana satu RAHSIA BUDI SUCI SEJATI!!!!....

Semoga ALLAH SWT memberkati segala usaha anda untuk memahami ILMU-ILMU NYA....

Wassallam.

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

No comments: