Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #24

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #24

INFO KHAS #3 - KEPUTUSAN

Sesungguhnya Tuhan itu Amat Mengasehi dan beserta dengan orang-orang bersabar, oleh kerana keputusan dari UNDIAN ( 100-0) mengenai samaada untuk menghentikan atau meneruskan penulisan Blog Rahsia Budi Suci Sejati saya dapati lebih awal dengan keputusan undian yang memihak agar Blog RBSS ini di teruskan dan di lanjutkan.

Apakah iktibar di sebalik keputusan tersebut?, bagi saya ini adalah satu pertanda bahawa maseh ramai lagi ahli-ahli RBSS yang bersikap berkecuali mahukan Blog RBSS ini di tulis, di rungkai dan membuka banyak lagi rahsia-rahsia "common" (biasa) menerusi Media Internet ini.

Bagi saya ini adalah satu cabaran untuk mengemukakan lebih banyak Alternative Informations sebagai Pencetus Minda di dalam usaha memahami apakah perkara-perkara yang tersirat di dalam Rahsia Budi Suci Sejati. Kepada "Otai-Otai" yang sudah, yang telah dan yang "menjadi" RBSS mereka, jika terbaca Blog RBSS ini janganlah merasa kecil hati, rasa tercabar atau pun iri hati, mungkin anda tidak perlukan segala maklumat yang saya ketengahkan di dalam Blog RBSS ini, tetapi kepada generasi-generasi pada hari ini tersangat memerlukan segala maklumat tersebut.

Saya faham perasaan sebilangan "Otai-Otai" yang kurang selesa dengan pendekatan yang saya gunakan untuk menyebarkan maklumat-maklumat RBSS melalui cara ini, saya maklum pada zaman dahulu segala maklumat adalah RAHSIA dan DI RAHSIAKAN sehingga ramai ahli-ahli yang baharu belajar pada waktu itu (termasuk saya) amat sukar untuk mendapatkan maklumat-maklumat rahsia tersebut, walaupun maklumat itu tidak berbentuk rahsia dan akibatnya di zaman era tahun 70an hingga tahun 80an ramai ahli yang kecundang di tengah jalan kerana tidak mendapat pengajaran yang seharusnya.


Sikap terlalu "merahsiakan maklumat" amat di kesali sekali, ya memang benar kebanyakkan maklumat mengenai RBSS adalah SULIT & RAHSIA tetapi soalnya "banyak itu berapa banyak?", masaalah ini timbul kerana tidak ada garis pandu tertentu dari pihak guru-guru yang terdahulu dan kerana itu ramai yang menganggap sesuatu maklumat yang di terima dari guru adalah "rahsia" dan tidak boleh di beritahu kepada orang lain termasuk para ahli!

Saya secara peribadi telah merasakan keperitan untuk belajar dan menuntut segala maklumat-maklumat rahsia tersebut di era tersebut, perkataan yang paling "common" dari "Otai-Otai" atau Guru-Guru adalah "Awak kaji sendiri - lepas itu beritahu saya", pernah di dalam hati saya berkata-kata "kalau aku kaji sendiri, dapat jawapannya buat apa aku hendak beritahu mereka (otai-otai)", kecuali kepada guru-guru untuk membuat kepastian.

Dari situ saya menyimpan azam untuk tidak memiliki sikap yang sama seperti ahli-ahli di zaman dahulu yang suka merahsiakan maklumat, dan pada tahun ke 2 (1979) mempelajari RBSS saya telah mewujudkan kumpulan saya sendiri yang terdiri dari orang-orang baharu, dari situ saya belajar sambil mengajar sehingga ke tahun 1989, apabila saya terpaksa memenuhi keperluan lain seperti mengukuhkan taraf ekonomi, pekerjaan. Walaupun kumpulan di pecahkan tetapi perhubungan di antara kami tetap erat dan akrab sehingga ke hari ini..

Dan kumpulan orang-orang baharu untuk belajar RBSS pada ketika itu saya ambil dari orang-orang yang berlainan pegangan dan kefahaman Agama, tetapi kebanyakannya amat sedikit yang memahami apa itu ISLAM (jenis gonjol-gonjol) kemudian saya terapkan pengajaran yang sama di dalam diri mereka, hasilnya selepas 3 tahun ahli-ahli ini berubah "wajah" dari jenis orang yang "tak ada pantang larang" kepada manusia yang Budiman (Orang yang BerBudi & BerIman - bukan makna Warak), itulah kehebatan RBSS!.

Bagaimana saya lakukan? (ini sebagai contoh - bukan bermegah-megah), jadual waktu belajar amat ketat saya berikan kepada mereka, bermula dari tahun 1979 - 1989 pada setiap hari Khamis di adalah pembelajaran berbentuk "Theory" di dalam Kelas (pada waktu itu tidak ada kelas-kelas), setiap minggu akan di terangkan tajuk-tajuk tertentu menurut susunan yang berhubung-kait dengan RBSS, pada hari Sabtu di adakan sesi "Practical" di gelanggang, dan di sinilah tempatnya mereka di ajar berjurus, membetulkan jurusan, pernafasan, makrifat, isi pokok badan, termasuk latihan-latihan menggunakan tindakkan dan ulang-kaji selidik dari sesi Theory kepada Practical. Pada setiap penggal pelajaran di adakan Peperiksaan secara Bertulis dan Lisan dan mereka perlu lulus pada setiap peperiksaan (waktu itu juga tidak pernah ada peperiksaan bertulis). Begitulah kepayahan para ahli yang belajar dari saya pada waktu itu tetapi mereka di berikan segala maklumat-maklumat yang perlu mereka ketahui pada setiap peringkat.

Kerana kesungguhan saya belajar dan mengajar, pada 1981 saya dapat melengkapi rumusan mengenai segala rahsia RBSS melalui bantuan "seorang otai" yang tidak di kenali ramai (very low profile) tetapi ia memiliki dan mengetahui banyak "maklumat rahsia-rahsia pokok" mengenai RBSS (dia juga Wakil Guru Bertauliah - tetapi tidak mengajar murid) di mana rupa-rupanya dia memang megikuti perkembangan saya dari awal lagi, melalui "rahsia-rahsia pokok" itu saya dapat dengan mudah merungkai rahsia-rahsia yang lain sehingga ke hari ini.


Sebagai cara untuk mempastikan apa yang saya ketahui itu betul atau pun salah, pada tahun 1983 sewaktu saya berumur 23 tahun, saya telah bersemuka dengan pihak jemaah guru (tidak perlu saya sebutkan nama beliau) untuk menerangkan duduk perkara, tetapi saya di halau dan cap sebagai menyeleweng (Hj Hashim telah tiada pada waktu itu), tetapi berkat ehsan Arwah Ibu (Hj Siti Rawiyyah Binte Samen) saya di beri peluang untuk mengemukakan apa yang saya ketahui dengan di perintahkan supaya menulis apa yang saya tahu mengenai RBSS ini, saya mengambil masa 4 bulan untuk menulis segala fakta tanpa henti dan saya kemukakan pada jemaah guru, 4 bulan kemudian saya di beritahu bahawa apa yang saya ketahui itu adalah selari dengan apa yang terdapat di dalam RBSS. Oleh kerana saya dapat "memecahkan rahsia" RBSS pada usia 23 tahun maka peluang saya untuk di ijazahkan sebagai "Wakil Guru" pada tahun itu (1983) di tangguh oleh jemaah guru atas alasan terlalu muda, tetapi dari tahun tersebut saya di beri "License" untuk mengajar "ahli saya" mengikut corak didikan saya pada ketika itu oleh Arwah Ibu...

Begitulah serba sedikit permulaan saya mempelajari dan memperjuangkan Rahsia Budi Suci Sejati ini sehingga ke hari ini, ada banyak lagi perkara-perkara atau peristiwa-peristiwa sukar yang tidak dapat saya ceritakan di dalam memperjuangkan RBSS (kerana tidak mahu ramai akan berkecil hati kelak), walaupun saya tidak sehebat rekod "otai-otai" yang seangkatan dengan zaman saya (kerana saya tak ada gerak) di dalam "ilmu tempur" melalui permainan gerak, tetapi saya di anugerahi dengan segala keistimewaan-keistimewaan lain, yang orang lain tidak miliki secara umum! Itulah kelebihannya tidak ada gerak dan bukan jadi satu kekurangan!....

Kepada ahli-ahli baharu yang ada pada zaman ini, saya mengharapkan agar dapat lebih memanfaatkan RBSS ini dengan cara yang lebih efektif lagi, kerana zaman telah berubah, ancaman musuh dari pergolakkan perkauman telah kurang, samseng-samseng jalanan juga kurang, taiko-taiko juga sudah ramai yang pencen, ahli-ahli kebathinan dan kumpulan-kumpulan silat zaman ini juga sudah lebih berdisiplin jika di bandingkan dengan zaman dahulu, jadi cabaran dalam bentuk ancaman Physical sudah kurang atau tiada, yang ada adalah dalam bentuk ancaman yang lain...apakah bentuk ancaman yang lain itu???, tunggu di dalam post-post seterusnya, akan cuba saya rungkaikan untuk pengetahuan anda semua.....

Terima kaseh kerana setia pada Blog RBSS ini!

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

No comments: