Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #23

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #23

INFO KHAS #2 (PENEKANAN & PENEGASAN)

Salam sejahtera kepada semua pembaca Blog RAHSIA BUDI SUCI SEJATI (RBSS) oleh Professor BSS, semoga penekanan dan penjelasan kali yang ke #2 ini (penambahan dari INFO KHAS di post yang lalu) akan menampakkan lagi TUJUAN BLOG RBSS di sebarkan melalui Media Internet. Walupun berkali-kali saya tegaskan di dalam post-post yang lalu, tetapi maseh ada lagi yang tidak memahami maksud sebenar yang saya maksudkan, oleh yang demikian say a sekali lagi menjelaskannya demi kebaikan semua pihak.

Pada kali ini saya ingin sekali lagi menjelaskan bahawa TUJUAN UTAMA Blog RBSS ini adalah:-

1. Sebagai Addtional and Alternative Information Resources (sumber maklumat pilihan dan sebagai maklumat tambahan)

2. Juga sebagai Brainstorming (Pencetus Minda) mengenai RBSS dari perspective (sudut) yang berlainan.

3. Untuk menyampaikan maklumat-maklumat (information's release) mengenai RBSS kepada seramai ahli-ahli RBSS yang boleh tidak mengira dari mana mereka mempelajarinya atau siapakah guru-guru mereka.

4. Cuba memberikan landasan yang harus di ikuti berdasarkan keilmuan dari sudut RBSS yang saya lihat terlalu "longgar" pada ahli-ahli hari ini.

5. Bukan bertujuan memecah-belahkan fahaman atau keyakinan para ahli RBSS

6. Bukan bertujuan untuk menunjuk pandai menghuraikan RBSS.

7. Bukan bertujuan untuk mengambil-alih tugas-tugas guru-guru RBSS atau mana-mana persatuan RBSS.

8. Bukan untuk bertelagah pendapat dengan mana-mana ahli RBSS walau di mana juga mereka berasal.

9. Bukan kerana berani menggunakan Media Internet untuk mengenengahkan RBSS tetapi rasa TERPANGGIL untuk membantu seramai yang mungkin KEMBALI kepada DASAR RBSS jika segala maklumat-maklumat penting tidak sampai kepada mereka.

Saya berterima kaseh kepada penghantar "comment" dari nickname "gila-batu" (thank you very much for your kind comments - i'll take note of that!) yang meminta saya mengupas sesuatu dengan bersumberkan Ayat-Ayat dari AL-QURAN dengan menulis Ayat-Ayat dan nombor Surah-Surahnya dengan tepat agar memudahkan para pembaca merujuk kepada Ayat-Ayat tersebut!, terima kaseh kepada saudara "gila-batu" di atas nasihat tersebut.

Saya ingin tegaskan dan membuat penjelasan di sini bahawa saya sengaja tidak menuliskan Shurah-Shurah dan Ayat-Ayat dari AL-QURAN bagi merujuk sesuatu perkara mengenai RBSS, tetapi hanya merujuk kepada sesuatu Shurah tanpa Ayat keberapa harus di tuju, dan kadang kala hanya meminta anda semua "cari sendiri",...

Persoalannya kenapa saya berbuat begitu???....

Pertama:-

· Saya suka atau pun tidak, perihal Rahsia Budi Suci Sejati tidak boleh di campur-adukkan dengan Agama ISLAM, di mana jika ingin berkata sesuatu mengenai ISLAM maka kita di kehendaki mengemukakan sesuatu itu dengan jelas melalui Shurah-Shurah dan Ayat-Ayatnya sekali, seperti yang di lakukan oleh golongan ULAMA dan ISLAM tertakluk kepada Tiga (3) Ilmu Pokok iaitu TAUHID (Usuluddin), FIQAH (Hukum) dan TASSAWUF (Suffah/Suffi)

· Walaupun RBSS ada di dalam ISLAM dan ISLAM wujud di dalam RBSS tetapi ia adalah dua (2) perbendaharaan yang berbeza (sering saya rujuk di dalam post-post yang lalu) dan untuk mempelajarinya kita harus menggunakan masa yang berbeza seperti ingin memakan nasi dan ingin meminum air, kita kena pilih yang mana satu harus di masukkan ke dalam mulut terlebih dahulu, tidak boleh serentak!

· Saya sebagai penulis Blog RBSS memilih penulisan yang berbentuk "Secular" yang boleh agar penulisan saya tersebut tidak terlalu condong atau cenderung kepada bentuk keAgamaan, kerana RBSS tertakluk kepada Ilmu Ketuhanan di mana Ilmu Ketuhanan tidak tertakluk kepada bentuk keAgamaan sahaja di mana ianya merangkum segala-gala jenis ilmu yang di cipta oleh Tuhan Yang Maha Pencipta Segalanya.

· Setiap rujukan kepada sesuatu Shurah yang saya lakukan itu hanya sebagai "garis-pandu kasar" kepada umum dan saya mengharapkan pembaca umum untuk mencari dan belajar mencari apa yang saya maksudkan bukan dengan niat untuk menyusahkan tetapi ianya berbalik kepada tujuan Blog RBSS ini di tulis sebagai "pencetus minda" (brainstorms) dan juga saya beranggapan pembaca umum maseh punya guru-guru untuk merujuk dan berpengetahuan mengenai keAgamaan lebih baik daripada saya.

Kedua:-

· Saya bukannya datang dari golongan yang berpendidikan Ukhrawi atau sarjana dari mana-mana Universiti ISLAM, saya asalnya dari orang-orang biasa yang mulanya hanya setakat "cukup-cukup makan" mengenai pengtetahuan ISLAM dan melalui RBSS saya dapat mempelajari dan memahami kedua-duanya melalui pelbagai usaha.

· Oleh kerana saya bukan dari golongan Ilmu Fiqeh (Hukum) atau dari golongan Mutakallimin (golongan filsafat) jadi saya tidak layak untuk bercakap mengenainya secara "detail" seperti yang di sarankan oleh saudara "gila-batu", jadi jika ada ahli yang ingin tahu perkara-perkara tersebut maka mereka terpaksa merujuk kepada Ilmuan ISLAM tersebut.

· Ada pun RBSS ini adalah tergolong juga di dalam Ilmu Makrifat di mana sebahagian besar dari intipati-intipati keilmuannya berbentuk Ilhamiah atau mengetahui ilmu ketuhanan itu bukan semata-mata dengan penyelidikan akal fikiran tetapi dengan limpah kurnia dari Tuhan yang terpancar di dalam "mata hati" lalu kita merasakannya, dan ini adalah sesuatu yang sangat "subjective".

· Bentuk penulisan saya yang sangat cenderung kepada mengajak pembaca agar membuat "kaji-selidik" sendiri dengan di berikan "tips-tips" tertentu, adalah kerana dari diri saya sendiri yang terbentuk di dalam mempelajari RBSS, di mana sewaktu saya mula-mula belajar dahulu, boleh di katakan tidak ada ahli-ahli senior atau guru-guru yang sanggup menjawap soalan-soalan saya, rata-rata jawapan yang saya terima adalah "kaji sendiri lepas itu beritahu saya", di sebabkan perkara tersebut saya mengambil keputusan untuk membuat kaji-selidik sendiri melalui pelbagai sumber dan pelbagai kaedah di dalam proses mencari jawapan-jawapan dari soalan-soalan saya sendiri, (di mana saya ada 5 orang ahli di dalam "hardcore researche group" sehingga ke hari ini"), jika saya telah mendapat atau bertemu dengan jawapan-jawapannya, saya rujuk kepada guru-guru RBSS dan para Ilmuan ISLAM, dan jika mereka kata betul dan benar maka saya simpan dan merekodkan maklumat tersebut dan jika mereka kata salah maka saya ketepikan sebagai panduan di hari muka.

· Bagi pendapat saya, adalah lebih baik "writing style" (gaya penulisan) saya ini di kekalkan kerana melalui "general feedback" (maklumbalas umum) amat menyenanginya, mereka mudah memahaminya dan faham kenapa saya berbuat begitu. (maaf banyak-banyak kepada saudara "gila-batu - tetapi saya alu-alukan komen-komen seterusnya dari anda sebagai "guidance" penulisan blog RBSS ini)

Begitulah di antara dua sebab utama mengapa saya berbuat begitu, sebenarnya saya faham di dalam keramaian ahli RBSS ada banyak golongan dan fahaman keAgamaan mereka, dan saya faham kehendak-kehendak semua golongan tersebut, tetapi saya cuba pastikan bahawa saya tidak terlalu condong ke mana-mana golongan (sila rujuk kembali post yang berkenaan dengan golongan keAgamaan - terima kaseh)

Saya juga ingin menyentuh perkara yang berkenaan dengan beberapa soalan yang di ajukan terus melalui email saya (professor_bss@yahoo.com) di mana ada soalan-soalan yang di ajukan menunjukkan ada yang langsung belum mengetahui atau belum memahami perkara-perkara ASAS di dalam pelajaran RBSS ini seperti apa itu jurusan, apa itu makna-makna di dalam setiap upacara pengambilan peringkat RBSS dan perkara-perkara asas yang lain, ini menunjukkan kekhuatiran saya mengenai perkembangan RBSS di muka Bumi terutamaya di Negara-Negara Nusantara ini berasas, dan menunjukkan dengan jelas penyampaian info -info kepada para ahli-ahli RBSS tidak berjalan seperti yang seharusnya. (telah di perkatakan di dalam post Mukadimah)

Kerana sebab-sebab itulah Blog Rahsia Budi Suci Sejati ini di wujudkan tetapi malangnya bukan semua perkara boleh saya tulis melalui Media Internet seperti ini, menukil kata-kata salah seorang penulis email kepada saya "Tiada Rahsia dalam ISLAM tetapi Rahsia tetap Rahsia".....

Sayugia di ingatkan, Blog RBSS ini di wujudkan bukan dengan tujuan saya ingin mencari anak-anak murid!, (saya sudah berhenti mengajar secara serius sejak 15 tahun yang lalu) saya wujudkan untuk anda membaca, menapis, memilih dan menjana keilmuan yang sedia ada untuk diri anda sendiri, itu sebabnya saya katakan di dalam post yang lalu, anda jangan rasa tercabar atau di cabar dengan apa yang saya tulis, hanya fikirkan apa yang penting di dalam isi kandungannya sahaja, jika baik buat tauladan dan jika tidak baik anda jadikan sempadan dan ketepikan sebagai rujukan...

Dan berkenaan hasrat atau usul saya untuk menubuhkan AKADEMI RAHSIA BUDI SUCI SEJATI, bukan bermakna untuk menjadi "supplement or alternative body" kepada persatuan RBSS yang ada, tetapi lebih menjurus kepada menyatukan kesemua persatuan RBSS yang ada menjadi satu dan melakukan kerja yang satu, yang sama, yang seragam dan tidak bertimbal-balik. Memang benar kata seorang penghantar email yang berkata "setiap persatuan mempunyai agenda mereka sendiri dan menubuhkan Akademi tersebut bukan satu pekerjaan yang senang", saya setuju dengan beliau tetapi kita hidup dan wujud untuk menyelesaikan masaalah dengan menggunakan segala kebijaksanaan yang kita ada, jika kita "positive" maka kita akan berjaya dan jika kita bersikap "negative" maka kita akan gagal melaksanakannya.

Perkara penubuhan Akademi tersebut bergantung kepada usaha untuk meyakinkan ketiga-tiga waris dari Arwah Bapak Hj Hashim Bin Hj Mohd Sharif dan kesemua ahli-ahli RBSS yang ada untuk mengenepikan "all differences and personal agendas" (semua perbezaan pendapat dan agenda persendirian) demi kewibawaan dan kesinambungan Rahsia Budi Suci Sejati ke genarasi yang akan datang.

Jika International Islamic University (IIU) atau Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang mengajar semua jenis-jenis mahzab di dalam ISLAM dapat di wujudkan di Malaysia untuk di pelajari oleh seluruh pelajar-pelajar ISLAM dari seluruh dunia, kenapa RBSS tidak boleh di bentuk sedemikian rupa???...

Ya!, benar ia memerlukan Modal Kewangan yang sangat banyak, tetapi jika ianya di rancang dan di lakar dengan teliti termasuk berapa dana yang di perlukan, serta di tetapkan bila ianya harus di tubuhkan, seperti di jangka pada tahun 2018 harus beroperasi sepenuhnya Akademi tersebut, siap dengan bangunan-bangunan di negeri-negeri yang strategik, maka usaha-usaha mencari dan mengumpul dana harus di mulakan dari sekarang...tetapi kita tertakluk dengan nama "Melayu", melayu hanya banyak dengan angan-angan, apabila hendak melakukan sesuatu seperti ini, banyak yang kata jangan, jangan itu jangan ini, nanti jadi itu nanti jadi ini, banyak yang negative dari positive!, banyak yang befikir untuk kepentingan dan keuntungan diri sendiri (maaf ini bukan cercaan tetapi hakikat sebenar)

Cuba lihat di sekeliling anda, ada berapa banyak persatuan-persatuan melayu, pertubuhan-pertubuhan melayu, organisai-organisasi melayu?, ada yang sama tetapi tidak mahu bekerjasama dan bermusuhan, ada yang tak sama dan berhasrat ingin bersatu tenaga tetapi tidak ada sokongan, akhirnya satu pun sukar berjaya, kenapa???..kerana NAFSU (sila rujuk pada post NAFSU)

Tahukah anda bahawa pada hari ini ramai di kalangan ahli RBSS yang bertaraf Millionaire, orang-orang Karyawan dan Usahawan???, jika mereka dari golongan tersebut IKHLAS untuk membantu, kita tidak perlukan masa 10 tahun untuk mengumpul dana, tahun depan dapat di siapkan!!!, begitulah kekuatan kewangan yang di miliki oleh sebahagian ahli-ahli RBSS kita...

Oleh yang demikian, jangan persalahkan Professor BSS kerana mewujudkan Blog RBSS ini, ia wujud kerana sebab-sebab yang di sebutkan di atas, kewujudannya dan perjuangannya bersebab, anda buat penilaian sendiri samaada kewujudan Blog seperti ini mempunyai lebih banyak kebaikan atau lebih banyak keburukan, jika ianya di undi banyak keburukan dari kebaikan, saya dengan rela hati akan menamatkanya dengan sertamerta...jadi hantarkan undi anda di bahagian "cast my vote" di bahagian bawah post ini, saya akan menilaikan dan memutuskannya...dan saya akan berhenti menulis artikel sehingga 31-12-2007 untuk mengumpul "votes" anda...

Sekian dan Wassallam!

Professor BSS

No comments: