Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #22

Bersambung dari Bhg #1

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #22

MASAALAH UTAMA PARA AHLI RBSS - Bhg #2

Untuk huraian lanjut daripada Post #21

Beberapa perkara telah saya sentuh seperti bertindak tetapi "tidak Jalan" dan para isteri/anak-anak di bawah tanggungan ibubapa (penjaga) adalah merupakan salah satu dari berbagai permasaalahan yang di alami oleh para ahli RBSS sehingga perkara ini menjejas KEYAKINAN mereka terhadap RBSS.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, itu adalah masaalah kurang pemahaman mengenai dasar-dasar RBSS dan sebab-sebabnya telah saya huraikan. Jadi di sini, masaalah bertindak tetapi tidak jalan ada berbagai sebab yang boleh menyebabkan ianya berlaku:-

Pertama:- Sewaktu bertindak, tahap kemarahan musuh atau tahap kezaliman musuh belum tinggi ketahap benar-benar zalim, atau dengan lain perkataan, si musuh "belum Hot" (sepatutnya kadar 50-50% Hot sudah cukup)

Kedua:- Sewaktu bertindak, si ahli tidak "MengAktifkan" RBSS mereka

Ketiga:- Sewaktu bertindak, si ahli memang tidak pernah Berjurus dan mengisi Isi Pokok Badan

Keempat:- Sewaktu bertindak, pemfokusan si ahli terhadap Apa Jurusan yang hendak di gunakan tidak menentu dan tidak mengunakan Makrifat (ke tujuan) yang tepat.

Kelima:- Sewaktu bertindak, Keyakinan si ahli pada RBSS mereka di bawah paras 50%

Ini lah "Penyumbang" kepada Bertindak tapi Tidak Jalan yang di alami oleh para ahli, jika mereka mempelajari dengan serius cara Bertindak, mereka tidak akan mengalami nasib seperti itu.

Kepada para ahli RBSS yang "terkena tembakan" dari musuh semasa bertempur (bergaduh) atau di masa-masa yang lain, ini juga menjelaskan bahawa sewaktu perkara itu berlaku, si ahli juga di dalam keadaan yang MARAH (zalim juga). Jadi tidak mustahil mereka juga akan "terkena tembakan" dari orang lain, walaupun mereka bukan dari para ahli RBSS.


Di dalam Bhg #1 saya telah terangkan bahawa "ALLAH tidak melindungi orang-orang Zalim dan Khianat" (ada dalam Surah Al-Baqarah - cari sendiri), kerana itu juga di dalam post-post yang lalu saya selalu tegaskan bahawa RBSS ini BUKAN ILMU KUAT, BUKAN ILMU KEBAL, BUKAN ILMU KEBATHINAN....

Ayat tersebut sudah cukup jelas supaya kita lebih berhati-hati di dalam apa juga keadaan dan sentiasa di dalam keadaan yang sangat tenang menghadapinya, jangan cepat tergugat, jangat gopoh bertindak, jangan "lepaskan" setiap musuh kita dari pandangan dan berundur 3-4 tapak ke belakang (sebagai langkah sabar) sebelum bertindak jika di perlukan.

Tetapi jika kita bijak dan mengetahui apa itu RBSS, di dalam keadaan yang "GAWAT" tersebut kita mampu "mengelakkan" musuh kita dari jadi terus menerus marah dan mampu menundukkan mereka tanpa melepaskan "Jurusan-Jurusan Maut!"..Ingat Jurusan-Jurusan Maut yang saya maksudkan itu. (J#1, J#6, J#10) [ rujuk kembali huraian mengenai Warna-warna RBSS]

Begitu juga kepada para isteri/anak-anak di bawah tanggungan ibubapa, di galakkan supaya berdiam diri sahaja di samping MengAktifkan RBSS mereka, ini adalah langkah lebih selamat kepada kedua-dua belah pihak, jika anda dari ahli yang telah cerdik dalam RBSS, sudah pasti perkara itu (di pukul) tidak akan berlaku langsung!, kerana landasan perjalanan hidup anda mengikuti perkara-perkara yang betul-betul, jadi tidak ada sebab ALLAH SWT mahu anda di hukum atau menjalani hukuman...

Ada juga masaalah para ahli RBSS tidak dapat melakukan Latihan Berjurus di rumah sendiri, kerana tidak mendapat restu dari pihak keluarga, ibubapa, suami/isteri dan sebagainya, ya ini adalah masalah di peringkat permulaan. Di dalam post yang lalu saya ada menyebut bahawa mengetahui dan memiliki RBSS ini sama cabaranya dengan seseorang yang baharu memeluk ISLAM dari agama-agama lain, tegahan, teguran dan pandangan negatif memang ada. Tetapi kita harus cekal melakukan dan mengamalkannya di rumah sendiri kerana apabila latihan berjurus dapat di lakukan di rumah sendiri, seluruh kawasan rumah termasuk apa-apa di dalamnya mendapat "power" dan faedah daripada Jurusan-Jurusan kita itu.

Dan nasihat saya di dalam hal ini, selepas membuka Latihan Berjurus dan selepas menghentak tumit 3x, anda terus bermohon kepada ALLAH SWT agar minta di lembutkan hati-hati semua penghuni rumah anda itu dan mintakan di berikan Hidayah dan CahayaNya, niscaya langkah ini akan membuahkan hasilnya nanti.

Berbalik kepada bagaimana untuk "MengAdaptasikan RBSS" di dalam kehidupan seharian?

Di sini saya suka menasihatkan para ahli RBSS bahawa "apa juga yang ingin anda lakukan dengan menggunakan tindakkan daripada 50 jurusan itu - ianya boleh di gunakan pada siapa, pada apa di dalam apa juga keadaan pun"...

Kerana ianya di perbolehkan dan tidak ada batasan, hanya ALLAH SWT sahaja yang menjadi PENENTU samaada apa yang anda TINDAKKAN itu berkesan atau sebaliknya, dan tidak semestinya untuk BerTindak kita hanya tujukan kepada sesuatu yang boleh MARAH SAHAJA..,MAHLUK-MAHLUK SAHAJA...,atau di dalam WAKTU KECEMASAN SAHAJA.

Pokoknya, apa yang ingin anda TINDAKKAN itu seharusnya dengan NIAT yang BETUL dan TUJUAN yang BETUL, jika sesuatu NIAT itu TIDAK BETUL maka ALLAH SWT tidak akan mengizinkannya dari BERKESAN!...

Jika bercakap mengenai KESANnya pula, TIDAK SEMUA TINDAKKAN sebegitu (Tindakkan yang kategori Open-bebas) berkesan pada WAKTU ITU JUGA tetapi ada yang akan berkesan kemudian masanya, seperti selepas 1 jam ke, 1 hari ke, 1 minggu, 1 bulan ke atau 1 tahun kemudian ke, ini samalah dengan cara kita memanjatkan DOA terhadap ALLAH SWT yang biasa kita lakukan itu. ALLAH yang akan menentukannya. Akan tetapi untuk bertindak terhadap musuh-musuh yang ZALIM dan KHIANAT maka kesannya adalah dengan kadar SERTA-MERTA!.

Sebagai contoh, jika kita ingin memandu untuk perjalanan yang jauh, sebelum kita bergerak keluar kita sudah boleh memohon kepada ALLAH dengan MELEWATKAN apa-apa juga perkara yang boleh membahayakan diri, keluarga dan kenderaan yang kita gunakan sehinggalah kita selamat sampai ke destinasi yang di tuju..Kaedah tersebut boleh di guna-pakai untuk berbagai tujuan yang lain dan inilah yang di maksudkan kita MengAdaptasikan RBSS dengan MengAplikasikannya demi kebaikan diri dan keluarga kita.

Tetapi kita tidak di galakkan terlalu "OVER" pula, sehingga Tindakkan kita itu melupakan unsur-unsur QADA' dan QADAR dari ALLAH SWT kepada manusia, di mana kita maseh TERTAKLUK di dalamnya. Yang perlu adalah kita cuba hindarkan dan elakkan perkara-perkara yang tidak di ingini sahaja dari berlaku....Jika kita terlalu "Over" pula sehingga sehalus-halus atau sekecil-kecil perkara kita jadi terlampau PEKA (sensitif), maka jika sampai ke tahap itu kita sudah tidak mempercayai dan tidak meyakini ALLAH SWT lagi, jadi berpada-pada ketika menggunakannya....

Itu sebabnya sejak dari mula lagi saya sering mengutamakan pembelajaran intipati Rahsia Budi Suci Sejati ini di pelajari dengan teliti, kerana banyak lagi perkara yang boleh di Aplikasikan di dalam kehidupan seharian kita, tidak mengira siapa anda, apa pekerjaan anda atau di mana anda berada, jika anda tidak tahu menggunakannya maka itu adalah satu pembaziran dan sia-sia segala "Tenaga Budi " yang anda cipta sewaktu Berjurus!....

Oleh yang demikian, jika sekarang ini anda maseh belajar di mana-mana Persatuan RBSS atau yang ada group atau kumpulan, sama-samalah memerah otak dan mencari maklumat-maklumat mengenai perkara-perkara itu dari guru-guru anda, tidak salah mengajukan soalan-soalan walaupun di anggap soalan bodoh oleh orang lain, kerana yang penting anda sedang menimba ilmunya menimba intipatinya, yang beroleh kesenangan di kemudian hari kelak siapa???....sudah tentu diri anda dan orang-orang yang anda sayangi.....

Sehingga bertemu lagi di lain post!

Wassallam!

Professor BSS

No comments: