Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #21

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #21

MASAALAH UTAMA PARA AHLI RBSS - Bhg #1

Daripada zaman ianya mula di perkenalkan sehinggga ke hari ini, boleh di katakan atau rata-rata para ahli RBSS mengalami dan mempunyai masaalah bagaimana untuk "MengAdaptasikan RBSS di dalam Kehidupan Seharian " mereka. Maksudnya apakah yang boleh mereka "gunakan" sebagai "alat pembantu" mengatasi permasaalahan yang mereka lalui di setiap hari.

Proses "MengAdaptasikan RBSS" ini dengan kegunaan di dalam kehidupan seseorang ahli RBSS inilah yang menjadi "kayu-ukur" samaada para ahli RBSS tersebut benar-benar dapat "menyelami dan memahami" apa itu Rahsia Budi Suci Sejati, jika tahap pemahaman mereka itu "tinggi atau dalam" maka mudahlah proses pengadaptasian itu, tetapi jika ianya kurang maka RBSS mereka hanya terpendam begitu sahaja dan hanya "bekerja secara otomatik" untuk menghindarkan mereka dari "segala perbuatan zalim dan khianat" sahaja.

Perkara atau senario sebegini dapat saya "kesan" melalui pertanyaan-pertanyaan yang di kemukakan oleh para ahli sewaktu bertemu dengan saya, maksudnya mereka kebanyakannya kurang faham bagaimanakah caranya untuk menggunakan RBSS!, walaupun mereka telah lama mengamalkannya..Apakah yang dapat di fahami dari senario tersebut?..

Pertama: Golongan ini samaada kurang atau tidak mendapat penerangan-penerangan dari orang-orang yang memimpin mereka, dari kumpulan atau persatuan yang mereka anggotai, di mana sistem penyampaian maklumat tidak berfungsi atau gagal berfungsi.

Kedua: Golongan ini berkemungkinan di dedahkan kepada penggunaan yang lain sahaja seperti penggunaan di dalam gerak, gerak tempur atau dalam bidang perubatan.

Ketiga: Golongan ini dari jenis yang "berat mulut" untuk bertanya walaupun mereka tidak memahami sesuatu perkara dan main "pakai dengar" sahaja.

Keempat: Golongan ini tidak mengambil inisiatif untuk belajar apakah itu Rahsia Budi Suci Sejati dan tidak bercampur dengan sesama ahli RBSS yang lain.

Kelima: Golongan ini yang terlalu "komited" dengan segala urusan pekerjaan atau perniagaan mereka, sehingga tidak mempunyai masa untuk berfikir mengenai RBSS.

Kesan daripada senario tersebut, pertama mereka akan kerugian mengenai segala ilmu pengetahuan mengenai RBSS dan kedua, apabila keadaan "terdesak" atau di dalam "kecemasan" mereka tidak tahu untuk menggunakannya...Apabila perkara itu menimpa diri mereka, mereka sering beranggapan bahawasanya RBSS ini tidak berfungsi, tidak bagus, tidak sesuai untuk di guna-pakai, lalu mereka meninggalkan RBSS ini dari amalan dalam hidup mereka.

Ada yang lebih "haru-biru" ada yang telah "bertindak" tetapi tidak mampan atau tidak jalan, dan jika di dalam suasana yang kritikal, mereka pula yang di belasah oleh musuh-musuh mereka, perkara ini juga sering di ajukan kepada guru-guru.

Ada juga dari golongan ahli-ahli RBSS wanita/isteri atau anak-anak yang maseh di bawah tanggungan ibubapa sering mengemukakan soalan berkenaan mengapa para suami atau para ibubapa mereka dapat memukul mereka walaupun mereka ada RBSS dan yang memukul itu tidak atau pun ahli RBSS juga.

Jika anda seorang guru RBSS apa yang akan anda jawap kepada mereka???

Jawapan yang utama kepada permasaalahan golongan ini "adalah masaalah kurang faham" akan "selok-belok" RBSS.

Yang mereka tidak fahami adalah mengenai RBSS itu berfungsi "menghindari diri kita daripada perbuatan zalim dan khianat", maksudnya mereka tidak tahu menahu mengenai apa itu "tahap kezaliman" dan apa itu "khianat".

Harus di terangkan kepada para ahli RBSS bahawa "Tahap Kezaliman" adalah Tahap Kemarahan sesuatu mahluk terhadap diri kita, semakin tinggi tahap kemarahan mereka, adalah semakin tinggi kemusnahan terhadap mereka dan semakin "sensitif" tindakkan RBSS kita.

Begitu juga dengan "Tahap Kekhianatan", jika Tahap Kekhianatan musuh terhadap kita (tidak kira menggunakan cara atau kaedah apa) semakin tinggi maka semakin selamat diri kita di lindungi oleh Cahaya Budi.

Tetapi senario berbeza terhadap isteri dengan suami dan anak-anak dengan ibubapa atau penjaga mereka, selalunya pukulan dari mereka akan mengenai diri kita dan kita akan dapat merasai kesakitan atau kadangkala kecederaan, ini bukan bermakna RBSS kita tidak berfungsi melindungi diri kita, tetapi kerana TUJUAN mereka (suami/ibubapa) itu memukul kita adalah atas kesalahan yang kita lakukan (mesti ada kesalahan), jika kita tidak melakukan apa-apa kesalahan maka pukulan mereka tidak dapat mencederakan diri kita. Itu terletak di dalam HAK suami dan HAK ibubapa (penjaga), tetapi sewaktu menjalankan HAK mereka itu mereka keterlaluan maka hukumnya akan sama mereka terima seperti musuh-musuh kita.

Harus di ingat bahawasanya ALLAH SWT itu berjanji "Tidak akan melindungi sesiapa sahaja yang Zalim dan Khianat" walaupun kita berRBSS!!!!....

Jadi fikir-fikirkan perkara tersebut sebelum membuat sesuatu kesimpulan!

Akan saya sambung di lain post!
Wasallam!
Professor BSS

No comments: