Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #20

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #20

PERANAN PERSATUAN DAN ARAH MASA HADAPAN

Mengimbas kembali kepada sejarah pengembangan RBSS di rantau ini, jika ianya di kaji dari sejarah Arwah Mahaguru Bapak Hj Hashim Bin Hj Mohd Shariff, ianya bermula pada tahun 1958 apabila beliau berhijrah dari tanah Singapura ke Johor-Malaysia kerana di Singapura beliau tidak mendapat kelulusan untuk mendaftarkan pelajaran RBSS ini sebagai Persatuan, lalu beliau mengalih pandangan ke negara Malaysia.

Di Malaysia, untuk menghalalkan segala kegiatan yang bersangkutan dengan pengembangan RBSS ini, beliau telah mendaftarkan RBSS sebagai satu persatuan di bawah badan Pendaftar Persatuan-Persatuan.

Tujuan utama Persatuan ini di daftarkan adalah seperti berikut:-

1. Untuk menghalalkan segala kegiatan RBSS di mata undang-undang Negara Malaysia

2. Untuk membantu Jemaah Guru menjaga rekod keahlian

3. Untuk membantu Jemaah Guru menjaga hal ehwal pelajaran RBSS para ahli

4. Untuk membantu para ahli bergerak secara bebas ketika mempelajari RBSS

5. Untuk membantu Jemaah Guru mengatur susunan mata pelajaran kepada ahli-ahli

Itulah tujuan-tujuan ASAS apabila Persatuan Budi Suci (Tampoi) Johor-Malaysia di tubuhkan pada tahun 1959 dan ianya bergerak seperti yang di inginkan oleh Arwah Bapak Hj Hashim Bin Hj Mohd Shariff sehingga ke nafasnya yang terakhir (jika tidak silap pada 1978)

Kemudian Persatuan tersebut di bawah pimpinan Timbalan Mahaguru Hj Siti Rawwiyah Binti Samen iaitu Balu kepada Arwah sehingga pada beliau juga meninggal dunia dan di ambil alih oleh Timbalan Pengganti Mahaguru Encik Masri Bin Hj Hashim sehingga kini.

Jadi apa yang ingin saya ketengahkan bukan masaalah siapakah pengganti-pengganti Arwah Bapak Hj Hashim Bin Hj Mohd Shariff (Arwah Bapak), tetapi PERANAN PERSATUAN yang tidak selari dengan tujuan asal ianya di tubuhkan pada tahun 1959 oleh Arwah Bapak, di mana selepas era Arwah Bapak, peranan Persatuan RBSS ini telah bertukar wajah dan fungsinya.

Apa yang saya cuba ketengahkan?

Jika pada ASALnya tujuan menubuhkan Persatuan ini salah satu peranannya adalah untuk membantu Jemaah Guru menjaga hal ehwal pembelajaran ahli RBSS, supaya pihak Jemaah Guru dapat menumpukan perhatian kepada urusan menurun dan mengajar RBSS tanpa perlu terlibat di dalam pengurusan hal ehwal pendaftaran keahlian, sususan jadual waktu pelajaran, jadual waktu pengambilan amalan dan hal-hal yang bersangkutan.

Tetapi semenjak 15-20 tahun yang lalu, peranan pihak persatuan ini di kesan telah berubah dari fungsi menjaga hal ehwal pembelajaran ahli RBSS, kini telah menjadi satu badan yang sangat membebankan ramai ahli dari segi kewangan, masa dan tuntutan aktiviti tambahan yang di susun atur oleh pihak lembaga persatuan.

Pada masa kini yuran bulanan telah di tingkatkan (mungkin keperluan semasa-mungkin ada logiknya di situ), peraturan di ketatkan, kepada sesiapa ahli yang tidak membayar yuran bulanan sepanjang 3 bulan berturut-turut maka keahlian mereka di batalkan dan apabila di batalkan mereka tidak boleh lagi mengikuti sebarang aktiviti-aktivi pembelajaran yang di adakan, mereka juga tidak boleh berurusan atau bertemu dengan guru, di mana guru-guru tersebut hanya akan melayan ahli-ahli yang membayar yuran sahaja.

Pernahkah setiap ahli jawatankuasa atau pihak lembaga persatuan itu memeriksa, menyiasat dan cuba mengambil tahu kenapa mereka tidak dapat membayar yuran bulanan?, adalah mereka itu tidak mampu ke?, punya masaalah kewangan ke?, ahli yang tidak punya mata pencarian ke?, ahli maseh di bawah tanggungan ibubapa ke?, atau sekurang-kurang cuba mencari jawapannya dan membantu menyelesaikan perkara itu dari terus berlaku, kerana itulah ASAS tanggungjawap persatuan di tubuhkan BUKAN untuk menghukum ahli.

Kita harus ingat bahawa RBSS bukanlah seperti amalan atau persatuan yang lain, RBSS sangat berbeza dengan apa-apa juga jenis persatuan yang wujud di dunia ini, sepatutnya persatuan RBSS ini membantu apa juga permasaalahan para ahli supaya mereka dapat terus mempelajari RBSS ini sehingga mana yang mereka kehendaki, bukan secara persatuan lain mentadbir persatuan mereka dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang ketat.

Ini bukan berlaku kepada para ahli baharu belajar tetapi kepada ahli-ahli yang telah lama, season atau otai, golongan ini telah lama mempelajari RBSS, mereka lebih menumpukan kepada pembangunan ekonomi dan keharmonian rumahtangga, setelah banyak berkorban masa dan wang ringgit semasa mempelajari ilmu itu dahulu, dan secara tidak langsung golongan ini tidak dapat terlibat secara aktif di dalam semua kegiatan persatuan yang umumnya memfokuskan aktiviti kepada ahli-ahli baharu sahaja, adakah golongan veteran seperti ini patut di hukum terkeluar dari keahlian persatuan RBSS???

Sepatutnya pihak persatuan RBSS harus memikirkan satu langkah bijak untuk mengkategorikan keahlian veteran-veteran atau otai-otai seperti ini ke dalam satu kategori keahlian lain seperti "Veteran Membership for life" yang tidak perlu menghendaki mereka bergiat secara aktif lagi tetapi maseh boleh datang mengambil bahagian apabila masa terluang dengan satu kali bayaran untuk seumur hidup (bayaran biarlah berpatutan dan ala kadar), kerana dari pengamatan saya ramai otai-otai itu menjauhkan diri dari persatuan kerana di pinggirkan atau tidak di layan lagi sebagai ahli RBSS persatuan, bukannya mereka itu semua tidak mengamalkan lagi RBSS!

Tindakkan oleh pihak persatuan itu telah mengakibatkan pembaziran keahlian para ahli RBSS di Malaysia ini, kerana semakin lama keahlian persatuan bertambah kurang kerana polisi yang kurang tepat, sepatutnya dari tahun 1959 sehingga kini persatuan RBSS boleh menjangkakan keahlian mereka kepada tujuh (7) angka keanggotaan, ini lah yang di katakan tidak mengikut landasan yang di kehendaki oleh ajaran di dalam RBSS itu sendiri, pihak persatuan lebih mementingkan soal "kocek" mereka sendiri daridapa tujuan peranan sebenar mereka untuk membantu Jemaah Guru menjaga hal ehwal pembelajaran ahli.

Sebenarnya langkah mereka itu lebih menyakitkan kocek mereka sendiri, apakan tidak kerana kesan dari polisi tersebut ramai ahli yang menjauhkan diri dari persatuan dan guru dan bagaimana pendapatan dari sumbangan yuran bulanan dapat di jana???, itulah sebabyna persatuan RBSS pada hari ini muram tidak seceria pada zaman Arwah Bapak.

Bagi pendapat saya, adalah lebih elok dan lebih tepat jika semua persatuan-persatuan RBSS yang ada pada hari ini bergabung dan bersatu tenaga menubuhkan satu AKADEMI atau INSTITUTE RAHSIA BUDI SUCI SEJATI yang benar-benar memusatkan penurunan pembelajaran RBSS kepada umum, tetapi pembelajarannya mestilah bercorak atau bersistematik mata pelajarannya seperti yang di adakan di dalam institut-institut pengajian tinggi, dan setiap tenaga pengajarnya di gelar sebagai PENSYARAH dan bukan sebagai Jurulatih, Wakil Guru dan sebagainya itu, kerana cara yang sedemikian mencerminkan bahawasanya RBSS ini mengikuti perkembangan semasa dan sesuai untuk semua zaman...

Pada peringkat inilah, adalah wajib di letakkan YURAN BELAJAR sejajar dengan Pembangunan dan Pengembangan Pembelajaran RBSS dari cara kuno (lama) kepada sistem yang lebih anggih dan terkini, kerana setiap Pensyarah wajib di beri ELAUN sebagai Imbuhan untuk masa mereka mengajar sejajar dengan taraf Guru-Guru Sekolah-Sekolah., dari situ kita akan dapat melihat perkembangan RBSS di muka bumi ini berkembang dengan lebih pesat lagi dan akan ramai alagi manusia dapat mengetahui rahsia ini.

Di peringkat ini juga, harus di adakan mata pelajaran yang di ajar dalam bahasa-bahasa dunia yang lain di dalam Akademi ini seperti dalam bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Jepun, bahasa Mandarin, bahasa Russia dan sebagainya..Itu lah perjuangan sebenar kearah mengembangkan ILMU KETUHANAN ini kepada Umat Manusia sejagat.

Perkara ini bukan hanya angan-angan kosong sahaja, saya memang telah lama memikirkan perkara ini dan sedang mencari jalan untuk merealisasikannya tetapi saya perlukan sokongan padu dari semua ahli-ahli RBSS dan orang-orang yang belum mengetahui Rahsia Budi Suci Sejati ini. kerana untuk menjayakannya kita memerlukan banyak modal daripada membina atau menyewa bangunan sehingga kepada mencipta susunan mata pelajaran RBSS dan kos-kos yang melibatkan operasi-operasi pentadbiran dan sebagainya...(Edited By Professor BSS)

Perkara menubuhkan Akademi ini adalah untuk generasi akan datang, generasi yang akan menyambung kesinambungan RBSS di muka Bumi ini, jika bukan kita yang memulakannya siapa lagi?, adalah lebih baik kita mengerah keringat untuk mencari satu penyelesaian mengenai perkara ini daripada terus bertelagah menegakkan keperluan masing-masing, hidup kita bukannya lama purata adalah 70 tahun, mungkin sekarang ini kita tidak perlukan Akedemi seperti itu tetapi fikir-fikirkan nasib anak cucu kita di masa-masa akan datang, dan mungkin saya sendiri tidak berpeluang untuk melihat Akedemi RBSS seperti itu wujud semasa saya maseh hidup, tetapi saya menyeru kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kebolehan dan kekuatan kewangan menyambung idea ini dan realisasikannya untuk RBSS...bukan untuk saya ataupun anda, atau sesiapa juga anda di luar sana yang sangat berkemampuan, ambil idea ini dan tubuhkanlah Akedemi yang saya maksudkan itu dan saya akan menyokong dan mendapatkan sokongan padu dari semua terhadap usaha anda itu...

Untuk itu cukup buat post kali ini, sehingga bertemu di lain post dengan topik yang lain.
Wassalam!

Prefessor BSS

No comments: