Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #29

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #29

ADAPTASI DAN APLIKASI

Dalam tajuk pada kali ini mari kita merenung kepada bagaimanakah untuk Meng ADAPTASI kan DAN MengAPLIKASIkan apa yang kita miliki ini, dan sebelum itu ingin saya rungkaikan dua perkataan tersebut.

ADAPTASI membawa maksud "menyesuaikan sesuatu kepada kegunaannya" dan dalam kontek RBSS bermakna "Menjiwai pemilikan RBSS ke dalam hidup seharian kita"

APLIKASI pula membawa maksud "Menggunakan sesuatu yang di miliki setelah menyesuaikan nya di dalam diri" mengikut kontek RBSS.

Seperti yang saya sebut di post yang lalu, kedua-dua perkara tersebut adalah yang menjadi punca utama kegagalan seseorang ahli RBSS untuk menjadi cemerlang, di mana proses mengadaptasikan RBSS ke dalam diri memerlukan penjelasan-penjelasan mengenai intipati-intipati RBSS samaada ianya jelas atau pun tidak.

Jika ianya jelas maka seseorang ahli RBSS ini akan menjadi lebih mudah untuk mengaplikasikan apa yang di miliki menurut kemahuan-kemahuannya sendiri, dan tidak teragak-agak melakukan sebarang tindakkan. Ini adalah susulan dari bahagian KEYAKINAN. jika keyakinan tidak terbit melalui proses-proses penjelasan intipati RBSS maka proses KeAKUan atau pemilikan tidak berlaku.

Apakah yang boleh kita baiki di dalam kedua-dua proses mengadaptasi dan mengaplikasi RBSS?

Pertama: (Adaptasi)

· Di dalam apa juga keadaan, kita harus "Switch On" RBSS ini pada setiap masa kecuali semasa kita tidur, ketika makan/minum dan ketika bercakap

· Kita harus sentiasa mengingatkan diri kita bahawa kita telah memiliki RBSS dan mempunyai Tenaga RBSS

· Kita harus menuruti atau mengamalkan apa yang di kehendaki di dalam 5 Prinsip RBSS, seperti Keyakinan/Jurusan/Pernafasan/Makrifat dan ISI Pokok Badan

· Kita harus sentiasa mempelajari apa yang berlaku di depan mata dengan penghayatan terhadap Yang Maha Pencipta, belajar mencari kenapa sesuatu itu berlaku atau terjadi

· Jangan bersikap terlalu Negative mengenai sesuatu yang kita tidak ketahui atau sesuatu yang menakutkan diri dan perasaan kita - stay focus!

· Jangan takut kepada semua Mahluk Ghaib yang tidak kelihatan dan tanamkan perasaan bahawa mereka itu semua takut kepada kita dan kepada apa yang kita ada.


Kedua: (Aplikasi)

· Cuba sedaya yang mungkin untuk menggunakan kesemua Jurusan yang terdapat di dalam RBSS terhadap apa yang sedang anda alami atau sedang anda tempuhi dengan harapan ianya berkesan (kena ikut proses Tindakkan juga) walaupun sesuatu itu bukan di dalam keadaan kecemasan dari ancaman musuh. (ingat RBSS boleh di gunakan dalam sembarang keadaan dan keberkesanannya akan bergantung kepada tahap Keyakinan diri seseorang)

· Jika sesuatu Tindakkan tidak memberikan sebarang kesan, jangan panik atau hilang tumpuan, berkemungkinan anda tidak begitu fokus ketika menggunakannya, atau tersalah menggunakan jenis-jenis jurusan atau makrifat. Mesti sentiasa menukar kaedah secara pantas atau segera.

· Jangan terasa malu-malu jika ingin menghembus nafas di sekeliling orang ramai (ikut peringkat juga) kerana perasaan malu-malu akan menjejas keberkesanan Tindakkan kerana tiada Keyakinan yang utuh

· Sentiasa mengenal pasti sesuatu keadaan dan cuba hubung-kaitkan dengan Jurusan-Jurusan yang ada, cara ini akan membiasakan diri anda kepada kegunaan semua Jurusan

· Sentiasa cuba menghidupkan kesemua Panca Indera (seperti Mata/Hidung/Mulut/Telinga/Tangan dan kaki) di dalam "merasakan" sesuatu bermula dari kesan dalam bentuk "haba" (heat) sehingga kepada mengesan dalam bentuk "kabus cahaya" (lights fog) dan kemudian ke tahap mengesan dalam bentuk "benda" (object), kerana ini memperkasakan kemakrifatan kita di dalam Tindakkan, semakin baik kemakrifatan maka semakin baik kesan Tindakkan.

· Pemusatan pemikiran hendaklah di fokuskan kepada apa yang ingin kita "jadikan" sesuatu itu dengan Tindakkan kita (harus di ketahui bahawa kesemua Jurusan dalam RBSS adalah Universal dan Multi Purpose)

· Putuskan hubungan di antara kita dengan dunia yang anda berada, maksudnya di sini ketika membuat pemfokusan Tindakkan itu, pemikiran kita haruslah bebas dari apa-apa juga bentuk pertalian dengan "kerja-kerja lain" di dalam OTAK. Jika ini berlaku maka proses Adaptasi dan Aplikasi berlaku serentak!, kalau orang agama kata kena Kusyuk!

· Pemusatan fikiran bermula dari mata iaitu penglihatan, dari gambaran melalui mata maka Otak akan merakam sasaran tersebut dan niat atau tujuan akan menggerakkan Tindakkan yang di kehendaki (ini pecahan dalam Makrifat)

Ini adalah dua (2) langkah sebagai melatih diri untuk lebih berkeyakinan menggunakan apa yang kita ada melalui proses-proses adaptasi dan aplikasi di dalam diri, jika diri di latih dengan sikap kesungguhan maka hasilnya akan meningkat dari masa kesemasa. Tanpa latihan sebegini kita tidak akan berjaya meningkatkan keupayaan diri walaupun kita berjurus hari-hari 365 kali setahun! (training makes perfect)

Harus juga di sadari dan di fahami, di dalam kontek mengaplikasikan Tindakkan RBSS kita tidak tertakluk di dalam sebarang hukum syarak, hukum dunia dan hukum alam kerana di waktu itu kita secara "LIVE" berhubungan dengan Tuhan Yang Maha Esa untuk "melaksanakan sesuatu" tanpa sebarang halangan (di mana akibat dari proses tindakkan tersebut pula bergantung kepada niat seseorang itu samaada buruk atau baik- jika buruk dapat Dosa (ISLAM) dan jika baik dapat Pahala (ISLAM))


Begitu juga dengan cara berTindak, ianya harus di naikkan taraf peringkat Pertama ke peringkat Merasol, ke peringkat Dewasa, ke pringkat Istimewa dan akhir sekali ke peringkat Penutup, di mana dalam peringkat Penutup ini tahapnya tersangat tinggi, hanya dengan NIAT sahaja sesuatu boleh berlaku (itu sebabnya setiap ahli RBSS di terapkan dengan sifat-sifat kemulian dan kesucian hati agar tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kehidupan orang lain yang tidak berdosa)

Kita sendiri yang harus meningkatkan keupayaan tersebut bukan oleh orang lain ataupun pihak guru-guru, mereka hanya boleh menunjukkan cara, selebihnya adalah dari usaha anda sendiri...

Ada dua (2) jenis ahli RBSS yang boleh wujud:-

1) Ahli RBSS yang mahir menggunakan RBSS di mana mereka telah dapat mengAdaptasi dan MengAplikasi RBSS di dalam kehidupan tanpa ada landasan peraturan dan peradapan kemanusian dan keagamaan (off track vehicle)

2) Ahli RBSS yang mahir menggunakan RBSS secara padu dan teramat peka dengan segala peraturan dan peradapan kemanusian dan keagamaan (on track vehicle)

Anda pilih ingin menjadi jenis ahli RBSS yang mana satu, di dalam kontek RBSS tidak ada masaalah hendak jadi yang mana satu tetapi dari kontek keagamaan ISLAM yang pertama (1) tidak di galakkan...jadi berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu!!!....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

(Notes removed by Professor BSS)

Tuesday January 1, 2008 - 05:39am (PST)


No comments: