Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Wednesday, June 3, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #19

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #19

ALAM GHAIB Bhg #5 - RUMUSAN

Kita telah berfikir dan menelaah banyak perkara mengenai ALAM GHAIB ini, daripada perihal NAFSU, IBLIS/JIN, MALAIKAT dan WALI-WALI..Persoalan ini di sini adalah "MENGAPA HARUS KITA MENGAMBIL TAHU HAL ITU SEMUA" sebagai seorang Ahli RBSS?...

Begini, sebagai pengamal dan penjunjung Ilmu yang sangat agung ini iaitu Rahsia Budi Suci Sejati, kita adalah terdedah kepada semua jenis-jenis ALAM tersebut di dalam kehidupan normal kita sebagai seorang manusia biasa, jika kita tidak berpengetahuan mengenai kesemua ALAM tersebut maka boleh terjerumus ke dalam satu situasi di mana penglibatan kita dengan menggunakan RBSS mengenai sesuatu ALAM akan di pesongkan oleh Iblis. Harus di ingat bahawa Iblis adalah MUSUH mahluk manusia yang paling licik, Iblis tidak akan duduk senang sekiranya seseorang manusia itu melengkapi Ilmu Pengetahuannya yang boleh menjejas segala operasi penghancuran akidah manusia kepada TUHANnya.

Apa yang saya huraikan mengenai alam-alam tersebut hanyalah sebagai garis pandu kepada kita mengenai siapakah kita dan dengan siapa kita berhadapan, ini adalah kerana bukan semua ahli mencapai telah memiliki kesemua Panca Indera (Keistemewan) dengan mudah ataupun segera, di sebabkan perkara belum memiliki panca indera tersebut maka seseorang ahli RBSS itu akan terdedah kepada mara bahaya jika mereka cuba menorobos alam-alam tersebut dan cuba bergaul dengan mereka (mahluk-mahluk ghaib tersebut)

Apa yang di khuatiri di sini bukanlah keselamatan pada diri seseorang ahli RBSS dari segi ancaman akan di pengapakan oleh mahluk-mahluk tersebut TETAPI yang sangat di khuatiri adalah masaalah kepercayaan yang akan di percayai itu terpesong daripada hakikat yang sebenar-benarnya mengenai siapa sebenarnya yang kita gauli atau hubungi atau percayai itu, jika kita maseh lagi di peringkat "Buta" (belum celik mata hati) maka apa yang kita gauli, apa yang kita hubungi dan apa yang kita percayai itu boleh di pertikaikan lagi.

Saya lebih cenderung untuk mengajak semua ahli RBSS berbalik kepada Surah AL-FATEHA - Ayat #6 yang bermaksud "Tunjuklah kami jalan yang lurus", di mana di sebalik Ayat tersebut ALLAH SWT melarang keras setiap mahluk Jin dan Manusia meminta dari batu-batu, kayu-kayu, keramat-keramat, iblis/jin/syaitan, wali-wali dan malaikat..(pernah saya sentuh di post yang lalu)

Kerana jika kita tanpa ilmu pengetahuan yang cukup mendalam mengenai alam-alam tersebut, maka akidah kita akan terpesong kearah Kekufuran, Kesyirikan atau Kemurtadan, dan jika ini berlaku maka segala usaha kita di dalam mengamalkan Rahsia Budi Suci Sejati seperti berjurus yang membina CAHAYA BUDI itu menjadi sia-sia an tidak dapat di menfaatkan segala hikmahnya kerana kufur, syirik atau murtad dari landasan ISLAM, ini di kategorikan sebagai suatu PENYAKIT di dalam RBSS.

Harus di ingat kembali bahawa tujuan utama wujudnya RBSS ini adalah "untuk menghindarkan diri kita daripada segala BAHAYA", jika di perhatikan dengan teliti ALLAH SWT itu sangatlah Maha Pengaseh dan Maha Penyayang terhadap Mahluk Manusia, ALLAH SWT tidak mahu kita berakhir di dalam API NERAKA, oleh yang demikian DEFINASI perkataan BAHAYA itu bermaksud bukan sahaja RBSS itu menghindarkan kita daripada bahaya-bahaya seperti mahu di aniaya musuh, di zalimi musuh, di timpa kemalangan, di timpa penyakit-penyakit, di bunuh musuh atau terbunuh sahaja TETAPI ianya lebih daripada itu, ALLAH SWT tidak mahu kita DI BAKAR oleh Api Neraka.

Tetapi oleh kerana setiap mahluk manusia itu di beri AKAL dan berbekalkan NAFSU, maka mereka lebih cenderung untuk melakukan perkara-perkara yang di larang di lakukan oleh ALLAH SWT, kerana itu di dalam penciptaan mahluk manusia ALLAH membekalkan kita dengan "RahsiaNya" iaitu Cahaya Budi, namun begitu manusia maseh juga ingkar terhadap ALLAH dengan mengenepikan seruanNya seperti yang terkandung di dalam Surah Al-Fateha Ayat #6 tersebut.

Jadi apa yang harus kita buat???

Mudah sahaja, kita jangan suka-suka berhubungan dengan kesemua mahluk-mahluk yang belum tentu di kenal pasti itu, elakkan diri kita daripada sebarang kegiatan yang berkaitan dengannya, jangan memberikan sebarang tumpuan penuh terhadap alam-alam dan mahluk-mahluk tersebut, kerana mereka semua itu mempunyai tugas-tugas dan tanggungjawap mereka yang tersendiri yang perlu mereka lakukan seperti diri kita juga.

Kita seharusnya memberikan tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih memberikan faedah terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, negeri dan negara.., dengan apa yang kita miliki ini kita akan dapat menjana lebih banyak faedah dan hikmah untuk kehidupan di dunia ini sehingga ke hari Akhirat, jika kita menghabiskan terlalu banyak masa dengan menceburi atau berurusan dengan mahluk-mahluk gahib tersebut, apakah faedah yang kita dapat?, adakah mereka dapat memberi kita rezeki?, memberi kita makan minum?, memberi kita pahala?, memberi kita harta? atau memberi kita syurga???, tanyalah itu kepada diri kita sendiri dan cari jawapannya...

Kita hanya di galakkan untuk hanya mengambil tahu sahaja mengenai alam-alam ghaib tersebut sebagai salah satu dari ilmu pengetahuan mengenai segala mahluk ciptaan TUHAN, sedangkan ada banyak lagi mahluk-mahluk ciptaan ALLAH yang lainnya yang tidak mahu di terokai ilmu pengetahuannya oleh ahli RBSS seperti mahluk Haiwan, Unggas, Serangga, Tumbuh-tumbuhan, Alam Sekitar (flora dan sauna), langit, Bumi (yang banyak hasil di dalamnya), Teknologi Sains dan Matematik dan pelbagai lagi bidang yang jika di terokai akan lebih memberikan menfaat kepada diri sendiri dan kepada umum tanpa terdedah kepada kufur, syirik atau murtad!

Itu sebabnya kemajuan Umat ISLAM tertinggal di belakang orang-orang dari Agama lain, sedangkan ISLAM itu adalah PELOPOR bagi semua bidang Ilmu yang di ciptakan oleh ALLAH SWT. Cuba anda fikirkan sendiri adakah dengan berkawan, bersahabat atau bersekutu dengan Iblis/Jin-Jin, Wali-Wali atau Malaikat-Malaikat, atau tahu sangat mengenai mereka ini boleh membuatkan ekonomi kita bertambah?, keluarga kita senang?, atau kita boleh di angkat menjadi Sultan atau Raja sesuatu Negeri atau Negara?, atau kekayaan kita bertambah sehingga mengalahkan kekayaan Bill Gates???, atau menaikkan martabat RBSS kita kepada tahap yang tertinggi???

Ini terkecuali di dalam bidang perubatan, iaitu bidang yang memerlukan kita membantu orang lain yang sangat memerlukan kepakaran kita di dalam bidang ALAM GHAIB, di mana kepakaran kita itu hanya semata-mata mengeluarkan sesuatu mahluk ghaib dari dalam diri seseorang dan melakukan penyembuhan terhadap kesakitan yang di tinggalkan...itu sahaja dan tidak perlu lebih daripada itu..

Tidak perlu lebih daripada itu adalah seperti terpaksa memainkan gerak siapa mahluk itu, menemu-duga siapa mahluk itu, mencari-cari siapa yang buat, siapa yang suruh dan sebagainya..harus di ingatkan disini, dalam perubatan RBSS polisinya amat mudah dan ringkas terhadap pesakit, iaitu CABUT dan SEMBUHKAN...Kita ada 50 Jurusan...apa yang kurang???, kalau ada orang panggil kita untuk perubatan itu bermakna ianya berkaitan dengan mahluk gahib atau mahluk halus, jadi kenapa perlu soal-siasat yang membuang masa dan tenaga, jadi kita hanya perlu datang dan pastikan ianya benar-benar di ganggu melalui "penglihatan" dan akhir sekali Cabut dan Sembuhkan...ingat di sini, "sesuatu penyakit yang bukan di dalam kebolehan atau kemampuan kita sendiri, ianya tidak akan ALLAH sampaikan kepada kita", pesakit yang di terima oleh ahli RBSS #A ,tidak sama dengan yang di terima oleh ahli RBSS #B dan begitu seterusnya, ALLAH itu Maha Bijaksana Dia yang mengatur segala-galanya...

Kepada ahli-ahli RBSS yang terlibat di dalam bidang perubatan menggunakan RBSS secara aktif, yang menggunakan kaedah "main gerak atau gerak suara" di hadapan pesakit atau keluarga pesakit untuk mencari punca-punca penyakit, atau yang guna kaedah tilik-menilik mengunakan gerak atas permintaan pesakit atau keluarga pesakit, saya nasihatkan agar menghentikan sahaja perbuatan tersebut, kerana semua itu TIDAK TERDAPAT DI DALAM AJARAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI!!!.........Itu semua ajaran dari ilmu KeBomohan dan KeBathinan dari ajaran kaum jahiliah yang mencari rezeki (wang) melalui cara yang tidak SUCI atau HALAL, kenapa mesti kita ikuti???, sedangkan ISLAM juga melarang keras perbuatan seumpama itu.

Seruan ini juga saya tujukan kepada SEMUA PERSATUAN-PERSATUAN BUDI SUCI SEJATI di MALAYSIA yang mewujudkan Jabatan-Jabatan Perubatan yang di anggotai oleh ahli-ahli RBSS samaada yang baharu ataupun yang veteran, jabatan perubatan itu sangat bagus dan murni tujuannya tetapi cara perlaksanaannya sahaja yang tidak mencerminkan ajaran sebenar RAHSIA BUDI SUCI SEJATI, dan secara tidak langsung sebagai Persatuan yang seharusnya menjaga hal ehwal pembelajaran ahli telah menjadi Persatuan yang mendekatkan ahli kepada kufur, syirik atau murtad!!!, renungi segala apa yang saya huraikan dan cari kebenarannya di situ, jika anda (sesiapa juga) mempertikaikan hujah saya ini, itu bermakna anda telah cuba mengingkari Tujuan Sebenar Rahsia Budi Suci Sejati, jika itu benar berlaku secara langsung anda telah mengingkari kehendak TUHAN iaitu ALLAH AZZA WAJALLA, ini adalah kerana kita sebagai ahli RBSS adalah mempelajari, mengamali dan memiliki HAK dari ILMU KETUHANAN...

Berbaliklah kita kepada landasan yang di ajukan oleh ALLAH SWT di dalam RBSS ini, tidak ada ahli dan persatuan yang akan menjadi papa atau pun jadi miskin jika tidak melakukan atau mengadakan Jabatan Perubatan tersebut, kerana masing-masing ahli telah ada mata pencarian mereka sendiri, di mana pada hari ini telah ramai ahli-ahli dari golongan terpelajar, seperti graduan-graduan universiti, karyawan dari pelbagai bidang seperti peguam, doktor perubatan dan ahli koperat dan perniagaan yang menjadi ahli RBSS, meraka pada tujuan asalnya bukan hendak jadi "tukang ubat" apabila mempelajari RBSS ini, asalnya mereka ingin tahu dan ingin memiliki akan Rahsia ALLAH itu, jadi mengapa harus di sogokkan dengan perkara yang bukan-bukan seperti itu?...sepatutnya mereka-mereka ini di ajar bagaimana menggunakan RBSS di dalam profession atau kepakaran/keahlian mereka, bagaimana mereka boleh improvekan perkhidmatan mereka ketika menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawap melalui RBSS.


Dunia pada hari ini amat berbeza dengan 30-40 tahun yang lalu, dunia pada hari ini menuntut kita kepada pembaharuan teknologi dan kemantapan ekonomi, jika kita tidak dapat menyesuaikan Teknologi di dalam RBSS dengan Teknologi Dunia, maka kita akan jadi mundur kebelakang semula seperti zaman 30-40 tahun yang lalu di mana siapa kuat dia lah raja..

Satu lagi fakta benar, segala ilmu-ilmu pengetahuan di dalam RBSS ini adalah sesuai di guna-pakai di dalam semua zaman (sama seperti ISLAM), kita hanya perlu menyesuaikan sahaja sesuatu tindakkan itu dengan keadaan yang di hadapi pada ketika itu, umpamanya jika kita berurusan dengan teknologi perniagaan yang tercanggih pada zaman ini, RBSS maseh boleh mengikutinya ini adalah kerana RBSS adalah pokok dan teknologi itu hanya dedaunannya sahaja, jadi apa masaalahnya di sini...

Begitulah rumusan dari segmen-segmen ALAM GHAIB yang dapat saya ketengahkan pada kali ini, semoga anda telah mempelajari sesuatu daripadanya.

Berjumpa lagi di lain post dengan tajuk yang berlainan.

Wassallam!

Professor BSS


1 comment:

Kakek Tua said...

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimanakah caranya nak apply rbss ni dalam kehidupan kita yang menggunakan teknologi. saya seorang computer programmer... mohon nasihat tuan. tk.