Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #164

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #164

THE ART OF...#9 - PERGAULAN DI ALAM GHAIB

Perkara PERGAULAN DI ALAM GHAIB yang saya perkatakan ini, bukan bermaksud sesuatu pergaulan dengan mahluk-mahluk JIN/SYAITAN atau pun IBLIS seperti yang di lakukan oleh para pengamal paranormal yang lain...

Ini adalah kerana, menurut keilmuan Ke-Rahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati...seseorang itu akan berkebolehan untuk ber-interaksi atau ber-komunikasi dengan mahluk-mahluk TUHAN yang lain seperti para Malaikat, para Waliullah, para Jin/Syaitan, Iblis, para Kadam-Khadam Ayat, para mahluk yang hidup di udara, di lautan, di dalam bumi, atas bumi serta manusia amnya....melalui keistimewaan yang tersemat di dalam keilmuan RBSS ini...., di mana di dalam keilmuan yang lain, amat sukar di lakukan atau terpaksa melalui proses yang sangat rumit....

Apa yang ingin saya jelaskan mengenai perkara ini ialah, bahawasanya dengan mengetahui Ke-Rahsiaan ini maka kita dengan mudahnya dapat menerobos ke alam ghaib tanpa perlu menggunakan jampi serapah atau mengamalkan amalan-amalan yang tertentu...serta kita memiliki perlindungan yang secukupnya dari semua sudut, dan tidak perlu mendapatkan bantuan atau perlindungan dari sesiapa mahluk juga pun...

Untuk menerobos ke alam ghaib pilihan kita, kita tidak perlu untuk meninggalkan tubuh badan atau terpaksa pergi ke alam tersebut.....kita hanya perlu memilih alam ghaib mana dan memasuki alam tersebut dengan segala panca indera yang ada serta berada di tempat yang sama kita berada...cuba ingatkan kembali post yang berkenaan! (bhgn Alam Ghaib)

Jika kita sudah mahir dengan segala teknik serta faham akan kedudukan Alam-Alam Ghaib, maka proses untuk menerobos ke Alam Ghaib ini menjadi mudah dan ringkas!!!, dan tidak menjadi mustahil di lakukan, serta kita berupaya untuk bertemu dengan mahluk apa juga tanpa rintangan....tetapi, kita harus memiliki kekuatan atau power yang mantap serta konsisten di dalam mengamalkan berjurus...

Kerana, banyak risiko dan kemungkinan ketika menerobos ke Alam Ghaib ini, lebih-lebih lagi ke Alam Jin/Syaitan....jadi pastikan anda memiliki power yang konsisten dan mantap.

Sebenarnya, kedudukan Alam-Alam Ghaib ini hanya di sebalik pandangan mata kasar kita sahaja, jika kita kejamkan mata dan maseh terlihat kehitaman, itu bermakna kita tertlihat hadangan atau "hijab" di antara kita dengan Alam-Alam Ghaib yang lain yang di wujudkan oleh ALLAH SWT.

Jika anda telah berupaya melakukannya melalui segala keistimewaan yang wujud di dalam RBSS ini, maka pada bila-bila masa sahaja anda boleh "pergi ke dalam" Alam Ghaib dan melihat sendiri apa yang mereka miliki, cara mereka hidup, bekerja, berkeluarga, bermasyarakat dan menjalankan urusan masing-masing!...

Jadi...jika anda telah berjaya melihat sendiri setiap jenis Alam Ghaib yang wujud, maka anda tidak boleh di tipu oleh mahluk-mahluk seperti Iblis/Jin/Syaitan atau para malaikat yang mempunyai urusan yang tertentu kepada manusia....dan tidak menjadi perkara yang mustahil bagi kita untuk bertemu dengan para malaikat yang berbagai martabat dan pekerjaan di sisi ALLAH SWT....

Di situlah anda akan dapat merasai dan mengetahui betapa tingginya martabat KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ini di dalam diri manusia apabila kita dapat melihat bagaimana mahluk-mahluk yang berada di Alam-Alam Ghaib tersebut melayani diri kita yang ber-RBSS ini, bukan kerana kita ini seorang mahluk manusia tetapi mereka melihat kita kerana pencahayaan yang kita miliki tersebut!, di mana mereka tahu bahawasanya pencahayaan itu adalah kurniaan daripada ALLAH SWT kepada dan hanya manusia sahaja yang memilikinya....

Inilah salah satu kehebatan atau keistimewaan yang wujud di dalam kerahsiaan keilmuan RBSS ini....di mana ianya tidak di perolehi oleh jenis-jenis amalan yang lainnya....Insyaallah!..

Yang uniknya ialah, kita tidak tertakluk kepada Hadas kecil atau pun Hadas besar untuk melakukan penerobosan ke Alam Ghaib ini, kerana yang melakukannya ialah ROH bukannya JASAD kita...

Fakta ini tidak di persetujui oleh kaum Ulama kerana di dalam kitab FIQAH tidak menerangkan perihal ROH secara terperinci mengenai apa yang boleh dan yang tidak boleh di lakukan oleh ROH-ROH manusia.....hanya tertakluk kepada manusia-manusia yang berjasad sahaja....itu sebabnya di dalam HUKUM SYARIAH tidak ada memperuntukkan HAK atau UNDANG-UNDANG untuk ROH MANUSIA!!!

Itu sebabnya di katakan KeIlmuan KeRahsiaan Budi Suci Sejati ini adalah "above of any laws"....tapi jangan di salah tafsirkan, kerana selagi kita bernafas dan menjadi manusia biasa, kita maseh tertakluk kepada segala Hukum-hukum Syariah yang ada tetapi itu semua di dalam kontek kehidupan yang normal dan biasa....

Ianya sama seperti angsakawan yang pergi ke angkasa lepas, apabila mereka berada di sana maka segalanya tertakluk kepada peraturan angkasa lepas seperti soal pergerakan masa, udara, tempat, dan terbuka luas kepada apa juga tanpa batasan....yang sudah tidak sama dengan apa yang kita ada di muka bumi ini....

Oleh yang demikian, belajarnya untuk mengetahui Alam-Alam Ghaib ini secara "Live" kerana jika berdasarkan kepada pembacaan sahaja, anda tidak dapat merasakan keadaan yang sebenar-benarnya....

Melalui pengembaraan ke Alam Ghaib, anda akan dapat belajar mengenai bagaimana ALLAH SWT ini memerintah segala hasil ciptaanNya serta dapat melihat banyak kerahsiaan yang tersembunyi yang tidak dapat di pelajari dari guru-guru atau buku-buku tulisan manusia...

Wassallam!
Professor BSS (
professor_bss@yahoo.com
Tuesday May 20, 2008 - 09:18am (PDT)


No comments: