Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #165

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #165

THE ART OF...#10 - NAMPAK - MELIHAT - MENILAI

Pada kali ini saya ingin menyentuh mengenai perkara yang melibatkan NAMPAK-MELIHAT-MENILAI mahluk-mahluk ghaib seperti yang di kemukakan oleh ramai ahli-ahli RBSS, yang inginkan penjelasan yang lebih lanjut mengenainya....

Pada diri seseorang ahli RBSS itu akan wujud beberapa kategori untuk "melihat" mahluk-mahluk ghaib, di mana ianya SANGAT BERGANTUNG kepada tahap/taraf/martabat diri seseorang ahli tersebut....

Ada yang hanya dapat "nampak" mahluk ghaib secara "sekali imbas", ada yang dapat "melihat" secara "jelas" dan ada yang boleh "meneroka" ke alam ghaib dan bercampur gaul dengan mahluk-mahluk ghaib.....

Tetapi persoalannya ialah....Bagaimana untuk MENILAI apa yang "nampak", apa yang "di lihat" itu benar-benar jenis mahluk-mahluk yang pelbagai jenis/kaum/bangsa itu?????......

DEFINASI

Jika TERNAMPAK

Dari hukum akal maka ianya akan di takrifkan sebagai melihat sesuatu mahluk ghaib berdasarkan RUPA-BENTUK yang kelihatan oleh mata....dengan maksud bahawa yang di lihat itu adalah dalam bentuk secara langsung....seperti anda melihat sesuatu barangan/benda di sekeliling dan anda pasti serta yakin apa yang di lihat itu adalah benar....tetapi KENAMPAKAN itu bukan di NAWAITUkan atau di SENGAJAKAN...

Jika MELIHAT

Dari sudut Ke-RBSS-an, jika seseorang ahli itu MELIHAT sesuatu mahluk ghaib, maka ianya di takrifkan sebagai PENGLIHATAN yang ADA ILMU, kerana ia MELIHAT dengan menggunakan segala apa yang di milikinya, iaitu kelebihan atau keistimewaan PANCA INDERAnya....dan PENGLIHATAN itu pula berdasarkan kemahuan yang di NAWAITUkan atau dengan lain perkataan, ianya di sengajakan untuk MELIHAT mahluk-mahluk ghaib tersebut....


Jika MENEROKA

PENEROKAAN KE ALAM GHAIB merupakan suatu pekerjaan yang sangat UNIK dan di luar HUKUM AKAL kebiasaan manusia biasa yang normal...ianya hanya dapat di lakukan oleh seseorang yang memiliki KELEBIHAN atau KEISTIMEWAAN dari KEILMUAN yang di miliki atau di sebabkan oleh ANUGERAH dari ALLAH SWT....

Ini adalah kerana, PENEROKAAN KE ALAM GHAIB bukan mudah di lakukan TANPA ILMU yang TEPAT dan yang DI REDHAI oleh ALLAH SWT...., melalui keilmuan RBSS ini seseorang itu dapat melakukan PENEROKAAN KE ALAM GHAIB kerana ILMU INI sememangnya ILMU YANG DI REDHAI DAN DI ANUGERAHI OLEH ALLAH SWT kepada setiap manusia....

Berbalik kepada PERMASAALAHAN DI ATAS

Jika secara AMnya, seseorang ahli yang belum KASYAF MATA HATInya dan sering TERNAMPAK atau MELIHAT sesuatu mahluk dari alam ghaib, maka apa yang TERNAMPAK atau apa yang DI LIHAT itu maseh belum boleh di takrifkan sebagai BENAR!!!....

Persoalannya MENGAPA???....

Ini adalah kerana, TANPA MATA HATI yang KASYAF serta TANPA melakukan PENEROKAAN KE ALAM-ALAM GHAIB untuk MELIHAT dan MEMPELAJARI bangsa-bangsa mahluk-mahluk ghaib yang pelbagai itu, maka kita maseh boleh DI TIPU oleh Iblis/jin/Syaitan bagi tujuan PENGELIRUAN dengan pelbagai maksud!!!....

CONTOH

Seperti melakukan PERUBATAN, tanpa keilmuan mengenai mahluk-mahluk ghaib...akan terdapat banyak PENZIARAHAN dari pelbagai mahluk ghaib yang akan mengaku mereka itu adalah Wali itu Wali ini, Malaikat itu dan Malaikat ini tetapi satu pun tidak menemui mahluk ghaib YANG MENGAKU mereka itu adalah JIN itu dan JIN ini!!!!.....

Ramai ahli-ahli RBSS dan golongan pengamal ilmu-ilmu kebathinan yang lain sering DI PERDAYA dengan ucapan atau pengakuan yang sedemikian, dan lebih malang lagi ialah mereka semua merasa percaya dan sangat yakin terhadap apa yang "di temui" oleh mereka, jika mahluk itu mengaku mereka itu seorang Wali atau Malaikat...mereka akan mempercayainya 100%!!!...

Ini merupakan suatu PENYAKIT DI DALAM ILMU....di mana kekurangan ILMU PENGETAHUAN mengenai kehidupan dan kewujudan ALAM-ALAM GHAIB kurang DI TEROKAI dan KURANG DI FAHAMI melalui PENEROKAAN yang sebenar KE ALAM-ALAM GHAIB tersebut....

HANYA dengan PENEROKAAN KE ALAM GHAIB SAHAJA secara PERIBADI (personal) akan dapat MEMASTIKAN dan akan dapat MENILAI SIAPAKAH mahluk ghaib yang mereka temui, walau di mana juga mereka berada....adakah yang di temui itu JIN/SYAITAN, WALI-WALI atau PARA MALAIKAT!!!.

INI ADALAH KERANA SETIAP MAHLUK GHAIB itu memiliki RUPABENTUK yang BERLAINAN, BANGSA YANG BERLAINAN, UNSUR-UNSUR PENCIPTAAN YANG BERBEZA serta KEISTIMEWAAN dan KEBOLEHAN yang tidak sama di antara satu mahluk dengan mahluk yang lain....

Melalui PENEROKAAN KE ALAM GHAIB sahaja, anda dapat MENGENAL-PASTI setiap mahluk ghaib itu secara DETAIL (terperinci) dan melalui pengetahuan tersebut akan menjadikan anda seorang yang sangat ARIF terhadap sebarang mahluk ghaib dan TIDAK MUDAH DI TIPU oleh Iblis/Jin/Syaitan....

Persoalan yang berkaitan....Adakah kita harus mempercayai apa yang kita NAMPAK dan apa yang kita LIHAT???....

Untuk menyaring KETEPATAN apa yang kita nampak dan apa yang kita lihat itu, kita perlulah melakukan beberapa UJIAN atau PEPERIKSAAN dengan menggunakan kaedah keilmuan yang lain seperti melakukan SCANNING dengan menggunakan GERAK (di perbolehkan kerana ingin tahu lebih lanjut), GERAK HATI, GERAK RASA atau MERUJUK perkara tersebut kepada PAKAR-PAKAR MAHLUK GHAIB!!!....(jangan rujuk kepada Professor BSS - nanti tidak dapat buat kerja lain!!!)

MENDAPATKAN PENERANGAN mengenai mahluk ghaib dari orang-orang yang BUKAN berilmukan RBSS juga, harus di telitikan dengan serius kerana BUKAN SEMUA MEREKA itu benar-benar ARIF mengenai mahluk ghaib...ini untuk mengelakkan diri kita dari di pengaruhi oleh maklumat-maklumat yang palsu dan di putar belitkan dari FAKTA yang sebenar!!!....

KERANA menurut SUDUT KEILMUAN, yang bukan tergolong dari golongan orang-orang yang MENGETAHUI KELIMUAN RBSS ini AKAN TERDEDAH kepada TIPU DAYA IBLIS kerana mereka TIDAK MEMILIKI PENCAHAYAAN KERAHSIAAN CAHAYA BUDI yang di anugerahkan oleh ALLAH SWT....sedangkan ahli RBSS yang tidak KASYAF MATAHATI dan YANG KURANG ARIF BOLEH DI TIPU... inikan pula yang TIDAK MEMILIKI CAHAYA BUDI!!!....

KESIMPULAN

Apa yang anda NAMPAK dan apa yang anda LIHAT itu adalah belum CUKUP untuk DI YAKINI SEPENUHNYA tanpa melakukan beberapa SIASATAN YANG RAPI...

TETAPI...jika anda telah mempelajari secara TELITI serta pernah melakukan PENEROKAAN KE ALAM GHAIB bagi tujuan MEMPELAJARI JENIS-JENIS atau BANGSA mahluk-mahluk ghaib, maka peratusan anda untuk DI TIPU atau DI PUTAR BELITKAN oleh bangsa Iblis/Jin/Syaitan adalah TIPIS atau TIDAK BOLEH LANGSUNG!!!!!....

KERANA ITU JUGA....Pengalamanan dan Pengetahuan seseorang itu akan berlainan dengan yang lain, ianya bermula dengan NIAT dan USAHA yang di jalankan sendiri...SETIAP ILMU PENGETAHUAN yang anda RAIH itu, TIDAK AKAN DAPAT DI RAMPAS DARI ANDA walaupun anda seribu kali mengajarnya kepada orang lain!!!....

Dan anda akan berbeza dari orang-orang kebanyakan yang lain kerana KE-ARIFAN anda terhadap APA JUGA ILMU termasuk dengan KEILMUAN mengenal-pasti ALAM-ALAM GHAIB ini...di mana TIDAK ADA BUKU ataupun KITAB yang dapat di tulis dengan TEPAT mengenainya ini...

Wassallam!
Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Sunday May 25, 2008 - 02:15pm (PDT)

No comments: