Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #163

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #163

THE ART OF...#8 - PENGAMAL TERBAIK

Tajuk pada kali ini berdasarkan banyaknya pertanyaan yang ingin tahu bagaimanakah untuk menjadi PENGAMAL RBSS YANG TERBAIK???.....dan persoalan tersebut merangkum soalan-soalan berikut:-

· berapa kalikah dalam seminggu untuk berjurus?

· apakah efek-efek negatif jika terlalu sering berjurus?

· bagaimanakah untuk meng-kasyafkan pandangan mata?

· berapa lamakah amalan harus di lakukan untuk menerima segala keistimewaan yang ada?

Kesemua persoalan di atas ini menjadi fokus ramai pembaca kerana ada di antara mereka telah lama mengamalkan keilmuan RBSS ini, tetapi segala keistimewaan terasa lambat atau sukar di dapati dan ianya bertentangan dengan huraian yang telah saya rungkai di dalam banyak posts...

Tetapi...saya akan cuba merungkaikannya sekali lagi, moga-moga akan ramai yang akan mendapat manfaat dari penghuraiannya ini....

UNTUK MENJADI PENGAMAL RBSS TERBAIK

Seharusnya, dari permulaan mengamalkan keilmuan RBSS ini harus di terapkan nilai-nilai :-

1. IKHLAS

2. TEKUN

3. SABAR

Kerana tanpa ketiga-tiga elemen tersebut, amat sukar bagi seseorang pengamal itu untuk mengecapi tahap atau taraf yang wujud di dalam keilmuan RBSS ini....di mana, kita harus memahami bahawa keilmuan RBSS ini adalah BERKENAAN atau BERSANGKUTAN dengan RAHSIA-RAHSIA ALLAH SWT....dan BUKANNYA SUATU ILMU KUAT, ILMU HEBAT, ILMU MEMPERTAHANKAN DIRI yang biasa kita dengar....

Jika sifat dan sikap IKHLAS/TEKUN/SABAR telah di pupuk dari awal pengamalan, maka akan wujud KESINAMBUNGAN PEMBAIKAN AHLAK berlaku di dalam JIWA KITA dan di situlah akan WUJUD dan DI WUJUDKAN segala KEISITMEWAAN yang terpendam di dalam DIRI SETIAP MAHLUK MANUSIA....

Dan jika di sentuh perkara IKHLAS/TEKUN/SABAR itu pula, maka ianya akan menghimpun segala jenis KEAHLAKAN YANG BAIK-BAIK yang seharusnya setiap MAHLUK MANUSIA itu melakukannya TANPA BICARA....baharulah kita akan dapat menjadi yang TERBAIK dari semua yang TERBAIK....

BERAPA KALIKAH BERJURUS DALAM SEMINGGU?

Sebelum MERASOL, anda harus dan di galakkan untuk berjurus pada setiap hari dan selepas sahaja MERASOL, maka anda di galakkan untuk berjurus sebanyak 3-4 kali dalam seminggu...

Dan apabila sudah mencapai PERINGKAT PENUTUP, maka anda di galakkan untuk sekurang-kurangnya berjurus satu kali (1x) dalam seminggu!....

Tetapi, jika selepas PENUTUP anda ingin melakukannya pada setiap hari, juga di perbolehkan tetapi dengan syarat, anda harus aktif menggunakannya seperti menjawat tugas menjaga ketenteraman awam, aktif dalam perubatan, aktif dalam persilatan atau sesuatu pekerjaan yang memerlukan kawalan keselamatan diri yang kental....

Kerana, efek untuk melakukan amalan berjurus pada setiap hari tanpa sebarang tujuan akan mendatangkan beberapa kesan yang negatif, seperti terlebih "power" dan akan sensitif terhadap barangan yang menggunakan kuasa letrik atau pun bateri....(power kita akan merosakkan barangan tersebut)...selain dari itu, tidak ada efek negatif yang lain...TETAPI ianya akan memberikan impak yang kuat terhadap"pembersihan hati sanubari" kepada sifat-sifat yang lebih baik dari sebelumnya, juga akan mempercepatkan proses mengaktifkan segala KEISTIMEWAAN yang tersembunyi....seperti kasyaf pandangan terhadap Alam-Alam Ghaib....

Setiap INDIVIDU yang mengamalkan keilmuan RBSS ini, akan berbeza jenis-jenis KEISTIMEWAAN yang akan mereka dapati, di mana semuanya akan bergantung kepada NAWAITU atau NIAT yang mereka semaikan di permulaan amalan.....

Jika mereka datangnya dari golongan yang menuntut KEILMUAN KETUHANAN, maka ke situlah akan condongnya ilmu pengetahuan yang mereka amalkan....TETAPI jika mereka datangnya dari golongan yang menuntut keilmuan RBSS ini untuk KUAT, untuk HEBAT dan untuk menjadi SUPER HERO, maka akan kesitulah jenis KEISTIMEWAAN yang akan mereka kecapi kelak....

Mangapa begitu????

Harus di fahami bahawa keilmuan KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini adalah berbentuk UNIVERSAL , MULTI PURPOSE serta UNLIMITED.....jadi, ianya akan bergantung bagaimana anda menggunakannya....

Ambil contoh kenderaan 4WD (pacuan empat roda), akan bergantung penug pada sifat dan sikap pemandunya....ia sukai trek mencabar, highways, hutan belantara atau jalan yang bagaimana....kenderaan 4WD itu akan mengikuti kehendak anda sebagai pemandunya....


TETAPI, di dalam diri setiap MAHLUK MANUSIA sudah ada tersemat suatu INDICATOR METER (meter penunjuk) bagi memberitahu adakah "power" yang kita bina itu mencukupi ataupun tidak.....sebaik-baiknya anda harus menggunakan Indicator Meter ini sebagai penentu samaada anda harus berjurus atau pun tidak pada hari-hari yang anda pilih.....

INDICATOR METER ini akan tersendirinya wujud atau terbit setelah beberapa bulan anda mengamalkan keilmuan RBSS ini, dan ianya juga tergolong di dalam KEISTIMEWAAN RBSS....

TETAPI....jangan menipu atau membohongi diri sendiri!!!!, jika anda telah tahu bahawasanya "power" anda itu lemah dan harus membinanya dengan berjurus, maka anda harus lakukan dengan segera, jika kita berlengah-lengah atau tidak memberikan perhatian, maka akan banyak musibah yang tidak dapat kita hindarkan!!!....

KERANA guru yang TERBAIK adalah DIRI KITA SENDIRI....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Tuesday May 20, 2008 - 02:50am (PDT)

No comments: