Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI -Post #161

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI -Post #161

KOMENTAR PROFESSOR #7

SERUAN BUAT KETIGA-TIGA PERSATUAN BSS DAN GURU-GURU BSS

Seperti yang pernah sayasentuh di post yang lalu bahawa perkembangan keilmuan KE-RAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI akan menjangkau usia 50 TAHUN pada sekitar OGOS 2008 ini...semenjak di perkenalkan dan di kembangkan oleh ALLAHYARHAM BAPAK HJ HASHIM BIN HJ SHARIFF....

Seruan saya yang terdahulu ialah, agar ketiga-tiga AJK-AJK PERSATUAN yang di wakili oleh anak-anak Arwah Bapak dapat di satukan semula di bawah satu bumbung (sila rujuk pada post berkenaan) dan memperhebatkan usaha untuk menstabilkan lagi perkembangan keilmuan RBSS ini di seluruh Malaysia dan dunia...

Dengan penyatuan mereka kembali, maka dapatlah segala rintangan yang sedang melanda perkembangan keilmuan RBSS ini di perbetulkan secara mutlak (two head better than one head)...Dan di harap, sambutan ULANG TAHUN YANG KE-50 ini dapat di manfaatkan oleh ketiga-tiga AJK-AJK PERSATUAN yang sediaada untuk merealisasikan penyatuan JEMAAH GURU-GURU tersebut...

Perkara ini penting, bukan hanya sekadar untuk menyatukan mereka atas sebab-sebab mereka kembali kepada ikatan kekeluargaan!!!, tetapi ada satu tugas yang lebih penting dan lebih besar sedang menanti mereka sebagai JEMAAH GURU-GURU RAHSIA BUDI SUCI SEJATI yang BERDAFTAR dengan KERAJAAN MALAYSIA....dan apakah yang menanti mereka itu???....


Yang menanti mereka ialah:-

MASAALAH UNTUK MEMBERSIHKAN NAMA KEILMUAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI YANG TELAH DI LABELKAN OLEH PIHAK JAKIM SEBAGAI SUATU AJARAN SESAT.....

Saya secara peribadi dan mewakili ahli-ahli RBSS dari semua pemusuk dunia, menyeru pihak Guru-Guru yang ada sekarang untuk menggunakan segala kepakaran yang ada termasuk pihak persatuan yang berada di bawah naungan Guru-Guru, untuk ke depan dan memberikan keterangan dan perincian mengenai KEILMUAN RBSS yang sebenar ini kepada PIHAK JAKIM dan KERAJAAN MALAYSIA...

Sudah tiba masanya untuk melakukan TINDAKKAN SUSULAN kepada PIHAK JAKIM, kerana pada dewasa ini pihak JAKIM telah menggunakan Media TV dan Media Massa yang lain untuk menyiarkan nama-nama AJARAN-AJARAN SESAT YANG DI WARTAKAN kepada pengetahuan orang ramai...

Pada tahun lepas (2007) pihak JAKIM telah menyiarkan berita melalui NTV7 mengenai AJARAN SESAT BUDI SUCI SEJATI dan turut menyiarkan gambar-gambar Hj Masdon dan Arwah Bapak ketika menyiarkan segmen tersebut, dengan di bantu pengakuan-pengakuan dari orang-orang yang pernah mempelajari keilmuan RBSS ini sebagai BUKTI bahawa keilmuan RBSS ini adalah SESAT!...

Blog KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini, maseh belum mampu untuk menangkis persepsi umum yang telah YAKIN bahawa keilmuan RBSS ini adalah AJARAN SESAT kerana ia telah di WARTAKAN OLEH KERAJAAN MELALUI PIHAK JAKIM...

Oleh yang demikian, hanya ketiga-tiga JEMAAH GURU YANG ADA sahaja yang dapat melakukan TUGAS PEMBETULAN FATWA YANG DI KELUARKAN OLEH PIHAK JAKIM ini, dengan menemui mereka dan memberikan PENJELASAN YANG SEJELAS-JELASNYA mengenai KEILMUAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI ini....

Yang dapat di usahakan oleh Professor BSS melalui Blog RBSS ini hanya menjurus kepada ahli-ahli RBSS yang ada dan terhadap orang-orang yang berminat dengan kelimuan ini sahaja, BUKAN TERBUKA KEPADA PIHAK UMUM DI SELURUH NEGARA DAN DUNIA....

Jika pihak JEMAAH GURU-GURU dapat memberikan PENERANGAN YANG TERPERINCI kepada PIHAK JAKIM dan PIHAK JAKIM melalui PENERANGAN YANG DI BERI merasa YAKIN terhadap KESAHIHAN KEILMUAN RBSS ini, maka FATWA yang MELABELKAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI INI sebagai AJARAN SESAT dapat DI PERBETULKAN serta dapat di keluarkan dari senarai AJARAN SESAT di MALAYSIA...

Tugas untuk memberi PENERANGAN kepada Pihak JAKIM bukanlah terlalu sukar atau pun terlalu mudah...tetapi dengan membuat PERSIAPAN YANG RAPI DAN TERPERINCI mengenai INTIPATI KEILMUAN RBSS ini sahaja, akan dapat memberikan JAWAPAN kepada apa yang mereka (JAKIM) cari selama ini....

Pihak JEMAAH GURU-GURU haruslah memilih dan melantik individu-individu yang terdiri dari ahli-ahli RBSS yang PAKAR DI DALAM JURUSAN AGAMA ISLAM, yang merangkum jurusan-jurusan SYARIEE (Perundangan ISLAM), Ilmu Wahyu dan Al-Quran, Sejarah ISLAM (shirah), Ilmu Tahuhid atau Usuluddin sebagai PEGAWAI-PEGAWAI PEMBANTU JEMAAH GURU-GURU...

Ini adalah kerana, tanpa bantuan dari pakar-pakar tersebut..tugas untuk memberi penerangan amat sukar di jalankan di mana Pihak JAKIM akan menugaskan Pakar-Pakar yang sama untuk melakukan temuduga atau kajian mengenai sebarang keilmuan....

Jika persediaan seperti ini dapat di lakukan, maka tugas untuk memberi PENERANGAN kepada pihak JAKIM akan berjalan dengan licin dan sempurna (we are on par with them, in term of knowledges and the officers involves)....

Saya menyarankan untuk mendapatkan bantuan dari pakar-pakar tersebut BUKAN BERMAKSUD MEMPERKECILKAN KEBOLEHAN DAN KEWIBAWAAN JEMAAH GURU-GURU bagi tugas menghadapi pihak JAKIM, tetapi saranan ini untuk memberi KEWIBAWAAN TERHADAP APA YANG DI PERKATAKAN kepada pihak JAKIM!!!...

Seperti anda menghadiri sesi Perundangan di mana-mana Mahkamah, tanpa di bantu oleh PEGUAM YANG BERTAULIAH maka anda akan di pandang remeh oleh pihak Mahkamah yang bertugas, jadi begitu juga senario mengenai permasaalahan menghadapi pihak JAKIM ini...

Oleh itu, saya yang mewakili seluruh ahli-ahli RAHSIA BUDI SUCI SEJATI dari seluruh Dunia, menyeru dan meminta pihak JEMAAH GURU-GURU dan PERSATUAN-PERSATUAN BSS yang ada supaya MELAKUKAN SESUATU dan MEMPERGIATKAN USAHA untuk mengeluarkan nama BUDI SUCI SEJATI daripada SENARAI AJARAN SESAT dan FATWA JAKIM ini....

Jika perkara ini dapat di lakukan dengan jayanya, maka nama keilmuan RBSS ini TIDAK AKAN DI PERTIKAIKAN LAGI OLEH SESIAPA JUA PUN, dan baharulah rancangan-rancangan pengembangan seperti menubuhkan sebuah AKADEMI RBSS dapat di wujudkan TANPA KERAGUAN ORANG RAMAI!!!!......

Kepada pihak JEMAAH GURU-GURU, sekali lagi saya menyeru bagi seluruh ahli-ahli RBSS...BUATLAH SUATU TINDAKKAN DENGAN SEGERA......

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Thursday May 15, 2008 - 07:08am (PDT)


No comments: