Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #151

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #151

THE TECHNOLOGY #36 - BERKENAAN KONFLIK ILMU

Post kali ini adalah kesinambungan dari sebutan pertama kali yang di muatkan melalui Post#148, di mana akan di perjelaskan sekali lagi BERKENAAN KONFLIK ILMU yang berlaku di dalam diri seseorang manusia

DEFINASI KONFLIK ILMU

Sesuatu ILMU yang di AMALKAN oleh diri seseorang yang BERTENTANGAN halatuju serta matlamat keilmuannya sehingga mewujudkan suatu KONFLIK DALAM DIRI TANPA DI SEDARI atau DI SEDARI oleh si pengamalnya......

Perkara ini berlaku di mana-mana dan kepada diri sesiapa juga pun, yang telah memiliki sesuatu ILMU tetapi dalam masa yang sama juga MENGAMALKAN ILMU yang BERTENTANGAN daripada ILMU TERAS....

CONTOH-CONTOH

1. Seorang Graduan Undang-Undang Jenayah yang melakukan kerja-kerja sambilan sebagai Pemeras-Ugut, Pemberi Hutang, Kaki Pukul dan yang berkaitan dengan jenayah...sedangkan di dalam pekerjaan asasnya beliau bertugas sebagai seorang Peguam Jenayah.

2. Seorang anggota Polis yang bertauliah, melakukan kerja-kerja jenayah sebagai pengedar dadah dan pemungut hutang....

3. Seorang Graduan Syariah yang bekerja sebagai Pendidik Agama, di masa luang ia akan melakukan kerja-kerja yang berbentuk judi seperti membeli nombor ekor, berzina, memakan rasuah...

Yang di katakan ILMU TERAS ialah jenis-jenis Ilmu Pengetahuan yang di pelajari secara khusus bagi menjadikan diri seseorang itu adalah Karyawan (professional) di dalam pekerjaan utama mereka...dan KONFLIK ILMU berlaku apabila mereka melakukan kerja-kerja yang berlawanan dengan tugas harian mereka sendiri.....(seperti contoh-contoh yang di berikan sebagai perumpamaan sahaja)

Jadi...Di dalam pengamalanan KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ini juga sering berlaku KONLIK ILMU, di mana seseorang ahli RBSS itu tidak meneliti dengan baik jenis-jenis AMALAN TAMBAHAN yang mereka ambil daripada pihak Guru, samaada ianya akan bertentangan dengan Keilmuan RBSS ini atau tidak!....

Melalui huraian ringkas di dalam Post #148, saya ada menggariskan beberapa jenis AMALAN TAMBAHAN yang sebenarnya akan MENIMBULKAN KONFLIK ILMU dengan Keilmuan RBSS ini, seperti keilmuan Lam Jalala, Kaf40, Pengeras Tangan, Mandi Minyak (yang boleh di kategorikan sebagai).....

Sebagai contoh: LAM JA LALA

Menurut kajian yang di jalankan, keilmuan Lam jalala yang di perturunkan melalui Persatuan ini (BSS), keilmuan Lam Jalalanya telah DI OLAH untuk di jadikan atau di sesuaikan untuk ILMU TEMPUR oleh PENGASASnya (guru yang terdahulu), ini dapat di pastikan melalui bentuk-bentuk zikir dan cara-cara melafazkan zikir yang harus di lakukan oleh para pengamalnya, walhal keilmuan sebenar Lam Jalala yang ASAL adalah berbentuk ANTI-KEZALIMAN (kedamaian) dan cara melakukan dan bentuk zikirnya adalah lembut serta tidak di keraskan....(Menurut kajian juga, keilmuan Lam Jalala ini BOLEH DI UBAH-SUAI menurut kepandainan PENGGUBAHnya bagi tujuan-tujuan tertentu)

Oleh kerana keilmuan Lam Jalala yang ada di perturunkan sekarang (oleh persatuan BSS) telah DI OLAH dan DI UBAH-SUAI untuk di jadikan ILMU TEMPUR, maka secara semula jadinya keilmuan Lam Jalala jenis ini TELAH BERTENTANGAN dengan keilmuan yang di titik beratkan oleh RBSS iaitu ILMU SABAR!.....

Kita ambil dua (2) perkataan yang menyebut ILMU TEMPUR dan ILMU SABAR ini....jika ilmu ASAS atau ilmu TERAS yang kita miliki itu bersifat ILMU SABAR, maka segala ajaran dan cara pengamalannya akan men-syariatkan kita agar sentiasa menundukkan hati dan jangan terpengaruh dengan tindakkan-tindakkan yang boleh menzalimi diri orang lain, dan melalui amalan BERJURUSnya pula, kita di KIKISKAN dari sifat-sifat dan sikap-sikap yang tercela atau pun yang buruk-buruk...melalui pengamalan yang berterusan maka keahlakan yang sempurna akan dapat di capai!....

TETAPI...jika dalam masa yang sama, kita terus menerus mengamalkan Amalan Tambahan seperti Lam Jalala ini, yang menuntut diri sesorang pengamal itu agar menjadi tegas, kuat, hebat serta mampu menerbitkan kenaikan semangat juang yang tinggi....maka dengan sendiirinya KONFLIK ILMU itu berlaku di dalam diri anda......dan apakah kesan-kesan sampingan daripada KONLIK ILMU tersebut???....

1. Proses pembersihan jiwa/hati melalui amalan berjurus akan tergendala atau tersekat-sekat, lalu melambatkan pengembalian kejiwaan/hati yang murni/suci/mulia

2. Di dalam diri pengamalnya akan ada seperti "Split Personality" di antara sifat lembut dan sifat kasar yang sukar di kawal oleh mereka sendiri (maksud sukar di kawal ialah mereka tidak berupaya mengekalkan sifat yang mana satu)

3. Di dalam diri pengamalnya, akan menunjukkan kecenderungan untuk mengamalkan keilmuan yang telah menguatkan salah satu dari dua sifat yang bertentangan tersebut, jika sifat kasar lebih kuat, maka mereka secara sendirinya akan melebihkan pengamalan ilmu-ilmu seperti Lam Jalala dari RBSS, kerana merasa lebih selesa...manakala keRBSSannya kuat, maka mereka akan lebih banyak melakukan amalan BerJURUS!!!

4. Begitu juga dengan ADAPTASI dan APLIKASInya terhadap salah satu dari keilmuan-keilmuan tersebut, yang mana lebih kuat mempengaruhi diri si pengamal, maka jenis ilmu itulah yang suka di gunakannya sewaktu BERTINDAK!....


Akan tetapi, jika si pengamalnya melebihkan amalan berjurus daripada amalan tambahan yang lain, jika mereka ini "pencen" atau "berehat dari beramal", keruntuhan pencahayaan Cahaya Budi itu akan lambat berlaku, lain dengan keadaan yang banyak mengamalkan amalan tambahan, keruntuhan RBSS mereka itu berlaku dengan begitu cepat sehingga sukar untuk mereka itu untuk bangkit dan mengembalikan kekuatan yang seharusnya ada......

Menurut kajian, saya dapati bahawa keilmuan Lam Jalala yang sebenar (yang sebenar adalah berasaskan keilmuan SIFAT 20) tidak akan menjerumuskan diri seseorang itu menjadi sifat dan sikap serta semnagat juang yang tinggi, tetapi ianya akan bergerak secara menyeluruh serta dapat di seiringkan dengan tujuan dan matlamat pengamalan RBSS tanpa juga menerbitkan sebarang KONFLIK ILMU...

Ini adalah kerana bentuk atau corak amalan berzikirnya berlandaskan kepada pembinaan kekuatan Zat dan Sifat yang bukan bertujuan untuk membentuk sifat kekerasan tetapi ianya akan menerbitkan pelbagai keupayaan-keupayaan yang boleh di raih oleh tubuh sejajar dengan Rahsia yang tersembunyi di dalam PERINGKAT ISTIMEWA.....

Dan pengamalan untuk mendapatkannya juga hanya dalam masa 44 hari, sama seperti pengambilan Amalan PERMOHONAN tetapi tidak perlu atau tidak ada proses "mengisi atau mengamal" selepas tempoh amalan asasnya yang 44 hari itu!.....yang sama adalah cara-cara untuk menggunakannya sahaja, seperti cara untuk menerbitkan Tindakkan.....dan memiliki kekuatan yang lebih kuat dan hebat daripada yang Lam Jalala sediaada....tanpa ada unsur-unsur menaikkan semanagat juang yang tinggi!

Tetapi, keilmuan Lam Jalala dari jenis ini (yang original) amat sukar di dapati pada hari ini, kerana orang-orang yang pernah mengamalkannya telah ramai kembali ke Rahmahtullah!!!!, jadi "tak dapek la den menolong"!!!!!!.......

NASEHAT

Apa juga Amalan Tambahan yang ada sekarang, samaada yang telah di miliki atau yang akan di pelajari itu BOLEH dan TETAP BOLEH DI AMALKAN jika mahu TETAPI harus di kurangkan KEKERAPAN DIDALAM MENGAMALKAN AMALANNYA....dengan langkah ini, anda akan dapat mengurangkan risiko-risiko yang boleh menjurus kepada PEMBENTUKKAN KONFLIK ILMUnya.......

Dan PASTIKAN anda mengamalkan AMALAN BERJURUS SECARA TETAP DAN KERAP serta PENGISIAN POKOK BADAN pada setiap hari....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Sunday April 27, 2008 - 05:16am (PDT)

No comments: