Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #152

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #152

THE ART OF...#5 - PERUNGKAIAN ILMU RBSS

Bagi diri saya secara peribadi, penulisan post kali ini adalah amat istimewa sekali kerana persoalan yang di ketengahkan adalah dari beberapa soalan-soalan yang di tanyakan melalui CHATTING di antara pihak penanya dan saya.....di mana persoalan yang di kemukakan berkisar seperti berikut:-

1. Adakah secara peribadi Professor BSS mempraktikkan seperti apa yang terkandung melalui penulisan Blog RBSS ini?

2. Adakah secara peribadi juga, Professor BSS mengecapi apa juga pencapaian dan kejayaan di dalam hidup seharian dengan pengetahuan RBSS yang ada?

Dua persoalan UTAMA tersebut di kemukakan, berdasarkan rungkaian keilmuan di dalam RBSS ini yang berjaya di ketengahkan oleh Professor BSS dan umum ingin mengetahui samaada Professor BSS ini benar-benar mempraktikkan apa yang di katakan melalui semua penulisannya......

Persoalan jenis ini juga, pernah di kemukakan oleh orang-orang yang terdekat dengan diri saya sendiri, kerana di waktu-waktu yang lalu mereka tidak dapat mengesan atau dapat melihat apa yang di ketahui oleh Professor BSS ini, dan melalui Blog RBSS inilah kebanyakan Rahsia-Rahsia diri mula terbongkar!!!....

Sebagai memperjelaskan kedudukan yang sebenar, saya menyifatkan persoalan yang di kemukakan itu adalah menjurus di dalam THE ART OF atau SENI DI MENGENAI SESUATU bidang.....

Umpamanya, apa juga rungkaian jenis-jenis ILMU PENGETAHUAN yang di ketengahkan melalui Blog RBSS ini, adalah di dapati dari Proses Pembelajaran yang di lalui oleh diri saya sendiri sepanjang hampir 31 tahun mengamalkan, mempelajari, menuntut, mengkaji, meneroka, menjelajah, ke atas, ke bawah, ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang dan cuba sedaya upaya menimba segala keilmuan mengenai apa yang tersembunyi di dalamnya secara banyak yang termampu di raih dan di anugerahkan oleh ALLAH SWT....di mana segala proses pembelajaran tersebut bukan hanya datang bergolek dengan begitu mudah sahaja, tetapi terpaksa melalui perbagai duga-dugaan, cabar-cabaran, uji-ujian, dan jatuh bangunnya ketika menimba ilmu ini....

Jika proses pembelajaran tersebut di bukukan segala cerita yang berlaku dan di alami. maka ia akan menjadi sebuah lagi buku yang khusus!!!.....jadi, melalui lain perkataan...untuk memiliki dan untuk menguasai keilmuan yang wujud di dalam KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati ini BUKANLAH MUDAH dan TIDAK SEINDAH seperti yang di sangkakan oleh umum.....


Berbalik kepada soalan No.1

Jawapan khususnya adalah YA....kerana melalui proses pembelajarannya, kita harus MENGADAPTASI dan MENGAPLIKASI segala apa yang di ketahui bagi tujuan MERASAKANNYA SENDIRI dan BUKAN melalui kaedah PANDANG & DENGAR sahaja....

Ini membawa maksud bahawa 95% keilmuan yang bercorak APLIKASI atau PENGGUNAAN yang di ketengahkan, adalah telah dan sudah DI ALAMI sendiri dan telah dapat di RASAKAN segala TIDAK-BALAS atau KESAN-KESANNYA melalui proses-proses PENG-APLIKASIAN...

Perkara ini adalah seperti suatu peribahasa golongan Tassawuf yang berkata "Man Lam Yazuk Man Lam Yakrif" - "Barangsiapa belum merasai - ia belum mengetahui"......

Jika KEYAKINAN yang saya miliki ini tidak kukuh, tidak mantap, tidak menentu berkenaan APA YANG SAYA KATA, maka saya merasakan bahawa saya maseh jauh daripada LAYAK untuk memperkatakan, apatah lagi untuk di jadikan suatu TELADAN dan TUNJUK-AJAR kepada UMUM....

Ambil suatu contoh, seseorang yang membuka perniagaan membaiki komputer, tidak kan berani membuka perniagaan tersebut tanpa terlebih dahulu mempelajari selok belok atau ilmu membaiki komputer!!!....jika seseorang itu maseh belum YAKIN bahawa ia mampu untuk membaiki sebarang kerosakan pada sesebuah komputer, saya tidak yakin ia akan membuka perniagaan yang sedemikian....kerana, jika ia lakukannya juga, itu bermakna ia akan memperbodohkan dan menyusahkan dirinya sendiri, di sebabkan melakukan sesuatu pekerjaan yang bukan di ketahui olehnya sendiri.....

Begitu juga halnya dengan seorang Tukang Masak, jika ia tidak tahu dan tidak mampu memasak pelbagai jenis masakan, adalah mustahil ia dapat melakukannya sendiri tanpa pertolongan orang yang mahir.....kerana setiap cabang ilmu itu, akan ada keilmuannya yang tersendiri untuk di ketahui.....

Soalan No.2

Secara jujur dan ikhlas saya jelaskan bahawa, saya tidak sekaya seperti orang-orang yang kaya dengan wang ringgit dan harta benda atau berada di dalam kemewahan yang berlebihan.......

Bagi segelintir orang, kegagalan memanfaatkan keilmuan yang ada pada diri sendiri untuk tujuan pembinaan kekayaan wang ringgit dan harta benda, adalah suatu KEPINCANGAN DIRI yang nyata....atau di dalam lain maksud, ia menggambarkan seperti CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!!....

Perkara seperti ini sering di ajukan terhadap diri saya sepanjang 31 tahun mengamalkan RBSS ini, saya tidak menyalahkan orang-orang yang bertanya ataupun Tuhan mengenai perkara ini....kerana kita harus melihatnya dari perspective atau sudut yang betul.

Jika ilmu yang saya miliki ini, adalah ilmu yang melibatkan sesuatu kepakaran bagi sesuatu tugas dan pekerjaan yang boleh di perlukan oleh ekonomi dan pembangunan negara, seperti ilmu kejuruteraan, ilmu pertanian, ilmu pendidikan sekular, ilmu kenderaan, ilmu pertahanan ketenteraan, ilmu komputer, ilmu masakan, ilmu jahitan, ilmu pembinaan bangunan dan apa-apa yang berkenaan dengan kekaryawan yang berbentuk umum...,jika saya tidak berjaya memanfaatkannya kerana sifat malas atau tidak mahu berusaha, itu bermakna saya telah gagal dalam arti kata CAKAP TAK SERUPA BIKIN.....

Kerana apa juga bentuk kekayaan wang ringgit dan harta benda, adalah perlu di raih melalui PENG-APLIKASI-AN jenis-jenis keilmuan yang berbentuk kekaryawan seperti yang di sebutkan di atas, dan seperti yang kita pelajari di sekolah-sekolah, institusi-institusi dan universiti-universiti yang menawarkan pelbagai jurusan ilmu bagi kegunaan pasaran buruh di merata dunia...

Kedua, secara jujurnya...sewaktu ingin menimba keilmuan RBSS ini, Nawaitu atau Niat yang saya sematkan di dalam hati, BUKAN BERTUJUAN UNTUK KAYA atau UNTUK MENGUMPULKAN HARTA BENDA....tetapi ia bertujuan dan di tujukan kepada NIAT untuk mengetahui KERAHSIAN-KERAHSIAN yang di miliki di dalam ILMU KETUHANAN bagi kegunaan DI DUNIA dan DI AKHIRAT....

Dan secara jujurnya juga, kerana NIAT TERSEBUTlah saya DI HUJANI DENGAN PELBAGAI-BAGAI DUGAAN HIDUP YANG SANGAT MENCABAR, dan ianya berlaku di dalam hidup seharian saya sendiri....melalui dugaan-dugaan dalam hidup tersebutlah, PEMFOKUSAN saya terhadap hal-hal KEDUNIAAN yang membentuk perihal kekayaan TIDAK DAPAT DI LAKUKAN DENGAN JAYANYA....KERANA kehidupan saya ini telah memasuki suatu ALAF BAHARU yang melibatkan kehadiran diri ke dalam ALAM-ALAM yang lebih RAHSIA, yang banyak menguji kepada tahap KEYAKINAN terhadap ALLAH SWT itu sendiri...

Dan dapat saya rasakan, setiap ujian yang di tempuh itu penuh dengan HIKMAH dan FADHILATnya yang tersendiri, di mana di setiap KEJAYAAN menempuhkannya di kurniakan dengan kenaikan MARTABAT atau TARAFnya yang tersendiri di dalam keilmuan ini...dan BUKAN dengan IMBUHAN WANG RINGGIT taupun dalam bentuk HARTA BENDA.

Sedangkan, pelajar-pelajar anak didik saya sendiri ada yang telah menjadi kaya raya setelah di ajarkan bagaimanakah untuk meraihnya melalui pengetahuan keilmuan RBSS ini!!!...kenapa ianya berlaku seperti itu?...kenapa mereka boleh berjaya dan saya tidak???.......

Jawapanya mudah!!!...KERANA NAWAITU atau NIAT mereka itu adalah TIDAK SAMA DENGAN NAWAITU dan NIAT yang saya NIATKAN....jelasnya, mereka mempelajari keilmuan RBSS ini adalah kerana untuk meraih KEKAYAAN DUNIAWI...dan selalunya ALLAH SWT akan mengurniakan APA YANG DI HAJATI DAN YANG DI USAHAKAN OLEH MAHLUKNYA.....

Yang jelas ialah....walaupun anak didik saya itu kaya dengan harta benda dan wang ringgit TETAPI mereka TIDAK DAPAT MEMILIKI RAHSIA-RAHSIA KEILMUAN RBSS INI seperti yang saya miliki....jadi itu bermakna, saya KAYA DENGAN ILMU KETUHANAN dan mereka KAYA DENGAN HARTA KEDUNIAAN!!!....

Seperkara lagi ialah, di dalam beberapa hal yang bersangkutan PENG-ADAPTASI-AN dan PENG-APLIKASI-AN RBSS di dalam kehidupan harian sebagai seorang yang ber-RBSS, mereka itu gagal untuk mencapai tahap atau level yang sepatutnya mereka duduki!!!...kebanyakan dari mereka itu gagal untuk MENG-APLIKASIKAN RBSS bagi memberikan BANTUAN KEPADA ORANG LAIN seperti kes-kes merawat penyakit umpamanya...dan hanya memberikan FOKUS kepada PENG-APLIKASIAN yang menjurus kepada pengumpulan harta benda dan wang ringgit!!!...kerana itu sahaja yang mereka mahir.

Cuba anda lihat di sekeliling anda, pernahkah anda lihat manusia yang menguasai sesuatu ILMU KETUHANAN yang berbentuk SPIRITUAL itu KAYA RAYA atau hidup seperti MILLIONAIRE dan BILLIONAIRE????...

JIKA ADA PUN....Keilmuan ILMU KETUHANAN yang SPIRITUAL yang mereka miliki itu adalah dalam bentuk SIMBOLIK sahaja, di mana KEROHANIANnya adalah kosong dan tidak TER-ISI keilmuan yang sebenar.

KENAPA PERKARA INI BEGITU?????.........

KERANA....ALLAH SWT itu hanya memberikan kita dua (2) sahaja pilihan untuk di pilih, satu adalak PAHALA dan kedua adalah DOSA, atau dalam lain perkataan...kita harus membuat pilihan untuk tinggal di SYURGA ataupun di NERAKA.

Jika pilihan kita itu SYURGA, maka segala IMBUHAN yang HARUS KITA NIKMATI MELALUI SEGALA USAHA YANG KITA LAKUKAN DI MUKA BUMI INI AKAN DI BAHAGIKAN KEPADA TIGA (3) BAHAGIAN:-

1. 1/3 di berikan sewaktu hidup di muka Bumi

2. 1/3 di berikan sewaktu di Alam Barzakh

3. 1/3 di berikan sewaktu berada di Alam yang Kekal yakni SYURGA

Begitu juga jika sekiranya kita memilih NERAKA, maka segala IMBUHAN itu juga akan di bahagikan kepada Tiga (3) bahagian:-

1. 1/3 di berikan sewaktu hidup di muka Bumi

2. 1/3 di berikan sewaktu di Alam Barzakh

3. 1/3 di berikan sewaktu berada di Alam Pembalasan yakni NERAKA

Oleh kerana ALLAH SWT itu sangat CINTAKAN dan sangat SAYANGKAN HAMBA-HAMBANYA yang berusaha ke arahNYA, maka HAMBA-HAMBA yang sedemikian DI JANJIKAN SYURGA-SYURGA YANG KEKAL BESERTA SEGALA KENIKMATAN DI DALAMNYA....

Manakala yang inginkan segala NIKMAT dan KEKAYAAN semasa berada di muka Bumi ini, akan di penuhi segala IMPIAN mereka itu dan meninggalkan hanya sedikit untuk mereka di HARI AKHIRAT KELAK....dan ini tidak akan menjamin mereka untuk melepasi TITIAN yang di namakan SIRATAL-MUSTAQIM!!!.....

Justru itu, kata-kata yang mengatakan saya gagal dalam hidup kerana tidak memanfaatkan segala keilmuan RBSS dari sudut mengumpul kekayaan dunia, BUKAN suatu jawapan yang mengatakan bahawasanya saya GAGAL untuk MENG-APLIKASIKAN RBSS di dalam urusan yang lain....

KESEMUANYA AKAN BERGANTUNG KEPADA NAWAITU atau NIAT yang di sematkan di dalam sanubari....tetapi PILIHAN TERSEBUT terbuka kepada PEMILIHAN dari pemikiran setiap individu!!!.......

Wassallam!
Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Sunday April 27, 2008 - 09:06pm (PDT)

No comments: