Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #149

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #149

THE Q&A #5 - FROM PUTING BELIONG

Ini adalah permintaan khas daripada PUTING BELIONG yang mahukan saya menyiarkan message beliau agar dapat di baca oleh POLAN ABDULLAH...

Dengan itu, saya extractkan message Puting Beliong untuk tatapan semua dan seperti berikut:-

puting beliong has sent you a message

· puting beliong

· Offline IM

· putin liong, 49 / M spore, Singapore

Sent To: Professor BSS

Si-POLAN ABDULLAH Q&A.

Assalammualaikum tuan prof.

Setelah saya membaca the latest blog dari prof berkenaan si- polan abdullah,saya rasa beliau tidak memahami ilmu RBSS yang prof laung laungkan di blog ini. Dan saya berpendapat prof pelawa beliau untok pelajari RBSS supaya beliau dapat penerangan yang terperinci dan tidak tersasau jauh dari apa yang beliau ketahui. Ini cukup jelas daripada apa yang beliau kemukakan kepada prof. Saya harap beliau dapat menghubongi prof sekali lagi dan saya harap beliau dapat menerangkan kepada prof dari segi apa yang beliau rasa prof dan pengamal RBSS perlu bertaubat?. Kalau beliau benar hendak memberi petunjuk yang di redohi oleh yang maha mengetahui,saya tidak keberatan untok menerima teguran dari beliau.Sekian wasalam.

Note; HARAP TUAN PROF POST WARKAH SAYA INI SUPAYA BELIAU DAPAT MENGETAHUINYA

Pendapat peribadi saya mengenai POLAN ABDULLAH yang meminta saya supaya bertaubat, bertahajut dan bersholat hajat itu lebih mencerminkan kepada pandangan peribadi POLAN ABDULLAH dari suatu sudut yang sempit...

Jika di amati penulisan beliau ketika mengupas Blog RBSS yang saya siarkan juga tidak menggambarkan keikhlasan hati, kerana tujuan atau agenda soalan yang di kemukakan menjurus kepada soalan yang berbentuk politik peribadi dan bukan dengan niat untuk belajar atau mempelajari sesuatu....Di mana beliau sering membuat perbandingan dengan orang-orang Kristien yang membukukan Bible...

Kerana, jika inginkan maklumat yang mendalam untuk mengetahui kewujudan dan perkembangan Bible dan Islam, saya nasehatkan untuk melayari website: www.ahmeddeedat.com di mana Allahyarham Ahmed Deedat ini adalah seorang Tokoh zaman ini yang berjaya mencungkil segala kesilapan-kesilapan pembukuan Bible oleh para Padri-Padri bagi tujuan penyimpangan dari ajaran yang di turunkan kepada nabi Isa as...Ahmed Deedat juga mendedahkan pelbagai perkara yang di reka cipta oleh para padri yang tidak seiring dengan Bible yang asal...di harap POLAN ABDULLAH boleh mempelajarinya melalui website tersebut!...Allahyarham Ahmed Deedat ini di gelar oleh masyarakat barat sebagai The Muslim that knew Bible than the kristien itself....

Dan saya juga sarankan kepada POLAN ABDULLAH agar dapat mencari dan membaca buku yang bertajuk KUNCI MEMAHAMI ILMU TASSAWUF hasil tulisan Dr Mustafa Zahri yang di terbitkan oleh PT Bina Ilmu pada cetakan tahun 1979, kerana melalui buku tersebut akan dapat di pelajari banyak perkara mengenai rahsia-rahsia diri dan Ketuhanan....

Juga saya sarankan kepada POLAN ABDDULLAH untuk membaca juga buku AKIDAH ISLAM (kitab tauhid) tulisan Guru Besar Universiti Al-Azhar terbitan dan cetakan tahun 1974, kerana buku/kitab tersebut menerangkan dengan jelas kerahsian dalam tubuh manusia, ketuhanan, mahluk-mahluk ghaib dan penjelasan mengenai Surga dan Neraka....dan banyak lagi kitab-kitab yang boleh menguatkan keilmuan mengenai ILMU KETUHANAN di pasaran....

Apabila kita kurang membaca buku-buku atau kitab-kitab ilmu mengenai pelbagai perkara, maka ilmu pengetahuan kita menjadi cetek dan pemahaman kita terhadap sesuatu itu akan berkurangan, dan apabila kita berhujah tanpa sesuatu ilmu pengetahuan yang menyeluruh maka segala hujah-hujah kita itu akan menjadi lemah dan sering menggunakan kaedah TAQLIK untuk mematikan keilmuan yang sebenar...ini adalah kerja golongan orang-orang Mutakalimin iaitu golongan yang bersandarkan kepada dalil akal fikiran tanpa di sokong oleh pengetahuan ilmu pengetahuan yang mencukupi di dalam jurusan-jurusan yang di perkatakan...Trend ini adalah dari zaman Byzantine dan Rome yang menawan negara-negara Islam pada zaman dahulu, lalu menyematkan ideology kekafiran mereka ke dalam pengajaran Islam dan wujudlah Mahzab Al Jabariah dan Mahzab Al Qadariah daripada konsep tersebut...(sila rujuk post #68 mengenai Mahzab)

Ini adalah berbeza dengan perkembangan KERAHSIAAN RAHSIA BUDI SUCI SEJATI di mana ianya tidak boleh di klasifikasikan sebagai apa-apa juga Mahzab/Aliran Kefahaman yang bercorak kepada AGAMA, di mana POLAN ABDULLAH telah mensalah-tafsirkan di antara kedua-duanya iaitu ISLAM dan RBSS....maknanya perkara POKOK yang harus di ketahui mengenai kedua-duanya tidak dapat di fahami oleh beliau dan itu telah menjadikan beliau FANATIK terhadap Idelogy dirinya sendiri.....(harap baca post #97 dan post-post dari #100 - #120)

Saya secara peribadi tidak tersinggung atau pun marah kepada POLAN ABDULLAH, tetapi beliau telah menerbitkan dan menimbulkan rasa marah ramai orang dengan soalan-soalan dan kenyataan-kenyataan melalui keilmuannya yang kurang mantap...jadi, jika anda memulakan maka anda jugalah yang mengakhirinya...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Wednesday April 23, 2008 - 07:25pm (PDT)

No comments: