Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #148

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #148

THE TECHNOLOGY #35 - ILMU YAKIN

ILMU YAKIN sebenarnya adalah suatu keilmuan yang berdiri sendiri yang tumbuh di dalam jiwa seseorang manusia berdasarkan kepada apa yang di ketahui dan yang di pelajari serta yang dapat di kuasai oleh akal fikiran mereka...

Dan ILMU YAKIN ini pula ada pelbagai jenisnya bagi diri seseorang untuk meyakini sesuatu perkara, perkara yang akan di perkatakan pada kali ini ialah mengenai YAKIN TAJJALI yang di kemukakan oleh seorang pembaca dari UUM (dead_k137) yang meminta saya mengupasnya dari sudut keilmuan RBSS...

YAKIN TAJJALI bermaksud:-

· Yakin adalah keadaan yang dapat mententeramkan hati tanpa keragu-raguan dalam segala tindakkan.

· Bahawa keyakinan itu adalah suatu ilmu yang tidak sesatkan angan-angan dan tidak di campuri keragu-raguan.

· Bahkan keyakinan itu adalah Nur/Cahaya yang di jadikan oleh Allah swt di dalam hati hambanya sehingga bantuan "yakin" itu dapat jelas baginya segala perkara yang ghaib

Bahawa yakin itu juga adalah kerajaan Qalbu dan dengan keyakinan itulah menjadi sempurnanya Iman dan yakin itu pulalah kunci untuk Makrifatullah,

seperti Firman Allah Surah Al-Baqarah Ayat 4 yang bermaksud:

"Dan mereka yang percaya apa-apa yang di turunkan (Quran) kepada mu Muhammad dan apa-apa (semua kitab-kitab suci) daripada sebelum dan mereka itu meyakini pada hari akhirat".

Ini bahawa, Yakin itu adalah "IMAN"...Tetapi tidak semua "Iman" itu adalah Yakin, kerana Iman itu kadang-kadang dapat di masuki "Ghaifilah/Kelalaian", sedangkan Yakin itu tidak boleh di masuki kelalaian!....

YAKIN juga terbahagi kepada 3 bahagian atau Taraf:-

1. BAYANGAN HATI:- pada taraf ini di namakan NURUL AKLI atau MAKAM ILMU YAKIN

2. PENGLIHATAN HATI:- pada taraf ini di namakan NURUL ILMU atau MAKAM AINUL YAKIN

3. HAKIKAT PENGLIHATAN HATI:- pada taraf ini di namakan NURUL HAQ atau MAKAM HAQQUL YAKIN

Oleh yang demikian, walaupun banyaknya pecahan mengenai ILMU YAKIN ini dan terdapat dengan banyaknya penjelasan-penjelasan mengenainya melalui pelbagai kitab-kitab, yang pasti ianya menjurus kepada satu perkara yang amat pokok iaitu Kepercayaan kita terhadap kewujudan Allah swt tanpa ada rasa sebarang keraguan di dalam hati kita...

Jika perkara yang pokok (utama) itu dapat di perjelaskan di dalam hati, maka sebagai seorang manusia yang di jadikan olehNya, dan mengetahui apa kebolehan yang telah di anugerahkan olehNya juga...kita tanpa sebarang keraguan dapat melakukan apa sahaja dengan bantuan ILMU YAKIN tersebut.

Jika ianya di balikan kedalam keilmuan Rahsia Budi Suci Sejati, perkara yang paling pokok juga adalah KEYAKINAN yang menjadi perkara nombor satu di dalam PRINSIP RBSS!...

Ini membawa maksud, dengan KEYAKINAN yang tanpa di cemari atau di masuki apa-apa juga kelalaian, rasa Yakin itu telah menjadi sesuatu yang sangat kuat, sangat padat, sangat kukuh dengan kepercayaan terhadap yang satu iaitu kepada ALLAH SWT, lalu sesuatu TINDAKKAN di lakukan dan sempurna kejadiannya, maka itulah di katakan YAKIN TAJJALI.....

Jika jenis KEYAKINAN taraf Yakin Tajjali ini di kuasai dengan sebaik-baiknya oleh semua yang telah ber-RBSS, maka di dalam setiap Tindakkan mereka yang menggunakan kekuatan 100% RBSS akan menjadi dengan sempurna.

· Tidak akan ada permasaalahan yang timbul di dalam apa juga Tindakkan yang di lakukan semasa menggunakan segala keupayaan/kebolehan yang wujud di dalam RBSS, tidak akan ada Proses CABUTAN/TARIKAN yang gagal di lakukan, jika ianya di lakukan ketika proses mengeluarkan sesuatu mahluk halus dari sebarang tubuh manusia yang di serap oleh mahluk-mahluk tersebut!...

· Tidak akan ada kegagalan di dalam melakukan sebarang proses PENYEMBUHAN PENYAKIT ketikan menggunakan 100% JURUSAN RBSS

· Tidak akan ada kegagalan berTindak menggunakan JURUSAN ketika bertempur dengan musuh atau dalam masa darurat.

· Tidak akan ada kegagalan berTindak menggunakan JURUSAN ketika masa-masa yang bukan dalam masa darurat

· Tidak akan terpesong HAKIKAT untuk menggunakan jenis-jenis ILMU yang lain untuk berTindak, melainkan menggunakan 100% RBSS.

TETAPI...jika taraf YAKIN TAJJALI terhadap penggunaan 100% RBSS itu belum tercapai, maka Hakikat diri seseorang yang ber-RBSS itu maseh lagi terdorong untuk menggunakan keilmuan yang lain ketika berTindak seperti menggunakan keilmuan Lam Jalala, Permohonan, Kaf40, Atom dan sebagainya di dalam apa juga proses Tindakkan mereka....

Kelakuan ini membawa maksud bahawa taraf KEYAKINAN mereka terhadap apa yang wujud di dalam keilmuan RAHSIA BUDI SUCI SEJATI itu maseh lemah, maseh goyah, maseh belum kukuh, maseh ragu-ragu dan maseh belum percaya bahawa apa yang ada di dalam RBSS ini adalah serba boleh!....


SEBABNYA:- Kerana kita sering melakukan KONFLIK ILMU di dalam hati dan fikiran kita sendiri....

APAKAH KONFLIK ILMU yang di maksudkan itu?????

KONFLIK ILMU yang di maksudkan itu adalah, dengan menambah jenis-jenis keilmuan yang lain ke dalam diri kita yang telah ber-RBSS dengan Amalan Tambahan seperti (khususnya) Lam Jalala, Kaf40, Pengeras Tangan, Mandi Minyak atau jenis-jenis keilmuan yang bertentangan dengan Tujuan keilmuan RBSS itu sendiri.

Harus di fahami dan di yakini bahawa keilmuan Rahsia Budi Suci Sejati ini adalah suatu ilmu yang di dalam ILMU SABAR, jenis ilmu yang mencanai keperibadian diri seseorang itu kepada sifat-sifat dan sikap-sikap yang rendah diri, tidak angkuh, tidak bongkak, tidak riak, tidak takbur, tidak kikir, tidak tamak, tidak haloba, tidak dengki, tidak khianat dan seterusnya itu...

Jika dengan amalan dan ajaran yang di terapkan oleh RBSS menjurus ke arah itu, lalu diri kita ini memperoleh "kesejukan dan kesyahduan" yang amat tenang dan sabar....mengapa kita harus memasukkan sesuatu peradapan yang bertentangan sifat-sifat dan sikap-sikapnya???....kerana amalan-amalan tambahan seperti yang di sebutkan itu kesemuanya memiliki unsur-unsur semangat yang membolehkan diri seseorang itu melakukan perkara-perkara yang bertentangan serta dapat membakar semangat diri seorang pengamalnya untuk bertindak kasar, zalim dan khianat....

Di dalam lain perkataan, di suatu masa kita mengasah diri dengan melakukan amalan berJURUS supaya dapat MENGHINDARKAN SEGALA MARA BAHAYA dan membina ketenangan keadaan sekeliling kedalam keadaan yang aman damai...tetapi di masa yang sama juga kita mengamalkan ilmu-ilmu yang "panas" yang dapat membakar semangat dan kekuatan untuk bertindak "kasar" terhadap mahluk yang lain.....dan ini di katakan sebagai KONFLIK ILMU dan jauh dari taraf YAKIN TAJJALI......

Perkataan TAJJALI itu juga membawa maksud bahawa KENYATAAN TUHAN (bahawasanya Allah swt itu wujud) seperti Firman Allah swt melalui Surah An-Nur Ayat 25 yang bermaksud:- "Allah itu cahaya langit dan bumi".....

Berdasarkan Ayat tersebutlah kaum Shufi (ahli tassawuf) berasa yakin bahawa akan beroleh pancaran Nur Allah Tajjalinya Allah, di mana Allah Tajjali dengan Af-alnya, asmanya dan zatnya yang tidak tersembunyi..."mutajalli min zatihi la yakhafa"....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Wednesday April 23, 2008 - 06:07pm (PDT)

No comments: