Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #147

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #147

THE Q&A #4 - FROM POLAN ABDULLAH

Email ini saya terima dari seseorang yang menamakan dirinya sebagai POLAN ABDULLAH yang telah mengemukakan pelbagai soalan, dan extract dari email beliau adalah seperti di bawah ini....semoga persoalan-persoalan yang di timbulkan serta saranan beliau dapat di manfaatkan sebagai suatu sumber mata pelajaran bagi mempelajari sesuatu jenis pemikiran manusia terhadap sesuatu yang wujud dan di wujudkan di Alam Maya ini....

Saya menerima dan melihat soalan-soalan dari POLAN ABDULLAH dengan hati dan fikiran yang terbuka tetapi tidak tertakluk dengan buah fikiran dan pendapatnya...sebagai penulis Blog Rahsia Budi Suci Sejati ini, saya akan memberi peluang kepada semua untuk mengemukakan apa juga jenis pandangan dan seperti biasa saya akan mengulasnya menurut kepada apa soalan-soalan yang di lontarkan...dan anda pembaca umum carilah sesuatu yang boleh di pelajari melaluinya...

Jawapan dari saya adalah menggunakan huruf yang berwarna BIRU!

Polan Abdullah

Tuesday, April 22, 2008 1:09:53 AM

Assalamu'alaikom,

AlhamduLILLAH kerana berkesempatan menerangkan apa2 yang boleh diterangkan mengenai ilmu2 yang selalu disorok-sorok seperti RBSS di blog:

http://blog.360.yahoo.com/blog-9r8j27klfqjDVpOVUHtQBLeNeb5Y?l=141&u=145&mx=146&lmt=5

Selain itu, saya jangka dengan tulisan dan analisa2, Prof tidak secara langsung telah mula mengkaji apa yang sebenar tu RBSS serta perilaku tokguru serta pengamal2nya.

Sebagaimana orang2 Kristian yang intelektual, selepas mereka mengkaji Islam, lama2 mereka tertarik untuk tinggalkan agama Kristian dan memeluk Islam. Tetapi di Indonesia, orang2 Islam yang kebulur (serta kurang intelektual) meninggalkan agama Islam demi makanan.

Prof:- Bak kata Tan Sri Musa Hitam (mantan DPM Malaysia di bawah pemerintahan Tun Mahathir - itu adalah masaalah "PERUTISM" (perut kena isi dulu!!!)

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya komen posting #6 sudah cukup, kerana ini akan menguji consistency kenyataan2 yang ditulis. Saya berharap gunalah pemikiran Prof yang telah diasah semasa belajar di USA tu supaya memberi manfaat.

Prof:- Kerana pengajian saya di USA itulah yang membolehkan saya membuka luas pandangan dan fikiran mengenai sifat dan sikap manusia kerana jurusan yang saya ambil adalah dalam Business Administration (Phd) di mana saya sendiri tidak terpengaruh dengan sikap dan sifat Tok-Tok Guru di sana yang mengasingkan kepercayaan kepada TUHAN di dalam melakukan sesuatu kajian dan tugas-tugas yang akan kita lakukan!!!, kerana bagi mereka kepercayaan kepada TUHAN akan membataskan usaha-usaha yang akan di lakukan oleh setiap manusia (ini fahaman merekalah)

Format: Saya copy-paste kenyataan asal dari blog Prof dalam Kenyataan #, di ikuti Soalan.

Kenyaatan 1) jika kita merujuk kepada Ahli Tassawuf, kebanyakan mereka hanya akan memberikan senyuman manis dan menasihati kita agar memelihara Ilmu tersebut sebaik mungkin, kerana mereka ini dapat melihat Cahaya yang kita miliki

Soalan A) Siapa kah "kebanyakkan" ahli Tassawuf tersebut ? 1-2 orang sahaja atau lebih 50% dari guru2 tarikat di Malaysia

Prof:- Yang saya sebut melalui Blog RBSS berkenaan dengan kenyataan di atas, adalah perbezaan di antara orang-orang yang Ber-Tauhid, yang Ber-Fiqah dan yang Ber-Tassawuf, bukan seperti sangkaan POLAN ABDULLAH yang menjurus kepada orang-orang yang Ber-Syariat, yang Ber-Tarekat, yang Ber-Hakikat dan yang Ber-Tassawuf....kerana kedua-duanya adalah membawa pengertian yang berbeza!...melalui pengalaman, ahli-ahli Tassawuf yang beretika demikian adalah 100%!!!.....apabila saya merujuk sesuatu, saya tidak menempatkan lokasi dan itu bermakna sesuatu itu berlaku di seluruh jajaran muka Bumi ini!!!...

Dan sekiranya ilmu RBSS lebih tinggi dari ilmu Makrifat (dari amalan Tassawuf) sehingga kalau ahli RBSS belajar ilmu Makrifat dan zikir2 selama 4 tahun seperti dikatakan masuk reverse gear, kenapa?

Prof:- Sudah semestinya ianya di katakan "reverse" kerana jika anda mempelajari kesemua cabang keilmuan Syariat/Tarekat/Hakikat/Tassawuf, kesemuanya melakukan ZIKIR secara LISAN sebagai ASAS AMALAN tetapi melalui RBSS anda ber-ZIKIR melalui ZIKIR SIR (sirri - atau zikir rahsia) di mana penjelasan untuk perkara ini tidak dapat saya perjelaskan melalui penulisan Blog kerana itulah TERAS KERAHSIAAN RBSS yang kita miliki....dan keempat-empat keilmuan tersebut MENJURUS kepada PEMBINAAN AHLAK dan KEPAHALAAN dan bukannya secara menyeluruh kepada PEMBINAAN PENCAHAYAAN CAHAYA BUDI....(sila rujuk kepada post yang berkenaan)

Soalan B) Bagaimana guru RBSS yang tentulah lagi tinggi dan hebat ilmu Ketuhanan, Makrifat etc dan baik budi pekerti tidak dapat menilai perangai tenaga pengajar yang dikatakan "pilih bulu" "pull rank"

Prof:- Saya secara peribadi TIDAK MENTAKRIFKAN SETIAP GURU-GURU YANG SEDIA ADA SEBAGAI TINGGI DAN HEBAT ILMU KETUHANAN, kerana sebab-sebab tersebutlah wujudnya penulisan Blog RBSS ini sebagai WADAH untuk semua (termasuk guru-guru) untuk merenung sejenak di mana Bumi mereka berpijak!....dan oleh kerana guru adalah guru, maka kerana itulah mereka itu tertakluk kepada sebarang kelemahan dan kesilapan sebagai seorang manusia biasa seperti kita juga, kerana mereka itu BUKAN BERTARAF SEPERTI WALIULLAH!!!!.....

Soalan C) Kenapa ke-3 guru tidak dapat bersatu walaupun satu ayah, dan kenapa mereka biarkan anak murid mereka bermusuhan ? Apakah mereka tidak guna ilmu "Gerak Dengar" ?

Prof:- Ini adalah SIKAP MANUSIA (tak orang tak kita) dan di dalam menangani hal ehwal kekeluargaan, sesiapa juga akan tertakluk kepada sifat-sifat keperibadian sebagai adik beradik, yang sering iri hati, rajuk merajuk sehingga kadang kala TERLUPA SIAPA DIRI DAN KEDUDUKAN mereka di mata masyarakat....KERANA ITULAH JUGA, Professor BSS ini wujud di Alam Maya!!!!......sebagai WADAH bagi menyedarkan yang terlibat!!!!....

Kenyataan 2) Barang di ketahui bahawa mengamalkan RBSS tidak akan menambahkan amalan Pahala Sembahyang dan amalan Sembahyang tidak akan menguatkan Cahaya RBSS!, ia dua perbendaharaan yang berbeza dan di bezakan oleh ALLAH SWT.

Prof:- KENYATAAN tersebut tidak perlu saya ubah kerana ianya di jadikan begitu setelah PERISTIWA ISRAQ - MIJRAJ di mana Nabi Muhammad saw menerima perkara yang terakhir!!! (sila rujuk kepada SIRAHnya)

Soalan D) Sekiranya amalan RBSS tidak menambahkan amalan pahala, apakah kedudukan RBSS dalam agama Islam ?

Prof:- KEDUDUKAN RBSS BUKAN HANYA BOLEH BERADA DI DALAM ISLAM TETAPI DI MANA-MANA SAHAJA!!!!...jika anda Kristien maka Kristienlah ia, jika anda Buddha maka Buddhalah ia, jika anda Majusi maka Majusilah ia....kerana RBSS adalah HAQ MANUSIA yang tidak di tetapkan PEGANGAN KEAGAMAANnya oleh ALLAH SWT.....

Ini kerana kalau kita semak hadis - 1 saat berfikir mengenai kebesaran ALLAH, kita mendapat pahala 60 tahun beribadat.

Prof:- Memang benar, di dalam ISLAM itulah jenis-jenis IMBUHAN yang ALLAH SWT telah tetapkan....jika anda Kristien, Buddha, Majusi dan sebagainya...bagaimana???

(Hadith yang sebenarnya berbunyi begini:- Berfikir sejenak, fadhilatnya bersamaan dengan beribadah selama 70 Tahun!!!)...

Kenyataan 3) ALLAH SWT telah memerintahkan Malaikat ZABANIAH untuk PERSONALLY menghukum ahli-ahli RBSS jika mereka ingkar dengan suruhan ALLAH SWT, janji ALLAH ini tersemat di dalam perisian Istimewa di bahagian belakang tengkuk yang berbunyi "Hu Kata ALLAH Malaikat Zabaniah In-Kuntum Sami'an Basher Bikku-Lihaq".

Prof:- Sedangkan di dalam HUKUM SYARAK di dalam KITAB FIQAH telah ALLAH SWT himpunkan pelbagai BALASAN DAN KESENGSARAAN jika melanggar segala ketetapan HUKUM yang ALLAH SWT berikan, itupun orang-orang ISLAM yang tidak ber-RBSS juga INGKAR!!!...inikan pula dengan hanya ber-RBSS....TETAPI JANJI ALLAH PASTI DI TEPATI OLEHNYA!!!!...(Malaikat Zabaniah adalah Malaikat kedua yang memerintah Neraka Jahanam selepas Malaikat Malik dan melakukan tugas-tugas khas!)

Soalan E) Kalaulah ada perisian Istimewa (di leher pengamal) dengan ancaman sebegitu rupa, kenapa masih ada ahli RBSS yang dilaporkan angkuh, dan dikatakan salah guna "amalan gerak" untuk menurun ?

Prof:- Ini semua berlaku kerana mereka-mereka itu KEKURANGAN MAKLUMAT MENGENAI KEILMUAN RBSS ini, kerana itulah Professor BSS menjadikan dirinya sebagai "Kambing Hitam" untuk melakukan kerja-kerja seperti ini!!!!....di sebabkan tidak ada orang lain yang sanggup untuk memikul tanggungjawap tersebut kerana di pandang tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada dirinya sendiri dan tidak kuasa untuk berkongsi maklumat keilmuan yang di miliki...

Saya rasa cukuplah disitu, itu belum lagi ditanya siapa sebenar pengasas RBSS dan kenapa RBSS tidak boleh dibukukan walaupun Prof sendiri tahu, apa2 ilmu yang tidak dibukukan akan ditafsir sesuka hati, almaklum manusia ni mudah lupa. Sedangkan kitab asal Bible yang disalin tangan pun boleh disalah salin oleh padri yang mengantuk, sehingga jadi celaru bila datang agama Islam.

Prof:- Tidak mengapa, biar saya jawap soalan anda yang belum di kemukakan itu...Pengasas RBSS adalah ALLAH SWT, Penghulunya adalah Nabi Adam as dan Penyebarnya adalah Nabi Muhammad saw!!!....dan ALLAH SWT akan menjaganya seperti IA menjaga diriNya sendiri.....dan itu adalah janji-janji ALLAH SWT....dan penulisan Blog RBSS ini BUKAN untuk di bukukan kerana ianya adalah bersifat ALTERNATIVE & ADDITIONAL INFORMATIONS PROVIDER serta sebagai THE BRAINSTORMER bagi orang-orang yang memerlukan maklumat sebagai langkah menerokai keilmuan RBSS ini....jangan tersalah anggap bahawa segala bentuk penulisan di dalamnya adalah ILMU YANG TETAP & MUTLAK seperti AL-QURAN

Seriously saya syorlah buatlah solat taubat, solat tahajud dan solat hajat. Dan mintalah pada ALLAH swt untuk tenangkan kekeliruan di hati saudara. Sekiranya tinggi makrifat ilmu RBSS, adakah Prof mampu melihat siksa kubur ? walhal banyak kubur merata-rata di Malaysia.

sekian wassallam

Prof:- Secara jujur dan ikhlas, saya tidak mempunyai sebarang kekeliruan mengenai apa yang saya ketengahkan melalui penulisan Blog Rahsia Budi Suci Sejati ini, jadi tidak ada masaalah untuk bertaubat, bertahajut dan bersolat hajat, kerana ianya telah saya lakukan kira-kira 28 tahun yang lalu!!!....(setelah 2 tahun mengamalkan RBSS) sewaktu memulai pengkajian mengenai RBSS.....selalunya, yang selalu keliru adalah hati yang kabur mengenai sesuatu yang telah di terangkan dengan jelas....

Alhamdulillah secara jujur dan ikhlas saya katakan bahawa saya telah saksikan segala siksaan kubur dan siksaan di dalam Neraka jahaman serta di perlihatkan apa yang ada di dalam SurgaNya dan ianya berlaku pada tahun ke-5 mengamalkan RBSS ketika tersangat aktif mengkaji ILMU KETUHANAN...Alhamdulillah kehadrat ALLAH SWT yang telah mengurniakan saya peluang untuk melihat seperti itu walaupun sebelum saya mati dan bukan bertaraf wali-wali!!!....(ini bukan bermaksud untuk Riak dan Takbur - tetapi memperjelaskan kedudukan)

Kubur-kubur bukan banyak di Malaysia sahaja...di Singapore pun juga banyak!...(seperti Pusara Aman, Abadi 1, 2 dan sekitar Chua Chu kang/Jalan Bahar) senang-senang pergilah menziarahi kubur-kubur, bukan yang ISLAM sahaja...semua jenis kubur-kubur...insyaallah akan dapat boleh di pelajari daripadanya kelak!!!...........tidak payah dapat melihat- dapat mendengar sudah memadai!!!.............

MAN LAM YAZUK LAM YAKRIF - Barang siapa belum merasai ia belum mengetahui.......

Kepada POLAN ABDULLAH, jangan tersinggung dengan jawapan yang di kemukakan kerana itu adalah SENI DI DALAM SOAL-JAWAP!...

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Tuesday April 22, 2008 - 02:47pm (PDT)

No comments: