Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #146

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #146

THE TECHNOLOGY #34 - BERKENAAN ZIKIR

Perkara ZIKIR yang ingin saya perkatakan ini bukan untuk mengupas apa itu ZIKIR yang wujud di dalam pernafasan manusia, tetapi saya ingin perkatakan ialah mengenai seseorang ahli RBSS yang meninggalkan RBSS kerana beranggapan bahawa apa yang di amalkan melalui ajarannya adalah tidak sebaik amalan BERZIKIR...

Dalam pengetahuan saya sahaja, ramai yang berbuat begitu kerana mereka merasakan keilmuan RBSS ini tidak ada ketentuan, tidak ada ketetapan dan tidak di ketahui asal usulnya yang sebenar!...(tetapi hakikat sebenarnya ada ramai yang berfikiran sebegini di luar sana)

Orang-orang berfikiran sebegini, walau di beri pujukan dan apa juga bentuk rayuan untuk kembali mengamalkan RBSS, mereka sudah tidak tertarik lagi...di sebabkan perhatian mereka sudah di alihkan kepada jenis-jenis amalan lain yang menggunakan ZIKIR-ZIKIR....

Dan Amalan-Amalan yang menggunakan ZIKIR secara LISAN ini memang banyak bertaburan di muka Bumi ini, seperti yang wujud di dalam amalan-amalan tambahan, amalan-amalan TAREKAT yang berbilang jenis, amalan-amalan TASSAWUF yang mementingkan ZIKIR sebagai ALAT untuk MEMBERSIHKAN DIRI juga ada berbilang jenis-jenisnya menurut MAHZAB yang di anuti.....

ADAKAH FENOMENA INI TERBUKTI BENAR?????................

Ia menjadi BENAR kepada orang-orang yang kecetekan Keilmuan Rahsia Budi Suci Sejati, kerana kekurangan segala maklumat-maklumat yang menjelaskan kedudukan ILMU ini dan INTIPATI dan INTISARI keilmuan di dalam RBSS itu sendiri...

Rata-rata jawapan yang di berikan oleh orang-orang yang telah ber-RBSS beralih kepada amalan jenis ZIKIR ini, boleh di kalsifikasikan sebagai KEKURANGAN MAKLUMAT MENGENAI RBSS!.....kerana di dalam hujah mengubah haluan amalan itu, mereka akan sering mengutuk atau mempertikaikan keilmuan RBSS ini setelah "mencuba" mengamalkannya!....

MENGAPA MEREKA JADI BEGITU?????...................

Ini di sebabkan para pendidik atau pembimbing mereka tidak dapat MEYAKINKAN dengan segala penerangan yang di beri sewaktu orang-orang sebegini mula-mula belajar....para pendidik atau pembimbing ini pula samaada kekurangan ilmu mengenai keilmuan RBSS ini atau pun mereka tidak kuasa atau malas untuk mengajar...

Senario ini adalah bersamaan dengan mengajak seseorang dari agama lain untuk memeluk Agama ISLAM, jika keilmuan mengenai ISLAM itu tidak sampai ke hati dan sanubari mereka dengan penjelasan dan fakta-fakta yang tepat serta menyeluruh, peratusan untuk mereka kembali kepada agama asal atau tidak mengendahkan Hukum-Hukum Syarak adalah sangat besar....

Begitulah juga dengan kes-kes ahli-ahli RBSS mengalihkan perhatian mereka kepada amalan yang berbentuk ZIKIR...

Seperkara lagi yang menguatkan hasrat orang-orang sebegini mengalihkan perhatian ialah di dalam PENGAJARAN RBSS tidak ada PENERANGAN yang menghuraikan secara terperinci mengenai SUSUR-GALUR PERNAFASAN (yang menjadi RAHSIA Utama RBSS) kepada para ahli-ahli RBSS yang mempelajarinya...dari sebab itulah, para ahli-ahli tidak dapat menguatkan tahap KEYAKINAN mereka secara TOTAL!!!...

Sedangkan melalui pembelajaran ILMU TAREKAT dan TASSAWUF, mereka dapat penjelasan yang meluas serta terperinci tanpa ada penyembunyian fakta-faktanya....inilah yang menyebabkan ahli-ahli RBSS merasa Ilmu yang menggunakan ZIKIR ini adalah lebih baik dan afdhal dari keilmuan RBSS...

SALAH SIAPA KAH INI?????...............

Ini adalah salah kita masyarakat RBSS yang telah mengetahui keilmuan RBSS sendiri!!!...kita sering mementingkan diri sendiri dengan menyembunyikan RAHSIA-RAHSIA RBSS itu kepada ahli-ahli RBSS yang baharu belajar, jika kita mengetahui sesuatu fakta mengenai keilmuan RBSS, kita suka merahsiakannya dari orang lain dan tidak berhasrat untuk memberitahu orang lain...telah menjadi orang yang lokek ilmu!!!....jika ada yang bertanya, kita berpura-pura tidak tahu atau memberikan jawapan yang mematikan soalan!.....

Pernahkah anda mengajukan soalan sebegini kepada seseorang mengenai Asal Usul RBSS dan jawapan dari soalan anda itu akan di tanya seperti ini:-

· Mereka bertanya - Siapa nama anda?

· Anda menjawap - Ahmad Bin Ali

· Mereka bertanya lagi - Ali Bin Apa?

· Anda menjawap - Ali Bin Abdul Karim

· Mereka bertanya lagi - Abdul Karim Bin Apa?

· Anda menjawap - Tidak tahu! (kerana family tree anda tidak lengkap dan putus)

Inilah cara menjawap mengenai Asal Usul RBSS yang di gunakan oleh orang-orang tertentu bagi mematikan soalan anda!...

Adakah cara jawapan sebegini relevan pada hari ini???.....sudah tentu tidak!...kita sepatutnya mempersiapkan diri dengan mencari fakta-fakta yang di perlukan secara lengkap yang mungkin, bagi tujuan memberikan jawapan yang bernas dan teratur.

Jika fakta-fakta tersebut maseh belum di perolehi atau tidak di dokumentasikan dengan teratur, maka dari sekaranglah langkah menyusun dan mendokumentasikannya harus di mulakan, jika tidak di lakukan pada hari ini....Fenomena ahli-ahli beralih kepada amalan-amalan yang berbentuk ZIKIR akan terus menerus berlaku hingga ke akhir zaman!

Kebanyakan ahli-ahli RBSS tahu bahawa cara amalan berzikir secara LISAN itu adalah berada di belakang sususan keilmuan RBSS, dan itu membawa maksud bahawa orang-orang yang beralih kepada amalan ZIKIR akan kembali kepada susunan ke-belakang, seperti dari Tingkatan Empat kembali kepada Tingkatan Dua!!!.......

Dan perkara mengenai apa itu Kerahsian Rahsia Budi Suci Sejati ini, telah banyak saya huraikan melalui banyak post melalui Blog RBSS ini, dan setiap penjelasan di kupas dari pelbagai sudut bagi memudahkan pemahaman kepada pembaca umum.

Jadi soalan saya kepada anda yang mengamalkan keilmuan RBSS ini....

Apakah sumbangan dan peranan anda di dalam mengembangkan dan memperjuangkan keilmuan RBSS ini?????.......

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Sunday April 20, 2008 - 11:56am (PDT)

No comments: