Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #145

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #145

THE TECHNOLOGY #33 - BERKENAAN TARIK & PINDAH

Saya tertarik untuk mengenengahkan cerita yang di dapati melalui sembang-sembang dengan rakan lama, di mana ianya berkisar dengan cerita perubatan Ala-Bomoh yang di lakukan oleh beliau sewaktu aktif melakukan perubatan...rakan lama saya ini sangat aktif dari tahun 80an sehingga 90an dan sangat di kenali ramai....

Apa yang menarik dari perbuatan tersebut ialah ketika menghadapi masaalah untuk mengeluarkan mahluk-mahluk halus dari tubuh pesakit, beliau menggunakan kaedah "memindahkan" mahluk halus itu kepada tubuh Ahli Gerak, dan dari tubuh ahli gerak itu pula mahluk halus itu di tangkap lalu di masukkan ke dalam botol bagi tujuan pembuangan!!!!....

Apabila rakan lama itu selesai menceritakan pelbagai kisah yang di harungi, saya mengajukan beberapa soalan kepadanya, dan soalan saya adalah seperti berikut....

1. Mengapa mahluk halus itu tidak dapat di tangkap ketika berada di tubuh pesakit?

2. Kenapa kaedah memindahkan mahluk halus itu ke dalam tubuh ahli gerak berjaya?

3. Adakah kaedah memindahkan itu lebih berkesan dari mencabut/menarik/menangkap terus dari tubuh pesakit?

Anda cuba fikirkan jawapan kepada soalan-soalan di atas!....sebelum terus membaca.

Mendengar soalan daripada saya itu, beliau tersentak dan termenung sebentar dan di ikuti dengan hilai ketawa yang besar!!!!...kerana geli hati.....kami sama-sama ketawa!...saya ketawa kerana merasakan beliau faham apa yang saya maksudkan!...

Akhirnya, rakan lama saya ini sedar mengenai apa yang di lakukannya pada kes-kes sebegitu merupakan suatu kesilapan yang sangat besar telah di lakukan...setelah berfikir sendiri KE-LOGIK-AN proses menangkap mahluk-mahluk halus atau mahluk JIN....

Jadi, apakah yang di katakan KESILAPAN BESAR tersebut???.....

1. Apa bezanya kaedah menangkap dengan memindahkan?

2. Kenapa di tangkap tidak boleh dan di pindahkan pula boleh?

JAWAPANNYA

Dalam banyak posts, saya telah memperkatakan banyak perkara mengenai MAHLUK IBLIS/JIN/SYAITAN, mengenai siapa mereka, asal usul mereka, kebolehan mereka, tugas dan pekerjaan mereka serta apa kemampuan mereka untuk merosakkan dan menipu golongan manusia melalui tipu helah mereka....

Mengenai cerita rakan lama saya itu, ketika melakukan proses menangkap mahluk halus itu, beliau:-

1. terlupa fakta-fakta mengenai mahluk halus

2. terpedaya dengan kaedah CGI mahluk halus (menggunakan image palsu)

3. pemfokusan yang lemah terhadap apa yang sedang di lakukan

4. penggunaan kaedah tangkapan yang tidak tepat

5. terpengaruh di dalam suasana atau tekanan semasa

APA YANG SEBENARNYA BERLAKU

Sesuatu PEMINDAHAN mahluk halus dari tubuh pesakit kepada tubuh ahli gerak itu BOLEH BERLAKU DENGAN JAYANYA kerana:-

1. ketika memindah, fokus atau tumpuan yang di lakukan TIDAK MEMFOKUS DI MANA mahluk halus itu berada...tetapi MEMFOKUS terus kepada mahluk halus tersebut

2. apabila PEMFOKUSAN itu terus atau langsung kepada MAHLUK HALUS maka tangkapan untuk memindahkan itu BERLAKU tanpa tertakluk kepada ruang dan waktu

3. jadi, pemindahan itu berjaya di lakukan

Harus di fahami bahawa, mahluk halus dari golongan JIN ini sangat cerdik untuk melakukan tipu helah ketika proses perubatan di lakukan, dengan Teknik CGI sahaja (image palsu) anda akan tertipu dengan merasakan bahawa Jin tersebut semamangnya berada di tubuh pesakit, tetapi apabila di cabut, Jin tersebut maseh ada lagi di situ!...

Dan apabila kaedah PEMINDAHAN di lakukan, jika menggunakan 100% RBSS maka mahluk Jin ini akan tertangkap kerana kekuatan tarikan dari JURUSAN RBSS itu "bekerja" seperti JALA yang sangat besar, sehingga di mana pun mahluk Jin itu bersembunyi, ia akan tertangkap juga...

Tetapi, kaedah MEMINDAHKAN ini tidak seharusnya di lakukan oleh para ahli-ahli RBSS, kerana jika PEMFOKUSAN dan TEKNIK yang di gunakan ketika proses memindahkan itu di lakukan ketika PROSES MENANGKAP TERUS DARI TUBUH PESAKIT, SUDAH PASTI MAHLUK jIN ITU TERTANGKAP DENGAN MUDAH!!!!!......dan tidak perlu di pindahkan!

Oleh kerana sudah lali atau sudah terbiasa dengan Teknik Ala-Bomoh, ahli-ahli RBSS ini sering tertipu dengan tipu helah mahluk-mahluk Jin ini....dan akhirnya menyusahkan diri mereka sendiri kerana terpaksa melakukan suatu proses yang sangat panjang dan lama....jika di lakukan mengikut kaedah 100% RBSS, seperti yang saya pernah katakan dahulu, dalam masa 2-3 minit sahaja, semua tangkapan selesai!!!!....

Itu sebabnya, sebagai seorang ahli RBSS kita perlu banyak mempelajari pelbagai aspek mengenai keilmuan RBSS ini, dengan cara itu sahaja yang akan dapat mempersiapkan diri kita menghadapi pelbagai rintangan, dugaan, cubaan serta masaalah yang di hadapi...jika ilmu pengetahuan itu tidak mencukupi...maka kita akan sering tertipu!.....

Wassallam!

Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)

Sunday April 20, 2008 - 09:29am (PDT)

No comments: