Who Is Professor BSS

My photo
Professor BSS is the Author of The KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati Blog. (RBSS). The contents of this Blog was written and emphasize on and as The Alternative & Additional Information Provider for knowing the secret of our soul and Professor BSS is the The Brainstormer. Unveiling the Truth about RBSS knowledge from the different kind of perspective. And helping you in understanding the secrets of the creation of Human Beings from different views. The RBSS's Blog was formerly published in the Yahoo 360 since 16th December 2007, and drawn more than 68,000 viewers till end of May 2009. Due to Yahoo 360 are no longer in service after 13th July 2009, the RBSS Blog's needs to be transfer to other Blog server. Now..RBSS Blog is in Blogger's Blog...Professor BSS wish all of you a pleasant reading and pray for all of you a very good luck in finding the truth!!!...... The RBSS BLOG was transferred from Yahoo 360 on the 31st May 2009.

Stats Counter started on 6th June 2009


View My Stats

Thursday, June 4, 2009

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #144

RAHSIA BUDI SUCI SEJATI - Post #144

KOMENTAR PROFESSOR #6b

PERIHAL PENULISAN BLOG RAHSIA BUDI SUCI SEJATI

PERTAMA

Di sini ingin saya menjelaskan kembali (walaupun berkali-kali) bahawa penulisan Blog RBSS ini kelihatan memperkatakan ataupun mengupas sesuatu perkara itu seperti berulang-ulang, di mana persoalan ini bermain di fikiran segolongan pembaca....

Pertama sekali, saya ingin katakan YA...memang berulang dan di ulang!!!!.......tetapi setiap sentuhan ulangan akan di kupas dari perspective (sudut pandangan) yang lain...perkara ini tidak dapat di elakkan kerana ramai yang bertanya kembali mengenai sesuatu hal yang di perkatakan bagi mendapat huraian yang lebih jelas dan terang.....

Jadi...telah menjadi tugas saya untuk menulis memberikan penerangan sejelas yang mungkin mengenai sesuatu perkara itu, walaupun ianya telah di kupas melalui post-post yang lalu...dengan cara ini, anda akan dapat memahaminya dari pelbagai perpective (sudut pandangan) yang berbeza-beza...bagi yang memahaminya melalui kupasan yang pertama, akan merasa jengkel di hati...tetapi anda harus bersifat adil terhadap orang lain yang terkial-kial untuk memahamkannya melalui kupasan yang pertama!!!....

KEDUA

Beberapa andaian di lakukan oleh segolongan pembaca, yang mengandaikan bahawa segala perkara yang di keluarkan melalui Blog ini adalah dari hasil kerja beberapa orang yang bekerjasama untuk menerbitkannya...

Apa yang ingin saya perkatakan mengenai persoalan ini adalah bahawa penulisan Blog ini adalah hasil kerja saya seorang, dari mula ia di siarkan pada 6hb December 2007 sehingga sekarang!!!

Segala TOPIK dan ISU-ISU yang di kupas dan yang di perkatakan ADALAH BERDASARKAN dari pengalaman-pengalaman sendiri, pemerhatian-pemerhatian terhadap keadaan sekeliling, kajian-kajian yang lalu, perkembangan dahulu dan masa kini serta dari pengalaman-pengalaman ahli-ahli yang pernah saya temui dari dahulu hingga sekarang...dan melalui setiap maklum balas yang di terima.........

Dan setiap post yang di tulis itu pula tidak di tetapkan agendanya melainkan dengan perkembangan semasa dan dari soal-jawap yang di terima....dan itu bermakna ianya tidak berlandaskan kepada topik-topik yang di sediakan lebih awal!!!!....dan ianya di tulis secara spontan.... selalunya bagi setiap post saya memerlukan di antara 30 - 60 minit bagi melengkapkannya...bergantung kepada sesuatu topik atau isu yang di perkatakan...

Setiap fakta-fakta yang di ketengahkan adalah di ambil daripada PERPUSTAKAAN DI DALAM MINDA yang telah berada di dalamnya selama 31 tahun yang lalu....tetapi maseh juga merujuk kepada sesuatu Kitab atau AL-QURAN bagi mengenengahkan sesuatu Ayat atau nama sesuatu Surah bagi mengelakkan berlaku kesilapan....

Melalui lain perkataan...apa yang di hurai dan yang di rungkai melalui penulisan Blog RBSS ini adalah 100% dari pemahaman saya sendiri mengenai sesuatu perkara itu setelah melalui pelbagai proses pembelajaran selama 31 tahun dan di ketengahkan untuk pembaca umum melalui KONSEP ALTERNATIVE & INFORMATIONS PROVIDER dan THE BRAINSTORMER kepada anda semua.....

Usaha ini di lakukan sebagai menyahut cabaran dari keadaan semasa yang meminta seseorang melakukan sesuatu tanpa di minta untuk berbuat demikian, demi membangunkan mereka daripada mimpi dan tidur yang lena!!!...ini adalah sumbangan peribadi saya terhadap semua masayarakat manusia yang ber-RBSS dan yang akan ber-RBSS agar dapat memahami apakah itu KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati dari sudut pandangan yang berbeza...

KETIGA

Apa juga yang di ketengahkan melalui Blog RBSS ini, segalanya adalah BUKAN DARI OLAHAN atau CIPTAAN saya secara peribadi....TETAPI ia memperkatakan sudut keilmuan RBSS ini dari INTIPATInya yang sebenar...di mana ramai yang tidak dapat menjangkau keilmuannya tanpa di berikan sesuatu panduan dan di mana sesuatu keilmuan itu tidak dapat di hurai dan di rungkai melalui sumber-sumber yang sediaada!!!......

Sebagai seorang manusia biasa, saya menyumbangkan dapatan keilmuan yang ada kepada yang memerlukan dan kepada yang rajin mencari bagi mempelajari sesuatu keilmuan tanpa paksaan dari sesiapa....jadi, ianya maseh terpulang kepada setiap individu yang membacanya, samaada untuk mengambil sesuatu fakta ilmu yang di ketengahkan itu atau pun tidak....kerana apa yang saya rasakan ialah....apa yang saya tahu dan apa yang saya miliki mengenai keilmuan RBSS ini adalah bukan hak saya seorang!!!........ia tetap menjadi hak mutlak ALLAH SWT dan harus di kongsi sesama manusia-manusia yang lainnya.....dan walaupun telah berlanjutan lebih dari 143 posts, saya maseh belum merasa kehilangan sesuatu ilmu pengetahuan dari diri saya ini, malah setiap hari saya akan mendapat ilmu pengetahuan yang baharu!!!....


KEEMPAT

Perihal yang mengatakan bahawa saya telah banyak memperkatakan RAHSIA-RAHSIA keilmuan RBSS ini, sebenarnya TIDAK ADA KEBOCORAN RAHSIA MUTLAK RBSS!!!...

Apa yang di perkatakan adalah KULIT-KULIT yang meliputi ISI-ISI KEILMUAN RBSS ini....dan jika anda berfikir bahawa apa yang saya telah perkatakan melalui Blog RBSS ini adalah 100% RAHSIA RBSS....ANDA TERSILAP BESAR!!!....anda tanyalah kepada ahli-ahli RBSS yang veteran atau yang telah lama mengamalkan RBSS ini, mungkin dari golongan 60an atau dari 70an....mereka akan tahu menilai jenis-jenis huraian yang saya telah huraikan di dalam setiap post.

KELIMA

Segala Fakta-Fakta keilmuan yang menyentuh keilmuan RBSS di dalam Blog RBSS ini, sebenarnya cukup panjang dan cukup lama untuk di lakukan kaji selidik oleh anda pada hari ini, ianya cukup untuk memberikan anda bahan kajian bagi sekurang-kurangnya untuk 5 - 10 tahun yang akan datang (bergantung pada usaha).......Tetapi saya memberikannya pada anda dalam masa 4 bulan lebih sahaja!!!.....6-12-2007 hingga 18-4-2008.....dan semuanya adalah FOC (free of charge)

Sebagai berkongsi maklumat, sebenarnya saya telah di tegah oleh ahli-ahli anak didik saya sendiri, supaya menghentikan penulisan Blog RBSS ini kerana mereka tetap berpendapat bahawa adalah suatu pembaziran maklumat ilmu yang saya ketengahkan melalui penulisan Blog, kerana dari pemahaman mereka...manusia adalah tetap manusia!....yang sentiasa melupakan siapa diri mereka dan siapa Tuhan mereka....jadi perbuatan saya ini adalah sia-sia...Dan mereka juga tahu bahawa, untuk saya mendapatkan segala Fakta-Fakta keilmuan RBSS ini bukanlah sesuatu yang mudah dan segera...jadi kenapa saya amat mudah mendedahkannya kepada orang-orang yang tidak saya kenali.....

Tetapi saya berfikiran sebaliknya, walaupun saya akur dengan pendapat mereka itu....namun saya bertekad untuk terus melakukannya kerana di luar sana akan ada manusia-manusia yang memerlukan segala maklumat-maklumat yang saya miliki bagi memperbaiki kefahaman yang mereka yakini selama ini....jadi ini bukanlah suatu pekerjaan yang sia-sia bagi saya secara peribadi!....sedangkan dalam rezeki kita sendiri, ALLAH SWT memperuntukkan 2.5% bagi keperluan orang lain yang memerlukannya....dan apakah peratusan untuk sesuatu ilmu yang anda ketahui???....

Sebagai fakta terkini....di setiap kemasukan ahli-ahli baharu yang mempelajari keilmuan RBSS ini ke dalam persatuan-persatuan yang ada sekarang, setiap 3 orang...seorang adalah datangnya melalui kefahaman mereka setelah membaca Blog RBSS ini!!!!!....jangan cari siapakah mereka...tetapi mereka ada di samping anda sekarang!!!!...kerana saya meminta mereka merahsiakan dari mana mereka ketahui mengenai keilmuan ini di dalam setiap temu-duga yang di jalankan...............saya lakukan sebegini kerana TIADA PENGIKTIRAFAN dari mana-mana guru dan persatuan yang mereka kelolakan terhadap kewujudan Professor BSS yang memperkatakan KeRahsiaan Rahsia Budi Suci Sejati melalui Blog RBSS ini........

Dan ramai yang telah pencen mengamalkan RBSS telah mula aktif kembali mengamalkannya kerana di beri kesedaran dan menerusi hasil usaha mereka yang sentiasa mengikuti penulisan Blog RBSS ini...ini adalah bukti bahawa kerja saya ini bukanlah sesuatu yang sia-sia!!!!....

Anda hakimilah sendiri......

Wassallam!
Professor BSS (professor_bss@yahoo.com)
Friday April 18, 2008 - 12:26pm (PDT)

No comments: